foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, November 14, 2008

TAHNIAH ..PIMPINAN PR PULAU PINANG...PATUT DIHARGAI...!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

14/15 NOV

Di saat ekonomi gawat para pemimpin harus bersikap lebih proaktif mencontohkan nilai hidup kepada rakyat. Berjimat demi rakyat dan negara adalah amalan mulia yang sewajarnya dipraktikkan tanpa perlu di mesyuaratkan terlalu lama. Rakyat juga wajar mendesak seluruh pimpinan negara menghormati aspirasi rakyat. Rakyat yang kelaparan wajib diberi makan tapi jika tak mampu beri kesejahteraan lepada rakyat maka sekurang-kurangnya hormatilah rakyat!!! Inilah pemimpin yang didambakan rakyat..Saidina Umar dan Umar Abd Aziz telah mencontohkan kepada kita hal ini dalam banyak catatan sejarah sehingga amat sulit untuk mendapatkan contoh selepas mereka. Ayuh pimpinan PR contohkanlah nilai hidup begini kepada rakyat..pasti ianya dinantikan oleh semua...!!! Semoga Allah permudahkan dan terus memberi kemenangan kepada pimpinan rakyat yang sebenar.. Pemimpin yang gendut dari wang rakyat akan kimpis perutnya dan dihina rakyat suatu masa nanti..Masanya akan tiba..!! Jika degil juga maka rakyat perlu demo lagi macam dulu...!!! Kena tangkap lagi kerana tuntut pemimpin gendut berfikir lebih dari perutnya dan perut anak bininya...!!

Jika kita hitung ..pimpinan Negara dapat jimatkan 10 juta sahaja sebulan bermakna kita telah punya RM 120 juta setahun. Boleh buat apa dengan RM 120 juta?.. bagi semula kepada kesejahteraan rakyat..1. Rumah mereka 2. Biaya Kesihatan 3. Pendidikan mereka 4. Peluang bisnes/usaha 5. Bangunkan kampung/daerah sehingga potensi sosioekonomi mereka terangkat.

Ini hitungan anak kampung aje.. jika setahun RM 120 juta. Macamana agaknya jika UMNO dah perintah lebih 50 tahun? ..Ada RM billionkan .. Tapi realitinya duit masuk ke mana?...Akaun peribadi di merata bank seluruh dunia..Sorry ye tuanku....Raja Melayu juga patut lebih sensetiflah hal begini..Tak cukup lagike dengan bermacam elaun sejak bayi yang ditanggung oleh wang negara?? Dah dewasa pula pau merata-rata dari tokeh-tokeh judi sampai tokeh betina. Sorry tak semua raja lah..ada yang bagus dan sangat perihation dengan rakyat tapi umumnya macam tulah..Jangan sorok bawah carpet masalah macam ni kerana rakyat dapat lihat gelagat (VVIP ) pemimpin khasnya Raja-raja dan pemimpin Melayu.

Bagi pemimpin Islam mereka tak rasa berdosa kot?..kerana sental duit rakyat secara berlebihan disangka hak mereka. Negara ini bukan hak sesiapa tapi semua rakyat yang tinggal bermastautin di atasnya. Bumi dicipta oleh Allah bagi semua tapi pemimpin hanya berhak mentadbir secara benar, jujur dan adil. Jika tidak maka memang layak para pemimpin ini ke neraka lebih awal 40 tahun dari rakyat biasa..Lihatlah kitab mana pun..mengambil wang negara adalah berdosa dan segala sennya akan diperhitungkan di akhirat nanti. U raja ke, YB ke, PM ke atau siapa sahaja semua kena!!

Sejarah mencatatkan bahawa pernah Saidina Umar di malam hari memikul guni gandum dan mencari manakah rakyat yang masih kelaparan?,,Umar Abd Aziz pula memadamkan lampu jika urusan itu berkaitan dengan hal peribadi..Inilah manusia contoh dalam sejarah yang amat menghargai rakyat dan takut dengan neraka. Ayuh kita semak diri kita!!!


Pulau Pinang : Tidak boleh guna tiket kelas pertama, hotel mewah
Harakahdaily
Thu | Nov 13, 08 | 11:28:46 am MYT

BUKIT MERTAJAM, 13 Nov (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat mengambil langkah yang drastik dalam mesyuarat exco semalam, apabila bertindak menarik balik segala kemudahan yang dinikmati pegawai-pegawai tinggi sebagai salah satu langkah berjimat cermat.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin berkata, semua pegawai tertinggi kerajaan, termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hanya akan menggunakan penerbangan kelas ekonomi atau tambang murah dalam melakukan segala urusan kerajaan.

