foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, January 25, 2009

GHUYUB LE UMNO......!!!! (umNO AKAN HANCUR...)

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

26 Jan
Saya amat bersyukur bila mendapat berita YB ADUN Bota telah kembali ke pangkal jalan dengan memilih PKR atau (PR) sebagai landasan perjuangan beliau untuk rakyat di Bota khasnya dan di Perak amnya. Teman orang Perak juga amat kagum dengan keputusan YB kita ni dan rasenya dia akan melarat le tu...(maksudnya akan bertambah le YB Umno yang pindah walaupun pasukan pengepung UMNO akan turun padang...).

Sebelum ini saya banyak memfokus ke isu Palestin tapi bila datang berita dari Bota, tak boleh tahan kerana dentumannya lebih hebat dari bom Israel buat Putrajaya. Buat Tajol Rosli mungkin demam panas dingin dan elok le ke hospital aje. Semoga sempat bertaubat dan kembali lah ke pangkal jalan. Tak payah kutuk sangat UMNO sekarang ni sebab dah macam batang reput, tiup pun tumbang yop..!!! Di samping kita berdoa...kita berusaha menerangkan kepada seluruh rakyat jelata di Perak. UMNO sudah hilang haluan dan bila-bila masa sahaja akan tumbang.

Teman dan sdr blogger teruskan aje usaha cara kita yang termampu semoga ada hasilnya untuk PR di Perak khasnya...dan amnya di Malaysia!!!.

Menarik beberapa artikel di bawah mungkin ada kaitan dengan kes YB Bota...

Umno sudah menyimpang jauh, rakyat makin meluat - Dr Mahathir
Harakahdaily
Sun | Jan 25, 09 | 7:38:55 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - "Umno di bawah pemimpin Dato' Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar."

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menyifatkan Umno dibawah pemimpin Dato Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar.

Malah katanya oleh sebab itu ahli-ahli Umno pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara termasuk setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya.

"Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO dan konco-konconya.

"Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Umno dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak Umno sekarang," katanya dalam blog peribadi beliau. Image

Antara kesalahan yang dilakukan kata Mahathir iaitu memberi kuasa kepada anak dan menantu dalam urusan parti dan kerajaan sehingga calon-calon PRU 12 ditentukan oleh mereka dan hampir semua dari mereka yang dipilih menjadi calon kalah dalam pilihan raya tersebut.

"Penglibatan anak menantu dalam perniagaan yang dikuasai oleh Kerajaan. Bantuan Kerajaan kepada perniagaan mereka. Umpamanya pengambilalihan Avenue Asset oleh ECM Libra.

"Kegiatan beberapa pembantu khas yang ditempatkan di tingkat 4. Mereka lebih berkuasa dari Kabinet," katanya yang mengulangi kritikannya sebelum ini

Katanya Umno di bawah pimpinan Abdullah telah jadi begitu lemah sehingga dikecam sewenang-wenangnya oleh kaum-kaum lain dan parti mereka.

Dalam pada itu beliau yakin apabila dalam Mesyuarat Agung Mac ini calon-calon yang diketahui menyogok wang kepada wakil ke mesyuarat agung menang, Umno akan dipandang jijik oleh rakyat semua kaum dan Umno akan kalah pada PRU 13.

"Biarlah kekalahan Umno di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada Umno. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum.

"Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin Umno.- azm _

Rakyat perlu segera tamatkan riwayat Umno
Harakahdaily
Sun | Jan 25, 09 | 8:06:11 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Rakyat perlu menamatkan segera riwayat Umno kerana parti itu telah menyebabkan tanah, bahasa, pendidikan, politik, sosial dan ekonomi orang Melayu semuanya sudah hampir tergadai.

Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar berkata hakikat sejarah perlu direnungkan sebagai iktibar terhadap kegelojohan dan kerakusan pemimpin Umno dalam menggadai kepentingan orang Melayu selama ini.

"Dulu kita pernah digemparkan oleh tindakan salah seorang calon Timbalan Presiden Umno yang dikatakan menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada bangsa asing termasuk bukan rakyat negara ini di Johor.

