foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, June 22, 2009

TAMAT SUDAH SOAL KERAJAAN PERPADUAN..KUATKAN PAKATAN!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

21 JUN
Sejak isu ini berkembang, seluruh Malaysia gempar. Menarik untuk kita fikirkan:

1. Isu ini amat menarik bagi UMNO untuk memadamkan hasrat PR memerintah selepas PRU13 nanti. UMNO BN amat yakin mereka akan kalah kali ini dan terpaksa lepaskan kunci pimpinan negara kepada PR. Jadi seperti orang ngantuk disorong bantal atau seperti sawa tak makan sebulan maka terus sambar tanpa fikir akibatnya lagi.

2. Terbukti bahawa rakyat memang sudah tekad mahu menolak UMNO kerana sejak isu ini dilontarkan seluruh majoriti rakyat meraung agar menolak idea tersebut. Jika ini adalah idea untuk diuji maka berjayalah ujian tersebut.

3. Jelas sekali UMNO mahu permainkan isu keselamatan dan nasib Melayu. Di kampung isu komunis terus didengungkan sehingga jika kita dengar dari dekay jelas sekali pemimpin UMNO sudah tidak relevan lagi sehingga sanggup bermain dengan isu perkauman. Kejadian di Taiping minggu lalu telah disebarkan oleh lidah UMNO ke seluruh Malaysia kononnya Melayu terancam masa depannya. Saya amat hairan bagaiman pimpinan Melayu yang pernah belajar di luar negara juga berfikir cara yang sama?..jadi jelas bahawa ini isu yang karut tapi dikosmatikkan sehingga dilihat seperti benar. Ini cara berfikir yang sesat dan Islam dengan tegas menolaknya, Islam menjada semua bangsa dan tidak melihat warna kulit siapapun samada beragama Islam atau tidak. UMNo tidak mahu terima idea ini dan cuba meistimewakan diri seperti fahaman Yahudi yang kononnya kaum Bani Israel istimewa di sisi tuhan. Akhirnya mereka menjadi bangsa paling zalim dan terkutuk. Inilah yang akan terjadi jika UMNO terus berkuasa.

4. Anggota PR seperti menerima ujian komitmen yang luar biasa. Jika berpecah maka lupakan saja masa depan keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Tetapi jika bersatu semula maka inilah tanda awal yang UMNO akan kecewa menarik ahli PR ke arah UMNO BN. YB yang melompat seperti katak akan terlupa cara melompat kerana rakyat akan mengurung mereka dalam tempurung kaca. Nasib Ibrahim Ali juga akan berakhir dilubuk yang tidak jelas warnanya. Jangan terima lagi YB yang seperti ini!!!

5. Rakyat lega dengan keputusan dari pimpinan PR dan berharap agar PR dapat teruskan khidmat untuk rakyat. Ambillah segala keuntungan dari hasil negeri PR dan dibangunkan kebajikan untuk rakyat agar mereka dapat melihat kerja real dari PR. Buka file rasuah UMNO BN sehingga rakyat puas hati bahawa UMNO adalah pencandu rasuah dan darah rakyat.!! Jangan bagi muka kepada para koruptor dan mereka yang memusnahkan negara ini.!! Di zaman kerajaan Islam dahulu, inilah yang mereka lakukan sehingga rakyat rasa selamat dan tenang berada di bawahnya.

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | Jun 22, 09 | 3:02:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

ImageTurut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

ImageMenyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya./wann_


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!