foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, January 25, 2009

KESIAN DENGAN KUGAN...


HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

26 JAN

SALAH FAHAM DALAM BERTINDAK TERUTAMA BAGI PASUKAN POLIS bukan hanya kes ini sahaja tapi dah banyak. Jadi pihak berwajib jangan ambil mudah hal ini. Jangan sampai kerana geram, nyawa manusia lain melayang. Saya bukan terlalu kagum dengan polis Indonesia tapi ada hal yang menarik ialah setiap kali saspek ditangkap dan mahu lari, kaki mereka ditembak sehingga terjingkut-jingkut dan mereka tak melawan lagi. Tembak di bahagian bawah lutut saya lihat amat berkesan sehingga mereka yang ditahan tak merapu dan pegawai polis juga tidak terlalu emosi memukul sampai mati di lokap. Ya..ini mungkin hanya perbandingan tapi mungkin juga sebagai iktibar.

Membunuh siapa sahaja atau dengan apa cara sahaja adalah perbuatan kejam yang harus diberi hukuman berat sekalipun dari pihak polis. Cuma dari kes-kes sebelum ini, yang mengarah biasanya diselamatkan oleh undang-undang Malaysia. Jadi para pengarah masih hidup leluasa sehingga boleh buat lagi. Samalah dengan kes Altantunya, yang kena orang bawah yang disuruh oleh seseorang. Dan mereka ini kebal dari undang-undang. INilah masalah kita..Masalah undang-undang yang boleh menentukan siapa yang patut kena dengan siapa yang tak boleh kena. Tak adil dan amat zalim. Wajar sdr mara mangsa demo dan berkhemah di depan balai polis...Nak marah apa pula..cuba kalau kena pada sdr hang..tak mengamuk ke?

Semoga pihak yang melakukan kezaliman akan dihukum seberat kejahatan yang dia lakukan...Kepada sdr mara Kugan,,bersabarlah dan teruskan usaha tindakan undang-undang kepada siapa sahaja!!!

Kugan dibedah lagi

Dibuat setelah campur tangan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi

Memakan masa 11 jam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

Polis tidak terlibat dengan bedah siasat kali kedua.

Dua timbalan menteri mungkin berdepan dengan hukuman kerana ceroboh bilik mayat.

Bedah siasat semula di PPUM

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Bedah siasat ke atas mayat suspek curi kereta mewah yang meninggal dunia empat hari selepas ditahan polis, A. Kugan, 22, dilakukan buat kali kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Bedah siasat itu dilakukan selepas campur tangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang bertanggungjawab terhadap PPUM.

Bedah siasat yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu memerlukan kira-kira 11 jam sebelum keputusan mengenainya dapat diketahui iaitu dijangka lewat malam ini.

Bedah siasat kali kedua dilakukan berikutan rasa tidak puas hati keluarga Kugan selepas keputusan yang pertama di Hospital Serdang 21 Januari lalu mendapati kematiannya akibat paru-paru berair.

Turut hadir di bilik patologi forensik hospital tersebut pada pukul 8.30 pagi ialah kira-kira 10 ahli keluarga Kugan serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah.

Murugiah ketika ditemui memberitahu, permohonan bedah siasat itu pada mulanya menghadapi masalah tetapi berjaya diselesaikan selepas mendapat sokongan Najib.

"Saya ada menghubungi Timbalan Perdana Menteri semalam untuk mendapatkan kebenaran selepas permohonan keluarga bagi menjalankan bedah siasat kedua tidak diluluskan.

"Saya akan serahkan gambar-gambar kecederaan Kugan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk menjelaskan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik patologi forensik PPUM.

Menurut Murugiah, bedah siasat kali kedua itu dibuat di hospital yang berbeza bagi memenuhi permintaan keluarga Kugan.

Tambahnya, permohonan tersebut dibuat oleh keluarga mangsa secara terus kepada pihak pengurusan PPUM tanpa melibatkan pihak polis.

Kugan yang merupakan suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah direman sejak 15 Januari lalu bagi membantu siasatan.

Dia bagaimanapun disahkan mati empat hari kemudian selepas muntah-muntah pada pukul 11.30 pagi di Hospital Serdang.

Dalam pada itu, Murugiah berharap semua pihak tidak memperbesar-besarkan isu menceroboh bilik mayat di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu.

"Keluarga Kugan tidak memecahkan pintu bilik mayat tersebut sebaliknya mereka merayu untuk masuk setelah lapan jam menunggu," katanya.

