foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, February 1, 2009

POLITIK PERAK....YANG PERAK......

R9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

1 febr

Ketika tiba di Jakarta beberapa sms saya terima dari Syed Masjid India yang selalu bikin saya kaget..Lalu saya terus ke internet..Ok..relax bro..Dalam kes ini saya ingin beri komen sedikit:

1. Pemimpin PR rasanya sedar tentang perkembangan ini dan inilah strategi politik yang tidak jauh dari strategi perang. Apatah lagi jika yang bakal menjadi ketua perang boleh gunakan apa sahaja termasuk c4. Ini bukan sesuatu yang mustahil bahkan ke depan rakyat akan dikejutkan dengan hal yang lebih dahsyat lagi..Tapi inilah indikator kotor yang amat jelas bahawa bakal pemimpin negara kita adalah terdiri dari taifah gengster berkuku besi berhati plastik.

2. Pimpinan PR tolong lebih peka dalam memilih calon YB akan datang kerana dengan retorik semata-mata tak akan cukup untuk berdepan dengan masa depan rakyat yang dibebankan ke atas mereka. Bentuklah team pemilih yang lebih kukuh dasar pemilihannya bukan hanya sekadar nama atau gelaran tertentu. Saya yakin ada hikmah di sebalik semua ini terutama dari segi kualiti pimpinan PR di masa akan datang. Berkeraslah dengan syarat dalaman ahli tapi melonggarkan syarat luaran. Disiplin ahli diperkemas dan kaedah menarik ahli baru dipermudahkan supaya perkaderan kita dapat berjalan dengan baik dan mulus.

3. Penyokong Pr diharap bertenang dan kita nantikan arahan pimpinan PR seterusnya. Kita wajib mempertahankannya seperti mana wajibnya para pejuang Palestin mempertahankan tanah airnya dari Israel. Mudharat UMno memerintah lebih besar dari manfaat jika mereka memimpin negeri dan negara ini. Kaedah syara' yang amat jelas dalam hal memilih sesuatu mudharat dan maslahat. Allah menjadi tempat kita bermohon dan berlindung..

4. Kepada bekas YB PR, saya ingin berpesan. Jika kamu sanggup melakukan pengkhianatan kepada rakyat maka sampai di sinilah karier kamu dalam perjuangan memertabatkan maruah rakyat. Alangkah rugi masa depan kamu yang kamu korbankan demi sebuah kekosongan janji manis. Jika kamu berselindung di balik perletakan jawatan dan proses demokrasi...ya ..perlindungan ini terlalu nipis untuk menutup diri kamu dari dilihat oleh rakyat semua. Apatah lagi Allah yang menciptakan kita semua. Sejarah mereka yang khianat terlalu banyak dan akhirnya mereka menjadi kosong...+ kosong + kosong = 0. Dari sudut Islam..tentera yang khianat boleh ditembak mati. Maaf jika komentar ini tidak kena pada tempatnya atau para YB PR berniat baik untuk menguji kemampuan pakatan rakyat atau ingin melihat PR lebih mantap lagi dan bersih..

5. Kepada rakyat Perak, teman ingin mengingatkan bahawa keturunan orang Perak adalah keturunan para pahlawan yang pernah membuat Inggeris pening kepala dan keluar dari bumi Tanah Melayu. Maka amatlah memalukan jika sejarah kehebatan kita ini dicalet dengan najis korupsi dan khianat. Pahlawan yang sebenar akan mempertahankan tanah airnya dari segala bentuk penjajahan.Sekarang kita mahu keluarkan penjajahan Umno dari bumi Perak melalui sistem demokrasi bersih bukan dengan cara kotor dan hina. Kita buktikan bahawa kita adalah pahlawan dalam pilihanraya kecil nanti..!! Yop..kita tumbangkan Umno dan ..kuncu-kuncunya..dari bumi Perak.

Dua pilihan raya kecil- tekanan baru untuk BN
Abdul Aziz Mustafa
Sun Feb 01, 09 9:35:36 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Hrkh) - Ketabahan dan semangat jitu Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangkan pakatan itu dalam pilihan raya kecil di Behrang dan Changkat Jering, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Mengulas perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu yang sebelum ini dilaporkan hilang tidak dapat dikesan, beliau membangkitkan persoalan adakah Barisan Nasional (BN) akan mengisi calon mereka dengan dua bekas ADUN yang mereka sendiri pernah katakan terlibat dengan rasuah dan adakah kerajaan BN akan menggugurkan tuduhan-tuduhan itu?

