foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, September 27, 2008

PAK LAH SUDAH MASUK PERANGKAP...?? Bom .. di rumah Teresa...??

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

27 sept.
Pak Lah, tanpa sedar atau sengaja buat tak sedar telah pun berada dalam sangakar bikinan Najib dan kuncunya. Tersengeh-sengehlah Pak Lah di depan media tapi anak menantu dan kroninya, tepuk dahi dan terus berfikir bagaimana agar desakan dalaman UMNO ini dapat diredakan. Apakah senjata akhr yang wajar digunakan? KJ pasti akan terus bermesyuarat dan memanggil suku sakatnya bagaimana mahu menyekat kafilah Najib..Alahai UMNO..keris semata-mata sebenarnya tak cukup untuk mempertahankan jawatan.

Bagi rakyat biasa..rata-rata mereka sudah tak peduli lagi akan perubahan ini kerana Najib bagi mereka lebih parah dari Pak Lah dari banyak sudut. Bapak Najib..Bapak Pembangunan yang amat disayangi oleh rakyat tapi sayang seorang anak negarawan terpaksa berdepan dengan gugatan pembunuhan Altantunya..jika masih ada Tun Razak..bagaimana agaknya perasaan beliau..? Jadi peduli apa dengan Najib kata rakyat...dia pasti gagal untuk mentadbir Malaysia kerana nak tadbir perasaan dan jiwa sudah gagal..Ini persoalan besar sebenarnya. Bukan kita mahu ghibah dengan Najib tapi kita mahu minta beliau merenung dan bertaubat!!! Akuilah kelemahan kamu dan berilah jawatan kepada yang mampu dan layak!! permintaan ini bukan ugutan tapi realiti!! Jika berdegil juga alamat hancurlah Malaysia dengan tangan kamu sendiri..!!!

Berita tentang Teresa tak habis-habis sampai sekarang. Saya sebelum ini tak pernah bagi komentar tentang isu Teresa bukan bererti saya bersetuju dengan tindakan kerajaan kenakan ISA tapi saya ingin dapatkan info yang lebih lanjut. Tapi hari ini terjawablah sudah bahawa yang desperado ialah pemimpin UMNO dan penyangak dalam UMNO. Dua hal yang patut kita tanyakan?

1. Soal azan, Teresa sudah nafikan dan punya saksi yang jelas bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina Islam dan azan. Jika benarlah UMNO ni tahu tentang adab menjaga hati orang bukan Islam..cukuplah dan maafkanlah!! Islam tidak pernah mengajar kita jadi gengster dalam berdakwah dan nabi serta sahabat tidak pernah contohkan hal ini Nabi galakkan dialog dengan hikmah bukan emosi..Ini Islam dari Nabi bukan Islam Hadhari. Jadi kalau hangpa nak tunjuk hebat dengan bangsa dan agama lain ini bukan Islam dan ini hanya Melayu yang sesak nafas serta semput akal budi. Belajarlah Islam dari tok guru yang jelas sdr bukan dari tok guru Ayah Pin!!!

2. Bila pula UMNO mahu jadi hebat nak urus azan tak azan di masjid ni? Selama ni yang porak perandakan masjid siapa? yang kebas duit masjid siapa? yang kontrol masjid sampai Islam jadi celaru siapa? Tolonglah jawab dengan ikhlas!! Hangpalah selama ini yang rosakkan Islam dan membuat fitnah kepada Islam. Inilah jenayah besar yang dilakukan oleh UMNO dan pemimpin Melayu di Malaysia. Masjid jadi lambang yang kosong dan tidak berfungsi jika da pun amatlah terbatas. Di Turki, masjid bukan sahaja jadi tempat solat tapi juga jadi tempat muamalah (sampaikan super market ada di bawah masjid), sama juga di Indonesia, masjid mereka hidup apatah lagi di akhir bulan Ramadhan,masjid menjadi tempat hamba mengadu kepada Allah atas segala kesulitan hidup mereka dan memberi cahaya kepada rakyat Di Malaysia terbalik, masjid gah besar dan tinggi tapi gelap gulita. Apakah ini ruh yang iharapkan oleh nabi dari masjid? Masjid Quba dan beberapa masjid di zaman nabi amat fleksibel sehingga hampir seluruh aktiviti terpancar dari ruh masjid. Inilah makna masjid. Di waktu yang sama rumah ibadat kaum lain dihormati dan mereka seelsa hidup bersama umat Islam. Hoi pemimpin Melayu, hangpa ni dah lah malas belajar Islam dan hangpa nak tunjuk hebat pula dengan kesesatan hangpa? kembalilah kepada Islam yang sebenar dan rujuklah kembali kitab dan guru yang sahih.!! Mohon ampunlah dengan Allah sehingga hidayah datang kembali kepad kita semua!!!

Hari ini keluar berita bom...

