foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, August 4, 2009

MEDIA DAN PEMIMPIN UMNO BN YANG SUDAH BANGKRUT IDEA..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

4 OGOS

Seperti orang nyanyuk berdialog di depan ribuan orang. Inilah gaya pemimpin UMNO berhujah dan menggunakan medianya. Mari kita lihat satu persatu:

1. Semalam mereka kata Anwar pengkhianat negara. Alahai takkan kerana demo yang aman nak bergerak ke istana pun jadi pengkhianatke? Saya tidak habis fikir bagaimana naifnya hujah dari pemimpin UMNO sampai ke level ini. Tapi saya harus terima inilah realiti dan tahap pemikiran mereka. Yang mengaut duit rakyat ratusan juta tak khianat? Buat istana peribadi hasil dari duit curi tak khianat? Ambil projek mega dan tidak mega dengan cara tidak ikut prosidur itu tidak khianat? Cuba tanya pelaksana PLKN di seluruh negara, siapa pemilik projek uniform PLKN? INi projek kecil tapi yang lebih dari itu banyak lagi..Oh..itu bukan khianat sebab mereka yang makan dalm satu Malaysia. Iklan satu Malaysia juga siapa yang songlap? Udahlah rakyat dah muak mendengarnya.

2. Hari ini demonstrans dapat upah pula? Alahai...kesian pemimpin UMNO sudah terlalu terdesak inginkan simpati dari rakyat. Rakyat tak mahu terima lagi hujah katun begini dan mereka umuny sudah memilih media alternatif lain yang lebih telus dan jujur. Memang ptut kita teruskan boikot media begini bahkan jika isinya tipu..umat Islam tidak boleh baca hal yang tipu.

3. Ada juga yang ugut terhadap penganjur dengan minta ganti rugi. Jika ada maruah silalah minta? Betul-betul UMNO BN sudah hilang pedoman. Akhirnya mereka terpaksa hasut macam-macam kononnya rakyat mahu sokong mereka kembali?

4. Raja Nong Cik kata anggaran kerugian RM 200 juta. Ini kenyataan amat tidak masuk akal dan karut. Jadi kenapa mereka ungkapkan juga? Ya inilah namanya terdesak..Mungkin juga ada ulat yang mencarti makan memberi info dan nasihat kepada pak raja ini sehingga dilihat seperti kenyataan budak-budak tak sekolah.

Antaranya hujah katun dari pemimpin UMNO...

Peserta demo diupah?

Oleh ZULKIFLI JALILpengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 3 Ogos - Sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sumber yang diperoleh pihaknya turut mendapati motif perhimpunan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes mahkamah termasuk kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
''Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga.
''Motif perhimpunan juga mahu mengalih perhatian rakyat terhadap kes mahkamah tertentu dan ini diperoleh daripada maklum balas yang diperoleh
," katanya ketika dihubungi hari ini.
Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) itu mengakibatkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan jalan raya manakala peniaga menutup premis masing-masing.
Berikutan itu, banyak pihak menuntut tindakan tegas harus dikenakan terhadap dalang di sebalik GMI supaya kejadian tersebut tidak berulang.

HR9808: Malam semalam Shahrizat juga memberi komentar tentang politik pembangkang dengan wajah bagaikan seorang yang candu hipokrit dia melontar idea karut di TV3. Kononnya wanita berjuang berjuang semata-mata untuk rakyat. Bila masa pula semua jadi minah karut ni, selepas satu Malaysia atau selepas Rosmah dapat Doktor Pendidikan? Mohon maaf, setiap kali terpandang wajah mereka ni, tekak jadi meloya..maaf jika over tapi itulah yang saya rasakan. APatah lagi jika dengar mereka berhujah. Apak saya seorang sahaja yang rasa begini wallahuaklam. Tapi dari respons facebook dll bukan saya seorang yang rasa begitu. Mungkin juga satu Malaysia nak muntah kerana idea satu Malaysia diperjuangkan untuk mereka dan kroni mereka.

Kami mendokong kenyataan di bawah..

Wanita Pakatan gesa Shahrizat hentikan sikap 'ala Zionis'
Zuraida Kamaruddin, Nuridah Salleh, Chong Eng | Foto Nasir Sudin
Tue | Aug 04, 09 | 6:24:51 pm MYT

Wanita Pakatan Rakyat menggesa agar kerajaan segera menghapuskan Akta zalim ISA yang telah disalahguna oleh mereka yang berkuasa. Polis dipergunakan untuk melaksanakan wewenangan dengan kuasa yang terkandung dalam Akta zalim ISA. ISA memberi kuasa untuk menangkap dan memenjara rakyat tanpa alasan dan bukti yang sah.