Beliau menambah, tindakannya menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dianggap wajar kerana reputasinya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tercalar.

Dua timbalan menteri mungkin berhadapan undang-undang

JOHOR BAHRU 25 Jan. – Dua timbalan menteri mungkin berhadapan dengan hukuman jika didapati bersalah melanggar undang-undang semasa menyertai sekumpulan orang ramai menyerbu dan menceroboh bilik mayat Hospital Serdang Selasa lalu

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, tiada siapa boleh menentukan undang-undang di tangan sendiri.

‘‘Mereka juga sepatutnya membiarkan proses pelaksanaannya dilakukan oleh pihak polis,’’ katanya pada sidang akhbar selepas program Bicara Bersama Tokoh membincangkan tajuk Adakah ISA Satu Penganiayaan? di sini malam tadi.

Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah, kedua-duanya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, hadir di bilik mayat itu apabila sekumpulan orang ramai memasuki premis itu untuk memeriksa mayat suspek curi kereta A. Kugan yang mati dalam tahanan polis.

Syed Hamid berkata, beliau sebagai Menteri Dalam Negeri pun tidak boleh campur tangan tempat-tempat tertentu dalam bidang kuasa polis.

‘‘Saya tidak boleh jadi polis kalau nak jadi Menteri Dalam Negeri.

“Ini kalau kita nak jadi menteri, nak jadi semua dan kita pula nak buat kerja orang lain. Siapa pun kalau menentang undang-undang, kita ambil tindakan. Kalau tidak ada, mereka tidak perlu bimbang,” katanya.

Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar berkata, tindakan kumpulan berkenaan memasuki bilik mayat hospital tersebut dipercayai menjejaskan bukti yang boleh membantu siasatan kes.

Penolong pegawai perubatan Hospital Serdang, Mohamed Azharuddin Abdul Ghani membuat laporan mengenai insiden itu dengan mendakwa dia dan dua kakitangan lain dipaksa keluar dari bilik mayat oleh sekumpulan orang ramai kira-kira pukul 11.30 malam.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi jenayah intimidasi.

Syed Hamid berkata, kes kematian Kugen ketika dalam tahanan masih dalam siasatan polis dan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan undang-undang sama ada dilakukan oleh orang ramai atau pihak polis.

Beliau berkata, kementeriannya memandang serius kejadian tersebut dan tanggapan penyalahgunaan kuasa oleh polis akan disiasat seadil-adilnya.

Khalid: Polis tidak terlibat bedah siasat kedua

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Polis tidak terlibat dengan bedah siasat kali kedua terhadap mayat tahanan, A. Kugan, 22, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, bedah siasat itu dilakukan tanpa melalui polis dan pihaknya tidak mempunyai halangan sekiranya ia merupakan kemahuan keluarga Kugan.

"Keluarga Kugan berhak untuk menjalankan bedah siasat kedua sekiranya tidak berpuas hati dengan hasil keputusan pertama. Itu adalah hak mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kugan yang merupakan suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah direman sejak 15 Januari lalu bagi membantu siasatan.

Dia bagaimanapun disahkan mati empat hari kemudian selepas muntah-muntah pada pukul 11.30 pagi di Hospital Serdang.

Polis sebelum ini mengesahkan hasil bedah siasat pertama yang dijalankan di Hospital Serdang mendapati mangsa mati kerana paru-paru berair.

Menurut keluarga mangsa hasil bedah siasat itu akan diketahui selewat-lewatnya Rabu ini.

Sementara itu Khalid berkata, siasatan kes Kugan masih berjalan dan sehingga kini bilangan anggota polis yang diambil keterangan masih kekal sama iaitu 11 orang.

9 termasuk timbalan menteri beri keterangan kes Kugan

SEPANG 25 Jan. - Sembilan orang, termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S K Devamany dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini berhubung kematian tahanan A.Kugan semasa dalam lokap polis.

Devamany yang tiba pada 4.15 petang diikuti oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan lima minit kemudian, meluangkan masa kira-kira sejam untuk memberikan keterangan kepada Pegawai Penyiasat kes.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Devamany berkata, beliau telah memberikan segala keterangan yang diperlukan, termasuk kejadian sebenar pada Selasa lepas.

"Saya ucap terima kasih kerana pegawai polis berkenaan bekerjasama dengan saya dan saya telah menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada malam itu. Saya puas hati dan gembira kerana telah menjalankan tanggungjawab saya," katanya.

Kugan, 22, direman di lokap Balai Polis USJ 8 dekat Subang Jaya selepas ditahan pada 15 Jan lepas kerana disyaki terlibat dalam sindiket curi kereta mewah di sekitar Lembah Klang dan Johor.

