foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, September 27, 2008

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA...DARI TEMAN-TEMAN dan jangan lupa buat tahanan ISA!!!!...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

28 SEPT.

Salam dan ucapan hari raya pula berdatangan melalui sms...akan saya copy ke blog kerana ucapannya berbagai macam sesuai dengan era Malaysia Baru yang maju....

Dari saya: (buat semua...terutama para pembaca blog hr9808 yang setia)

Ramadhan akan pergi,
Syawal datang mengganti,
teringinnak hulurkan tangan apakan daya tak sampai,
teringat nak melaung apakan daya jauh beno,
maka terimalah sms ini pengganti diri,
dari hati yang dalam mohon ampun dan maaf dari segala kesilapan dan kekurangan!!
Tq. mustm (hr9808.blogspot.com)

Balasan:
1.Awang Muslim Sarawak
Terima kasih dan salam Aidilfitri to u sekeluarga.
Awang Muslim n family.aazpp.blogspot.com

2. 0132514528...
Kalau dilipek sebosar kuku,
kalau dibontang sebosar alam,
Kok hilang dicari,
kok hanyut dipinteh,
kok tonggolam di solam,
Datnagbiarlah nampak muko,
kok poei biarlah nampak belakang,
Jauh diimbau,
dokek digamit,
Seuntaisalam,
sojambak kato,
Doghup bicaro,
menghisik raso
Salam Aidil fitri Maaf Zahir Batin buek ekau soisi kuargo.
Ikhlas dari esey. (WIRA Damai 0173812004)

3. Cikgu Zainal
Slm. Slmt eidul fitri.
Salam berngkt ke bdg.

Dalam kesibukan menyambut raya memang patut kita merenung nasib para tahanan ISA samada yang Muslim atau tidak, para isteri, anak-anak dan kaum keluarga mereka yang sebenarnya amat mengharapkan kehadiran mereka di sisi. Sayup di hujung malam, mereka merenung dinding dan siling, meninjau dan menunggu di celah tingkap apakah ada pesan raya buat mereka.
Inilah pesanan buat sdr semua...

Aduhai sdr!..kami mohon maaf atas kelemahan kami yang masih belum mampu untuk melepaskan sdr semua!! Cara lain belum ada kecuali BN ditukarkan ke PR. Tapi sebenarnya jauh di dalam hati kami..sdr semua adalah contoh hidup buat kami semua dan bukti kesabaran buat kami ikuti. Sabarlah sdr ku..masanya akan tiba, ianya sudah hampir tiba...semuga doa dari sdr yang teraniaya akan diterima Allah!!! Kami yang berada di luar akan melakukan sesuatu buat sdr semua..!!!


  • Anti-ISA vigil turns into peace march
    Andrew Ong and Rahmah Ghazali | Sep 27, 08 8:08pm
  • breaking news updated 11.15pm A candlelight vigil and a Chinese lantern procession turned into a 1km march through downtown Kuala Lumpur, which strangely went undisturbed by the police.
Cops foil anti-ISA leafleting bid
Andrew Ong | Sep 26, 08 2:02pm
gmi masjid jamek 260908 crowdAttempts by anti-ISA activists to distribute leaflets about the detention-without-trial law were hampered by an even larger group of police officers.



Polis halang perhimpunan tuntutan hari raya GMI
Irwan Muhammad Zain | Foto Nasir Sudin
Fri | Sep 26, 08 | 5:47:58 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - Pihak polis menghalang satu perhimpunan aman tengah hari tadi, yang menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sambil menggesa agar semua tahanan ISA dibebaskan menjelang hari raya.


Perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) diadakan berdekatan stesen LRT Masjid Jamek, dekat sini.

Mereka turut mengedarkan risalah kepada orang ramai yang melalui kawasan tersebut bertujuan untuk menyedarkan orang awam tentang akta zalim dan ketinggalan zaman ini.

Belum sempat aktivis GMI yang diketuai oleh Syed Ibrahim Syed Noh berkumpul, ASP Sydney Clyde Jeremiah yang mengetuai pasukan polis telah memberi amaran kepada koordinator GMI, E Nalini agar tidak menggunakan pembesar suara dan plakad.

