Semangat perkauman sempit bawa bencana - Rosmah
30/08/2009 8:19pm
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan warga Malaysia bahawa sejarah dunia membuktikan semangat perkauman yang sempit hanya membawa kepada bencana dan kehinaan kekal satu-satu masyarakat.
Beliau berkata, seluruh rakyat Malaysia perlu menanamkan semangat menyayangi dan menjaga dengan rapi kejayaan dan perpaduan yang dikecapi selama ini.
“Janganlah di atas kepentingan sempit peribadi atau rasukan fanatik perkauman yang membuak-buak, kita gagal melihat pentingnya perpaduan di kalangan warganegara Malaysia yang tercinta ini,” katanya.
Hr9808:Selepas selesai terawikh dan tazkirah di surau Meru 2b saya sempat membaca kenyataan di bawah..lalu kebetulan saya teringat tadi ada teman dari FB meminta saya buat sedikit komen tentang perkauman. Maka saya cuba baca dan fahami kenyataan Rosmah tersebut. Apakah makna kenyataan di atas? Mari kita bincangkan:
1. Kenyataan Rosmah di atas tidak bermakna langsung dan dilihat hipokrit. Selagi UMNO berfaham begini maka tindakan Rosmah seperti menyalak bukit. Tubuh badan pemimpin UMNO yang masih di kabinet atau di luar yang seharusnya dipertanggungjawabkan kerana mereka telah membesarkan faham perkauman sempit di Malaysia sejak sebelum merdeka. Jadi Rosmah menjerit kepada te,inga siapa?
2. Tak perlu jerit sebab rakyat sudah tahu siapa yang sebenar di belakang mengatur strategi agar rakyat rasa takut dan tertekan. Kemudian para pemimpin UMNO akan memberi komentar kononnya merekalah pahlawan Malalysia yang unggul. Style ini sudah lama dan basi. Najib, Hishamuddin dan semua menteri akan menjerit di esuk hari sempena Merdeka yang mengatakan bahawa mereka tidak setuju dengan tindakan arak kepala lembu..
3. Setelah itu para mufti akan disebukkan dengan fatwa arak kepala lembu. Akibat kesebukan ini maka isu Teoh akan meredam. Jadi saya berharap PR jangan terlalu ambil serius sangat soal ini kerana ini adalah agenda mereka. Ini permainan gendang dari UBN. Yang lebih penting PR dekati dan berdialog dengan rakyat setempat agar masalah sebenar dapat diselesaikan.
4. Imej jabatan agama Islam sejak isu Kartika mencuat ke persada dunia antarabangsa bagaikan bom jangka yang UBN tidak jangkakan begitu hebat. Isu ini mendapat liputan dunia dan sokongan dari berbagai dunia ke atas pendirian Kartika semakin bertambah membuat UBN kecut perut terutama JAIP. Tidak mustahil kepala lembu boleh menarik perhatian nasional dari kredibiliti JAIP kepada kepala lembu. Apakah semudah itu umat ini mahu diperbodohkan? Mungkin dulu tapi sekarang no way..Jadi sekali lagi saya berharap, PR tolong fokus kepada isu dasar iaitu servis kepada rakyat di mana sahaja.
5. Maaf sejak peristiwa 13 Mei 1969, apakah pemimpin Melayu UMNO terutama yang amat sempit tidak selalu mengulang-ulangnya dalam ceramah mereka di depan rakyat? Seperti menjadikan tanggal 13 Mei seperti azimat untuk memastikan rakyat kembali memilih UBN bukan sesuatu yang rahsia terutama dalam jabatan kemas dan para YB UBN. Jadi bukankah ini agenda perkauman? Maka wajar Rosmah merenung kembali kenyataan beliau dan bisikkan kepada Najib sebenarnya kitalah kepala pembina perkauman di Malaysia. Jangan tuding pihak lain kerana mereka adalah pekerja kepada agenda PM.
6. Perkauman di Afrika, Palestin, Kemboja, Vietnam, Iraq, Iran, Kashmir, Petani, Mindanao, China, Bosnia, Chechnya, Burma, Rusia, USA adalah fakta realiti yang akhirnya tidak dapat dibendung sehingga sekarang. Tapi di sebalik perkauman mereka mentabirkannya dengan teroris dan penjenayah. Bukankah ianya juga berlaku di Malaysia?..Anak-anak pembangkang, penyokong pembangkang, bisnesman pembangkang, keluarga pembangkang dan pemimpin pembangkang boleh dilakukan apa sahaja oleh UBN demi kuasa? Apakah ini bukan fakta? Sehingga peringkat merampas negeri setelah diperintah oleh pembangkang bukankah ini tidak perkauman? Bagi saya inilah fakta yang UBN adalah pelopor perkauman di Malaysia.
7. Saya cuba jelaskan kontak perkauman dalam perspektif yang lebih luas supaya Rosmah dan pimpinan UMNO boleh buka buku kamus maksud perkauman. Bagi saya sekiranya wujud puak yang berkuasa penuh dan menafikan hak kaum/puak/ rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka maka ini juga perkauman. Jadi antara produk perkauman di Malaysia yang masih dipertahankan oleh UBN ialah ISA. Apapun alasannya saya tetap menyatakan UBN adalah mesin inkubator perkauman yang wajar dimusnahkan sesegera mungkin. Jalan singkat tidak ada cuma yang ada hanya melalui PRU 13. Inilah yang paling terdekat.
Dengarkan pandangan Malcoms x.. Islam menolak perkauman..
Semoga ALlah memberi kekuatan kepada rakyat Malaysia untuk menuntut kemerdekaan kedua dari UBN (UMNO dan BN).
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!