"Kalau tanah di Johor boleh sahaja dijual kepada warga Singapura dan Hong Kong, mengapa tanah di Ipoh tidak boleh diberi hak milik kepada warga sendiri? Adakah orang-orang Cina di kampung-kampung baru di Perak tidak memberikan �habuan� kepada pemimpin Umno untuk hak milik tanah itu, maka mereka tidak berpuas hati," katanya mengulas isu kritikan Umno terhadap pemberian tanah Kerajaan Perak kepada penduduknya. Image

Katanya ini membuktikan bahawa isu-isu hak dan ketuanan ini sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik dan mengisi poket sahaja, bukannya untuk kepentingan bangsa dan negara.

"Lupakah Umno bahawa 139,409 hektar tanah rezab melayu di negeri-negeri tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan BN dahulu dan hanya 77,208 hektar sahaja yang diganti semula.

"Masih terdapat baki 62,201 hektar yang perlu diganti oleh kerajaan BN dan ini menunjukkan kerajaan BN gagal untuk mempertahankan tanah rezab melayu sebagai benteng akhir kekuatan politik melayu.

"Sekarang ini pun, Umno sedang berusaha untuk menghalau orang-orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur supaya mereka dapat menjadikannya Bukit Bintang kedua," katanya dalam blog peribadinya.

Dalam blognya itu di bawah tajuk 'Melayu Kehilangan Tanah keranamu Umno', beliau membahas secara terperinci tentang sejarah yang membongkarkan tindakan Umno sendiri yang menggadaikan hak keistimewaan orang melayu yang kononnya sentiasa dijulang dan menjadi slogan mereka selama ini. - azm _

Adun Bota keluar Umno, sertai KeADILan
Azamin Amin
Sun | Jan 25, 09 | 5:19:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Dato' Nasarudin Hashim mengisyhtiharkan keluar Umno sekaligus menyertai KeADILan hari ini.

Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan media yang dihantar Biro Penerangan KeADILan kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Ini secara langsung meberi tamparan hebat kepada Umno-Barisan Nasional khususnya di Perak apabila hanya mempunyai 27 kerusi berbanding Pkatan Rakyat yang menambahkan satu kerusi menjadikannya kini sejumlah 32 kerusi.

Berikut adalah teks kenyataan media Nasarudin :-

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.

Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.

Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.- azm _

Kes Adun Bota: Fitnah dan hasutan Umno menikam diri - Nik Aziz
Salmah Mat Husain
Sun | Jan 25, 09 | 6:44:32 pm MYT

KOTA BHARU, 25 Jan (Hrkh) - Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai KeADILan sambil mengucap tahniah di atas tindakan itu.

Sambil melahirkan rasa terharu serta rasa syukurnya, beliau berkata fenomena itu memberi tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat semakin menolak mereka.

"Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun.

"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.

Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum.

"Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya.

Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP. - mns_

Umno jadi pembangkang, Pakatan perlu sedia jadi pemerintah
Ahmad Lutfi Othman
Sun | Jan 25, 09 | 10:25:42 pm MYT

Semua pihak mengakui bahawa Umno kini hadapi saat-saat paling sukar dan paling getir. Bukan ia tidak pernah lalui zaman-zaman gerhana sebelum ini tetapi suasana mendung sekarang jauh berbeda.

Ragam rakyat, khususnya pengundi, juga berlainan. Minda mereka lebih kompleks. Kesedaran berpolitik juga bertambah matang. Mereka semakin terbuka dengan pendedahan luar. Manakala perubahan yang digembar-gemburkan pimpinan Umno hanya retorik.

Prestasi hambar

Pemimpin, aktivis dan penyokong Umno riuh-rendah mengulas prestasi hambar parti itu dalam pilihan raya umum ke-12, Mac 2008. Pencapaian rakan-rakannya dalam BN, terutama MCA dan MIC, lagilah teruk.

