foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, June 22, 2009

PEMBUNUHAN KEJAM DI SELATAN THAI dan DI AFGHAN..MEMBUKA MATAHATI UMAT..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

23 JUN

Mendengar berita dari beberapa daerah di dunia yang umat Islam menjadi mangsa seharusnya menggetarkan jiwa seorang Muslim. Getaran ini dirasakan bila hati-hati tadi masih berfungsi dan hidup, tetapi jika ianya sudah tertidur atau mati maka musnahlah akhirnya kekuatan ini. Kekuatan aqidah atau iman adalah kekuatan haqiqi yang dapat bertahan di mana sahaja, di zaman apa sahaja dengan siapa sahaja dan di musim apa sahaja. Saya ingin melihat hal ini dari beberapa sudut:

1. Pembunuhan ketika solat di dalam tempat ibadah telah berlaku bukan sahaja di Selatan Thai tetapi pernah terjadi di Mindanao, Ambon Indonesia, Ternate Indonesia, Poso Indonesia, di Iraq, di Pakistan, di Palestin, di Afghanistan, di Bosnia dan tidak mustahil banyak tempat lain lagi. Jadi yang perlu kita persoalkan sekarang ialah kenapa ianya terjadi dan terus terjadi?

2. Sebab utama adalah kerana kelemahan umat Islam sendiri. Lemah dari semua sudut hingga dengan mudah dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. Banyak buku dari beberapa ulama yang menjelaskan hal ini.

3. Negara umat Islam berkecai selepas dihancurkan Khilafah Islamiah pada tahun 1924 sehingga tiada lagi kuasa yang dapat diharap dan perpaut. Kehancuran ini amat buruk dan untuk mengembalikannya memerlukan proses pembinaan yang sama sebagaimna generasi awal itu terbina sebelum ini. Tidak ada kaedah lain yang boleh melahirkan sesuatu yang sama kecuali menggunakan sukatan dan formula yang sama. Tidak masuk akal dan amat merugikan sekali jika usaha sekarang hanya menumpang dan tidak kembali kepada perkara dasar. Seminar dll adalah sebahagian dari usaha tetapi untuk mengharapkannya selesai tuntas rasanya mustahil.
OIC atau apa sahaja namanya bukan lagi gabungan negara-negara Islam tetapi hanya sekadar gabungan negara umat Islam. Tidak ada siapa yang gentar mendengar namanya.

4. Kesedaran beragama yang tipis juga memberi inpak kepada umat Islam. Agama hanya sekadar upacara rasmi secara majoriti dan agama tidak ada ertinya buat menyelesaikan masalah sebenar kehidupan manusia. Inilah realiti di beberapa negara konflik sehingga dengan mudah mereka dibeli oleh musuh-musuh Islam dan kemudiannya mereka dibunuh dengan kejam.

Dalam kasus Selatan Thai artikel ini baik sekali untuk disemak...


Thai atau Siam: Mana lebih tepat?
Ali Bukhari Amir
Mon | Jun 22, 09 | 11:48:35 pm MYT

BERIKUTAN insiden pembunuhan kejam melibatkan 11 orang Islam ketika menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Kg Air Tempayan, Narathiwat 9 Jun lalu, kita wajarlah menyusun beberapa pelan tindakan berasaskan kebijaksanaan dan keberanian.

Setidak-tidaknya, ada tiga gerakan yang perlu terlibat iaitu gerakan ilmiah melibatkan ahli akademik, intelektual dan pensyarah, gerakan ketenteraan yang melibatkan Ahmad Zahid Hamidi dan rundingan politik melibatkan Menteri Luar Malaysia.

Percubaan awal untuk membincangkan isu ini di Parlimen menemui jalan buntu apabila Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin, di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) sudah pun menolak usul ini untuk dibincangkan segera.

Ahli Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria meminta Malaysia mengambil inisiatif memanggil sidang khas Asean dengan segera bagi membincangkan pergolakan itu. Tambah Nasir, 'Malaysia perlu mendesak OIC agar mengiktirafnya sebagai orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah selatan Thailand.

Tetapi, jika tidak salah ingatan saya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sudah meminta Malaysia menjadi wakilnya untuk menangani kemelut di Selatan Thai sebelum ini.