"Adakah BN akan mengisi calon mereka dengan dua bekas ADUN yang mereka sendiri pernah katakan terlibat dengan rasuah?

"Jika ya, bagaimana dengan pertuduhan yang dihadapi oleh mereka? Adakah kerajaan BN akan gugurkan?"

Jika kedua-dua ADUN itu bertanding semula, Exco Kerajaan Kelantan yakin PR berada di hadapan dari segi moral dan BN akan akan lebih defensif.

"Moralnya, PR sudah berada di hadapan. BN lebih defensif. Najib lebih terpukul jika benar ini adalah pelan beliau dan BN tewas.

"Sekali lagi, adakah unsur dalaman Umno sendiri sedang cuba mengepung Najib tanpa disedari?" katanya.

Jamaluddin dipilih di Behrang dalam pilihan raya 8 Mac lalu dengan majoriti 1027 undi mengalahkan calon BN dari MIC, Datuk M Ramasamy manakala Mohd Osman dipilih dengan majoriti 1102 undi mengalahkan calon BN dari Umno Datuk Mat Isa Ismail.

Perletakan jawatan mereka, kata Husam, tidak perlu menimbulkan panik bagi penyokong PR.

"Kerajaan Perak pimpinan PR belum tumbang dengan pengosongan tersebut".

Husam melihat pilihan raya kecil di kedua-dua kerusi DUN itu sebagai peluang untuk menjelaskan isu dan propaganda yang dihadapkan ke atas kerajaan Perak.

"Saya yakin, dengan situasi semasa, insya Allah, segala agenda kotor BN boleh dipatahkan".

Pertarungan, katanya, akan berlaku dalam tempoh enam puluh hari, lebih kurang sama tempoh dengan Perhimpunan Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac depan.

"Mungkin tarikh pilihanraya datang lebih awal ketika UMNO sedang sibuk dengan urusan rumahtangganya".

Jika PR memenangi kedua-dua kerusi ini, katanya, tentunya kedudukan kerajaan Perak tidak lagi dapat dipertikaikan oleh Umno dan BN.

"Cubaan menggugat dan menggigit Kerajaan PR pilihan rakyat tidak lagi timbul.

"Segala onar diskriminasi jahat yang berlangsung kini, termasuk pengumuman oleh Zahid Hamidi tentang pegawai Persekutuan tidak boleh 'berhubung' dengan Kerajaan Negeri akan dengan sendirinya terpukul".

Mengulas perbezaan antara penyertaan ADUN Bota Datuk Nasarudin Hashim ke dalam PKR dengan perletakan kedua-dua ADUN itu, Husam berkata Nasarudin bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu dikurung.

"Ini kerana keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri tanpa paksaan.

"Dua ADUN PKR pula hilang, tak dapaat dihubungi, mungkin diugut, mungkin dipaksa dan di blackmailkan.

"Unsur kerelaan tidak nampak wujud. Ia dengan itu tidak terhormat. Penuh putar belit cara biasa BN."_

Nizar mengadap Sultan Perak, SPR dimaklumkan
Harakahdaily
Mon Feb 02, 09 1:24:37 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengadap Sultan Perak pada kira-kira pukul 10 pagi tadi di Istana Kinta memaklumkan perletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering).

Dalam pada itu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi mstar online mengesahkan beliau sudah dimaklumkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah bahawa telah menerima notis kekosongan daripada Speaker.

Malah, kata beliau, Pejabat Pilihan Raya Perak juga ada menerima surat daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang dikatakan telah mengosongkan kerusi masing-masing.

Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah mengesahkan ada menerima notis kekosongan dan salinan surat daripada kedua-dua ADUN berkenaan.

Bagaimanapun Abdul Aziz tidak menyatakan kandungan surat kedua-dua ADUN berkenaan.

"Esok kami akan mengadakan mesyuarat dan melihat kandungan surat itu," kata beliau tengah hari tadi.

Dalam pada itu, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi mStar Online memberitahu, mengikut perundangan pilihan raya, sebaik sahaja notis kekosongan diterima daripada Speaker, pilihan raya kecil wajar diadakan.