ImageBagaimanapun, aktivis GMI tetap berhimpun dan merentangkan banner di seberang jalan Masjid Jamek. Ia hanya mampu bertahan selama kurang dari lima minit sebelum polis merampas banner dan plakad.

Selepas banner dan plakad dirampas, Presiden GMI, Syed Ibrahim telah membacakan kenyataan media yang mengutuk kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu tanpa bicara.

Syed Ibrahim berkata, tuntutan Hari Raya GMI adalah untuk membebaskan kesemua 66 tahanan ISA dengan segera.

"Selama enam atau tujuh tahun, keluarga mereka menyambut Ramadan dan Syawal tanpa kehadiran suami, bapa atau anak," kata beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa ahli keluarga tahanan ISA ini telah kehilangan tempat bergantung dalam keadaan kos hidup yang semakin melangit.

Image"Mereka ini juga terpaksa membayar tiket bas dengan harga yang mahal untuk ke Kamunting yang memakan masa lebih dari tiga jam tetapi mereka cuma dibenarkan bertemu disebalik cermin dalam tempoh 45 minit sahaja," kata Syed Ibrahim.

Syed Ibrahim membaca kenyataan media itu selama lima minit dan menyudahkannya setelah polis mengeluarkan amaran terakhir. Tiada sebarang tangkapan dilakukan biarpun terdapat beberapa seorang anggota polis wanita berkelakuan lelaki cuba melakukan provokasi terhadap aktivis GMI.

Demonstrasi kecil ini berjaya menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut untuk mendapatkan maklumat dan memberikan sokongan.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh yang turut hadir menyatakan sokongan terhadap demonstasi aman GMI itu melahirkan rasa sedih beliau terhadap nasib malang yang menimpa keluarga tahanan ISA.

ImageBeliau juga melahirkan rasa kesal kerana demonstrasi aman GMI itu telah dihalang oleh polis.

"Bila kita tanya kenapa kita disekat, dia kata itu kena tanya Perdana Menteri tapi masalahnya dah banyak kali jumpa PM tapi tidak ada hasil pun," kata beliau.

Ustazah Nuridah berkata demonstasi adalah merupakan satu cara untuk menyampaikan bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan.

Seterusnya beliau mencabar ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang beragama Islam agar keluar dari parti tersebut jika benar-benar mereka seorang Muslim sejati kerana BN telah menggunakan akta zalim dalam pemerintahannya.

Image"Saya cabar mereka ini menyertai Pakatan Rakyat kerana hanya Pakatan Rakyat yang berjuang untuk membebaskan tahanan ISA seterusnya menghapuskan terus akta lapuk ini," kata beliau.

Beliau turut menyeru agar seluruh rakyat Malaysia terus berdoa agar akta ISA yang zalim ini akan segera dihapuskan. _



HR9808: DERITA ANAK DAN ISTERI TAHANAN ISA...AMAT MENYAYAT HATI..TOK HAMID, PAK LAH, NAJIB DAN SIAPA SAHAJA YANG BERSAMA DENGAN KAMU..DAN REDHA DENGAN ISA..MAKA MARI KITA DOAKAN AGAR KEMUSNAHAN ATAS PAKATAN JAHAT MEREKA, AMIN!!!

Angkara ISA buat anak isteri tahanan hidup melarat

Anis Nazri || anisnazri@harakah.net.my | Foto Wan Zahari
Fri | Sep 26, 08 | 12:22:08 pm MYT

SANDAKAN, 26 Sept (Hrkh) - Tiada yang begitu menyayatkan hati apabila menyaksikan pengorbanan yang dilalui Nasimah Jamal, 16, apabila terpaksa membanting tulang empat kerat untuk meneruskan kelangsungan hidupnya sekeluarga.


Di saat remaja seusianya sibuk menimba ilmu di sekolah, Nasimah hanya menghabiskan masanya di kedai menjual telur, selain membantu ibunya, Norhatta Paraji di kedai runcit kecil milik mereka.

