Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
22 mac
Kenyataan dari Tun Mahathir di bawah tidak lebih kepada kempen untuk anak beliau secara khusus dan umumnya kepada kroni beliau. Soal Melayu cemas atau tidak bukan prioriti kerana sememangnya orang Melayu sudah mula menyatakan pendirian mereka sejak 8 Mac lalu. Melayu lebih cemas kepada beberapa hal di bawah:
1. Pemimpin Melayu gagal membuktikan keutuhan cinta kepada agama, bangsa dan negara dalam semua hal. Petriotisma yang dangkal dari PM,TPM dan barisan pimpinan UMNO makin jelas apabila berlakunya rampasan kuasa di Perak. Bermakna 8 Mac yang merupakan hasrat rakyat khasnya orang Melayu dipermalukan sendiri oleh pemimpin UMNO dan raja-raja Melayu.
2. Rekod Najib yang amat teruk bakal menjahanamkan nama baik negara dan bangsa Melayu di persada dunia. Buatlah macamana sekalipun imej ini sudah terlalu parah dan jika Najib tetap dinobatkan sebagai PM maka inilah tanda kehancuran bangsa Melayu. Dunia tidak hormatkan bangsa ini kerana seorang Najib (Melayu) yang disiarkan media di seluruh dunia terlibat dengan pembunuhan. APakh ini tidak cukup mencemaskan?
3. UMNO sebenarnya sudah kehilangan kader pemimpin yang mampu menerajui sebuah perubahan dalam parti yang kononnya menjaga nasib orang Melayu. Maaf mereka adalah sebaris pemimpin yang sudah tercalit dengan bermacam bentuk najis dari sekecil-kecil kes sehinggalah kepada kes yang boleh menenggelamkan negara. Walaupun sebahagian dilihat amat putih bersih dari kes rasuah dll tetapi itu semua hanyalah di permukaan sahaja. Yang hina dan kotor disorok di bawah permaidani kroni yang bakal naik ke atas.
4. Wajar rakyat mendesak agar Najib, ALi Rustam, Khairi Jamaluddin, Norza dll berundur demi maruah bangsa. Tetapi dasar muka tak memalu dan dah gila kuasa maka mereka dengan senyum tawa terus maju...INilah tahap pemimpin Melayu dari dulu sampailah sekarang..?? Masa Mahathir dulu juga sama jangan dok pusing la..rekod bertimbun dicampak ke tong sampah itu aje bezanya..UMNO tidak akan berubah dan semakin parah ..Kita doakan agar segal bentuk kejahatan yang dirancang akan kembali kepada mereka semula!!! Ada baiknya kita perkuatkan doa setiap hari sehingga 7 April dan dapat menyaksikan bagaimana mereka tersungkur ke bumi...!!
“Orang melayu rasa cemas”
|
|
Ini boleh memberi keyakinan baru kepada rakyat khususnya orang Melayu tentang kesungguhan UMNO untuk berubah dan sentiasa relevan dengan zaman. Malah perhimpunan kali ini juga menjadi medan ujian sejauh manakah UMNO serius menolak pemimpin-pemimpin yang mengamalkan politik wang dan memilih mereka yang mempunyai kualiti yang tinggi.
Bagaimana pun menangani pemimpin yang mengamalkan politik wang bukanlah tugas Lembaga Disiplin UMNO saja. Para perwakilan yang akan berkampung di PWTC mempunyai kuasa menentukan pemimpin manakah yang layak diberi tanggungjawab.
“Jika dalam pemilihan ini pemimpin yang diketahui umum terlibat dengan rasuah tetap dipilih, ini bermakna wakil-wakil yang hadir tidak memandang serius tentang pemulihan UMNO,” demikian tegas bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN, NIZAM HAMID dan SAIFULIZAM MOHAMAD di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya Rabu lalu.
MINGGUAN: Ketika ini UMNO berada dalam keadaan tidak stabil. Apa harapan Tun terhadap Perhimpunan Agung serta pemilihan UMNO kali ini?
Dr. Mahathir: Pemilihan kali ini akan membuktikan sama ada UMNO serius untuk membersihkan diri daripada gejala rasuah atau sebaliknya. Jika dalam pemilihan, pemimpin yang diketahui oleh umum terlibat dengan rasuah tetap dipilih, ini bermakna wakil-wakil yang hadir tidak pandang serius tentang pemulihan UMNO. Ini juga bermakna UMNO masih berharapkan pemimpin yang terlibat dengan rasuah untuk memimpin parti. Mereka ini yang terdiri daripada Majlis Tertinggi (MT), Pemuda dan Wanita kemudian akan dipilih menjadi menteri dan sebagainya. Ini sudah tentu kerajaan akan dilihat toleran dengan soal rasuah. Kerajaan rasuah tidak akan diterima oleh rakyat.
