foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, August 31, 2009

MERDEKA YANG BELUM MERDEKA..?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


31 OGOS

Seharian saya merenung apakah yang bakal saya jawab jika anak cucu bertanya soal Merdeka?. Apatah lagi jika ketika itu otak sudah tidak sekuat sekarang untuk berhujah dengan mereka. Atau ketika itu bukan saya lagi yang menjawabnya kerana sudah di bumi. Maka saya kira ada baiknya saya tuangkan dalam blog ini dengan harapan mereka dapat membacanya nanti. Yang lebih penting mereka faham bahawa neneknya pada waktu ini masih belum mengecapi hakikat kemerdekaan. Neneknya masih disimbah air dan ditembak dengan gas pemedih mata untuk menyatakan penderian dan mendesak agar ISA yang zalim dimansuhkan. Neneknya disumbat ke lokap ketika demo meminta agar jangan naikkan harga petrol. Neneknya dikejar dan diintip oleh spy. Neneknya digertak dan tiugut oleh pemimpin UBN agar tidak meneruskan kerja menyedarkan rakyat. Neneknya dihina oleh kerabat dan warga UMNO yang sesat. Nneknya dikatakan khianat kepada Melayu kerana berkawan dengan orang China dan India. Neneknya hanya mendengar berita dari satu sumber media yang dikuasai UBN siang dan malam. Neneknya tidak boleh berbicara mengikut fikirannya tetapi harus ikut apa yang UBN sediakan. Neneknya mendengar khutbah di masjid dari penulis khutbah yang korup. Neneknya hanya boleh melihat kebodohan pemimpinUBN beraksi dan diarahkan bertepuk tangan. Neneknya boleh melihat kelibat pemimpin UBN merampas negeri seenaknya mereka dari tangan pemimpin yang dipilih rakyat. Neneknya hanya menyaksikan kezaliman di depan mata dan dipaksa tutup mulut. Neneknya diprovokasi dengan adegan perkauman agar bangun melompat untuk menjadi bangkai. Neneknya disuruh jadi dungu dan duduk diam sambil berarak melaungkan "Merdeka" tapi neneknya tidak mahu dan tidak akan mahu sekalipun dipaksakan. Ayuh mari kita lihat bersama:


1. Pada tahun ini (2009 ) minda kita masih belum merdeka. Kita masih dibelenggu, dikurung dan dipaksa untuk berfikir mengikut acuan UBN. Rakyat yang merdeka seharusnya bebas berfikir dan diberi hak kebebasan untuk berfikir. Kebebasan ini apabila dikekang maka wujudlah penentangan yang amat kuat dari dalam sehingga ke tulang sum-sum. Semakin hari semakin kuat membesar dan melebar. Yang akhirnya gelombang penentangan ini menjadi arus yang terpadu dan berkuasa mencipta tenaga melebihi kekuatan atom.

2. Pemerintah UBN dengan segala upaya yang ada akan menciptakan apa sahaja bagi memastikan tenaga penentangan dapat terus dikekang dan jika boleh dipadamkan dari bumi ini. Sudah pasti persediaan untuk berdepan dengan kuasa rakyat bukan suatu yang mudah lalu jentera kerajaan digunakan sepenuhnya sekalipun ianya bercanggah dengan nilai-nilai murni bernegara. Bagi mereka rakyat yang menentang pengaruh kuasa mereka dianggap khianat dan layak dihukum dengan apa cara sekalipun. Walaupun rakyat ini terdiri dari mereka yang berjuang untuk nasib dan kebajikan rakyat.

