Memang berat ujian buat Nizar Jamaluddin. Bagaimanapun Menteri Besar Perak ini - yang dititah letak jawatan oleh Sultan Perak namun enggan berbuat demikian - yakin beliau berada di jalan yang benar. Wajahnya tetap ceria dan berseri, cuba menyembunyikan rasa letih meniti hari yang padat. Matanya merah petanda tidak cukup tidur. Beberapa ayat awal surah ad-Dhuha menjadi rukun dalam mukadimah ucapannya, termasuk semasa wawancara eksklusif kami dengannya, juga ketika berpidato ringkas di depan Kuil Kallumaii Arul Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh, pagi 8 Feb lalu. Biarpun boleh dianggap pendatang baru dalam dunia politik, dan tiba-tiba dilantik menjadi Menteri Besar Perak, sesuatu yang tidak pernah termimpi oleh pimpinan Perak negeri itu, Nizar memang cepat belajar dan mudah menguasai persekitarannya. Berdepan tuduhan menjadi boneka DAP, menjual kepentingan Melayu, diapit tujuh Exco bukan Islam, ditambah Speaker dan Timbalan Speaker juga bukan Islam, dengan tenang Nizar mengemudi bahtera Kerajaan Negeri Perak selama 11 tahun. Justeru, tuduhan bahawa beliau kini seorang penderhaka bukan isu besar baginya. Pada hari paling kritikal, 5 Feb, Nizar mengikuti satu program Koridor Utara di Bagan Serai bersama Perdana Menteri. Dalam ucapannya, Abdullah Ahmad Badawi langsung tidak menyebut nama Nizar walhal beliau masih seorang menteri besar. Esoknya, akhbar perdana turut "menggelapkan" kehadirannya di majlis berkenaan. Difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Anuar Zaini yang sepatutnya berada bersama Abdullah sedang rancak "mengatur nasib" Nizar di Istana Kinta. Anuar dikatakan dalang yang cuba merosakkan hubungan baik Nizar dengan istana, dan menganggu pentadbiran kerajaan negeri. Nizar sendiri pernah memaklumkan hal itu kepada Raja Nazrin Shah, rakan karib Anuar. Menurut laporan akhbar, Nizar secara tergesa-gesa meninggalkan majlis di Bagan Serai itu untuk menghadap Sultan. Jam 12.45 tengah hari, Nizar dilihat memasuki Istana Kinta dan keluar kira-kira 20 minit kemudian dengan mengangkat tangan menunjukkan isyarat bagus sambil berkata 'insya-Allah' kepada sekumpulan wartawan. Ramai menjangkakan baginda telah memperkenan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun. Rupanya tidak, isyarat bagus bagi Nizar adalah tanda beliau berpuas hati dapat menjelaskan semua yang terbuku di dadanya kepada Sultan. Nizar memberitahu kami, Sultan hanya diam tunduk mendengar hujahnya. Selama ini, sejarah pendek negara kita menyaksikan bahawa tiada tokoh politik yang "selamat" jika bertembung dengan pihak istana. Konflik dengan istana rasanya tidak pernah dimenangi oleh orang politik. Justeru, apakah kita boleh bayangkan bagaimana episod ini bakal berakhir? Ternyata Nizar sendiri sukar meramalkannya, namun membayangkan ia dapat membawa kesan positif akhirnya buat rakyat dan negara. Beliau mohon kami mengulas krisis di Perak itu dari sudut yang jarang terfikir oleh orang lain. Saya sendiri agak termangu mendengarnya. Memang Nizar di pihak yang benar. Sultan tiada kuasa untuk menitahkannya meletakkan jawatan. Di bawah sistem Raja Berperlembagaan, Sultan juga harus tunduk dengan undang-undang dan peraturan. Baginda tidak boleh masuk campur sewenang-wenangnya dalam pemerintahan negeri. Dalam situasi genting di Perak apabila BN dan Pakatan Rakyat mempunyai jumlah kerusi yang sama, dan tiga kerusi penentu wakil Bebas sedang dirujuk ke mahkamah, baginda sewajarnya memenuhi permohonan untuk membubarkan Dun. Ia langkah paling adil untuk semua pihak dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti. Jika dirasakan Nizar sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti Adun, baginda boleh menolak permohonan Menteri Besar itu dan membiarkan sahaja sidang Dun memutuskan undi tidak percaya kepada Nizar. Langkah baginda melantik menteri besar baru telah mengeruhkan lagi suasana dan langsung tidak membantu untuk memulihkan keadaan. Memerhatikan dari dekat semasa beliau melawat tapak perayaan Thaipusam di Gunung Cheroh, saya yakin Nizar berjaya menawan hati rakyat Perak dari pelbagai kaum dan agama itu. Wajah orang ramai yang bersalaman dengannya, termasuk anak-anak kecil yang belum bersekolah, begitu ceria dan nampak senang sekali. Mereka bersorak gembira memanggil namanya sambil melambai-lambaikan tangan. Malah ketika Anwar Ibrahim mengumumkan pada majlis ceramah perdana di kediaman rasmi menteri besar, saya dapat mengesan reaksi pantas hadirin dari masyarakat Tionghua. Semasa Anwar menegaskan bahawa jika berlaku pilihan raya negeri dan Pakatan menang, tiada calon yang akan dipilih menjadi menteri besar melainkan Nizar, beberapa anak muda Cina bertepuk sepuas hati. Mereka betul-betul gembira tidak terkata! _