ImageWanita Pakatan Rakyat juga amat kesal dengan kenyataan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, dalam usaha menutup kelemahan Umno-BN, Sahrizat seolah-olah seperti Zionis Israel yang mempertikai kanak-kanak Palestin yang berada bersama-sama ibu bapa mereka dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.

ISA adalah satu Akta yang zalim dan diwujudkan hanya untuk menegakkan kepentingan Umno-BN. Oleh itu, ia wajar dituntut oleh sekelian rakyat, termasuk anak-anak yang menjadi pewaris masa depan negara.

ImageSebuah negara yang mendokong demokrasi sewajarnya tidak menghalang sebarang perhimpunan aman. Tuntutan rakyat agar ISA dimansuhkan dan bukan hanya dipinda tidak mendapat perhatian kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN.

Polis yang diperguna untuk mengukuhkan kepentingan Umno-BN telah memperalat ISA untuk menangkap sesiapa yang disukai tanpa alasan yang hak atau dakwaan dengan bukti yang sahih.

ImagePandangan yang lain dari Umno-BN disekat berhabisan dan tidak diberi ruang secukupnya agar didengari oleh rakyat. Media arus perdana di Malaysia adalah berat sebelah dan memperkukuh kewujudan Akta zalim ISA.

Polis telah mengamalkan budaya menghukum dan menyiksa mereka yang ditangkap ketika perhimpunan aman menentang ISA. Para OKT (orang kena tahan) telah sengaja tidak di layan dengan sewajarnya dan dibiarkan tanpa makan dan minum yang sempurna ketika dalam tahanan.

ImageOKT adalah tidak bersalah sehingga dijatuhkan sebarang hukuman oleh mana-mana mahkamah, maka wajar mereka dilayan sebagai rakyat Malaysia yang lengkap segala hak-hak kewarganegaraan mereka.

Sharizat lebih wajar menegur pihak polis, yang di bawah kuasa Menteri dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, untuk melaksanakan tugasan mereka secara adil dan profesional, bukannya menjadi alat atau barua mana-mana golongan, hatta Umno-BN sendiri.

Ketika perhimpunan berlangsung, gedung dan perniagaan sekitar lokasi terlibat telah penuh dikunjungi oleh pelanggan. Begitu juga dengan restoren dan kedai-kedai makan yang penuh dengan pengunjung.

Image Pengangkutan awam, khususnya perkhimatan LRT, Monorail dan bas dipenuhi oleh penumpang yang kesemuanya memberi keuntungan yang besar kepada perniagaan.

Sebenarnya tindakan polis yang menyimbah air asid dan gas yang telah menjejaskan kegiatan ekonomi rakyat Malaysia pada hari Perhimpunan menentang ISA 1hb Ogos lalu.

Bahkan polis juga telah mengakibatkan lalulintas jalanraya yang penuh sesak kerana sekatan jalanraya yang dikenakan.

Halangan dalam pengamalan demokrasi sebenar adalah punca kerugian perniagaan, kegiatan ekonomi rakyat Malaysia dan huru-hara di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN sebenarnya sangat cemas terhadap kebangkitan rakyat yang menuntut pemansuhan ISA.

ImageWanita Pakatan Rakyat menyokong penuh sebarang perhimpunan aman rakyat Malaysia dan menuntut agar pihak polis di bawah Kementerian Dalam Negeri memainkan peranan mereka menyuburkan amalan demokrasi ini, bukan sebaliknya.

Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Abdul Jalil, Wanita Pakatan Rakyat menggesa beliau agar hentikan bersikap ala Zionis yang mempertahankan keganasan polis terhadap rakyat.

