foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, June 26, 2008

MUSUH RAKYAT ..BERHEMPAS PULAS MENCARI HELAH..?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

27 JUN.

Salah satu dari helah musuh rakyat ialah cuba memporak perandakan PR dengan melontarkan idea yang sangat tidak masuk akal. Antaranya:

1. PAS ajak berunding dengan UMNO...kononnya untuk memperkuat ketuanan Melayu.
2. DSAI akan join UMNO kerana UMNO sudah tidak ada pemimpin yang boleh diharap.
3. Ezam sebagai pembuka pintu untuk PKR masuk ke UMNO.
4. Timbulkan huru hara di Selangor melalui kuncu-kuncu Khir Toyo, Mad Taib dan Ezam

Yang jelas...dari poin pertama Tuan Guru dah bidas..

a. Berita kerjasama PAS dan Umno satu fitnah - Presiden PAS
Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Jun 26, 08 | 4:33:11 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Presiden PAS hari ini membidas kenyataan yang dimainkan sesetengah pihak berhubung isu kerjasama PAS dan Umno dengan penegasan bahawa ianya merupakan fitnah semata-mata.

ImageDalam satu sidang media di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa beliau berkata, akibat tindakan pihak media tersebut menyebabkan timbul kecurigaan dan kebimbangan umum khususnya ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat.

"PAS cukup menyedari usaha ini yang telah mencetuskan kegelisahan di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, kami amat sedar mengapa Umno-BN menggunakan taktik ini dalam keadaan mereka tersepit dengan pelbagai krisis kepimpinan dalaman serta berdepan dengan pelbagai kemarahan rakyat dengan isu kenaikan harga minyak dan inflasi," ujarnya.

Jelasnya dengan tegas bahawa tiada sebarang rundingan kerjasama dibuat parti itu dengan Umno-BN.

Malah, beliau turut menafikan desas-desus sesetengah pihak yang mendakwa berlaku pertemuan antara pihaknya dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak di London baru-baru ini yang kononnya memberi peluang kepada perbincangan mengenai kerjasama kedua-dua parti itu berlaku.

Image"Ia merupakan suatu dakwaan yang tidak bertanggung jawab, tidak beretika dan berunsur fitnah kerana tujuan saya ke sana adalah untuk menghadiri seminar mewakili parlimen Malaysia," katanya tegas.

Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz yang enggan mengadakan kerjasama dengan Umno-BN tetapi tidak menolak bertemu dengan mana-mana pemimpin parti itu, Nasharudin turut menyokong pandangan tersebut.

"Ia adalah suatu perkara yang menjadi kebiasaan antara pemimpin-pemimpin parti tanpa suatu agenda tertentu yang membabitkan keputusan dasar parti," jelasnya.

PAS juga ujarnya sedang meneliti sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit yang telah mencetuskan kekecohan serta memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak menafikan ia mungkin suatu strategi untuk mewujudkan kontroversi pada Pakatan Rakyat terutamanya di kalangan penyokong bagi mengalih perhatian rakyat dengan kelemahan kerajaan yang sedia ada," katanya lagi.

ImageTambahnya, kemenangan yang diperolehi daripada Pilihan Raya Umum ke-12 adalah merupakan harapan seluruh rakyat untuk PAS bersama dengan Pakatan Rakyat membawa kehidupan rakyat yang sejahtera.

Dalam kenyataan tersebut juga, Ustaz Hadi mengalu-alukan sokongan semua pihak bagi merealisasikan usaha Pakatan Rakyat menyelamatkan negara daripada terus dihimpit oleh kesempitan hidup akibat daripada polisi kepimpinan negara yang tempang dan tidak bertanggung jawab.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, Bendahari, Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. - mns_


Kerjasama dengan Umno boleh timbulkan masalah - Nik Aziz
Salmah Mat Husain
Thu | Jun 26, 08 | 6:41:04 am MYT

KOTA BHARU, 26 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan parti itu akan menghadapi masalah apabila meneruskan cadangan berunding dengan Umno.

"Mengadakan pakatan PAS dan Umno sebagaimana sebelum ini akan berlaku seperti di Kelantan pada tahun 1970-an di mana wujudnya Berjasa dan Bebas pada waktu itu.

Image"Kalau kita ambil kesempatan berunding pula dengan Umno, jahanam habislah.. bahkan Muktamar PAS yang bakal diadakan di Perak Ogos depan akan menjadi medan mengamuk penyokong.

"Oleh yang demikian saya ulangi dan tidak akan ada pertemuan atau rundingan dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, semalam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersama beberapa pemimpin lain bergegas ke Kuala Lumpur petang tadi bagi menghadiri mesyuarat tersebut.

Menurutnya mesyuarat itu akan membuat keputusan berhubung dakwaan kononnya akan berlaku kerjasama PAS dengan Umno.