Selain kritikan pedas Dr Mahathir Mohamad, ramai juga pimpinan Umno sendiri melakukan muhasabah dan kritikan terbuka. Presidennya, Abdullah Ahmad Badawi dianggap penyebab utama kegagalan Umno. Desakan agar beliau berhenti tidak mudah diredakan.

Seperti lazimnya, timbalan beliau, Najib Razak dalam diam mengambil peluang. Abdullah yang kesempitan dibiarken kelemasan. Akhirnya pelan peralihan kuasa yang sepatutnya berlangsung 2010 terpaksa dipercepatkan ke bulan Mac akan datang.

Lima bulan selepas pilihan raya umum lalu, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KeADILan mengosongkan kerusi Permatang Pauh. Dalam pilihan raya kecil itu, Anwar Ibrahim memang dijangka menang mudah tetapi pemimpin karismatik berkenaan berjaya meningkatkan majoriti isterinya meskipun serangan peribadi terhadap beliau dipertingkatkan.

Najib terduduk

Sebagai penerajui kempen BN yang berkampung di kubu Anwar, Najib terduduk. Belum pun duka diubati, keputusan pilihan rayaa kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu menambah bisa dan pedih Najib. Kerusi Parlimen Umno di negeri yang dikuasai BN ditawan PAS.

Soalnya, apakah Umno yang gering kini mampu sembuh selepas musim beredar? Mungkinkah kes yang menimpa Wan Ahmad Farid Wan Salleh merupakan suatu pengecualian atau jika calon lain dipilih BN, maka Pakatan Rakyat mungkin dapat dikecewakan? Benarkah seperti kata A Kadir Jasin, "Umno masih jauh daripada fasa nazak"? Rasionalkah telahan Mahathir bahawa "semua isyarat menunjuk bahawa Umno akan ditewas dan hancur dalam pilihan raya umum ke-13"?

Sebagai ahli PAS dan petugas Harakah yang turun mengikuti kempen pilihan raya Kuala Terengganu tempoh hari, turut merasai debar menanti keputusan diumumkan, pastinya saya mengharapkan andaian Mahathir itu menjadi realiti walaupun banyak idea dan pendirian bekas Perdana Menteri itu sukar saya terima.

Umno hampir pasti jadi pembangkang

Saya juga mengharapkan pendapat Kadir Jasin itu tersasar; Umno memang gelisah menghadapi nazak dan saatnya menjadi parti pembangkang di seluruh negara hampir tiba. Naluri kewartawanan saya juga merasai detik PAS dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa makin dekat.

Bagaimanapun, ia tidak semudah itu. Memang Umno yang sakit belum tentu disembuhkan segera. Begitu juga, PAS dan Pakatan Rakyat yang menang belum pasti secara automatik dapat menggantikan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang. Harapan dan impian satu hal yang berbeda dengan cabaran untuk mencapai cita-cita kudus itu.

Hanya kerana parti pemerintah yang seusia dengan Umno sudah menyembah bumi, seperti berlaku di negara-negara lain, namun tidak bermakna PAS bersama Pakatan Rakyat dapat mengambil alih posisi itu dengan mudah.

Umno sendiri mungkin sudah menyediakan resepi secukupnya untuk parti berkenaan digulung sejarah. ia semakin dilihat tidak relevan dan ketinggalan zaman, satu tuduhan yang dahulunya dilemparkan kepada parti-parti pembangkang.

Soalnya, di mana kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat hari ini? Bagi saya, seperti ungkapan Musa Hitam, Umno kini menghidap penyakit tua, namun tidak bermakna orang tua mati lebih awal daripada golongan remaja misalnya.

Kemampuan menyesuaikan diri

Keupayaan PAS-Pakatan membentuk sejarah menerajui pemerintahan negara lebih ditentukan oleh parti berkenaan untuk menyesuaikan dirinya dengan tuntutan semasa dan perubahan zaman, lebih daripada mengharapkan Umno perlahan-lahan mati dengan sendirinya.