Teresa anggap kejadian baling bom petrol untuk menakutkannya

27/09/2008 5:11pm

KUALA LUMPUR 27 Sept. — Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengganggap kejadian membaling bom molotov cocktail di rumah ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini awal pagi tadi bertujuan untuk menakut-nakutkan dirinya dan menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Mungkin tindakan ini berpunca dari perasaan dendam terhadap saya dan keluarga selepas media dan blog tertentu menghina dan menggambarkan saya sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan bersifat perkauman, dengan mereka-reka cerita yang palsu, sebelum dan selepas saya ditahan di bawah akta ISA,” katanya.

Teresa ditahan di bawah ISA pada pada 12 September dan dibebaskan selepas seminggu disiasat.

Laporan polis telah dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan, agar mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan, kata Teresa pada sidang media di rumah ibu bapanya di Taman Rainbow.

Sidang media itu turut dihadiri Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan wakil PAS. Teresa berkata, dengan adanya ancaman itu, beliau berharap polis dapat menjamin keselamatan beliau dan juga keluarganya yang kini jelas terancam.

Lim Kit Siang berkata DAP akan berjumpa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Seri Ismail Omar dalam waktu terdekat bagi memastikan keselamatan Teresa sekeluarga selamat dan terjamin.

Bapa Teresa, Kok Kim Tong, 74, berkata kejadian tersebut berlaku pada 3 pagi apabila anak lelakinya yang sedang melayari internet terlihat seorang lelaki menaiki motosikal membaling sesuatu ke rumah mereka.

Setelah diperiksa, terdapat dua molotov cocktail, dan salah satunya pecah. Tapi mujur tak meletup,” katanya yang memberitahu, ketika kejadian terdapat tujuh orang di dalam rumah tersebut.

Kami juga menemui satu nota berunsur ugutan yang dilipat-lipat lalu kami segera membuat laporan polis pada pukul 4 pagi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan yang dihubungi berkata Polis akan segera menyiasat bagi menjejaki individu yang terbabit dalam kejadian yang mengancam nyawa ini.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 502 iaitu ugutan jenayah, katanya.

Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya mengutuk tindakan penjenayah yang melakukan perbuatan itu dan meminta polis dan kerajaan segera menyiasat kes tersebut, agar penjenayah dapat dibawa ke muka pengadilan.

Ini kali kedua perkara sama berlaku kurang dari dua bulan. Sebelum ini, bekas rumah Presiden Majlis Peguam, S. Ambiga juga dibaling molotov cocktail,” katanya.

Katanya, sesiapa yang tidak setuju dengan dengan pendekatan Teresa, mereka harus menyatakan pandangan mereka dan harus berani untuk mengadakan perdebatan secara aman dan sekiranya mereka rasa tindakan beliau adalah salah, biar undang-undang yang menentukannya.

Koh berkata sebarang kekerasan atau perkara yang menyalahi undang-undang akan menyebabkan ekonomi negara semakin merosot.

— BERNAMA


Oh ya..saya menerima peringatan dari Ketua AMK WP..sdr Mad Zaman tentang semua OKT Geramm perlu mengadap Insp Tuwas pada hari Isnin 29 Sept. Alahai..orang sibuk membeli belah kita sibuk pula bertemu polis ..cuma saya tak dapat hadir kerana ada tugas di Indonesia mula dari esuk. Kepada teman-teman yang berada di Kl sila hubungi Mad Zaman!!!

Sempat juga melihat beberapa emel dan salah satu darinya sdr Rozan..Terima kasih atas sajaknya..Semoga anak muda makin kuat selepas Ramadhan!! Ikrar juga akan terus melaksanakan komitmen untuk kebajikan rakyat. Najib kita suruh turun jika tak mahu turunkan minyak oK!!! Kita belarak lagi "peace walk" keliling KLCC macam tawaf...!!!

Sajak beliau..

selepas 16 september
semua turun mendadak
(tiba-tiba ada peruntukan,
walau tiada dalam bajet defisit).
semua diberi bonus dan hulur bantuan
(tiba-tiba prihatin melayan dan baik hati,
walau tak pergi janjitemu UN, arab saudi).
semua ngo, apparatus kerajaan agresif-hero
(tiba-tiba bersemangat berani, tonjol rajin
mahu main keris dengan azan demi keselamatan).
apakah benar wang boleh beli semua?
apakah benar melayu mudah lupa?
rozan azen mat rasip
damansara heights
25 september 2008
sebelum 16 september
semakin ramai saban hari bertanya
khabar realiti kerajaan pakatan rakyat
mencabar gelisah atau mahu harapan baru?
ada apa di taiwan
(pertanian atau lari takut)
ada apa dgn dr. mahathir
(mantan menteri diktator atau mudah lupa)
ada apa pada sabah
(kesetiaan logo bn atau kecoh akujanji)
apakah betul tarikh itu benar-benar
penanda keramat
(bersama LAH tunggu sambil terus berdo'a).
rozan azen mat rasip
tmn koperasi polis 2
9 september 2008



No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!