Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"
10 OGOS
Sebenarnya semua rakyat tahu betapa hipokritnya pemimpin UMNO kerana bukti yang bertimbun:
1. Anwar khianat sampai sekarang tidak dapat dibuktikan sekalipun telah cuba dibuat oleh Mahathir. Sejak 1998 sampai sekarang masih gagal dan gagal. Jadi TPM tak rasa maluke apabila beliau pula cuba sekarang?..Ternyata bukti beliau 100 kali lebih banyak berkhianat kepada negara dengan tergadainya tanah di Johor ke pihak asing.
Imbasan daripada Harakahdaily.net
Umno gadai tanah Johor kepada Singapura
Khairul Azlam Mohmad
Mon | May 15, 06 | 1:46:04 pm MYT
KUALA NERUS, 15 Mei (Hrkh) – Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.
Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Dato? Paduka Ibrahim Ali.
Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.
?Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura,? jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.
Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.
Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.
Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.
Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.
?Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya,? jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.
Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.
Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.
2. Tuduhan syirik UMNO ketika Anwar melawat ke Batu Cave terpaksa ditelan ketika Najib juga ke sana dengan melakukan beberapa acara macam Ayah pin..tapi belum nampak air kaki Najib diminum ..Samy Velu.. Jadi nak kata apa lagi? Ludah ke langit akhirnya tertelan sendiri..
3. Isu arak sekelip mata jadi kelamkabut bila ada bukti yang anak Mahathir adalah salah seorang pemegang saham kilang arak..(saya sedut dari blog Marhaen..). Rakyat di seluruh Malaysia bukan tak tahu betapa ramai pemimpin UMNO yang ketagih arak jadi nampak sangat kelibat hipokrit bila nak jadi hero di Selangor..Belum dicek lagi dengan kilang arak dekat Sunway yang sudah berapa puluh tahun di situ? Tolong jangan menipu rakyat nanti rakyat jadikan bahan gelak ketawa di facebook dll.. Tak malu lagi..? Teruk sangatlah hangpa nih..
Anak Mahathir dalam Syarikat Arak...ha..ha..hari ni puak UMNO@BN kantoi 3 kali bab arak...?????
MANILA, Philippines--Kirin Brewery of Japan has completed its divestment of a 19.9- percent stake in San Miguel Corp. by selling it to a group led by businessman Roberto Ongpin for about P40 billion.
Some 314 million SMC B shares -- open to foreign investors -- were crossed at the Philippine Stock Exchange at a price of P63 per share on Friday, stock market sources said.
Kirin earlier made a deal to sell its stake in SMC to Q-Tech Alliance Holdings Inc.
Among the local incorporators of Q-Tech are Ongpin and Petron Corp. president Eric Recto.
Also among the investors are Mirzan Mahathir, chairman of Crescent Capital Bhd. and eldest son of former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad. - http://business.inquirer.net/
Dari Thinking Of Life
4. Kg Buah Pala juga sama..urusan ni baru semalam atau dah puluhan tahun? Sapa yang duk makan duit sebelum ni dan habis lelong tanah Melayu di sana?..Nak tenguk muka pemimpin Melayu yang khianat sehingga sanggup gadai tanah Melayu kerana kepentingan peribadi mereka. Suruh orang lain ke depa depa duk belakang. Awat sanggup khianat sampai lagu tu!!
5. Hal babi dan hal yang sejenis dengannya juga sama. Dah puluhan tahun melantak duit hasil dari industri ini sampai boleh istana macam Khir Toyo..sekarang baru sibuk beno hal babi tu..Pelik juga kerana seluruh pemimpin UMNO bercakap benda yang sama..Depa ni nyanyukke?? Sorry geram sangat teman dibuatnye. Nak bodohkan rakyat gunalah cara lain pula!!!
6. Cara fitnah dan dungu ni semacam ulaman bagi UMNO sejak dulu lagi. Dan apabila nampak udah ok..Pilihanraya pun dibuat tak kiralah H1N1 atau apa juga yang penting depa fikir mereka dapat balik seluiruh Malaysia. Inilah cara penjajah Bersekutu dulu, lepaskan bom atom ketika di Nagasaki dan Hisroshima bukan kira apa akan jadi tapi boleh menang atau tidak? Biarpun kemudiannya yang mati melelbihi 200,000 orang yang tidak berdosa. Corak berfikir begini, rakyat seharusnya makin faham dan sedar. Begitu juga dengan media, hampir setiap hari angkat isu rasa tidak senang antara kaum sehingga mereka rasa tak selamat. Jadi PR dan penyokong jangan kelam kabut..!!! INi perangkap musuh!!! Ya..inilah penjajah dan inilah kaedah mereka sampai suatu ketika nanti rakyat benar-benar menghukum mereka. Diharap pada PRU 13 nanti rakyat tamatkan semuanya!!! Bagi peluang wajah baru pula!!! Dah meluat melihat kaki hipokrit menjaga negara ni..!!
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!