KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan. Menurut laporan Malaysiakini keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang semalam. Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini. Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar. Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu. Enam exco berkenaan ialah Dato' Ramly Zahari (Manong), Dato' Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang). Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak. Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily. Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Dato' Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham). Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN. Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat. Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun. Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya. Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi. Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan. "Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini. "Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang semalam. Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini. Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.
HR9808: KELUO KERANA TERKENCING DALAM SELUO KOT??? MALUKAN ORANG PERAK DAN RAJA PERAK AJE KOME NI..TAK TAHU UNDANG-UNDANG KE..KANTOI-KANTOI...
Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan. Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN. Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.-azm _ Speaker ada kuasa gantung MB, enam exco - Dr Aziz Bari Harakahdaily Thu | Feb 19, 09 | 10:26:27 am MYT | KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Sungguhpun Dato' Dr Zambry Abdul Kadir Zambry tidak berpuas hati dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar atas keputusannya menggantung dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada. Demikian pandangan pensyarah undang-undang Profesor Dr Aziz Bari yang menyatakan bahawa Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut. "Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya," katanya dan menyatakan terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat sebelum "Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel," katanya dalam sebuah laman web. Abdul Aziz berpendapat di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap 'tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya'. "Kali ini giliran BN pula merasa," katanya. Abdul Aziz memberitahu bahawa Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mempunyai hak untuk membawa kes itu di makamah atas sebab 'posisi kabur kerajaan Zambry.' Sementara itu peguam Karpal Singh juga turut bersetuju dengan tindakan Sivakumar dan menyatakan bahawa ianya di bawah bidang kuasa beliau selaku Speaker. -azm/mks. _
HR9808: LUCU TAPI BENAR DAN BENAR TAPI LUCU...INILAH YANG TERJADI KE ATAS KERAJAAN HARAM TAPI HALAL DAN BN HARAM MEMANG HARAM.Alahai..." harapkan hujan sampai ke petang, rupenye sidang di tengah hari" .."Harapkan ucapan selamat datang, rupenye speaker suruh bercuti!!". ..Ya huiii...
Terimalah sebuah pantun jenaka ini..."Wahai YB yang budiman, dikelilingi gengster tak pakai celana, jangan diharap Perak akan aman, selagi belum pilihanraya" Tolong balas ya para pengamal politik melaun!!!
Kita tenguk pula kenyataan mereka di media perdana yang sudah gerhana.. Speaker gantung MB Perak, Exco Oleh Zaini Raban dan Ani Awang IPOH 18 Feb. – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar hari ini mengambil tindakan mengejutkan dan dianggap tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta. Tindakan itu dibuat melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diketuai oleh Sivakumar daripada DAP kawasan Tronoh. Sivakumar dalam kenyataannya di sini hari ini menegaskan, pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan enam Exco dalam kerajaan negeri yang baru itu tidak sah kerana tidak mengikut peraturan. Ekoran itu, Zambry digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula dikenakan hukuman sama selama 12 bulan. Tindakan yang bakal mencetuskan kecelaruan politik di Perak. Zambry dalam kenyataan balasnya malam ini berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada berhubung keputusan tersebut. Beliau menegaskan, jawatankuasa berkenaan tidak boleh membuat keputusan sesuka hati tanpa membawanya ke sidang DUN terlebih dahulu. ‘‘Keputusan jawatankuasa itu juga adalah satu keingkaran kerana tidak mempedulikan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang membuat pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri yang baru. “Tindakan jawatankuasa berkenaan adalah subjudis memandangkan isu pelantikan saya sebagai Menteri Besar telah difailkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin mencabar kesahihan pelantikan berkenaan,” katanya. Enam Exco terlibat ialah Datuk Ramly Zahari, Datuk Saarani Mohamad, Hamidah Osman, Mohamad Zahir Abdul Khalid, Dr. Mah Hang Soon dan Zainol Fadzi Paharudin. Zambry menjelaskan, Sivakumar juga telah melakukan satu penipuan besar apabila mendakwa beliau dan enam Exco telah gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam mesyuarat jawatankuasa itu yang diadakan petang ini. Menurut beliau, pihaknya telah memberi penjelasan kepada jawatankuasa tersebut dan turut mengemukakan bantahan awal dengan mengemukakan sebab-sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan terhadap pertuduhan yang dikenakan. ‘‘Oleh itu, dakwaan Speaker bahawa kami telah gagal menawarkan sebarang penjelasan merupakan satu penipuan paling serius yang dilakukan oleh seorang Speaker,” katanya. HR9808; Ape cerite pula nipu ni...yang nipu bukan ke yang merompak Kerajaan PR??..Bio betui YB...silap orang kot..!! Alahai... perompak tertinggal buku undang-undang merompak di toilet..itu yang jadi tak ingat tu..Penasihat buku undang-undang pula dah cabut lari takut kene kejo rakyat yang dirompak..Takut juge kome ye..
Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan' - Haron Din Azamin Amin Thu | Feb 19, 09 | 12:08:04 pm MYT | KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri. Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia. "Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka. "Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini. Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka. Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya. "Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin "Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini. Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum. "Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat. "Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati. "Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.- azm/mks. (Ikuti wawancara penuh dengan beliau dalam Harakah keluaran terbaru, Edisi Jumaat ini yang sudah ada di pasaran) _ www.malaysiakini.com February 18, 2009 The Perak state assembly’s special privileges committee today suspended the state’s newly-minted Menteri Besar Dr. Zambry Abdul Kadir and all his six executive councillors. The decision was announced by Perak state assembly speaker V Sivakumar after the committee’s inquiry proceeding in Ipoh this afternoon. Zambry was slapped with an 18-month suspension while the excos have been suspended for 12 months. The latest development plunges Perak into another crisis following BN’s seizure of the state government two weeks ago. Sivakumar, a DAP state assemblyperson, is still the Perak speaker as the BN government has yet to convene the state assembly to replace him with one of their own. In a statement to the media, Sivakumar said the decision was reached because the seven had failed to provide an explanation for their contempt of the state assembly by declaring themselves Menteri Besar and Excos. |
|
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!