Malangnya, tatkala menjawab tuntutan OIC ini, Rais Yatim berkata, bahawa kemelut itu melibatkan masalah hal-ehwal dalaman negara-negara Asean dan negara tidak boleh ikut mencampuri urusan dalaman Thai.

Akhirnya, titik penamatnya berlaku di situ. Mungkin Rais boleh dihubungi semula untuk mengesahkan hal berkenaan.

Libatkan juga Britain

Selain ketenteraan negara, pergerakan intelektual dan rundingan kuasa politik, pihak yang perlu kita libatkan ialah kerajaan Britain sendiri.

Perjanjian Inggeris - Siam 1909 (Perjanjian Bangkok 1909, Perjanjian Anglo Siam 1909) di Istana Raja Thailand, bersama Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir John Anderson adalah antara titik tolak yang menyaksikan pemecahan kerajaan Melayu Patani.

Isi perjanjian pada tahun 1909 itu melibatkan perkara-perkara berikut. Antaranya:

1. Kerajaan Melayu Pattani meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Thailand. Padahal kerajaan Melayu Patani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.
2. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dijajah Thailand diserahkan kepada Britain.
3. Negeri Kedah dan Perlis menerima seorang penasihat British pada tahun 1909.
4. Kelantan menerima penasihat British pada tahun 1910.
5. Terengganu menerima penasihat British pada tahun 1919.

Mungkin inilah asal-usul penjajahan Thai terhadap Melayu di utara Semenanjung dengan rasminya melalui pengiktirafan British; sebuah empayar terbesar pada saat itu.

Uusan mengkaji segala bentuk rundingan dan perjanjian yang terkait dengan penjajahan Yala, Narathiwat ini, maka ia terpundak di atas bidang tanggungjawab intelektual.

Tentera Malaysia perlu ambil peranan bersama

Desas-desus andaian yang kerap merebak dalam kalangan Melayu Islam di selatan Thai adalah, kebanyakan serangan itu berlaku dengan sebab tentera Thai sendiri yang terpecah dua; Utara dan Selatan.

Tapi, sejauhmanakah Ahmad Zahid Hamidi bersetuju untuk mewujudkan rondaan tentera di wilayah berkenaan masih diragui. Sebelum dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Zahid pernah mencadangkan Pakatan Ketenteraan Negara Islam.

Tetapi selepas dilantik, Zahid berdiam diri. Tidak mustahil, Zahid Hamidi akan berbelah-bahagi dan takut-takut mengguna ketenteraan guna mengawal pergolakan di selatan Thai. Rakyat Malaysia yang prihatin perlu melobi agar hal ini tetap didebatkan.

Bantah nama Thai, ganti dengan Siam

Menelaah sejarah tentunya melibatkan fikiran yang mengundang keletihan. Di sana, telahpun ada usaha pengkarya filem yang mengeluarkan Queen of Langkasuka (Thai), Hikayat Merong Mahawangsa (Malaysia, bakal terbit) untuk menggeledah kisah-kisah purba.

Mungkin dengan jalan ini, setidak-tidaknya, perca-perca gambaran sejarah dapat dimuat dalam gambaran rakyat. Tapi, perkembangan mutakhir ini di Thailand agak menarik. Dan ia dimulai dengan gerakan intelektual, bukan melalui kuasa politik dan ketenteraan.

Misalnya, baru-baru ini, ahli sejarah terkemuka, Charnvit Kasetsiri membuat bantahan ke atas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dan beberapa jawatankuasa politik untuk menukar nama negara itu daripada Thailand kepada nama asalnya; Siam.

Siam adalah negara asal di mana ia memiliki benderanya sendiri, berwarna merah dengan gambar seekor gajah putih menghiasi bendera tersebut.

Mantan rektor Thammasat University itu berkata piagam perlu diubah dari 'Perlembagaan Negeri Thailand' kepada 'Perlembagaan Negeri bagi Siam' atau 'Perlembagaan Siam". Ini perlu bagi tujuan menggalakkan 'perpaduan ', 'keharmonian' dan 'perdamaian'.

Akademikus itu berkata, bahawa usaha menamakan semula Thai itu adalah langkah awal untuk merawat kemelut politik dan masyarakat di negara itu yang terdiri daripada 60 juta rakyat termasuk lebih daripada 50 kumpulan etnik.

