foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, June 26, 2008

PERLUKAH KITA BERHUJAH KETIKA EZAM CERAMAH???

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

27 JUN

Dalam kesibukan kita demo tuntut harga minyak turun, UMNO juga sibuk merancang yang lain...dan dipergunakanlah bala tentera baru yang diimpot dari kutub selatan. Tak cukup sampan, mereka naik kapal dan bas free serta mungkin wang saku sekali untuk beli kacang putih sambil mendengar sangkancil bersyair. Antara lagunya ialah "Tudung periuk pandai menari" .. Syair didendang bermacam cara agar yang makan kacang tak tercekik atau yang ngantuk tak tidur di tempat. Ternyata ramai yang lena sebab terlalu banyak makan bihun sop utara dan makan kacang putih kak cah. Ramai juga tak sabar nak balik sebab esuk nak kerja.....Keperitan rakyat bukan hanya perlu dengar fakta yang masih samar-samar tapi keperitan perut rakyat adalah untuk mencari sesuap nasi di esuk hari..
Perut kenyang hati lapang.kepala tenang, berdendanglah ia dengan dondang sayang...seperti .sebuah pantun lama.."Gendang gendut tali kecapi...kenyang perut suka hati"...
tapi sekarang ubah sikit lagunya..."Kenyang perut cabut lari..."...

Saya mengajak anda merenung dan memberi pandangan..apakah yang lebih patut dan wajar? Kita datang beramai-ramai mendengar Sangkancil patah kaki berhujah atau kita laungkan reformasi di sepanjang jalan di setiap ceramah UMNO ini? Sila berikan pandangan anda ok!!

Bagi saya jika hujah yang benar no problem (ahlan wasahlan) tapi jika hujah yang fitnah.. wajib ditentang habis-habisan.. Simple saja hukumnya " Raja yang adil disembah..raja yang zalim disanggah" ..."Berkata benarlah walaupun ianya pahit.".sabda Nabi..

Kepada saudara ..EZAM..bangunlah disepertiga malam dan renungkanlah dimana diri mu!!...

Bas percuma untuk tonton ceramah Ezam
Azamin Amin
Thu | Jun 26, 08 | 12:13:07 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Menurut satu laporan, Ezam Mohd Noor akan mengadakan ceramah sulungnya malam ini di Cheras semenjak bergelumang semula dalam Umno.

Namun di sebalik kehebatannya suatu ketika dahulu yang berjaya menarik dan memukau ribuan orang ramai mendengar retoriknya, kali ini perkhidmatan bas percuma terpaksa diguna-pakai bagi memastikan kegemilangan lampau beliau terus menyerlah.

Malah semenjak semalam poster dan risalah ceramah telah diedarkan dari rumah ke rumah untuk mengajak orang ramai hadir bagi mengetahui mengapa Ezam memasuki Umno atau kemungkinan tentang cerita kotak-kotak rasuah kepimpinan Umno, Sumpah Keramat dan perjuangan untuk bangsa dan negaranya.

Kata seorang penulis W.Fauzdin NS di laman web Tranung Kite bahawa 'bas percuma' adalah sejarah terbaru buat Ezam.

"Saya jangkakan kehadiran peminat-peminat 'Badut' malam ini pasti ramai kerana bas percuma dan tempat duduk disediakan. Saya tidak pasti ada atau tidak nasi bungkus," katanya

Beliau mengganggap Ezam sudah pasti tidak akan bercerita tentang isu minyak yang membuat rakyat derita sekarang dan selebihnya akan menunjukkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Umno di samping memburuk-burukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. - mns _



YANG jelas DAN PASTI ....kita akan demo..esuk 27 Jun selepas Jumaat di Masjid Negara, Masjid Negeri Shah Alam dan beberpa masjid lagi, 28 Jun Sabtu..jam 3 ptg kita bersama di " peace walk", AHAD 29 jun demo GERAMM dan PROTES di depan gereja PJ tak jauh dari AMCOP.. dan 6 July PROTES SEJUTA RAKYAT"..................

Protes sahkan tarikh Perhimpunan Sejuta Rakyat, Ahad 6 Julai 2008
Nyza Ayob
Thu | Jun 26, 08 | 4:43:27 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Protes hari ini mengesahkan Himpunan Aman Protes Sejuta Rakyat akan diadakan pada Ahad, 6 Julai 2008 bersamaan hari Ahad jam 9.00 Pagi bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya, (Berhadapan Amcorp Mall) Selangor.

Sekretariat Protes, Aiman Athirah Al Jundi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily menegaskan menegaskan bahawa tarikh tersebut telah diputuskan dan tiada lagi sebarang pindaan tarikh bagi himpunan tersebut.

Jelasnya, setakat ini persiapan ke arah perhimpunan ini sedang giat berjalan lancar dan pihak penganjur telah menyediakan pelbagai pengisian menarik kepada para peserta himpunan.

Katanya, segala bentuk pengisian himpunan itu nanti adalah selari dengan matlamat Protes untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat berkaitan harga minyak, pengagihan kekayaan Petronas, salah guna kuasa dan salah tadbir urus kewangan negara.

Di samping itu katanya, pidato penerangan akan disampaikan oleh emimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan juga pemimpin Badan Bukan Kerajaan NGO yang bergabung di dalam Protes.

Katanya, Protes akan berusaha membawa semua Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat ke acara himpunan tersebut bagi membuktikan kepedulian dan kebersamaan mereka dalam memahami derita dan keperitan rakyat kesan daripada kenaikan harga minyak.

Dalam pada itu, sebagai reaksi terhadap isu semasa berkaitan harga minyak yang dibahaskan di Parlimen baru-baru ini, beliau berpandangan Ahli Parlimen BN jelas mengkhianati mandat dan kepercayaan rakyat bila meluluskan satu usul yang menyokong langkah kerajaan menaikkan harga minyak.

Katanya, tindakan tersebut tidak dapat diterima rakyat dan jelas ia satu taktik murahan untuk memancing perhatian dan pemahaman rakyat.

Beliau berpandangan usul tersebut sengaja dibentangkan dan dibahaskan dalam parlimen semata-mata meredakan kemarahan rakyat atas keputusan unilateral Perdana Menteri.

Sehubungan itu katanya, Protes menggesa seluruh rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak ini tanpa mengira ideologi politik masing-masing agar turun pada 6 Julai nanti tanda protes rakyat atas tindakan tidak berperikemanusiaan pihak pemerintah. - mns _


.. Ezam diterima masuk Umno, tapi masih tidak boleh bertanding

Harakahdaily
Fri | Jun 27, 08 | 5:00:35 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan, Mohamad Ezam Mohd Nor diterima memasuki Umno, tetapi tidak dibenarkan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan tahun ini.

Ezam bersama beberapa orang rakan karibnya memohon menyertai Umno dengan menyerahkan sendiri borang kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bangunan Parlimen, tiga minggu lepas.

Sumber mendakwa Majlis Tertinggi Umno yang bersidang semalam 'terpaksa' meluluskan kemasukan Ezam walaupun mendapat bantahan lebih separuh daripada anggota MT, kerana hendak menjaga 'air muka' Abdullah.

Media melaporkan selain Ezam, turut diterima ialah bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari dan bekas Naib Presiden KeADILan, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak.

"Mereka hanya boleh bertanding tahun depan," kata Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Tengku Adnan Mansor. - mr_



No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!