Sejauh mana selama hampir setahun ini PAS-Pakatan dapat membuktikan komitmen membela kepentingan rakyat, memenuhi segala janji dalam manifesto pilihan raya lalu, menyuntik keyakinan bahawa ia mampu melaksanakan dasar dan rancangan kerajaan yang lebih baik, juga tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan wakil-wakil rakyat Umno-BN?

Apakah pimpinan PAS tetap mesra rakyat, turun mendekati dan menyelesaikan masalah rakyat, tidak meninggi diri walaupun sudah menerajui negeri, tetap hidup sederhana meskipun boleh bermewah-mewah, mengelak dari dilihat sombong dan angkuh dengan kuasa?

Bukti di saluran mengundi

Anak muda dan golongan belia, seperti dibuktikan melalui saluran mengundi tertentu di Kuala Terengganu, sememangnya menolak BN. Kecenderungan ini berakar dan berlanjutan daripada trend mengundi, Mac 2008.

Sifat orang muda yang terbuka dengan maklumat, kritis terhadap persekitaran, ghairah dengan perubahan, pantang diperbodohkan, bersedia untuk menyanggah, membuka jalan untuk Pakatan bertapak lebih kukuh.

Jumlah pengundi muda ini semakin ramai. Dianggarkan menjelang pilihan raya ke-13, tiga tahun akan datang, dua juta pengundi baru bakal menjadi pemilih berdaftar.

Kesedaran berpolitik yang lebih matang akan mendorong empat juta lagi rakyat yang selama ini tidak mendaftar untuk berbuat demikian. Sudah tentu Umno bertambah gerun menghadapi ketidak-tentuan ini.

Walaupun Abdullah berundur dan Najib melakukan re-branding terhadap Umno, saya yakin imiginasi pengundi muda tidak mudah untuk bersama bakal Presiden Umno itu. Malah, imej buruk dan membusuk Umno tidak dapat dipulihkan Najib hanya dengan usaha-usaha kosmetik, apatah lagi bagasi sejarahnya cukup berat untuk diheret.

Umno sukar dipulih

Melalui media, kelihatan ada tekanan supaya Umno segera berubah sebelum ia ditolak pengundi. Pandangan kritis memulihkan Umno disiarkan walaupun ia umpama ubat yang pahit yang sukar ditelan. Ahli-ahli diperingatkan bahawa tanpa kuasa Umno tiada sebarang makna.Pimpinan Umno tentu sedar tentang derita penyeksaan apabila kuasa terlucut dan payahnya merangkul kembali.

Pilihan buat rakyat semakin jelas. Dulu BN sukar digugat kerana rakyat tidak nampak siapa alternatifnya. Lorong penyediaan sistem dua parti semakin luas dan hampir menjadi realiti.

Signal penubuhan Majlis MB-KM

Parti-parti bukan BN menunggu masa untuk digabungkan secara legal dalam Pakatan Rakyat. Halangan mendapatkan tujuh ahli dalam gabungan itu rasanya mudah dileraikan sekarang. Kesediaan parti-parti dalam Pakatan untuk berbincang tentang perbezaan dan bersetuju dengan persamaan kian terserlah. Penubuhan majlis Menteri Besar dan Ketua Menteri lima negeri Pakatan Rakyat adalah signal awal yang "cukup menjanjikan".

Saya memang berdoa agar impian ini mudah direalisasikan. Mudah-mudahan. _

Perutusan Tahun Baru Cina - Presiden PAS

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Mon | Jan 26, 09 | 2:26:18 am MYT

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia.Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Sesungguhnya masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia dan dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita telah bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.

Terbaru adalah peranan mereka dalam memenangkan calon PAS dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur.

PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan. Image

Allah swt sendiri menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."

Gong Xi Fa Cai kepada semua. - azm


Ikhlas
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS _

Apa kata utusan....

ADUN Bota isytihar keluar BN

IPOH 25 Jan. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim hari ini mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tindakan tersebut disahkan oleh beliau sendiri melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan Utusan Malaysia.

‘‘Ya betul, tk. (terima kasih),” katanya dalam SMS itu.