Mengikut skop perundangan, kata beliau, SPR perlu menerima langkah Speaker mengumumkan kekosongan yang tidak boleh dicabar atau diketepikan.

"Mengikut undang-undang (Perlembagaan negeri dan persekutuan), SPR perlu menghormati notis pengesahan kekosongan dan mengadakan pilihan raya kecil dengan sewajarnya (dalam 60 hari)," kata beliau yang juga bekas Setiausaha SPR. - azm _


Peluang terbuka kepada lebih ramai wakil rakyat BN sertai PR
Abdul Aziz Mustafa
Mon Feb 02, 09 10:15:58 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Hrkh) - Sikap para pemimpin Umno membuka peluang kepada lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) membuat keputusan menyertai Pakatan Rakyat (PR), kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, jika para pemimpin Umno dan BN boleh menerima ADUN PR melompat parti menyertai parti pemerintah itu, mereka tidak lagi boleh bercakap mengenai undang-undang anti lompat malah mereka tidak lagi boleh menyekat lebih ramai ADUN dan Ahli Parlimen mereka menyertai PR.

"Jika Umno dan BN boleh menerima adanya ADUN PR menyeberangi parti itu, Umno dan BN sepatutnya tidak lagi boleh menyekat ADUN dan Ahli Parlimen mereka lebih ramai menyertai PR.

"Ini peluang terbuka kepada lebih ramai ADUN dan Ahli Parlimen Umno dan BN membuat keputusan mereka dalam masa terdekat, lebih-lebih selepas patern pemilihan UMNO selesai akhir Mac ini," kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Husam juga menyifatkan Umno dan BN lebih tergugat kedudukannya dengan sikap para pemimpin Umno itu.

"Kalau akhbar The Star online pagi ini menulis kerajaan Perak di ambang tumbang dengan isu dua ADUN ini, kedudukan kerajaan BN lebih-lebih lagi tergugat.

"Ia mungkin tumbang dengan polisi kerajaan BN bahawa bertukar pemain diizinkan. Satu lagi penyeberangan, Umno akan goyang," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari PR di Perak akan menyertai BN.

"(Mereka akan) diterima dengan baik kerana itu pilihan mereka dan mereka hendak menyertai kita dalam perjuangan yang lebih besar dalam Umno dan BN... menjadi satu pengalaman baru dan memberi kesempatan untuk berjuang (dalam BN)," kata Perdana Menteri.

Husam menyifatkan kenyataan Perdana Menteri itu membawa maksud BN boleh menerima konsep pertukaran kedudukan parti.

"Undang-undang lompat nampaknya bukan pilihan BN bila ada ADUN atau Ahli Parlimen yang akan menyertai BN," katanya.

Beliau juga menyindir ADUN yang dijangka akan melompat parti dan para pemimpin Umno apabila ADUN tersebut tiba-tiba keluar dari persembunyiannya apabila Speaker DUN Perak, V Sivakumar mengumumkan beliau menerima surat pengosongan kerusi dua ADUN yang disebut 'hilang' kerana 'dikurung' dan gagal dihubungi itu.

"Berita pengosongan kerusi dua ADUN berkenaan segera menggemparkan negara. Jam sepuluh malam tadi, bekas ADUN Behrang tiba-tiba muncul dari 'kurungan' atau kehilangan misteri.

"Beliau tiba-tiba ada. Beliau menafikan bersetuju meletakkan jawatan ADUN. Beliau mengesahkan akan keluar dari PKR tetapi akan menjadi ADUN bebas.

"Inikah salah seorang yang didakwa PM akan menyertai BN?" kata Husam dengan nada menyindir.

Dilihat dari gaya berita tersebut, katanya, Jamaluddin sebenarnya tidak berhasrat meletakan jawatan sebagai ADUN tetapi surat persetujuannya meletakkan jawatan ADUN yang telah ditandatangani sebelum ini mungkin telah digunakan untuk dimajukan kepada Speaker.

"Maknanya, Jamaluddin bersetuju keluar parti dalam proses menjayakan apa yang disebut Abdullah tetapi tidak mengjangka langkahnya dihalang dengan tindakan pengosongan kerusi.

"Jamaluddin mungkin terkejut. Itu menyusahkan beliau," katanya.