---

Zuraida Kamaruddin ialah Ketua Wanita KEADILAN

Hjh Nuridah Salleh ialah Ketua Muslimat PAS

Chong Eng ialah Ketua Wanita DAP_

HR9808: Salah satu pendekatan UMNO -BN ialah menghasut para peniaga dengan cara menjanjikan imbalan yang lumayan. Pemuda UMNO menjadi mediator bagi urusan ini. Semuanya ada udang balik mee. Tapi tolong ingatlah sikit..saksi bagi insiden ini terlalu ramai. Yang merugikan siapa dan siapa yang sebenarnya rugi ada fakta bukan main tembak aje. Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan tak batang hidung pun pada hari tersebut. Jika benar berani kenapa tak turun tolong rakyat pada hari yang sama! Nak menyalak dari jauh tak perlulah suruh Ibrahim Ali jadi kepala arwah. Rakyat tidak perlukan pemimpin yang penakut dan hipokrit. Dari jauh tunjuk lengan beketul bila dah berdepan hanya tunjuk kelingking, itu pun dah bengkok.

Hakikatnya pemimpin UMNO tidak dapat terima kenyataan bahawa rakyat masih bersama dengan PR sekalipun berjuta-juta RM telah habiskan untuk publisiti satu Malaysia. Kesian...dah terlambat ..!! Itu pun masih sombong lagi ?

Tuntut RM10 juta dari KDN, polis
Azamin Amin
Wed | Aug 05, 09 | 9:35:40 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Sebarang kerugian para peniaga di ibu kota, Sabtu lalu mestilah dituntut daripada pihak Kementerian Dalam Negeri dan polis kerana mengarahkan premis-premis perniagaan ditutup, di samping mencetuskan suasana huru-hara dengan tangkapan rambang serta tindakan ganas dalam menyuraikan perhimpunan aman ISA itu.

Pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), telah memberi jaminan bahawa himpunan akan berlangsung secara aman dan memastikan para peserta tidak mengganggu dan melakukan tindakan salah sehingga menyusahkan orang awam namun keadaan bertukar kelam-kabut akibat tindakan pihak polis dan larangan KDN.

Demikian dinyatakan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli ketika diminta mengulas berhubung tuntutan RM10 juta oleh 1,000 peniaga yang mendakwa mengalami kerugian akibat demonstrasi tempoh hari.

"Jika polis dan KDN benarkan kita berhimpun secara aman, pasti Kuala Lumpur tidak lumpuh 1 Ogos lalu dan tidak timbul suasana kecoh atau peniaga rugi.

"Sehingga kini, tidak kedengaran ada laporan rompakan, ceroboh, mencuri atau barangan dirampas daripada peniaga pada hari himpunan itu. Yang ada ialah peniaga rugi kerana polis mengarahkan perniagaan kedai-kedai ditutup.

"Selain itu orang ramai, pengguna dan pelanggan bertempiaran lari bukan suka-suka tetapi ditembak gas pemedih mata dan diasak ganas polis, jadi sebarang kerugian sila tuntut kepada polis dan KDN," katanya ketika dhubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Sementera, itu beliau menjelaskan bahawa terdapat maklumt yang diterima mana-mana para peniaga yang 'berani' membuka kedai, mereka mendapat keuntungan lumayan, kerana jumlah peserta yang berhimpun amat ramai sekaligus menjadi pengguna dan pembeli pada hari tersebut.

Perkara ini turut diakui oleh Pensyarah Media Universiti Malaya,Dr Abu Hasan Hasbullah dalam sebuah laporan yang menyatakan bahawa para peniaga mendapat keuntungan berlipat ganda hasil himpunan aman besar-besaran Sabtu lalu.

Dalam masa yang sama, Dr Hatta menggesa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat taksiran kerugian dan keuntungan yang diperolehi oleh peniaga yang dibimbangi dimanipulasi dan diada-adakan oleh pihak-pihak tertentu.

"Angkanya juga dicurigai. Jika sebuah pasaraya kerugian RM300,000 selama 2 jam, berapakah untung yang diperolehi jika ianya beroperasi selama 12 jam, tentunya RM 1.8 juta...jadi LHDN sila siasat jumlah ini. Jika benar tuntut kepada pihak polis dan KDN," katanya yang turut dikasari pihak polis pada hari tersebut.

Beliau, juga tidak terkejut apabila Pemuda Umno cuba menjadi 'hero' untuk mewakili para peniaga membuat tuntutan kepada pihak penganjur yang menunggu masa untuk menjejaskan imej GMI, NGO dan Pakatan Rakyat yang menentang akta zalim ISA itu.

"Kita sentiasa bersedia, jika ada tuntutan undang-undang, kita akan berhujah dan bertemu di mahkamah," katanya mengakhiri perbualan.

Semalam tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.

Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).

Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju untuk mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM10 juta yang melibatkan 1,000 orang peniaga. - azm _


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!