Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
Allah maha adil, perginya seseorang yang amat bernilai pasti digantikannya dengan yang lain. Yang lebih penting dari itu semua ialah sejauh mana kita menjadi pengikut yang mahu berusaha sedaya upaya agar terpilih sebagai mereka yang mampu memikul amanah seperti mereka yang telah pergi. Syeikh Ahmad Yassin adalah sebutir berlian yang telah mampu menghidupkan ribuan berlian pengganti di Palestin dan di seluruh dunia. Inilah kesan dari seorang yang ikhlas dalam perjuangannya...ayuh sdr kita tumbangkan pemimpin UMNO yang jelas-jelas merosakkan masa depan anak cucu kita..!! Kita buktikan di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Batang AI..!!
Subject: 22 Mac 2009 : 5 Tahun pemergian Syuhadak Syeikh Ahmad Yassin
‘Al-Fatihah ditujukan khas kepada
As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin’
Sheikh Ahmad Yassin bukanlah seorang yang pahlawan yang mempunyai tubuh yang sasa atau memiliki wajah yang kacak bak hero – hero dalam filem hollywood seperti RAMBO tetapi beliau hanyalah insan biasa yang lumpuh kedua belah kakinya semenjak kecil, ketika tua lumpuhnya hampir menjalar ke seluruh badan.Mata sebelahnya hampir buta dan untuk bergerak terpaksa dibantu dengan kerusi roda.
Namun di sebalik imej fizikal yang ditonjolkan tersebut sebenarnya tersimpan kekuatan dalaman yang cukup kuat. Kekuatan dalaman dalam menentang perjuangan Israel yang cukup kental ini menyebabkannya beliau digeruni oleh pihak kawan dan lawan. Tidak sepadan dengan tubuh lumpuh tetapi jiwanya tidak pernah lumpuh dalam meniup semangat perjuangan JIHAD dalam menentang pencerobohan Zionist Israel di bumi Palestin.
Pada tanggal 22hb Mac 2004 selepas menunaikan solat Subuh. Beliau telah dipilih oleh Allah untuk menjadi syuhadak dalam perjuangan ini. Ketika itu pihak Zionist Israel melancarkan serangan 3 peluru berpandu yang memamah tubuhnya. Begitulah akhirnya seorang pahlawan yang lumpuh, pihak Israel untuk membunuhnya mengerah segenap kekuatan daripada jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apache hanya untuk memastikan perjuangan intifadah umat Islam mati bersama hancurnya tubuh Sheikh Ahamad Yassin.
Bukti di atas menunjukkan bahawa fizikal yang lumpuh bukan penghalang kepada perjuangan Jihad membebaskan Palestin. Tetapi jiwa yang terbangun dengan keimanan yang jitu kepada Allah memberikan kekuatan yang luar biasa dalam meneruskan perjuangan JIHAD.
Mengambil iktibar tersebut perlu kita tanya kepada diri sendiri mengapa kita yang mempunyai tubuh yang sihat tidak mampu untuk menggerunkan sedikit kepada pihak musuh ?... Mungkin fizikal kita tidak lumpuh tetapi jiwa kita yang lumpuh yang menjadi penghalang untuk menjadi pejuang yang sebenar.
Justeru itu bulan Mac ini wajar kita jadikan bulan untuk mengenang sejarah perjuangan Sheikh Ahmad Yassin. Tumbangnya seorang yang bernama Sheikh Ahmad Yassin akan muncul pula 1000 orang seperti Sheikh Ahmad Yassin. Inilah semangat yang perlu ada dalam jiwa setiap muslim.
Persoalan Palestin adalah juga tanggungjawab setiap muslim di seluruh dunia. Semoga Palestin akan kembali kepada umat Islam semula. Jika tidak hari ini mungkin minggu depan, jika tidak minggu ini mungkin tahun depan, dan jika bukan generasi kita mungkin generasi akan datang yang penting semangat perjuangan membebaskan bumi Palestin akan terus berjalan terus menerus.
22hb Mac 2009,genap 5 tahun pemergian Syuhadak ulung ini. Hari ini kita menyaksikan Palestin terus menerus dijajah dan dimusnahkan. Serangan udara dan darat tentera pengganas Zionist Israel pada awal 2009 ini menyaksikan berlakunya kemusnahan awam yang dahsyat. Lebih 1500 orang terkorban dan 5000 lagi cedera.
Hari ini setelah tiga bulan berlalu. Dunia seolah-olah sudah melupakan kesengsaraan penduduk Palestin. Tanpa kita sedari, Palestin sudah menjadi sebuah penjara terbesar di dunia.Regim Zionist juga menyekat kemasukan bahan makanan dan asas daripada semua arah sehinggakan dari arah bawah tanah sekali. Bekalan dan bantuan juga disekat di sempadan-sempadan. Namun yang sedihnya ada negara-negara Islam yang menjadi boneka Israel dengan turut menutup pintu sempadannya.
Semoga hari, perjuangan membebaskan bumi Al-Aqsa akan dipikul oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Akan tiba saat dan ketikanya suatu masa dihadapan,pemimpin terbaik yang akan memimpin bala tentera terbaik ummah yang akan membersihkan bumi Palestin daripada Zionist Yahudi.
Tahun 2022 Masihi atau 1444 Hijrah, adalah tarikh sasaran untuk umat Islam seluruh dunia menggembeling kekuatan daripada sekarang untuk ‘Futuhah Palestin 2022 M’. Insya Allah kita semua dapat mendirikan solat secara berjemaah di Masjid Al-Aqsa pada ketika itu yang akan berada dalam naungan pemimpin terbaik umat Islam ketika itu. AMIN…
Oleh : Mohd Ezli Mashut
LL.B (Hons) UIAM
Laman Blog:www.ezli007.blogspot.com / Email :ezli007@hotmail.com
No Tel :017-6543974
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!