Menurut ahli sejarah itu, Thai sebagai sebuah negara, telah beransur-ansur menjadi 'ultra nasionalisme' dalam beberapa dekad lalu yang mungkin menjadi replika negara sebelum itu. Rusuhan politik di negara itu berlaku kerana rakyat bukan saja dipisah melalui sikap politik yang berbeza, tetapi yang jauh lebih penting, wujudnya peminggiran etnik.

Usaha menamakan semula negara Siam itu boleh menjadi batu loncatan untuk menyusun penyelesaian yang dinantikan rakyat negara itu, kata ahli akademik tersebut.

Dinamakan Siam, sejak Ayutthaya

Semua orang negara ini telah digelar Siam sejak era pemerintahan Ayutthaya era. Maka, dengan sebab campurtangan British dengan Thai, kaum-kaumMelayu diperangkap dalam beberapa perjanjian mereka.

Menurut Charnvit Kasetsiri, sejak Perang Dunia Kedua bermula, faham Hitler Nazisme di Jerman dan fasisme di Itali dan Jepun. Ketika inilah kerajaan tentera pimpinan Field Marshal Phibulsongkhram (Por) dipengaruhi ultra nasionalisme Nazisme dan fasisme. Akhirnya, nama bangsa Thai menenggelamkan nama Siam, nama sebuah negara.

Tambahnya, perubahan nama Thai kepada Siam adalah untuk membawa keharmonian di negara itu yang terdiri daripada 50 kumpulan etnik dengan bahasa masing-masing. Antara mereka selain Thai adalah Yuan, Laos, Lue, Melayu, Mon, Khmer, Teochiu, Cantonese, Hokkien, Hainan, Hakka, Cham, Sakai, Tamil, Pathan, Parsi, Arab, Phuan, Tai Yai, Phu Tai, Yong, Hmong, Karen, Museur dan Farang, dan sebagainya.

Melayu selatan Thai bukan orang Thai

Dalam temubual di Bangkok Post, Charnvit Kasetsiri menjelaskan bahawa secara etniknya, orang Islam selatan Thai bukan orang Thai, sebaliknya keturunan Melayu. Tapi mereka terpaksa menamakan diri mereka sebagai orang Thai atas dasar kewilayahan.

"Tiada salahnya dengan 'Siam', tetapi istilah itu tak menjelaskan siapakah raja di sini. Ia karut. Apa-apa pun, istilah 'Thai' merujuk bangsa, dan bukan negara itu," kata beliau.

Agak menarik ialah ketika Charnvit Kasetsiri memberi penjelasan asal-usul nama Siam yang menjadi sebab, kenapakah nama Siam itu ternyata lebih baik berbanding Thai untuk diabadikan sebagai nama kepada sebuah negara.

"Siam berasal daripada perkataan purba 'Sam', bermaksud tanah suai tani. Dalam Khmer dan Mon ada istilah 'siem', merujuk nama Siem Reap. Dalam bahasa Burma, ada istilah 'shan', kerana ada Negeri Shan, dan di Jepun, ada istilah 'shamuro'," tambahnya.

Selain itu, tambah akademikus itu, permulaan abjad 's' untuk Siam, dianggap lebih baik untuk nama negara itu berbanding permulaan abjad 'th', untuk Thailand, yang kedengaran seperti 'Taiwan' kepada orang-orang Barat.

Kekuatan kejujuran intelektual Thai

Selain usaha kita dalam menolong Melayu di selatan Thai, perlu dilibatkan juga kekuatan intelektual di universiti Thai selain pergerakan politik, ketenteraan dan intelektualis untuk mendorong kemajuan perdamaian di wilayah berkenaan.

Kita tak boleh melihat penyelesaian ini melibatkan politik sahaja. Terbukti, Parlimen kita sendiri telah menolak perbincangan berhubung usul membincangkan kemelut di wilayah tersebut. Rais Yatim tidak dapat berbuat apa-apa dengan alasan, sesama negara Asean tak boleh mencampuri urusan pergolakan dalam negara masing-masing.

Rasa-rasanya, tafsiran dan debat ke atas prinsip tidak campurtangan antara sesama negara Asean ini masih boleh dikaji semula.

Sedangkan wilayah Palestin yang bergolak kerana dibedil tentera Israel boleh kita peduli dengan menubuhkan tabung bantuan dan menggerakkan kempen kesedaran mengenainya kenapa dalam isu ini, seperti tiada kumpulan yang wujud untuk mengatur gerakan melobi dan pergerakan intelektual untuk tujuan merawat masalah yang sama?