Pemimpin Umno yang mungkin bersama merancang penyeberangan juga sudah tentu terkejut, katanya lagi.

Husam menyifatkan reaksi tersebut menunjukkan pilihan raya semula adalah sesuatu yang tidak mereka gemari kerana "mereka nak kerusi percuma dan tak mahu berhadapan semula dengan pengundi".

"Bagi Jamaluddin, pilihanraya semula bererti 'mati'? Jamaluddin tentu bertambah cemas menjelang perbicaraan kes beliau 10 Februari ini.

"Jika tiba-tiba kes beliau gugur, tentulah dunia mengesyaki kerajaan BN sudah sedemikian teruk dan rule of law adalah menjadi mainan semata-mata. Kalau kes diteruskan, 'perniagaan' beliau ternyata amat tidak menguntungkan." kata Husam.

Berikutan pengumuman pengosongan kerusi itu, kata beliau lagi, adalah mustahak untuk dilihat samada pemimpin Umno menyokong atau tidak satu pilihan raya kecil diadakan.

"Jika tidak, Umno telah tersilap langkah dan pengumuman Abdullah telah menjejaskan strategi Umno samada untuk mendapatkan ADUN percuma maupun stand Umno dan BN tentang lompat parti. Selepas ini, Umno dan BN tidak lagi boleh bercakap mengenai undang-undang anti lompat.

"Abdullah yang pada mulanya telah ceria dengan bakal berita penyeberangan, sudah tentu tercabar kredibilitinya. Watak beliau kelihatan seperti Pak Kadok - pengumuman Pak Kadok mengundang malang."kata Husam._

Jamaluddin, Osman nafi letak jawatan

IPOH 1 Feb. - Tidak sampai tiga jam selepas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar mengumumkan peletakan jawatan dua Ahli Exco Kerajaan Negeri, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, kedua-duanya tampil menafikan berbuat demikian.

Jamaluddin dan Mohd. Osman sebaliknya mendakwa surat peletakan jawatan yang diumumkan oleh Sivakumar adalah surat tanpa tarikh yang telah ditandatangani pada 8 Mac 2008 selepas menang Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Jamaluddin yang merupakan ADUN Behrang berkata, selain beliau dan Mohd. Osman, lima lagi ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut dipaksa menandatangani surat pengosongan jawatan yang disediakan oleh Pejabat Perhubungan PKR negeri.

''Saya menafikan meletak jawatan sebagai ADUN Behrang hari ini. Surat peletakan jawatan yang didakwa dihantar oleh saya itu sebenarnya adalah surat tidak bertarikh yang ditandatangani pada Mac tahun lepas secara paksa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman memberitahu, surat peletakan jawatan itu tidak sah kerana ia ditandatangani secara paksa dan dibuat pada Mac tahun lepas.

''Saya dan Jamaluddin akan membuat laporan polis dan kenyataan media berhubung perkara ini esok," katanya yang enggan mendedahkan lokasi mereka berdua berada.

Sivakumar dalam kenyataannya kepada media berkata, Jamaluddin dan Mohd Osman menyerahkan surat peletakan jawatan mereka di rumahnya pada 5.45 petang tadi.

Berikutan peletakan jawatan itu, Sivakumar berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

HR9808: Wahai sdr ku ..dalam Umno..bertobatle..kome nyokong kezaliman yang dilarang oleh Islam dan agam mana manapun..macam nyokong Israel juga yop.....Udahle tu..!!!

Pengundi rayu Nasaruddin kembali ke pangkuan UMNO


SEBAHAGIAN daripada 200 penyokong BN Kampung Ekor Bota, berhimpun di Kampung Ekor Bota untuk merayu ADUN Bota, Nasaruddin Hashim kembali ke pangkuan UMNO di Bota Kiri, Parit, Perak, semalam. - Gambar MOHD. NAJIB MOHD. NOR


PARIT 1 Feb. - Lebih 200 pengundi dari Kampung Ekor Bota hari ini berhimpun di dewan orang ramai kampung itu bagi merayu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim kembali ke pangkuan UMNO.

Kumpulan itu yang terdiri daripada ahli UMNO Cawangan Ekor Bota mula berkumpul dari pukul 10.30 pagi sambil membawa sepanduk serta kain rentang yang antaranya tertera 'Kembalilah Datuk Nasa', 'UMNO Masih Sayang Datuk Nasa' dan 'Jangan Kecewakan Pengundi'.