Nasaruddin, 58, sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Parit dan bertanding kerusi DUN Bota pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Dalam pilihan raya tersebut, beliau menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi selepas memperoleh 6,556 undi.

Perak kini diterajui pakatan pembangkang Pas, DAP dan PKR dengan menguasai 31 kerusi DUN manakala BN 28 kerusi.

Nasaruddin sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006 dan dilaporkan dijanjikan jawatan berkenaan walaupun tidak lagi bertanding di kerusi Parlimen.

Sementara itu, Nasarudin dalam kenyataan media yang dipetik dari blog Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah membuat pertimbangan dan melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum lalu.

Katanya, ia juga berkaitan dengan keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan UMNO.

Tambah Nasaruddin, keputusan itu diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundinya di kawasan DUN Bota.

‘‘Saya amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.

‘‘Saya yakin PKR akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan raja-raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.

Katanya, langkah itu juga membolehkan beliau menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan pakatan pembangkang sudah pun menubuhkan kerajaan di Perak.

HR9808: Ha..KALI INI KOME LE PULO MERASE YE..DULU KOME KATE PR MACAM-MACAM ROPENYE KOME YANG MASALOH BESO..TAJOL MIKE TU DAH TUE..UDOHLE..BIO LE ORANG LAIN PULO MERINTAH ..KOME TU DAH HANGIT...KOME LANTOK RASUAH DUIT RAKYAT BERJUTA MASE DULU KOME DIAM..TAPI SEKARANG KOME MELALOK...MACAM GILE TOLAK..

Tajol Rosli jumpa TPM hari ini

IPOH 25 Jan. - UMNO Perak akan memberi penjelasan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok tentang situasi sebenar tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN) hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, pertemuan berkenaan akan diadakan pada waktu tengah hari tetapi lokasinya akan diberitahu kemudian.

''Saya sudah mendapat temu janji dengan Timbalan Perdana Menteri esok dan selepas itu beliau akan membuat kenyataan berhubung isu ini.

''Tujuan pertemuan itu adalah untuk membolehkan saya memberi penjelasan tentang situasi sebenar yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Perak di sini malam ini.

Mesyuarat berkenaan dihadiri seramai 20 daripada 28 orang wakil rakyat BN. Antara alasan mereka yang tidak dapat hadir mesyuarat berkenaan ialah sedang berada di luar negara.

Tajol Rosli berkata, mesyuarat berkenaan diadakan ekoran tindakan Nasaruddin meninggalkan BN dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Kata beliau, dalam pertemuan itu, semua wakil rakyat BN telah melakukan muhasabah diri bagi memperkuatkan hubungan serta perpaduan kalangan mereka.

Jelas beliau, kesemua yang hadir juga melahirkan sumpah taat setia untuk terus bersama BN.

''Kami juga melahirkan harapan supaya ahli yang meninggalkan BN itu dapat melapangkan fikiran demi perjuangan menegakkan negara demokratik dan kebajikan rakyat.

''Kita juga minta Nasaruddin supaya berfikir panjang kerana tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

''Kalau boleh, buatlah temu janji dengan Timbalan Perdana Menteri untuk menyelesaikan segala kekeruhan yang berlaku. Saya sendiri akan berjumpa Najib esok dan kalau dia ada kelapangan, apa salahnya kalau kita berjumpa sekali," katanya yang mengelak untuk menyatakan punca sebenar tindakan Nasaruddin meninggalkan BN.

Mengulas kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya terdapat beberapa lagi pemimpin daripada BN akan melompat parti, beliau dengan tegas menafikan perkara tersebut.

''Itulah kerja pembangkang, bila kita uar-uarkan ada orang dia nak masuk BN dia tuduh kita beli, tetapi bila dia sendiri buat tidak mengapa pula," katanya.

HR9808; TEMAN ORANG PERAK JUGE..TAPI SYAT MIKE TU TAK BETUI..DI PERAK MIKE YANG PEMBANGKANG...HOI..TIDOR KE..!! ATAU DAH NYANYUK...??


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!