5:29 a.m, 20 Jun
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Bantuan pemikiran dan cadangan mewujudkan grup peduli Patani boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Sila layari pautan - http://www.bangkokpost.com/news/local/16824/what-s-in-a-name _


HR9808: Kondisi umat sekarang ...Somalia terkenal dengan akitviti lanun.Apakah orang Muslim layak menjadi lanun?,,Tapi inilah relaiti umat hari ini..

Somalia Gawat Darurat

Selasa, 23/06/2009 10:10 WIB Cetak | Kirim

Presiden Somalia, Syarif Syeikh Ahmad, menyatakan bahwa negaranya berada dalam kondisi gawat darurat. Hal ini ia sampaikan kemarin malam di Mogadishu (22/06) dalam sebuah konferensi pers. “Hari ini, negara berada dalam situasi gawat daurat,” ujarnya.

Deklarasi ini sudah disetujui oleh parlemen. Ini karena kekisruhan yang terus-menerus terjadi tanpa henti. Saat ini, Al Syabab, kelompok militant menyatakan akan terus memerangi kekuatan asing yang memang bermain di Somalia.

Sebagian pihak dalam pemerintah Somalia tampaknya sama sekali tidak setuju jika Somalia menerapkan hokum Islam. Itu sebabnya mereka meminta bantuan negara-negara sekitar mereka seperti Dhibouti, Kenya dan Ethiopia untuk mengirimkan bantuan militer dalam rangka menumpas kekuatan Al Syabab.

Sebaliknya, Al Syabab, lewat Syeikh Ali Mohammad Rage mengatakan bahwa pihaknya juga tidak takut pada kekuatan asing. “Kami adalah para mujahidin, akan terus berjuang. Inilah bukti dari kegagalan pemerintahan yang ditunggangi oleh kekuatan asing.” Tandasnya.

Tidak disangkal lagi kalau AS dan Barat berdiri di belakang semua kekacauan yang sekarang terjadi di Somalia. Mereka menyatakan kalau Al Qaidah, kelompok yang mereka sebut teroris namun keberadaannya tidak pernah diketahui sampai saat ini, banyak beredar di Somalia.

Saat ini, tampaknya, dalam bentuknya yang lain, kekuatan asing ingin menjadikan Somalia seperti Iraq jilid kedua (sa/gn)

Hr9808: Jika benar Shah Rukh Khan menghina nabi maka Malaysia harus dengan segera menarik title Datuk dan jangan benarkan filemnya beredar di Malaysia!!! Jika tindakan ini pun tak berani maka OIC serahkan kepada pihak lain aje..!!!

Shah Rukh Khan Menghina Nabi Muhammad?

Selasa, 23/06/2009 08:54 WIB Cetak | Kirim
Shahrukh Khan
Shahrukh Khan
Sebuah pesantren Islam di India telah mengeluarkan fatwa penentangan terhadap bintang Bollywood terkenal Shahrukh Khan yang diduga telah membuat komentar yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Bahkan atas komentarnya itu para pemuka agama Islam menolak untuk menerima klarifikasi dari sang bintang Bollywood tersebut.

Sebelumnya Sharukh Khan yang banyak digilai para wanita ini dalam sebuah wawancara disebuah majalah mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak mengesankan sepanjang sejarah, sejajar dengan Adolf Hitler dan Winston Churchill. Namun dirinya menolak tulisan yang ada di majalah tersebut dan mengatakan bahwa wartawan majalah yang mewawancarai dirinya telah 'salah kutip'.

"Seseorang yang membuat ucapan seperti Shakhrukh Khan itu adalah kafir dan keluar dari Islam," kata Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Muhammad Shoib Raza Qadri dan Mufti Mutiur Rahman dari pesantren Darul Ulum Mazharil Islam. "Dalam sebuah negara Islam, seseorang yang membuat komentar seperti itu dia harus mempertanggung jawabkannya dengan dibunuh," Pernikahannya tidak sah dan status keIslamannya menjadi batal alias Kafir serta dia tidak boleh dikubur dipemakaman kaum Muslimin. Orang seperti itu harus segara bertobat dan meminta maaf untuk kembali kedalam Islam," kata fatwa tersebut.