Nizar terus ‘berdegil’ jadi MB
(hr9808: BERDEGIL TU DARI BAHASA PENJAJAH DAN SALAH TEMPAT KERANA NIZAR MASIH MB..Inilah akibat terlalu emosi ikut arahan BN. Yang sepatutnya Zambry yang belum menjadi MB tak kayak masuk ke pPejabat MB..Pelik tapi boleh bagi umno..memang katun..
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI utusanperak@utusan.com.my
| MOHAMMAD Nizar Jamaluddin yang masih mahu melaksanakan tugas Menteri Besar dihalang dari memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh, semalam. – UTUSAN / MOHD. NAJIB MOHD. NOR |
IPOH 10 Feb. – Hasrat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin untuk menjalankan ‘tugas’ seperti biasa tidak kesampaian apabila dihalang memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. Mohammad Nizar diiringi beberapa bekas Exco yang menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri tiba di hadapan bangunan berkenaan pada pukul 11.03 pagi. Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berkawal di kawasan itu sejak awal pagi, tidak membenarkan mereka memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.
(HR9808: Polis perflu akur dengan undang-undang bukan ikut aje ..mahu ingat sikitlah..!! Belum selesai lagi kes dah...)
Walaupun dihalang, Mohammad Nizar dan ‘barisan Exconya’ tetap berdegil dan berusaha menembusi benteng FRU. Malah, puluhan penyokong pembangkang turut mengiringi Muhammad Nizar dalam usaha untuk masuk ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri. Keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas. Ketua Polis Ipoh, Asisten Azisman Alias kemudian meminta agar para pemimpin parti dan penyokong pembangkang supaya tidak menghalang lalu lintas. Bercakap kepada pemberita, Mohammad Nizar berkata, kedatangan beliau adalah untuk menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar. “Hari Selasa ialah hari bertemu pelanggan, kita telah buat temu janji dengan orang ramai serta pelabur dan sebab itu kita datang untuk menjalankan tugas. “Bagaimanapun, saya sebagai Menteri Besar dihalang memasuki pejabat. Oleh itu, kami akan menjalankan tugas dari rumah rasmi Menteri Besar,” katanya. Beliau kemudian menuju ke kediaman rasmi Menteri Besar dan mengadakan satu lagi sidang akhbar pada pukul 12.30 tengah hari. Dalam sidang akhbar itu, Mohammad Nizar mengumumkan pihaknya akan mendapatkan perisytiharan Mahkamah Tinggi Ipoh, Khamis ini bagi menyatakan kerajaan pakatan pembangkang adalah kerajaan yang sah. Ditanya mengenai saman yang akan difailkan itu turut melibatkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Mohammad Nizar enggan mengulas lanjut. Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya akan terus menggunakan kediaman rasmi Menteri Besar sebagai pejabat dan tempat mesyuarat Exco selagi Mahkamah Tinggi tidak membuat pengisytiharan. “Kami akan teruskan kerja harian kami kerana tiada dokumen atau bukti bahawa kami bukan lagi kerajaan negeri. “Apa juga ketetapan yang telah dibuat oleh ‘mesyuarat Exco’ juga akan diteruskan kerana kami masih kerajaan negeri yang sah,” katanya. Dalam sidang akhbar sama, bekas Exco kanan yang juga Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menuduh UMNO mempermainkan isu derhaka terhadap Sultan bagi mendorong rakyat melanggar undang-undang. “Kita tidak lagi berada di bawah sistem monarki mutlak sebab sekarang kita mengamalkan sistem raja berperlembagaan iaitu undang-undang adalah yang tertinggi. “Malah dalam perlembagaan negeri di bawah Artikel 18 menyatakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan hendaklah mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam pelbagai perkara,” jelasnya. HR9808: Kantoi...belum sah lagi dah sibuk apahal..sultan bukan tak faham..tapi sengaja buat tak faham..!!!