"Masalah besar iaitu perpecahan dalam PAS sebagaimana sebelum ini akan berlaku akibat kerjasama seperti yang dijalinkan suatu ketika dahulu," ujarnya.

Sedangkan kata beliau tokoh-tokoh Umno Kelantan telah menyertai PAS sebelum pilihan raya umum yang menggambarkan PAS kini semakin mendapat sokongan semua pihak.

Tambah beliau rakyat Kelantan di luar negara juga turut menyatakan sokongan terhadap PAS kerana mereka yakin terhadap perjuangan parti itu.

Bagaimanapun katanya, pertemuan individu di antara pemimpin PAS dan Umno tidak akan dihalang dan ia terbuka bila-bila masa.

"Penyertaan ahli Umno bersama PAS sebenarnya bukan melompat parti sebaliknya kembali pada ajaran Islam sebenar," katanya. - mj/mks. _


b.DSAI juga telah beberapa kali menafikan hal kemasukan ke UMNO ini tapi mereka masih ulang lagi. Ini menunjukkan mereka sudah hilang punca macamana nak selamatkan kerajaan BN ini.

Kenyataan DSAI....
20 Mei 2008
Keputusan Tun Dr. Mahathir untuk keluar dari Umno hari ini mencerminkan krisis Umno yang kian merosot, di mana pemimpin saling berebut dan bercakaran, manakala rakyat semakin tidak terbela.

Masalah dalaman Umno semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih. Walaubagaimanapun, kita mesti mengelakkan dari terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin yang rasuah.

Memandangkan masalah dalaman Umno yang semakin merudum, semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan kestabilan, kemajuan dan perpaduan masa depan negara dijemput menyertai KeADILan dan Pakatan Rakyat untuk merealisasikan visi bersama untuk bersatu demi memulihkan Malaysia.

ANWAR IBRAHIM



c. Ezam juga tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari MT UMNO..apatah lagi untuk buka pintu...nak buka tingkappun tak boleh?? Beliau dapat bertanding untuk jawatan dalam UMNO tahun depan...jadi amatlah rugi jika ikut Ezam ke UMNO..kena tunggu setahun lagi dan dalam masa setahun bermacam-macam boleh terjadi. Jangan ingat ceramah Ezam akan mulus seperti semasa berada dalam PKR sebelum ini jadi kedua lapangan Ezam penuh dengan onak dan duri. Mampukah pengikut Ezam bertahan?? Saya tidak yakin.

Ezam diterima masuk Umno, tapi masih tidak boleh bertanding
Harakahdaily
Fri | Jun 27, 08 | 5:00:35 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan, Mohamad Ezam Mohd Nor diterima memasuki Umno, tetapi tidak dibenarkan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan tahun ini.

Ezam bersama beberapa orang rakan karibnya memohon menyertai Umno dengan menyerahkan sendiri borang kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bangunan Parlimen, tiga minggu lepas.

Sumber mendakwa Majlis Tertinggi Umno yang bersidang semalam 'terpaksa' meluluskan kemasukan Ezam walaupun mendapat bantahan lebih separuh daripada anggota MT, kerana hendak menjaga 'air muka' Abdullah.

Media melaporkan selain Ezam, turut diterima ialah bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari dan bekas Naib Presiden KeADILan, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak.

"Mereka hanya boleh bertanding tahun depan," kata Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Tengku Adnan Mansor. - mr_



d. Huru hara di Selangor dinantikan tapi tak semudah itu kerana reformis yang tidak ada apa-apa kepentingan dalam parti tidak akan membiarkan hal ini berlanjutan. Saya menyeru kepada seluruh reformis agar kita merapatkan barisan dan menghubungi pihak kami supaya langkah-langkah kita tidak akan merugikan rakyat. Kita amat sedar hal ini sejak dulu dan sekarang kita harus lebih sedar dan lebih bermaruah. Kita perkukuhkan lagi keikhlasan kita dan kita bersiap sedia berdepan dengan komando UMNO yang korup ini.


Ayuh sdr/sdri, 10 tahun bukan tempuh masa yang singkat untuk kita berleha lagi dan kali ini kita tingkatkan komitmen kepada kepentingan rakyat dan negara. Jika mana-mana pihak yang belum cukup sekolah maka kita perlu sekolahkan sehingga mereka sedar matapelajaran "hak dan kepentingan rakyat" yang mungkin masa sekolah dulu bellum cukup faham atau mungkin tak pernah belajar terutama pemimpin UMNO-BN dari keturunan bangsawan.
Tak pernah tahu nasib rakyat sebab mereka memang hartawan dan bangsawan dari hak rakyat. Belajar di London dan USA..tak kenal surau apatah lagi sawah bendang.
Ayuh kita betulkan niat-niat kita sebelum bermula..!!!

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!