foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, July 2, 2008

DUGAAN DAN PENJELASAN DSAI...

Bila kita renung sedalam-dalamnya dalam diri kita, akan ada sesuatu yang terpancar dari qalbu kita tentang diri kita dan persoalan yang berhubung dengan diri dan orang yang dekat dengan kita. Saya tidak mahu terlalu jauh membawa sdr merenung tapi cukup jika kita ingatkan kembali peristiwa di tahun 1998. DSAI difitnah dan kesannya sehingga 10 tahun.

Inilah poin yang perlu kita bincangkan sekarang dan apakah yang boleh kita ambil hikmahnya:

1. Saya yakin pada tahun 1998 DSAI tidak jangkakan Mahathir boleh lakukan sampai ke tahap itu. Fitnah, tangkap menggunakan polis , pukul hampir maut dan penjarakan beliau sehingga 6 tahun. Seharusnya pengalaman ini menjadi sesuatu yang amat bererti pada kali ini dan jangan sesekali percaya atas apa juga jaminan dari musuh politik yang terdesak. Terdesaknya mereka akan membolehkan segalanya berlaku. BN mahu diruntuhkan bererti segalanya akan hilang didepan mata mereka dan hal ini tidak dapat diterima oleh penguasa zalim di mana juga.

2. Musuh politik semasa zaman Mahathir jangan lupa mereka masih hidup dan mungkin mereka juga bertaut dengan beberapa bekas pemimpin PKR yang lari ke UMNO. Mantan pemimpin ini juga sebenarnya adalah anak didik malaun, penyamun bermata satu dan sepanjang mereka berjuang bersama di PKR menyembunyikan najis yang mereka bawa kerana di mulut mereka ada perfume. Dalam perjuangan mereka adalah golongan pengacau dan pengkhianat yang wajib dikenakan hukuman setimpal dengan kejahatan yang mereka lakukan. Tidak ada pengkhianat yang dilayan seperti seorang kawan kerana ianya terlalu kejam terhadfap kawan seperjuangannya. Kita doakan azab buat mereka semua jika di dunia tidak ada hukuman yang mereka terima.

3. 10 tahun sebenarnya amat panjang dan terlalu banyak yang turut terkorban bersama selepas DSAI ditangkap. Para pejuang dalam parti dan di luar parti sebenarnya patut dihargai kerana masih terus konsisten di belakakang DSAI. Ada yang dikenal dan ramai juga tidak dikenali. Inilah perjuangan dan beginilah sifatnya para pejuang yang yakin dengan dengan apa yang mereka perjuangkan. DSAI adalah sosok sample dari rakyat yang begitu mudah untuk dizalimi oleh pemerintah yang zalim. Dan tabiat zalim sejak dulu sama sahaja, mereka pastikan apa yang mereka ada tetap dikekalkan. Saddam Hussin di Iraq, menzalimi rakyat Iraq dengan bermacam cara sehinggalah datang tentera yang lebih zalim menghancurkan dia dan jemaahnya.

4. Yang paling perit dalam tuduhan ini sebenarnya adalah isteri, anak-anak dan keluarga terdekat DSAI. Sepanjang 10 tahun lalu mreka sudah terlalu bayak menangis untuk hal ini dan sekarang dimunculkan lagi. Sepertinya pemerintah zalim ini tidak ada hati perut. Mereka senang melihat kesengsaraan rakyat dan golongan yang kurang upaya. Inilah yang terjadi kepada pemerintah di zaman Ashabul Ukhdud. Mereka senang menyaksikan penderitaan dan merasa puas dengan kesengsaraan orang lain. Kepada yang terllibat dalam tuduhan jahat ini kia doakan azab, bala' dan kemusnahan keatas mereka semua.

5. Memang kita perlu bersabar dan konsisten dengan prinsip perjuangan walaupun apa sahaja yang berlaku kerana tahap kesabaran akan memberi erti kepada nilai perjuangan tersebut. Namun sabar yang benar adalah sabar yang membaiki sesuatu kelemahan bukan sabar yang menunggu tanpa berbuat sesuatu. Penyokong DSAI perlu bersabar kerana tanda-tanda untuk menerima hasil kesabaran sudah semakin jelas. PR yang bersepakat untuk Malaysia Baru juga wajib terus memperkuat komitmen dan memperkukuhkan nilai setiakawan. Ada hikmah besar yang berlaku pada hari ini adalah untuk semua pihak merenung semula matlamat kerjasama yang dibina. .

