foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, September 25, 2008

AKHIR RAMADHAN....SEIRING DENGAN BERAKHIRNYA BN-UMNO....?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

22,23,24,25,26 SEPT

Mohon maaf kerana tak sempat nak update..Antara mengejar waktu akhir Ramadhan dengan kesibukan mencari rezqi sebenarnya amat mencabar..Tapi di Padang Indonesia yang kebanyakan mereka adalah perantau di beberapa bandar besar di Indonesia terutama dalam bidang restoran Nasi Padang majoritinya menutup restoran hanya semata-mata mahu mengambil fadhilah Ramadhan. Sepanjang 11 bulan mereka telah berhempas pulas mencari rezqi maka ketika Ramadhan inilah masa mereka berhenti dan berehat seketika untuk merenung nasib diri di hadapan Allah. Ramai juga yang pergi umrah ke Mekah. Amalan ini masih kuat dan kental sekali. Sayang orang Melayu terutama di Malaysia amat sedikit yang mampu memberi perhatian ke aspek ruhani ini secara optima. Kita lebih asyik berkunjung setiap petang di mall atau bazar Ramadhan. Aduhai sdr...di mana kah kita agaknya di sisi Allah??

Yang Islam Hadhari asyik membuka kitab nak pertahankan hujah-hujahnya dan dan yang tidak hadhari pula ada juga yang habis waktu di pinggiran jalan ngobrol tentang orang. Tanpa sedar sekarang hanya tinggal 4 hari lagi kita berada dalam Ramadhan..Mari kita tanya secara jujur apakah Ramadhan kali ini telah membentuk kita mendekati takwa?...atau pada hari pertama Raya sahaja kita telah tewas dengan nafsu dll..Keletihan makan lemang dan lauk akhirnya sambil menonton TV kita bermimpi bertemu bidadari..Sejak hari ke sepuluh seperti tidak sabar-sabar media radio tv memutarkan lagu raya...kadang kala tarawikh di malam hari hanya tinggal pada bilangan rakaatnya sahaja tanpa berbekas dalam jiwa kita.

Tidak mampu menangis ketika mendengar imam dari Masjidil Haram membacakan ayat-ayat alquran dan doanya yang mendayu-dayu...Kita hanyut dalam kekenyangan nasi beryani dll. Aduhai sdr...marilah kita meningkatkan rasa malu terhadap Allah!!! Kita bukan lupakan politik di bulan Ramadhan tapi kita berhenti sejenak...merenung nasib kita di akhirat nanti...!!!

Sedikit komentar politik: Suasana politik nampaknya pemimpin UMNO makin kalut dan SEMAKIN JELAS ...mereka akan tenggelam tidak lama lagi dan mereka merasakannya. Soal di media kononnya UMNO masih hebat itu hanya tinggal kekuatan kulit sahaja. Isi sudah habis SERTA TIADA MODAL LAGI..(BN BANGKRAP) dan pendekatan menurunkan harga minyak sekadar melepas batuk di tangga.......

Turun RM0.10 sen amat tidak memadai, rakyat kecewa dengan BN
Intan Abdullah | intan@harakah.net.my
Thu | Sep 25, 08 | 12:10:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak meringankan beban rakyat.


Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal.

"Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?" katanya kepada Harakahdaily.

"Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal,"

Beliau yang juga ahli parlimen Kuala Krai melahirkan kekecewaan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan yang baru dilantik, Dato' Seri Najib Razak.

"Menteri baru pun tidak yakin untuk memberikan sesuatu yang lebih kepada rakyat.

"Sudahlah rakyat kini terbeban dengan kadar inflasi tertinggi sebanyak 8.5 sepanjang 26 tahun ini," ujarnya.

Jelasnya, apa yang sedang berlaku sekaligus menggambarkan kegagalan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara.

Bahkan menurutnya, dalam kiraan tertentu mengenai hal ini menunjukkan bahawa rakyat pula yang perlu menanggung subsidi minyak bagi pihak kerajaan.

"Apa pun saya tetap mencadangkan agar kerajaan mengembalikan harga asal minyak,"

Penurunan minyak semalam adalah merupakan kali kedua selepas kali pertama dengan kadar RM0.15 menjadikan jumlah setakat ini adalah RM.25 dengan kadar harga semasa minyak dunia pada tahap USD92 setong.