Katanya, tiada penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan dibenarkan, tiada penginapan di hotel empat atau lima bintang dan segala majlis tidak akan dianjurkan di hotel mewah.

Dengan penarikan balik segala kemudahan ini katanya, Ketua Menteri, anggota exco dan pegawai tinggi negeri hanya akan menggunakan penerbangan ekonomi dan menginap di bajet hotel apabila menjalankan tugas di luar Pulau Pinang.

Sebelum arahan dikeluarkan secara rasmi dalam mesyuarat mingguan exco semalam, Lim Guan Eng telah pun mengamalkan kesederhanaan sewaktu beliau mula memimpin kerajaan negeri.

Langkah yang diambil beliau ini, diperluaskan kepada semua anggota exco dan pegawai tinggi kerajaan negeri, sebagai salah satu usaha mengelakkan pembaziran wang rakyat.

Guan Eng baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak pernah rasa terganggu atau tidak selesa sewaktu menjalankan tugas di luar kawasan walaupun menaiki penerbangan kelas ekonomi dan menginap di hotel sederhana.

Katanya, beliau merasakan lebih selesa mengamalkan sikap berjimat cermat kerana tidak mahu dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin yang membazirkan wang rakyat.

Mengulas lanjut isu berkenaan Fairus menjelaskan, "Jika perlu, mereka boleh menaiki Air Asia. Arahan ini membabitkan semua pegawai tertinggi kerajaan."

Mengenai majlis anjuran kerajaan negeri, Timbalan Ketua Menteri menjelaskan, ia boleh diadakan di Dewan Serbuna atau Kompleks Sukan yang bersesuaian.

"Arahan telah dikeluarkan, tidak dibenarkan sebarang penganjuran program kerajaan negeri di hotel.

"Tidak perlu beri hadiah (kepada pemimpin kerajaan), yang penting majlis yang dianjurkan mencapai objektif. Oleh itu kita harap semua ketua jabatan kerajaan akur dengan arahan ini," tegasnya. - mr_

Respons dari beberapa pimpinan PR....

Kerajaan empat negeri digesa contohi Pulau Pinang
Abdul Aziz Mustafa
Sun | Nov 16, 08 | 2:11:14 am MYT

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Hrkh) - Hujah bahawa "apa yang kami lakukan adalah mengikut peraturan" hendaklah dihentikan oleh para pemimpin dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) untuk mewajarkan tindakan mereka menggunakan penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan, menginap di hotel empat atau lima bintang dan mengadakan majlis-majlis di hotel mewah.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menegaskan perkara itu ketika mengalu-alukan keputusan mesyuarat exco kerajaan Pulau Pinang yang memutuskan bahawa semua pegawai tertinggi kerajaan, termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, tidak boleh menggunakan penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan, menginap di hotel empat atau lima bintang dan mengadakan majlis-majlis di hotel mewah.

Keputusan itu dibuat sebagai salah satu langkah berjimat cermat.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu malah menggesa mesyuarat exco kerajaan Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor menyegerakan keputusan seperti yang dibuat oleh mesyuarat exco kerajaan Pulau Pinang itu.

"Jangan lagi gunakan hujah 'apa yang kami lakukan adalah mengikut peraturan' seolah-olah ia tidak boleh diubah. Hanya al-Quran dan undang-undang Allah s.w.t. sahaja yang tidak boleh diubah," katanya.

Baru-baru ini, katanya lagi, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa parti-parti lawan Barisan Nasional (BN) sedang memberikan 'preview' jenis pemerintahan yang akan didirikan.

"Kita bertanggungjawab memberikan 'preview' yang menyenangkan hati rakyat dan bukan 'preview' yang menyebabkan mereka meluat untuk melihatnya," Mahfuz mengingatkan.

Walaupun Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menunjukkan contoh yang baik dengan kehidupan sederhananya, kata beliau, ia tidak akan memberikan apa-apa makna jika tidak diikuti dengan bersungguh-sungguh oleh para pemimpin yang lain.

"Hakikatnya, menggunakan penerbangan kelas ekonomi tidaklah menjatuhkan martabat seseorang sama seperti tidak bertambah hebat martabat seseorang jika menggunakan kelas pertama atau kelas perniagaan.

"Lebih dari itu, tidak benar kononnya menggunakan kelas ekonomi memenatkan dan mengganggu kecergasan dan kecerdasan untuk berkerja.

"Jemaah haji ke Mekah menggunakan kelas ekonomi sehingga berjam-jam tidak pula penat dan boleh terus beribadat apabila sampai di Tanah Suci," katanya ketika menolak dakwaan sesetengah pihak untuki mewajarkan tindakan mereka menggunakan penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan.