3. Kenapa saya katakan belum merdeka kerana asas kemerdekaan tersebut adalah dari jiwa, fikiran dan emosi. Secara fizikal betul orang Inggeris sudah tiada tetapi produk mereka dan agenda penjajah masih terus dipertahankan oleh UBN. Lebih parah lagi semua dibungkus dengan rapi disebalik retorik petriotisme di hari kemerdekaan. Rakyat diajak berhimpun dan berarak untuk meraikannya dengan mendapat liputan secara ekslusif di semua media UBN. Pamerkan kepada rakyat kononnya rakyat sudah merdeka. Pembohongan ini sama seperti yang telah dilakukan oleh penjajah dulu dengan memberi upah kepada para pengkhianat negara (orang politik yang berkepentingan samada dalam bentuk kuasa, harta dan tahta).


4. Jika ditinjau dari sudut sejarah Islam, sudah tentu kemerdekaan ini adalah sebuah simbul betapa berjayanya barat memusnahkan rasa izzah (BANGGA) umat yang pernah pada suatu ketika dahulu punya Khilafah yang 2/3 bumi ini dibawah pengawasannya. Cuma sayangnya Tanah Melayu, Indonesia dan negara Asean sekarang tidak dapat merasakan nikmat berada di bawah Khilafah Islamiah kerana tidak kesampaian hajat. Tetapi usaha awal menghantar para duat yang juga tajir telah berlaku ketika itu. Para tajir muslim dari Arab, India dan China telah memberi kesan langsung berkembangnya Islam di nusantara. Setelah kejatuhan Khilafah Islamiah maka negara-negara terpencar di Asia Barat dan Asia Timur ini diragut dan dirobek-robek oleh kuasa besar samada dari barat atau timur. Kelemahan ini amat menyedihkan dan dengan bangganya kuasa besar memberi konsep baru iaitu "Merdeka" setelah segala hasil mahsul bumi ini dicuri, dirampas oleh mereka. Istilah merdeka bikinan ini diwaktu yang sama menenggelamkan jatidiri umat yang hebat sehingga ke tahap hamba. Mereka dibuli ada yang puluhan dan ada yang ratusan tahun sehingga berotakkan gaya hamba.Tanah Melayu dan Indonesia yang hanya menerima percikan Khilafah Islamiah tidak sama seperti beberapa negara arab di Asia Barat. Sudah pasti seharusnya negara arab terlebih dahulu respons dengan perubahan kembali ke Islam. Tidak terjadi begitu, lalu negara seperti Saudi, lebih terpikat dengan sistem beraja yang dikuasai oleh kerabat Diraja. Iraq, Syria, Libya dan beberapa negara ini dikuasai oleh barat dan pengaruh aliran faham sosialis diamalkan oleh kalangan elit politik yang sudah lemah praktis Islamnya berkuasa.<br />Lalu inilah juga yang berlaku di Tanah Melayu. Pada tahun 1957, Merdeka dicapai oleh gabungan perjuangan agama dan golongan petriotik tulin berbagai kaum. Namun yang muncul hanya tokoh nasionalis elit yang dekat dengan penjajah sahaja di kedepankan. Pejuang yang berteraskan Islam hanya golongan serpihan sahaja sehingga rakyat tidak mengenali mereka sebagai pejuang untuk negara. Jika ada catatannya pun terlalu kecil..

5. Atas dasar inilah puak nasionalis klaim merekalah yang telah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan sehingga membolot segala apa yang boleh atas keistimewaan ini. Faham ini berlanjutan dari satu tahap ke satu tahap sehingga ianya menjadi darah daging dan seperti menganggap negara ini mereka yang punya. Selama 52 tahun selepas merdeka mereka masih tetap mempunyai paradigma yang sama sekalipun rakyat telah memberi alamat yang jelas pada tahun 2008 untuk menolak UBN dan memerdekakan dari belenggu UBN. Maka rakyat dengan antusias menunggu PRU 13 sebagai hukuman terakhir kepada UBN dan merdekakan Malaysia dari penjajhan UBN. Inilah sahaja jalan yang ada. Merdeka dari UBN adalah sebuah solusi untuk rakyat Malaysia menyedut udara kebebasan, integriti diri dan makna Merdeka yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!