Perhimpunan itu berakhir kira-kira pukul 12 tengah hari selepas kumpulan berkenaan menyerahkan memorandum kepada pegawai peribadi ADUN Bota, Syed Muhammed Syed Ramli untuk diserahkan kepada Nasaruddin.

Penganjur program itu, Kapten (B) Suhaimi Yahya berkata, perhimpunan itu diadakan dengan tujuan meminta Nasaruddin mempertimbangkan semula keputusan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi perpaduan orang Melayu dan UMNO.

''Saya dan Datuk Nasa sudah berkawan rapat sejak dari kecil lagi dan saya sungguh terkejut dengan keputusan beliau keluar dari UMNO kerana menganggap beliau sebagai pejuang UMNO yang sejati," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Syed Muhammed yang juga Timbalan Ketua UMNO Cawangan Ekor Bota berkata, penghijrahan Nasaruddin kepada PKR benar-benar melukakan hati pengundi terutamanya ahli UMNO cawangan itu.

''Saya juga rasa sedih kerana beliau adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan sebab itu saya sanggup memberikan laluan kepada Nasaruddin untuk memimpin UMNO Cawangan Ekor Bota pada 2004 walaupun saya merupakan Ketua Cawangan sejak tahun 1992.

''Kali ini, saya akan menjadi wakil ahli UMNO Cawangan Ekor Bota menyerahkan memorandum bagi merayu Datuk Nasaruddin kembali ke pangkuan UMNO," katanya.

Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Parit, Khairuddin Kadri menyifatkan Nasaruddin sebagai seorang pemimpin yang disegani rakyat dan tindakan beliau keluar dari UMNO boleh membawa perpecahan serius di kalangan orang Melayu di Bota.

''Datuk Nasa dikenali sebagai seorang pemimpin yang mesra rakyat dan selalu menyelesaikan masalah rakyat. Malah, pintu pejabat beliau juga sentiasa terbuka untuk semua penduduk Bota tanpa mengira fahaman politik.

''Jadi, bagi mengelak berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu, saya merayu beliau memikirkan semula keputusannya dan kembali kepada UMNO," katanya yang pernah menjadi pegawai khas Nasaruddin ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Parit.

Ketua Wanita UMNO cawangan itu, Saadah Saari pula berkata, dia merasa sedih selepas mendapat tahu bekas Pengerusi Felcra itu bertindak keluar dari UMNO dan menyertai PKR pada 25 Januari lepas.


Kes dua Adun KeADILan, Anwar dakwa Najib terbabit
Anwar Ibrahim Mon Feb 02, 09 4:20:56 pm MYT
SEMALAM saya di Bukit Mertajam, Machang Bubok, Penanti dan Seberang Jaya. Ada majlis Kong Xi Fa Cai, pelancaran cawangan parti, majlis perkahwinan dan jamuan.

Pastinya sibuk lantaran drama "kehilangan" dua ADUN Perak. Maka majlis terganggu dengan deringan telefon dari pimpinan KeADILan Perak, Menteri Besar Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan pimpinan PAS serta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pimpnan DAP.
Semua keenam-enam ADUN Perak termasuk Dato' Nasaruddin menemui saya di Yayasan Aman, Penanti. Sikap dan pendirian tegas mereka dihargai.
Ulasan saya mengenai episod terbaru:
Pertama, babak kehilangan menggerunkan kerana mengingatkan tragedi Altantuya dan detektif Bala yang ada kaitannya dengan tokoh yang sama. Dalam babak terbaru ini, Dato' Seri Najib terlibat secara langsung!
Malah dalam ucapan menyambut kemenangan calon PAS Kuala Terengganu, saya telah menjangka tindakan lebih ganas oleh pimpinan Umno-BN. Jika ikhlas dan benar pendirian mereka, mengapa harus menghilangkan diri? Bedakan dengan pendirian Dato' Nasa di Bota!
Kedua, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kongkalikong mengalu-alukan kehadhiran mereka ke dalam Umno walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut!
Ketiga, apakah lompatan terbaru melibatkan sogokan wang dan ugutan pendakwaan rasuah yang terdahulu? Dato' Seri Najib perlu menjawab kerana penglibatan beliau memujuk kedua ADUN tersebut.
Akhirulkalam, kita yakin insya-Allah dengan suara rakyat. Jentera kita harus bersedia bertarung di gelanggang Perak. _

Sultan terima penjelasan, rakyat tunjukkan simpati - MB Perak
Azamin Amin
Tue | Feb 03, 09 | 9:57:08 am MYT

IPOH, 3 Feb (Hrkh) - Sultan Perak Raja Azlan Shah menerima perkenan penjelasan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung kekosongan kerusi dua DUN, Changkat Jering dan Behrang berikutan perletakan jawatan Adun kawasan terbabit.