Mendiang bagaimanapun meninggal dunia pada 20 Januari lepas sewaktu berada dalam tahanan.

Keluarganya yang tidak berpuas hati mendesak supaya siasatan lanjut diadakan kerana terdapat banyak kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Terdahulu pada pukul 11.15 pagi, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, peguam keluarga mendiang Kugan, N. Surendran dan Ahli Parlimen Teluk Intan, M.Manogaran hadir untuk memberi keterangan berhubung perkara yang sama.

Surendran merupakan peguam yang dilantik oleh keluarga mangsa untuk menguruskan kes itu manakala Manogaran hadir atas kapasiti beliau sebagai peguam yang dilantik untuk mewakili Surendran dan Manikavasagam.

Manikavasagam berkata, beliau hadir ke hospital berkenaan sebagai wakil rakyat selepas dijemput oleh anggota keluarga mangsa, justeru tidak timbul isu pencerobohan seperti yang dilaporkan kerana segalanya berlaku dalam keadaan terkawal dan mengikut prosedur.

Tidak ada pencerobohan atau pecah masuk. Yang masuk (ke dalam bilik mayat) hanyalah ahli keluarga mangsa. Saya ada bukti yang dirakamkan dalam sekeping CD dan saya akan serahkan CD itu sebagai bukti," katanya.

Sementara itu, Surendran berkata, laporan daripada atendan hospital berkenaan dengan jelas mengatakan bahawa pintu bilik mayat telah dibuka untuk membolehkan anggota keluarga mangsa masuk.

"Waris si mati berhak dan mempunyai kuasa ke atas mayat si mati. Mereka berhak untuk melihat, mengambil gambar atau membuat apa yang mereka mahukan.

"Mengikut undang-undang, mayat si mati adalah milik keluarga atau waris si mati," katanya.

Turut dipanggil memberi keterangan ialah dua wartawan, masing- masing dari akhbar Tamil Nesan dan Makkal Osai, serta seorang editor, juga dari akhbar Tamil Nesan. - Bernama

Jangan biar rakyat laungkan kata-kata "samseng, pembunuh beruniform"
Abdul Aziz Mustafa
Sun | Jan 25, 09 | 2:08:25 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Setiap kali membaca laporan yang mendakwa pihak polis menyiksa orang kena tahan (OKT) sehingga terbunuh, ahli-ahli PAS semakin teringat peristiwa Memali, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Umpamanya bila kita mendengat kes kematian Kugan Ananthan di Balai Polis Taipan, Subang Jaya, kita semakin teringat bagaimana Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang tidak dibuktikan kesalahan mereka diserang dan dibunuh oleh pihak polis atas arahan para pemimpin Umno.

"Kita juga semakin teringat bagaimana mereka yang ditahan selepas pembunuhan beramai-ramai itu disiksa dengan begitu kejam. Senator Mohamad Yusuf Husin adalah salah seorang yang disiksa dengan begitu teruk dan beliau boleh menceritakannya," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Jumaat lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis sebagai kes bunuh.

Kugan ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta. Lima hari kemudiannya, dia meninggal dunia ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya.

Keluarganya tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.

Bedah siasat kedua ke atas mayat Kugan dijadualkan dilakukan hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Walaupun beliau ditahan berhubung kes kecurian kereta, tetapi apabila Peguam Negara mengklasifikasikan kematian beliau sebagai kes bunuh dan beliau pula berada di dalam lokap polis, Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab mengarahkan penyiasatan dipercepatkan dan beliau tidak boleh membiarkan masyarakat terus melaungkan kata-kata pembunuh bergaji, pembunuh beruniform, samseng beruniform dan sebagainya," kata Mahfuz.

Jika benar Kugan dibunuh oleh pihak polis yang menyoalsiasat beliau, katanya, PAS mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu.

"Kita juga menuntut kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas ke atas pembunuhan itu.

"Kita bimbang ada tangan-tangan luar yang mengarahkan supaya Kugan diperlakukan apa sahaja untuk mendapatkan maklumat darinya kerana beliau dilaporkan ditangkap berikutan kecurian kereta-kereta mewah," katanya.

Suruhanjaya tersebut juga hendaklah diberi kuasa untuk menyiasat semua kejadian yang sama dengan kejadian pembunuhan Kugan, kata Mahfuz lagi.