Anwar ada bukti dimana beliau berada 26 Jun
Wan Nordin Wan Yaacob Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed Jul 02, 08 12:44:15 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan fakta dimana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku. -->
Dalam ceramahnya di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Anwar menyatakan penjelasan mengenai hal itu akan dibuat dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Saiful Bukhari yang membuat laporan di Pondok Polis HKL di bawah kawalan Jalan Travers mendakwa beliau diliwat Anwar pada 26 Jun lalu di Kondominium Desa Damansara.
Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu sejurus selepas laporan mengenai dakwaan liwat itu diketahuinya.
Di hadapan 10,000 penyokongnya, Anwar turut menegaskan bahawa tuduhan yang dihadapkan ke atasnya itu adalah 'rekaan' semata-mata untuk menjatuhkan beliau.
Malah beliau menyesyaki tuduhan itu dilakukan kerana niat jahat pihka tertentu tatkala melihat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.
Kenyataan itu disambut dengan sorakan oleh para penyokong yang setia menanti penjelasan Anwar sejak isu tuduhan liwat ke atas beliau dilaporkan media Ahad lalu.
Turut berceramah antaranya, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah.
Sementara itu Anwar juga memberitahu penyokongnya bahawa beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berhubung penyelewengan fakta laporan kes 'mata lebam pada tahun 1998.
Menurut Anwar laporan polis itu berhubung siasatan kes beliau ditumbuk (mata lebam) oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor pada 1998 yang didakwa melibatkan penyelewengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Anwar percaya Musa Hassan dan Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadapnya.
"Musa dan Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya daripada pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah," katanya sambil disambut oleh sorakan gemuruh penonton.
Dalam ceramah tersebut juga Anwar mengecam sebarang percubaan jahat untuk menjatuhkannya.
Bagi Anwar kerja-kerja sedemikian adalah kerja golongan yang terdesak yang tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya untuk mengambil alih pemerintahan.
Justeru beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba untuk menjatuhkan reputasi beliau agar berhati-hati kerana beliau tidak akan tertipu dengan permainan mereka ini. _


Bersabar hadapi dugaan fitnah - Muslimat PAS
Roy Rasul Thu Jul 03, 08 2:06:21 am MYT
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat menasihati Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail agar bersabar menghadapi ujian dan dugaan. -->
Ketuanya, Ustazah Nuridah Saleh berkata, sebagai isteri, Wan Azizah tentunya berasa terlalu berat menanggung aib apabila suaminya Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dituduh terlibat dengan kes liwat.
Katanya, isu yang dihadapi Wan Azizah cukup besar kerana ia berkait dengan maruah keluarganya.
"Dalam hal ini, sebenarnya Islam berpendapat soal liwat dan zina, pendakwa mesti membawa bukti, dan tidak boleh menuduh tidak tentu pasal dan ini yang dipegang oleh orang Islam," katanya semasa dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Sabtu lalu, seorang pembantu sukarela pejabat Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali termasuk di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu.
Dalam pada itu, Nuridah berkata, sama ada seseorang itu berniat tidak baik atau sebaliknya mereka yang dikaitkan itu harus bersabar di atas dugaan yang menimpa.
Apatah lagi katanya jika Ahli Perlimen Permatang Pauh itu yakin suaminya tidak melakukan perkara tersebut.
"Beliau hendaklah terus bersabar serta banyak berdoa kepada Allah SWT; Insya-Allah setiap ujian itu ada kebaikannya sekaligus boleh menambahkan keimanan dan kebergantungan kepada Allah," katanya.
Dalam pada itu katanya, Muslimat PAS berpegang kepada prinsip perundangan Islam iaitu seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Oleh kerana itu, katanya adalah lebih wajar kerajaan mengguna pakai perundangan Islam.
Menurutnya, jika undang-undang Islam tidak dilaksanakan terlalu banyak isu-isu yang menjatuhkan maruah seseorang tidak dapat dibela dengan sebaiknya.
"Mungkin sekarang ini berlaku kepada Anwar, dan perkara sama mungkin juga akan berlaku kepada orang lain termasuk orang-orang besar BN sendiri," katanya sambil meminta kerajaan dan cerdik pandai agama memikirkan kewajaran pelaksanaan perundangan Islam secara serius.- tajdid_