hr9808: kAMI MENYOKONG TINDAKAN KARPAL. SEMOGA MENJADI PELAJARAN KE DEPAN KEPADA SIAPA SAHAJA YANG CUBA BERMAIN DENGAN HUKUM DAN UNDANG-UNDANG..JANGAN HALANG KEHENDAK RAKYAT DAN DAN HAK MEREKA..!!!..
Tetap saman sultan
Oleh ASSIM HASSAN pengarang@utusan.com KUALA LUMPUR 10 Feb. – Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini tetap mempertahankan pendiriannya untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan alasan tindakannya itu tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang. Malah katanya, beliau sedia didakwa di mahkamah sekiranya tindakannya itu tidak mengikut lunas undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan. Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini, Karpal menegaskan, beliau juga tidak akan memohon maaf kerana menganggap rancangannya untuk menyaman Sultan Azlan Shah bukan berupa penghinaan atau mencabar kedaulatan sultan. “Selepas tahun 1993, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan satu mahkamah khas ditubuhkan di mana secara jelas menyatakan raja- raja dan sultan boleh dibawa ke mahkamah. “Perlembagaan Persekutuan (yang dipinda) itu telah memperuntukkan sedemikian. Bukan saya yang menentukannya. Saya tahu apa yang saya perkatakan,” katanya. Bagaimanapun Karpal tidak menyebut bila beliau akan mengemukakan saman itu. Jumaat lalu, Karpal pada sidang akhbar di Pulau Pinang menyatakan pakatan pembangkang bercadang memfailkan kes mahkamah ke atas Sultan Perak kerana menitahkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Ekoran itu, pelbagai parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan tampil membuat laporan polis terhadap Karpal di seluruh negara. Sehingga semalam, sebanyak 56 laporan polis dibuat terhadap Karpal berhubung kenyataannya itu yang disifatkan sebagai biadap dan menderhaka. Tambah peguam itu, beliau tidak akan menarik balik kenyataan yang dibuatnya di Pulau Pinang tempoh hari kerana apa yang diperkatakan adalah benar. “Saya bukan pengecut dan jangan ugut saya tentang apa yang telah dikatakan di Pulau Pinang tempoh hari,” tegasnya. Ditanya mengenai siasatan polis mengikut Akta Hasutan terhadapnya, Karpal menjelaskan, beliau tidak gentar dengan segala laporan polis yang dibuat ke atasnya. Tambahnya, beliau bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis yang ingin mengambil keterangannya bagi membantu siasatan kes tersebut. Bagaimanapun kata Karpal, segala laporan polis ke atasnya adalah palsu dan tidak berasas sama sekali. Karpal Singh tidak akan menarik balik kenyataannya di Pulau Pinang tempoh hari kerana apa yang diperkatakan adalah benar. Beliau sedia didakwa di mahkamah jika tindakannya itu tidak mengikut undang-undang. Pengerusi Kebangsaan DAP itu tidak akan mohon maaf atas tindakannya. Karpal menegaskan beliau tidak gentar dengan segala laporan polis ke atasnya. ‘‘Saya bukan pengecut dan jangan ugut saya tentang apa yang telah dikatakan,” tegasnya. HR9808; Apa yang terjadi di Perak dengan Gaza sangat berdekatan dari segi konsep musuhnya. Nasionalais yang membelakangkan agama dengan Islam yang memperjuangkan hak dan keadilan rakyat. Jadi para pejuang keadilan harus memahami persoalan ini di mana keadilan pasti akan berdepan dengan kezaliman. Jangan harapkan hamparan permaidani merah dari para koruptor dan pelahap wang rakyat ketika pejuang keadilan datang. Lebih bagus kita menerima realiti iaitu pejuang keadilan akan berdepan dengan segala bentuk kesengsaraan dari pemimpin yang tidak adil. Tidak salah jika kita bayangkan mereka adalah zionis di Israel dari segi kejahatannya merancang untuk berkuasa.
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!