Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
15 FEBR
Ketika Tengku Razaleigh angkat bicara seharusnya didengar oleh pimpinan Negara kerana beliau adalah tokoh senior dari UMNO dan BN. Tadi di TV3 Pak Lah macam lemah aje bila menjawab soal ini dan seperti dah tak lalu sambil berkata terserah pada Majlis Raja-Raja. ...Alahai...Nak jaga malu atau kembalikan hak kepada rakyat? Tak cukup tidur atau pening lalat bukan solusi. Perak bakal berubah lagi dari BN kembali ke PR.. Lucu tapi real...INilah drama doremon yang terhebat di abad ini dari "Kerajaan KUkuh ke Kerajaan Kantoi Haram dan kembali semula ke Kerajaan PR". Dengan pilihanraya sahaja akan terjawab soal ini.!!!
"Nizar masih menteri besar yang sah"
Tengku Razaleigh Hamzah Sun | Feb 15, 09 | 10:38:25 am MYT | |||||
Senario yang memalukan semakin terserlah di Perak. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya. Menurut Perlembagaan, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri. Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa. Dua prinsip perlu dijelaskan: Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba. Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan. Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa. Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalan keabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan. Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen. Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut. Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita. Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram. Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan. _________________________________ Diterjemah secara bebas oleh Muhammad Nor Abdul Samad daripada razaleigh.com _ Krisis Perak: Abdullah perlu salahkan Najib
|
BN-Umno dicabar, depani PAS dalam pilihan raya terbuka
Intan Abdullah Sun | Feb 15, 09 | 10:51:27 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno-BN agar berdepan dengan segala masalah apatah lagi kini mereka berada di ambang kejatuhan. "Sepatutnya berdirilah seperti seorang lelaki untuk berdepan dengan PAS melalui pilihan raya terbuka, PAS tidak ada masalah kerana kita bersedia untuk berdepan dengan Umno," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menteri Besar Kelantan itu turut menyelar tindakan Umno yang terus membabitkan pihak istana Perak bagi menjayakan agenda rampas kuasa mereka. "Saya melihat Umno-BN memang tidak gentleman kerana terus melibatkan istana dan berselindung di sebalik kuasa kekebalan istana," tegasnya. Beliau enggan mengulas mengenai kenyataan Sultan Selangor yang murka kepada mereka yang terlibat dengan demonstrasi jalanan. "Saya tidak mahu komen tentang kenyataan SUltan Selangor yang mengatakan biadap terhadap pihak yang mengadakan demonstrasi jalanan dan membantah titah Sultan Perak," ujarnya. Namun beliau yang telah menerajui kerajaan PAS Kelantan 18 tahun, menegur tindakan Umno-BN dalam isu yang bergolak di Perak dengan memberikan analogi yakni perumpamaan. "Saya ingin menegur Umno, seperti dalam sebuah rumahtangga, ada ibu bapa sebagai ketua keluarga begitu juga dengan sebuah negara yang mempunyai raja sebagai pemimpin atau ketua negara. "Jika ada sebarang salah faham dalam rumah tangga, sepatutnya penyelesaian dibuat oleh ahli-ahli keluarga dalam rumahtangga itu. "Begitu juga halnya dengan sebuah komuniti yang terdiri daripada parti-parti politik yang menghadapi masalah, maka penyelesaian hendaklah dibuat dengan rakan-rakan dalam lingkungan politik itu," jelasnya panjang lebar. Apa yang penting ujarnya, pemimpin politik itu harus menyelesaikan masalah sesama sendiri. "Tetapi apa yang berlaku di Perak, Umno terus melibatkan sultan, sedangkan sepatutnya jika Umno tidak gopoh mereka boleh memikirkan kemungkinan untuk membubarkan Dun atau mengadakan pilihan raya ke atas dua atau kerusi yang bermasalah," demikian ujarnya. - mks. _ |
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!