IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
28,29,30, 1 Okt
Dalam kesibukan membuat persediaan menyambut aidilfitri dan melaksanakan qiam di hujung akhir 10 Ramadhan, kita perlu memberi sedikit ruang kepada waktu agar makna perjuangan kita selama ini dapat bernafas sear kembali setelah melalui latihan bersama Ramadhan.
Ramadhan yang pergi telah mengingatkan kita kepada beberapa hal:
1. Latihan kekuatan jasmani -Walaupun tidak makan kita wajib terus berfikir dan berusaha dengan kadar kemampuan yang ada. Tanpa berkeluh kesah kita lakukan setiap hari demi meraih cinta dari Allah. Kita redha dengan kelaparan demi mendapatkan takwa di sisi Allah. Termasuk dalam sifat seorang yang bertakwa ialah dia redha dengan segala suruhan dan Allah dan meninggalkan segala tegahan Allah dalam seluruh kegiatan hidupnya . Dalam mencari rezqi buat anak isteri, belajar, berfikir dan apa sahaja niatnya tetap sama iaitu mencari redha Allah. Inilah makna sebuah latihan puasa sehingga jasmani yang lemah dengan bermacam penyakit hilang dalam tempuh pembersihan Ramadhan.
2. Latihan ruhani- merasai kelaparan orang miskin mustahil akan dapat kita rasai kecuali dengan kita turut sama merasakannya. Rakyat menderita akan mudah difahami bagi seorang pemimpin jika dia sering berpuasa. Dia tidak akan sangup melahap makanan yang di sana masih ramai yang tidak cukup makan. pemimpin yan baik tetap akan mementingkan rakyatnya dari dirinya sendiri. Jadi pemimpin yan sanggup melahap rezqi dari rasuah, merompak kepentingan rakyat adalah pemimpin yang bakal di makan perutnya oleh api neraka. Mereka tidak akan faham makna susah bagi rakyat dan pemimpin seperi inilah yan sedang memerintah kita di Malaysia. Dengan ruhani yang tinggi hasil tarbiyah Ramadhan, maka mari kita doakan agar segala bentuk penindasan dari pemimpin zalim ini akan dicabut oleh Allah dengan segera. Saya yakin selama beberapa minggu qiam dan tarawikh doa ini telah pun kita lakukan..
Sekarang saya berada di Bandung dan dapat melihat sendiri suasana masyarakat muslim Indonesia merayakannya. Banyak yang berbeza terutama selepas maghrib malam pertama raya..seluruh masjid melaungkan takbir sehingga ke subuh dan di beberapa kota besar anak muda berkumpul dan berarak keliling sambil memukul beduk. Ini pesta rakyat yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. tidak timbul soal azan dan takbir kerana masyarakat di sini sudah faham makna persamaan dan persaudaraan. Semua kaum bagaikan adik beradik saling mengucapkan selamat hari raya tanpa berpura-pura. Saya yakin..jika semangat ini disuburkan oleh para pemimpin Indonesia dalam tempoh 20 tahun akan datang Indonesia bukan sahaja akan menjadi gergasi politik di ASEAN bahkan mampu memberi model baru yang jumlah penduduk Islam terbesar di dunia serta sangat teguh berprinsip dengan ajaran Islam itu sendiri tanpa merosakkan rasa hormat kepada agama lain. Inilah yang sepatutnya pimpinan Melayu Malaysia lakukan bukan hanya pandai bakar semangat permusuhan antara kaum yang akhirnya memusnahkan seluruh kekuatan bangsa dan negara Malaysia.
Sekali lagi kepada sdr/sdri yan sering berkunjung ke blog ini..saya dan keluaraga memohon ampun dan maaf atas seala kelemahan dan kesalahan selama ini!!!
Sempatkanlah membaca beberapa ucapan dari pimpinan PR agar kita senaniasa merasakan hubungan antara pejuang dan pimpinannya. Semoa Allah menerima amal dan perjuangan kita dan memberi kemenangan kepada kita semua.!!!amin..
Ekonomi didorong nafsu tamak tidak akan berjaya - Anwar |
Abdul Aziz Mustafa Wed | Oct 01, 08 | 12:59:27 am MYT | |||||
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak yang bukan kepalang, tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Perutusan Eidulfitrinya. "Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dan dimaknai dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh berlegar di kalangan segelintir sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman. "Inilah yang kita tegaskan sebagai ekonomi yang manusiawi. Ekonomi yang dibangun di atas prinsip insan sebagai makhluk bermoral dan berakhlak, bukannya semata-mata homo economicus; yang hanya memburu kepentingan diri sendiri," jelas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Menyentuh perubahan yang diusahakan pihaknya, Anwar berkata, perubahan yang ingin dilaksanakan bertapak di atas bongkah-bongkah yang kukuh, jauh sekali dari retorik kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan. "Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya ekabudaya. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api asabiyyah dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah �siapa yang menyemai angin akan menuai badai,� katanya. Ramadhan, katanya, pastinya mengingatkan kepada kisah Pembukaan Kota Mekah (Fath Mekah). "Kejayaan Rasulullah s.a.w. yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah s.a.w. dengan wakil kaum Quraisy," katanya. Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut,kata Anwar lagi, namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah s.a.w. di dalam menerima perjanjian tersebut. "Rupa-rupanya �jalan kemenangan sudah jelas nyata.� Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah s.w.t. yang berbunyi: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. "Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan islah terlaksana," katanya lagi. Dengan memulakan ucapan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya mewakili keluarganya dan segenap lapisan kepimpinan serta akar umbi PKR, Anwar mengakhiri perutusannya dengan berkata "Insya Allah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran,�ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit (Ayat 24, Surah Ibrahim)�_ Semua manusia adik-beradik - Mursyidul Am
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!