April lalu, Mahfuz menggesa semua kerajaan PR yang memerintah lima negeri menubuhkan badan Hisbah "untuk memastikan ketelusan yang disandarkan kepada sistem yang dipercayai".

"Bukan pengisytiharan harta Exco-exco sahaja yang boleh meningkatkan keyakinan umum terhadap kerajaan-kerajaan tersebut, tetapi yang lebih penting lagi ialah kepada siapa harta diisytiharkan dan adakah perisytiharan itu disiasat oleh badan yang bebas," kata beliau.

Beliau berharap badan tersebut yang dipanggil ombudsman oleh umum akan ditubuhkan dengan segera oleh kelima-lima kerajaan negeri yang berkaitan.

"Kita tidak mempersoalkan kejujuran sesiapa. Tetapi hukum alam seolah-olah menetapkan kejujuran sahaja tanpa sistem yang memelihara kejujuran itu boleh menyebabkan individu-individu yang jujur juga terperangkap dengan situasi yang mereka hadapi," jelas beliau.

Sebab itulah, satu sistem yang memelihara dan memastikan kejujuran individu yang berkaitan mesti diwujudkan melalui badan hisbah tersebut.

"Dengan adanya badan hisbah, Menteri Besar, Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan boleh mengisytiharkan harta mereka kepada badan itu.

"Bukan setakat isytihar sahaja, tetapi boleh disiasat jika badan itu berpendapat ada keraguan yang mesti dijelaskan dan seterusnya mengambil tindakan susulan," kata Mahfuz. _


HR0898: Kenapa kenyataan dari media BN hanya memfokus kepada golongan rakyat biasa sahaja? Kemana perginya data perbelanjaan VVIP dan pimpinan negara? Bila kita membaca hal seperti inilah yang membuatkan rasa muak dengan info berat sebelah yang tidak langsung memberi impak kepada golongan koruptor dan perompak harta rakyat. Jika benar-benar media BN telus..sila dapatkan dan dedahkan perbelanjaan para pimpinan BN dari atas sampai bawah!! Saya yakin media BN tak akan berani dan rakyat akan terus dimimpikan dengan mimpi bosan yang menjemukan. Rakyat hanya akan dapat info sebenar setelah BN ditumbangkan dan pimpinan baru yang berkomitmen telus dengan rakyat diangkat. Kenyataan di bawah benar tapi tidak merubah apa-apa terutama para koruptor wang negara yang sedang berpesta pora bersama kroninya.....

Ramai rakyat Malaysia berbelanja melebihi pendapatan

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Sebahagian besar rakyat negara ini berbelanja lebih daripada pendapatan tahunan mereka untuk membeli produk yang bukan merupakan barangan keperluan asas.

Menurut kajian Indeks Keutamaan Pembelian Pengguna yang dijalankan oleh MasterCard Worldwide, sejumlah 79 peratus rakyat Malaysia berbelanja lebih 10 peratus daripada pendapatan tahunan mereka atas barangan seperti kasut, pakaian dan aksesori manakala 15 peratus membelanjakan lebih 40 peratus daripada gaji tahunan mereka untuk barangan yang sama.

''Kira-kira 59 peratus akan dibelanjakan untuk tujuan hiburan dan makanan, 49 peratus untuk pelancongan dan fesyen manakala 42 peratus dihabiskan pada aksesori untuk tempoh 12 bulan akan datang,'' demikian menurut satu kenyataan di sini, hari ini.

Kajian itu juga menunjukkan 70 peratus pengguna di rantau Asia Pasifik akan mula mengehadkan perbelanjaan mereka terhadap barangan sebegini pada tahun hadapan.

Hiburan dan makanan merupakan yang paling utama dalam perbelanjaan pengguna di 11 daripada 14 buah negara di Asia Pasifik kecuali di India, Korea dan Filipina yang mana kebanyakan pendapatan tahunan mereka dibelanjakan bagi pendidikan anak-anak, tambahnya.

Taiwan, Filipina dan Korea didapati antara negara yang akan mengurangkan perbelanjaan mereka berbanding New Zealand, Australia dan China yang menunjukkan sikap daya tahan pada tahun hadapan.

Kajian tahunan yang membabitkan kira-kira 6,019 pengguna di 14 buah pasaran di Asia Pasifik dibuat sepanjang September lalu.

Dari segi jantina pula, 69 peratus pengguna lelaki didapati kurang cenderung untuk mengurangkan perbelanjaan mereka berbanding wanita yang akan mengehadkan 71 peratus perbelanjaan mereka.

Golongan yang berusia 30 tahun ke bawah juga didapati kurang cenderung untuk mengurangkan perbelanjaan mereka berbanding mereka yang berumur 56 tahun ke atas.


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!