Pada 29 Disember 2003, ketika beliau baru memegang jawatannya sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi mengumumkan, kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjadikan PDRM sebagai satu pasukan penguat kuasa undang-undang yang berwibawa dan dihormati.

Suruhanjaya tersebut kemudiannya ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohamed Dzaidin dan 15 anggota yang lain.

Suruhanjaya yang ditubuhkan pada 4 Februari 2004 itu mengemukakan 125 cadangan kepada kerajaan untuk membaiki imej polis.

Salah satu cadangan utama Suruhanjaya tersebut adalah untuk kerajaan mewujudkan IPCMC (Independent Police Complaints and Misconduct Commission) dan tarikh akhir penubuhannya dicadangkan pada 31 Mei 2007.

Cadangan tersebut ditentang hebat oleh pihak polis sendiri dan akhirnya cadangan tersebut tinggal cadangan sahaja._

21/1/09

Kugan's Mother Indra lodge a police report on the death in custody of her son Kugan. Police should be responsible for the death of Kugan and the culprit should be charge.

S.JAYATHAS
POLICE WATCH MALAYSIA



The family of the 22-year-old youth who died in police custody has decided to postpone his burial in order to seek a second post-mortem.
The decision comes in the wake of Selangor police chief Khalid Abu Bakar saying today that the post-mortem done at the Serdang Hospital found that Kugan Ananthan had died due to 'liquid in his lungs'.

This evening, Kugan's body was brought to the Hindu cemetery in Batu 14, Jalan Puchong.

However, after consulting lawyers, the family decided not to proceed with the burial and conduct an independent post-mortem.

The body has been taken to the University Malaya Medical Centre to determine if any foul play was involved in the case.

Kugan, who hails from Puchong, was arrested on Jan 15 in connection with several luxury car theft cases. He collapsed and died on Tuesday at the Taipan police station in Subang Jaya.
Decision made at cemetery

The dramatic turn of events took place just as Kugan's parents - G Anathan and S Indra (photo left) - arrived along with the hearse at the cemetery where he was to be buried.

Several lawyers who had gathered at the cemetery then informed Kugan's parents of Khalid's statement and said it was up to them to decide if a second post-mortem was needed.

Anathan and Indra immediately gave consent for a second post- mortem and the funeral was called off. Their decision won applause from some 300 people who had gathered at the cemetery.

"The parents were unaware the post-mortem report stated that the cause of death was due to 'water in the lungs' and not assault. If not, they would have asked for a second post-mortem report earlier," said lawyer N Surendran.

"They are rather suspicious of foul play in the death of their son and are not confident with police investigations especially after Khalid's statement (on the cause of death)," he added.

Earlier, funeral rites were performed for the deceased at his family home in Kinrara Puchong. Kugan's family members were sobbing inconsolably throughout the funeral which was attended by about 200 people.


From: Makkal SAKTHI HINDRAF <sjayathas@hotmail.com>
Date: Sat, Jan 24, 2009 at 7:52 PM
Subject: Memo to IGP, Death In Custody A.KUGAN. Bukit Aman.KL 23/1/09
To: jayaathas@gmail.com


23/1/09

A Memorandum of Protest to Inspector General Of Police was hand over regarding the death of Kugan Ananthan in police custody. In the memo stated that there is photograph of the body of police brutality victim Kugan Ananthan has shock Malaysia. There is clear evidence from the horrific marks on the body that the victim was severely and mercilessly beaten while in police custody. Instead of taking immediate action on those police officers involved, the police have commenced a ridiculous investigation on whether family members and relatives had tampered with the body. This dishonest and transparent attempt by police to divert attention from real issue. The real issue is how Kugan receive those serious injuries his body while in police custody.

Now the police have also refused a request by the family for a second post motem examination. If the police have nothing to hide, why refuse a second post mortem?

We demand that those police officers involved be sacked and charged for murder. That the Selangor CPO Datuk Khalid Bakar be sacked from his position for trying to deceive the public that the victim died of breathing difficulties. The the IGP immediately agree to the request of the family of the victim for a second post mortem examination and that there be immediate and comprehensive REFORM of the Malaysian Police force in order to prevent such incidents from recurring.

The Memo was endorsed by:-

POLICE WATCH MALAYSIA & HUMAN RIGHTS COMMITTEE.
YB.S.MANIKAVASAGM MP KAPAR
MAKKAL SAKTHI
PRABAKAR POLICE REFORM MOVEMENT

S.JAYATHAS
POLICE WATCH MALAYSIA



check out the rest of the Windows Live™. More than mail–Windows Live™ goes way beyond your inbox. More than messages

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!