Tok Guru pesan sabarlah dalam hadapi dugaan" - Anwar
Wan Nordin Wan Yaacob Foto Nasir Sudin Wed Jul 02, 08 5:30:52 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengunjungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Anwar di Petaling Jaya jam 4.00 petang tadi. -->
Dalam pertemuan dua mata itu antaranya Tuan Guru Nik Aziz melahirkan keprihatinan beliau terhadap apa yang berlaku (tuduhan liwat), kata Anwar ketika mengulas pertemuan tersebut.
Ujar Anwar Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan turut melahirkan rasa kesalnya dengan taktik kotor dan berterusan yang dihadapi kini.
"Tuan Guru berkata kepada saya, supaya sabar dan katanya adatlah seumpama 'pohon tinggi maka gelobang laut atau angin yang datang ia akan terkena juga' sabarlah dalam hadapinya," katanya.
Anwar mengucapkan terima kasih kepada kesudian Tuan Guru Nik Aziz mengunjunginya tatkala Ketua Umum KeADILan itu berhadapan dengan dugaan tersebut.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertemu kira-kira 45 minit dengan Anwar dan meninggalkan pejabat Anwar pada jam 4.50 petang.
Menteri Besar Kelantan itu yang datang dengan jubah putihnya ditemani dengan pemandu dan beberapa orang pegawainya, sementara Anwar turut ditemani Naib Presiden, Sivarasa Rasiah./wann _


Isu pertemuan sulit dengan Saiful, penafian Najib wujudkan kesangsian - AMK
Nyza Ayob Wed Jul 02, 08 3:12:47 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh)- Angkatan Muda KeADILan (AMK) mencabar Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful Bukhari Azlan dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat Saiful pada 28 Jun 2008. -->
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataannya kepada Harakahdaily melihat penafian yang dibuat oleh Najib adalah merupakan satu pembohongan.
Tegasnya di sebalik penafian yang sangat dangkal itu langsung tidak mencerminkan wujud kesahihan di sebalik kenyataan beliau.
Sementara itu Shamsul Iskandar turut membuat tawaran kepada mana-mana pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara yang berjiwa besar untuk tampil ke hadapan memberikan informasi-informasi berkaitan dengan dakwaan komplot konspirasi terancang yang didakwa melibatkan Najib, Musa Hassan dan Abdul Gani Patail.
Dalam pada itu beliau menyifatkan kenyataan Najib bahawa beliau tidak terlibat di dalam laporan songsang yang dibuat oleh Saiful Bukhari tergambar jelas melalui fakta-fakta di sebalik kenyataan bercelaru yang dibuat Najib semalam.
Tambahnya, kenyataan Najib bahawa kehadiran Saiful bertemu Pegawai Khasnya pada 12 Februari lepas untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran juga menimbulkan pertikaian besar.
"Bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal boleh memohon biasiswa?
"Dalam keadaan pertemuan tersebut dibuat sehari sebelum pembubaran Parlimen dan Saiful juga mula bertugas sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 bermula, apakah 'sekadar satu kebetulan' pertemuan tersebut berlaku di Pejabat Timbalan Perdana Menteri?"soalnya.
Shamsul Iskandar turut mempersoalkan samada wujud elemen rasuah di sebalik 'ganjaran biasiswa' yang ditawarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri ke atas Saiful sehingga sanggup 'melacurkan 'maruah diri untuk membuat laporan songsang sebagaimana yang didakwa.
Sehubungan itu beliau percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dalam konspirasi ini yang bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamaruddin melalui Perakuan Sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu./wann. _

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!