Kata Nizar ketika ditemui wartawan selepas siadng media khas di kediaman rasmi Menteri Besar jam 12 tengah malam tadi, Tuanku adalah Raja yang amat arif di bidang perundangan dan mahu kerajaan yang ada diteruskan serta ditadbir seperti biasa.

"Tuanku hanya mahu tahu kedudukan kerajaan negeri dan kerajaan Pakatan masih kukuh kedudukannya. Dan saya telah berjumpa semua Adun dan mereka menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri.

"Tidak benar dakwaan bahawa Tuanku mahu kerajaan negeri dibubarkan malah Tuanku sendiri amat faham tentang kaedah-kaedah serta peraturan-peraturan yang menyebabkan pilihan raya kecil bakal diadakan," katanya.

Beliau sebelum itu, menghadiri majlis tahlil Jubli Perak di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar dan pulang mengahdairi pula mesyuarat lajnah politik PAS dan Dewan Harian Perak serta mesyuarat Exco negeri di kediaman beliau.

Mengulas isu sama, Nizar menjelaskan bahawa rakyat semakin memberi sokongan yang tidak putus-putus atas insiden yang berlaku malah bersimpati dengan kerajaan negeri yang cuba diganggu gugat oleh tindakan dua Adun tersebut.

"Insya-Allah, pilihanraya kecil kita akan memperoleh kemenangan dengan sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat.

"Gelombang Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sekali lagi akan diterjemahkan oleh rakyat dalam kedua-dua pilihan raya kecil di Perak nanti," katanya penuh yakin.

Pagi ini, Nizar sedang menghadiri majlis rasmi Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sulatn Azlan yang ke-25 tahun di Istana Iskandariah, Bukit Chandan Kuala Kangsar dan Perak diisyhtiharkan cuti pada hari ini.- azm_

PAS sokong kosongkan kerusi Behrang dan Changkat Jering
Azamin Amin & Tarmizi Mohd Jam
Tue | Feb 03, 09 | 2:41:23 am MYT

IPOH, 3 Feb (Hrkh)- PAS menyokong apa jua keputusan yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat termasuk mengosongkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Behrang dan Changkat Jering berikutan tindakan kedua-dua ADUN yang dikatakan melompat parti.

Perkara ini ditegaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa pada sidang media khas jam 12.00 tengah malam, yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, sejurus selesai Mesyuarat Bersama Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat bersama Dewan Harian PAS Perak, dekat sini, tengah malam tadi.

Kata beliau, PAS juga menyokong penuh tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang menyerahkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi 2 Februari lalu.

Nasharuddin menjelaskan, mesyuarat bersama itu hanya membincangkan senario terkini berkaitan kedua ADUN KeADILan yang melompat parti dan pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin pada sidang media itu memberitahu, beliau telah memanggil semua ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu dan menjelaskan senario politik terkini.

Tegasnya, Kerajaan Negeri Perak masih stabil dan berjalan seperti biasa. Sehingga kini, katanya, Pakatan Rakyat memiliki 30 kerusi dan ia makin stabil berikutan sokongan dan simpati rakyat tidak berbelah-bahagi atas musibah yang terjadi.

Kata Nizar, Umno telah mengambil kesempatan atas sejarah hitam "pertuduhan rasuah" kedua-dua ADUN berkenaan sebelum ini dan percubaan sekali lagi oleh Umno itu terbukti gagal.

Ditanya adakah kedua-dua ADUN tersebut akan mengambil perintah injuksi mahkamah, beliau berkata, kemungkinan besar mereka akan berbuat demikian secepat mungkin.

Antara pemimpin utama PAS yang turut hadir pada sidang media itu termasuklah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat, Khalid Abdul Samad.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, berikutan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini berada di Palestin.


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!