foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, August 9, 2009

HADIR KE SIDANG MEDIA GABUNGAN NGO-NGO PERAK..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

9 OGOS..

Berkesempatan bertemu dengan berbagai latar belakang NGO-NGO Perak membuat hati cair dan hanyut ke tahun 1975. Nostalgia di asrama Anderson yang tidak jauh dari YMCA atau Taman Dr. Seenivasagam bagaikan sesuatu keindahan yang sukar untuk dilupakan. Tapi pagi ini kami bertemu kerana krisis Perak yang membuat keindahan tadi tercemar dan kabur. Semua kaum bertemu meluahkan hasrat yang sama iaitu tidak sanggup lagi melihat krisis berlarutan di Perak. Ya..inilah tujuan Gabungan NGO-NGO Perak bertemu dan ingin mengumpulkan pandangan rakyat. Cukuplah dan cukuplah!!!

Saya cuba menyatakan sesuatu yang bersifat tidak berpihak kerana krisis ini perlu ditangani secara saksama dengan penglibatan dari semua kaum. Alhamdulillah nampaknya mereka dapat memahaminya sehingga dapat berjalan dengan baik.

SIDANG MEDIA GABUNGAN NGO-NGO PERAK

"Sejarah sering berulang tetapi penempa sejarah biasanya berbeza, melalui NGO kita lakukan bersama"

9 OGOS

Sidang media telah berjaya diadakan dengan kehadiran melebihi 50 orang wakil-wakil NGO dari berbagai kaum dan daerah di Perak. Sambutan hangat ini diluar jangkaan kami terutama dari NGO kaum China. Mesej utama yang dapat diambil ialah komitmen dari semua kaum amat jelas mahu melihat negeri Perak kembali seperti yang dikehendaki oleh rakyat. Mereka akan menarik lebih ramai lagi NGO dan individu yang mempunyai semangat yang sama.

Sidang media bermula:

10.45 pagi: Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari sdr Mustapa Mansor (setiausaha Gabungan NGO Perak).

10.50 pagi: Taklimat kaedah kajian dari Sdr Nazri (Bendahari mengganti sdr Megat yang tidak dapat hadir atas alasan kesihatan)

11.00 pagi: Terjemahan kaedah kajian dalam bahasa Mandarin oleh Sdr Lee.

11.10 pagi: Soal jawab dengan wakil media.

11.40 pagi: Penyerahan poskad kepada wakil NGO oleh Sdr Jeyaraj.

12.30 tengahari: Bersurai

Kenyataan Media dari Gabungan NGO-NGO Perak:

KENYATAAN AKHBAR


GABUNGAN NGO-NGO PERAK

MEMPERKASAKAN SUARA RAKYAT”

Kempen Mengumpul Suara dan Pendapat Rakyat Tentang Krisis Politik Negeri Perak.

Ahad, 9 Ogos 2009

  1. Gabungan NGO-NGO Perak merupakan sebuah gabungan yang telah berjaya mengumpulkan hampir 50 NGO di negeri Perak yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan jenis aktivisme.

  1. Objektif utama gabungan ini diwujudkan ialah untuk memperkasakan suara rakyat terutama sekali dari kalangan ahli NGO-NGO supaya dapat menjadi pemangkin kearah kebaikan kepada semua rakyat negeri Perak tanpa mengira apa jua latarbelakang.

  1. Kempen mengumpul pendapat rakyat dari kalangan ahli NGO-NGO yang terdapat di negeri Perak tentang krisis politik negeri Perak ialah bertujuan untuk mengangkat suara dan pendapat rakyat. Suara rakyat dari kalangan pelbagai kaum dan agama yang komited dengan aktivisme NGO masing-masing sangat mustahak didengari oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali pemimpin-pemimpin politik dalam usaha untuk mencari penyelesaian kepada krisis politik yang dihadapi sekarang terutama sekali di negeri Perak yang tercinta ini.

  1. Melalui kempen ini sebanyak 10,000 keping poskad akan diedarkan kepada semua NGO yang ingin mengambil bahagian. Ahli – ahli kepada NGO-NGO tersebut diminta untuk menyatakan pendapat mereka dalam poskad ini iaitu samada DUN Perak ini mesti dibubarkan atau tidak dalam usaha untuk mengatasi krisis politik di negeri Perak. Keputusan dari kempen ini akan diumumkan kepada semua rakyat melalui sidang akhbar, blog gabungan NGO-NGO Perak dan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin politik.

  1. Selain dari kempen ini satu lagi aktiviti berbentuk forum sempena menyambut hari kemerdekaan negara akan diadakan. Forum ini diadakan untuk mendengar suara rakyat dari semua kaum tentang hari kemerdekaan negara dari perspektif kaum dan budaya masing-masing.


Ir Megat Shariffudin Bin Ibrahim

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Perak.



No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!