Berbanding zaman Tun dulu, adakah pemilihan kali ini dianggap paling genting bagi UMNO?
Dr. Mahathir: Itu terpulang kepada persepsi anda dan orang lain. Kenapa kita hari ini bercakap sangat pasal benda ini. Kalau ia tidak genting, kita tidak akan cakap. Hakikatnya, orang Melayu sekarang ini berasa cemas. Mereka berasa ada satu malapetaka sedang menimpa. Mereka mencari orang untuk menyelamatkan keadaan ini dan mereka fikir Lembaga Disiplin mampu membuat sesuatu. Oleh itu, sekiranya Lembaga Disiplin membuat sesuatu yang tidak dapat diterima orang maka kecemasan orang Melayu itu akan berterusan. Sekarang ini kita jumpa di mana-mana sahaja, sama ada orang UMNO atau bukan akan mengadakan perhimpunan dan perjumpaan untuk bercakap berkenaan masalah orang Melayu. Jadi kita nampak wujudnya perasaan cemas dan kritikal.
Setakat manakah seriusnya rasuah dalam UMNO ketika ini?
Dr. Mahathir: Dahulu ada tuduhan politik wang tetapi tidaklah seperti kali ini. Kali ini di mana-mana sahaja kita dengar orang berkata si polan-si polan bagi duit banyak, buat kempen guna duit, ejen bagi duit dan mereka menyebut nama-nama tertentu. Ini tidak pernah berlaku masa dahulu. Nampaknya gejala ini semakin serius. Dahulu jika ada rasuah pun ia tidak menyebabkan pengundi menolak UMNO dalam pilihan raya. Oleh itu jika masalah ini tidak ditangani saya yakin penolakan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang akan lebih total berbanding tahun 2008.
Laporan akhbar Perancis, Nik Aziz gesa Najib bersihkan tuduhan Muhammad Yusri Amin Sat | Mar 21, 09 | 10:30:30 am MYT | |||||
KOTA BHARU, 21 Mac (Hrkh) - Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendedahan dibuat akhbar Peranchis, Liberation yang membuat tohmahan membabitkan bakal Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu perlu dibersihkan kerana dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia . "Jadi dalam kes Najib itu, apabila dituduh begitu hebat, dia senyap, maka amat sukar bagi rakyat untuk membersihkan diri bakal Perdana Menteri itu.Oleh itu beliau mesti membersihkan dirinya. Katanya Nabi Muhammad saw sendiri menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan dan tidak melarang sahabat yang lain daripada bertanya. "Pemimpin utama dan pertama dalam Islam ialah Nabi Muhammad saw sama ada dalam hal ehwal ekonomi, akhlak, pengurusan luar dan dalam rumah tangga, dan Baginda adalah pemimpin bersih. "Oleh itu, kalau mahu menjadi pemimpin, mestilah meniru kepimpinan Nabi Muhammad saw. Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian MAPEX ; kempen pembelian rumah rasmi Kerajaan Negeri dan Expo Hartanah Malaysia 2009 di sebuah pasar raya di sini semalam. Mengulas pengumuman Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berhubung kes Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang terbabit dengan politik wang namun beliau masih memegang jawatan Ketua Menteri Melaka, Mursyidul Am PAS itu berkata, memang beliau telah didapati bersalah. "Memang pemimpin itu bersalah, tapi kenapa hendak memegang jawatan lagi. "Kalau orang Melayu hendak menjadi pemimpin, tetapi tidak mahu meniru kepimpinan Nabi Muhammad saw, hendak menjadi pemimpin buat apa,� katanya. Mengulas cadangan kerajaan perpaduan Melayu (kerajaan campuran), beliau tetap berpendirian tidak bersetuju dengan cadangan itu. "Oleh itu, persoalan 'bangsa' adalah persoalan kedua, sebaliknya persoalan utama ialah 'Islam' itu sendiri," katanya sambil merujuk pemerintahan PAS di Kelantan yang sudah lebih 18 tahun diterima rakyat dengan baik. - azm _
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!