Sesetengah pihak mengandaikan contoh formula yang kerajaan gunakan untuk menaikan harga minyak semasa harga minyak dunia melambung ke USD 146 setong.

Persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, apakah alasan yang diberikan kerajaan untuk tidak menggunakan formula yang sama apabila minyak kini berharga kurang USD 92.7 setong.

Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter. - mr_


HR9808: Bila dah lemah...beginilah jadinya ambil sape sahaja asalkan orang tu sokong kita..."Penyokong bawa rebah"....

Perlantikan penasihat bukti kelemahan kerajaan
Abdul Aziz Mustafa
Thu | Sep 25, 08 | 10:12:17 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Perlantikan tokoh-tokoh yang dipersoalkan kredibiliti mereka mengukuhkan bukti bahawa kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah kerajaan yang lemah dan suka membazir, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.


Beliau berkata demikian mengulas perlantikan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan perlantikan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman sebagai penasihat kementerian tersebut.

"Rakyat yang tidak berpuas hati telah pun membangkitkan pelbagai kisah ketika Shahidan menerajui pentadbiran Perlis.

"Antaranya, Majlis Perbandaran Kangar pernah disita manakala bekalan elektrik di jalan-jalan di Kangar pula pernah dipotong kerana kegagalan membayar bil," katanya.

Persoalan juga timbul, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, apa yang dilakukan oleh kumpulan pelaksana projek NCER sehingga memerlukan Shahidan dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai projek itu.

"Adakah pegawai-pegawai pelaksana itu tidak tahu bagaimana hendak menasihat, atau tidak ada benda yang hendak dinasihatkan kerana tidak ada apa-apa pun yang dibuat atau memang mereka tak tahu apa-apa?" soal beliau.

Begitu juga dengan perlantikan Zainal Abidin yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

Tidak tahu buat kerja

"Adakah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang tidak tentu arah dan hari-hari menguap di dalam pejabat kerana tidak tahu buat kerja?

"Kalau benar demikian, mengapa dilantik orang yang junior dan tidak berpengalaman seperti Zainal Abidin yang berada di kementerian berkenaan tidak sampai satu penggal setelah dinaikkan pangkat dari kedudukannya sebelum itu sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar?" Mahfuz mempersoalkan.

Sambil menyifatkan perlantikan-perlantikan itu membuktikan betapa tidak cerdiknya kepimpinan negara hari ini, beliau mengingatkan rakyat tentang bahaya kerajaan yang lemah dan suka membazir.

"Kerajaan yang lemah dan suka membazir melemahkan kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabngsa kepada negara ini yang akhirnya akan mengakibatkan bencana ekonomi," katanya.

Beliau menyatakan kebimbangannya terhadap masa hadapan negara ini kerana kelemahan pentadbiran yang ada sekarang ternyata bermula dari atas.

"Kalau kepimpinan atasan tidak lemah, ia boleh memperbaiki kelemahan di bawah.

"Masalahnya, krisis yang dialami sekarang berpunca dari kelemahan di atas - dari Perdana Menteri, timbalannya, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri sehinggalah penasihat-penasihat yang dilantik tidak tentu fasal.

"Malah, penasihat-penasihat itulah yang paling lemah," kata Mahfuz.

Ganjaran kerja politik

Menurut beliau, rakyat kini mula mendakwa bahawa penasihat-penasihat itu termasuk yang bertaraf menteri itu dilantik memegang pelbagai jawatan bukan untuk melaksanakan tugas berkenaan, tetapi sebenarnya untuk menjalankan kerja-kerja politik bagi kepentingan Perdana Menteri.

"Pengurniaan jawatan-jawatan tersebut hanyalah untuk membolehkan mereka menikmati ganjaran lumayan setiap bulan sebagai membalas jasa mereka menjalankan kerja-kerja politik untuk kepentingan Perdana Menteri.

"Jika mereka yang dilantik itu tidak boleh digunakan bagi menjalankan kerja-kerja politik Perdana Menteri, sekurang-kurangnya perlantikan itu akan mengikat mereka untuk menyokong pelan peralihan kuasa yang ditetapkan Abdullah di samping memastikan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan Umno Disember ini," katanya. _


HR9808: nAJIB INFO ESUK MESYUARAT MT...TUNGGU PASTI ADA SESUATU YANG AKAN BERLAKU...!!!

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!