Tidak bersekolah

Keciciran tersebut tidak lain dan tidak bukan angkara ISA yang menyelubungi kehidupan mereka sejak empat tahun lalu, di saat ayah kesayangannya ditahan akta rimba itu.

Kesukaran Norhatta menjaga tujuh orang anak sekaligus, menimbulkan rasa trauma kepadanya untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Dengan kesempitan hidup yang dialaminya, kekangan kewangan serta masa yang perlu diluangkan bersama anak-anak menjadikan hasrat melihat anak-anak menimba ilmu terpendam begitu sahaja.

Image"Sejak suami ditahan, saya mengambilalih tugas suami sebagai bapa kepada mereka, selain meneruskan peranan saya sebagai ibu. Bagaimana dalam satu masa, saya terpaksa mencari nafkah, menghantar dan mengambil anak bersekolah, sekaligus menjaga anak kecil saya?" soal beliau ketika krew Harakah menemui beliau di kediamannya di Batu 19, Sandakan, 23 Sept lalu.

Norhatta, memiliki tujuh orang anak, masing-masing berusia lingkungan 16 tahun sehingga lima tahun, yang hanya menghabiskan masa-masa bersama di rumah usang milik mereka.

Menyaksikan episod masa depan mereka yang gelap ini, jelas membuktikan betapa ISA itu bukan saja menafikan hak bapa mereka menjalankan tanggungjawabnya, malah menafikan hak anak-anak untuk mendapat pendidikan sewajarnya.

Malah, Nasimah terpaksa bekerja membantu ibunya dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka sekeluarga tanpa belaian kasih sayang seorang ayah.

Biarpun memiliki kedai, berapa sangatlah keuntungan yang diperoleh beliau. Malah, setelah hampir dua jam Harakah mengunjunginya, bilangan pelanggan yang memasuki kedainya tidak sampai tiga orang.

Tidak pernah melawat ayah

Tidak cukup dengan derita yang terpaksa ditanggung, keluarga ini tidak pernah berpeluang melawat ayah mereka yang ditahan di Kemta kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang membolehkan mereka tiba di Semenanjung bertemu bapa mereka.

ImageSetelah hampir empat tahun dipisahkan dari bapa, mereka tidak berpeluang melawat bapa yang dirindui. Lebih malang lagi, pihak polis (SB) bertindak merampas sijil kelahiran anak-anak ini, yang berasal dari Filipina.

Hanya surat dari Kemta saban minggu yang menjalinkan ikatan hati dan kasih sayang antara suami dan isteri, bapa dan anak-anak. Dengan surat-surat itulah kerinduan yang tersarat di dada dapat dilepaskan. Namun, ianya sudah pasti tidak terubat begitu sahaja.

Luah rasa rindu

Beberapa hari lalu, anak sulungnya, Nasimah, melahirkan rasa rindu terhadap ayahnya. Nasimah menghantar sistem pesanan ringkas kepada aktivis GMI, Norlaila Othman, menyatakan rasa rindu serta memohon pertolongan agar dapat bertemu ayah tersayang.

Hati siapa yang tidak tersentuh melihat anak-anak kecil ini terbiar tanpa kasih sayang seorang bapa. Walaupun ibunya masih ada, namun kasih sayang ibu tidak mampu menyamai kasih sayang seorang bapa.

Apatah lagi, kekejaman ISA itu bukan hanya memisahkan kasih sayang antara suami-isteri dan bapa-anak, tetapi turut menghimpit kehidupan mereka, serta menafikan hak pendidikan anak-anak.

Menginsafi nasib mereka, khususnya menjelang Syawal yang sewajarnya disambut dengan gembira bersama keluarga, Harakah menunaikan rasa tanggungjawab sosial dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Sumbangan hasil derma pembaca Harakah yang budiman, disampaikan sendiri Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman kepada Norhatta bagi meringankan bebanan hidup dan perasaan mereka sekeluarga menjelang Syawal ini. - mr_


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!