Shahrukh Khan dengan tegas menolak komentar yang ada di majalah yang memuat wawancaranya itu dengan beralasan majalah tersebut salah kutip.

Pekan lalu, sebuah kasus kriminal telah didaftarkan di Mumbai untuk melawan Shahrukh Khan dan majalah yang mempublikasikan wawancaranya dibawah UU penghinaan terhadap agama dan pelanggaran terhadap kepentingan umum dari UU hukum pidana India.

Namun fatwa terhadap Shahrukh Khan yang dikeluarkan oleh ulama dari pesantren Darul Ulum Mazharil Islam tersebut ditentang oleh ulama lain. Juru bicara lembaga Darul Ulum Deoband Ashraf Usmani mengatakan bahwa "mereka tidak mempunyai rencana untuk mengeluarkan fatwa seperti itu. Fatwa yang dikeluarkan terhadap Shahrukh Khan tidak signifikan."

Ulama lain yang bernama Maulana Yasin Misbahi mengatakan bahwa," Fatwa tidak boleh dikeluarkan hanya berdasarkan laporan dari media."

Sedangkan juru bicara Jamiat Ulama India - Maulana Abdul Hamid Noamani Echoed mengatakan,"Ketika Khan mengatakan bahwa dirinya tidak pernah berkata seperti itu, maka fatwa apa yang harus dikeluarkan untuk dirinya?"

Shahrukh Khan sendiri meskipun beragama Islam namun dirinya beristri seorang musyrik Hindu, dia terkenal di Indonesia setelah filmnya yang berjudul Kuch Kuch Hota Hai menjadi box office di bioskop-bioskop Indonesia.(fq/thehindu)

HR9808: Umat Islam dibantai sdr/sdri..apa yang OIC lakukan??? Ya masih minum-minum dan berkongres?? Ya Allah..hati mereka sudah mati..!!!

Fakta Perang Afghanistan

Selasa, 23/06/2009 06:30 WIB Cetak | Kirim

Afghanistan semakin bergejolak dan panas. Agustus semakin dekat, dan pemilu negara itu yang sedianya akan dilaksanakan pada bulan Agustus dengan salah satu tujuan mempertahankan status quo, tak pelak kondisi negara ini makin carut-marut.

Beberapa kejadian di belahan dunia yang lain seperti kedatangan presiden AS Barack Obama ke Mesir, dan pemilu Iran, sedikit mengalihkan perhatian dunia internasional akan Afghanistan. Padahal ketika itu, Obama sudah menggenapkan jumlah tentara AS ke Afghanistan menjadi 68.000! Itu artinya sudah mencapai jumlah tentara yang telah ditetapkan AS. Jumlah ini hanya terpaut 20.000 saja dengan tentara lokal Afghanistan yang secara keahlian dalam perang jauh di bawah rata-rata tentara AS.

Berikut fakta-fakta perang Afghanistan yang lainnya:

- Obama mengirimkan tentara AS dalam beberapa tahap. Pertama, sebanyak 21.000, kemudian 39.000 dan akhirnya genap menjadi 68.000. Sumber lain mengatakan bahwa jumlah tentara AS bisa dikatakan mencapai 90.000.

- Negara-negara yang bergabung dengan AS untuk menghabisi Taliban saat ini mencapai 40 negara jumlahnya. Ini termasuk tentara dari Iran dan Arab Saudi. Tentara Inggris menempati posisi kedua dengan jumlah 9.885 tentara.

- Kolonel Greg Julian, juru bicara militer AS di Afghanistan mengatakan bahwa AS akan memusatkan penguasaan di Helmand dan Farah, dan sisasnya di provinsi Kandahar bagian selatan.

- Bisa dibilang, sekarang, tak ada satu jengkal tanahpun di Afghanistan yang aman dari perang. Satu-satunya tempat yang paling aman sejak dulu, yaitu Afghanistan bagian utara pun sudah dirambah oleh pasukan AS.

- Sampai awal Juni 2009, setidaknya 600 orang miltier AS telah tewas di Afghanistan dan Pakistan. Tapi jumlah sebenarnya jauh lebih sedikit dibandingkan dengan korban rakyat sipil Afghanistan yang sudah mencapai ribuan.

- Sasaran target AS sekarang mengarah kepada bangsa Pashtun yang merupakan pendukung Taliban di perbatasan Afghanistan dan Pakistan.(sa/tonh)

1 comment:

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!