Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
2 MAC
Jika Pak Lah, Najib dan pemimpin UMNO mahu insaf dan menyedari permintaan hatinurani rakyat seluruh Malaysia maka cukuplah hasil undian di NTV7 jadi ukurannya. Tapi rakyat juga faham betapa bongkak dan sombongnya pemimpin UMNO Bn ini sejak zaman berzaman akan terus mencari alasan dan berdoalak dalik cuba menggagalkan hasrat rakyat ini. Mereka adalah gengster kampung yang selalu tidak sanggup menerima kegagalan akibat dari perbuatan mereka sendiri. Dan mereka juga bukan seperti pahlawan Jepun yang sanggup bertanggungjawab atas kesalahan diri mereka sendiri dan menghukum dirinya tanpa perlu rakyat menghakimi mereka. Inilah bezanya pahlawan sejati dengan pahlawan ala kampung.
Pandangan saya mungkin ada 3 sebab kenapa rakyat Malaysia mahukan pilihanraya di Perak:
1. Rakyat di era pasca pilihanraya 8 Mac 2008 semakin berani membuat keputusan demi masa depan mereka dan anak cucu mereka. Undian dari tv swasta berkenaan menggambarkan betapa semua rakyat tanpa batas kaum dan penyokong parti cintakan perdamaian dan kesejahteraan. Mereka tidak akan mudah diperjual belikan oleh sesiapa sahaja samada dari Najib atau Pak Lah. Mereka cukup matang untuk melakukan sebuah keputusan.
2. Rakyat sebenarnya memberi alamat jelas menolak Najib sebagai PM di Malaysia. Jika Najib mahu adil sila terbuka dengan rakyat berapa banyak emel dan foto dalam web personal beliau yang baru dilancarkan menggambarkan hasrat rakyat. Pasti dia tidak berani kerana lukanya perasaan rakyat terhadap beliau amat dalam dan hilangnya kepercayaan rakyat kepada beliau amat tinggi. Jadi undian di tv ini menggambarkan boikot rakyat terhadap kenyataan beliau yang menafikan hak speaker Perak. Saya amat yakin YM Raja Nazrin dapat mengambil indikasi ini bagi merestui pilihanraya di seluruh negeri Perak. Najib mahu kata apa ya terserah kepada pertimbangan matang dari istana tapi jika istana menolak hasrat rakyat maka mala petakalah negeri Perak buat selamanya. Rakyat tidak percaya lagi dengan Najib amat jelas maka pihak istana jangan sekali-kali membelakangkan hasrat ini dan menafikannya. Seluruh rakyat di Malaysia telah membuktikannya maka alangkah bijaksana jika istana Perak mahu menurutinya.
3. Rakyat memberi alamat yang amat jelas bahawa pilihanraya selepas ini terutama di Perak akan berpihak kepada PR. Buatlah isu apapun dari soal agama, kaum, raja-raja Melayu, Karpal, lompat parti, bogel dll sudah tidak bererti lagi kerana kebodohan serta kezaliman UMNO BN di Perak cerah lagi bersuluh. Selamat tinggal UMNO dan selamat hanyutlah di Sg Pari bersama tongkang pecah yang terisi dengan kebongkakan Pak Lah,Najib, Khairi, Zambry dan Yb lompat. Hanyutlah kamu ke hilir bermuara bersama bangkai babi dan anjing (bukan menghina tapi merealitikan sebuah ilusi tapi jika ada yang terasa dianjingkan ya..itulah realiti yang berada di benak sendiri). Berduyun-duyunlah mangkuk-mangkuk UMNO menyambut mereka di muara tersebut..Alahai kesian dehhhh...!!
Keputusan SMS NTV7: 97 peratus undi sokong sidang DUN |
Harakahdaily Mon | Mar 02, 09 | 9:53:47 am MYT | |||||||||||
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Hrkh) - Keputusan Undian SMS yang dikendalikan oleh melaluiNTV7 berita '7 Edition' baru-baru ini bertajuk "Apakah Sidang Tergempar SAH?" mendapat respon yang begitu mengejutkan. Dalam undian terbabit hasilnya secara keseluruhan, 97 peratus rakyat Malaysia menyatakan bahawa sidang tergempar DUN itu sah diadakan esok sungguhpun Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menyanggah keputusan Speaker DUN Speaker DUN Perak, V.Sivakumar. Kata Najib ianya tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu sedangkan sebelum ini tanpa menunggu keputusan mahkamah, beliau menyokong dan bersetuju melantik Dato' Dr Zambry sebagai menteri besar yang baru. Difahamkan terdapat tiga faktor untuk Speaker memanggil Sidang DUN tergempar ini tanpa memerlukan perkenan Sultan. Pertama, beliau telah mendapat dua notis usul daripada dua ADUN Perak untuk dibincangkan segera iaitu Usul pertama oleh Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong) yang mahu ahli dewan memberikan sokongan kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin. Manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (ADUN Teja) yang mahu DUN dibubarkan bagi memberikan laluan kepada rakyat memilih melalui pilihanraya. Kedua, sidang DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan boleh disambung semula tanpa perlu lagi perkenan sultan maka speaker berhak untuk memanggil sidang tergempar sebagaimana Sidang Parlimen berhubung isu Palestin yang diadakan baru-baru ini tidak pun perlu mendapat perkenan Agong terlebih dahulu. Ketiga, sidang DUN tergempar ini tidak perlu diberikan notis 14 hari seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan Tetap 27 (3) Peraturan Peraturan Tetap DUN Perak kerana notis itu hanya untuk persidangan biasa bukan tergempar. - azm _ Banyak lagi yang menyokong hal ini dan menolak kenyataan Najib...
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!