"Sejarah sering berulang tetapi penempa sejarah biasanya berbeza, melalui NGO kita lakukan bersama"
14 OGOS
Hasil dari pelancaran untuk mendapatkan pandangan rakyat beberapa ajk mencadangkan agar mengadakan pertemuan langsung dengan rakyat di DUN yang bermasalah di samping menunggu gerakerja NGO yang lain. Semalam ajk JAMA'IY telah memberi komitmen untuk membantu gerakerja ini terutama dalam masa bulan Ramadhan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada ajk Jama'iy yang telah membuktikan komitmen mereka demi kepentingan rakyat Perak.
Pada minggu ini ajk Gabungan NGO Perak akan bermula di DUN Jelapang dengan acara seperti berikut:
Tarikh: 16 Ogos 2009 Jam : 7.30 pagi sehingga 11.00 pagi Tempat: Berkumpul di jalan menuju pasar Jelapang (bawah pejabat PSM) Kehadiran: Seluruh AJK Gabungan dan semua yang berminat untuk membantu. Target: Mendapatkan pandangan langsung dari 2000 orang rakyat setempat dengan mengisi poskad yang disediakan. Untuk informasi lengkap: Sila hubungi setiausaha dan NGO yang berkenaan. Jika ada pihak yang ingin mengadakan program seperti ini di mana-mana tempat DUN bermasalah, kami amat mengalu-alukannya.
HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"
9 OGOS..
Berkesempatan bertemu dengan berbagai latar belakang NGO-NGO Perak membuat hati cair dan hanyut ke tahun 1975. Nostalgia di asrama Anderson yang tidak jauh dari YMCA atau Taman Dr. Seenivasagam bagaikan sesuatu keindahan yang sukar untuk dilupakan. Tapi pagi ini kami bertemu kerana krisis Perak yang membuat keindahan tadi tercemar dan kabur. Semua kaum bertemu meluahkan hasrat yang sama iaitu tidak sanggup lagi melihat krisis berlarutan di Perak. Ya..inilah tujuan Gabungan NGO-NGO Perak bertemu dan ingin mengumpulkan pandangan rakyat. Cukuplah dan cukuplah!!!
Saya cuba menyatakan sesuatu yang bersifat tidak berpihak kerana krisis ini perlu ditangani secara saksama dengan penglibatan dari semua kaum. Alhamdulillah nampaknya mereka dapat memahaminya sehingga dapat berjalan dengan baik.
"Sejarah sering berulang tetapi penempa sejarah biasanya berbeza, melalui NGO kita lakukan bersama"
9 OGOS
Sidang media telah berjaya diadakan dengan kehadiran melebihi 50 orang wakil-wakil NGO dari berbagai kaum dan daerah di Perak. Sambutan hangat ini diluar jangkaan kami terutama dari NGO kaum China. Mesej utama yang dapat diambil ialah komitmen dari semua kaum amat jelas mahu melihat negeri Perak kembali seperti yang dikehendaki oleh rakyat. Mereka akan menarik lebih ramai lagi NGO dan individu yang mempunyai semangat yang sama.
Sidang media bermula:
10.45 pagi: Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari sdr Mustapa Mansor (setiausaha Gabungan NGO Perak).
10.50 pagi: Taklimat kaedah kajian dari Sdr Nazri (Bendahari mengganti sdr Megat yang tidak dapat hadir atas alasan kesihatan)
11.00 pagi: Terjemahan kaedah kajian dalam bahasa Mandarin oleh Sdr Lee.
11.10 pagi: Soal jawab dengan wakil media.
11.40 pagi: Penyerahan poskad kepada wakil NGO oleh Sdr Jeyaraj.
12.30 tengahari: Bersurai
Kenyataan Media dari Gabungan NGO-NGO Perak:
KENYATAAN AKHBAR
GABUNGAN NGO-NGO PERAK
“MEMPERKASAKAN SUARA RAKYAT”
Kempen Mengumpul Suara dan Pendapat Rakyat Tentang Krisis Politik Negeri Perak.
Ahad, 9 Ogos 2009
Gabungan NGO-NGO Perak merupakan sebuah gabungan yang telah berjaya mengumpulkan hampir 50 NGO di negeri Perak yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan jenis aktivisme.
Objektif utama gabungan ini diwujudkan ialah untuk memperkasakan suara rakyat terutama sekali dari kalangan ahli NGO-NGO supaya dapat menjadi pemangkin kearah kebaikan kepada semua rakyat negeri Perak tanpa mengira apa jua latarbelakang.
Kempen mengumpul pendapat rakyat dari kalangan ahli NGO-NGO yang terdapat di negeri Perak tentang krisis politik negeri Perak ialah bertujuan untuk mengangkat suara dan pendapat rakyat. Suara rakyat dari kalangan pelbagai kaum dan agama yangkomited denganaktivisme NGO masing-masing sangat mustahak didengari oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali pemimpin-pemimpin politik dalam usaha untuk mencari penyelesaian kepada krisis politik yang dihadapi sekarang terutama sekali di negeri Perak yang tercinta ini.
Melalui kempen ini sebanyak 10,000 keping poskad akan diedarkan kepada semua NGO yang ingin mengambil bahagian. Ahli – ahli kepada NGO-NGO tersebut diminta untuk menyatakan pendapat mereka dalam poskad iniiaitu samada DUN Perak ini mesti dibubarkan atau tidak dalam usaha untuk mengatasi krisis politik di negeri Perak. Keputusan dari kempen ini akan diumumkan kepada semua rakyat melalui sidang akhbar, blog gabungan NGO-NGO Perak dan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin politik.
Selain dari kempen ini satu lagi aktiviti berbentuk forum sempena menyambut hari kemerdekaan negara akan diadakan. Forum ini diadakan untukmendengar suara rakyat dari semua kaum tentang hari kemerdekaan negara dari perspektif kaum dan budaya masing-masing.
HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat. Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"
7 OGOS
Kepada semua pihak khasnya NGO dan warga Perak agar dapat hadir ke majlis bersejarah ini. Nasib kita dan anak cucu kita adalah hak kita untuk menentukannya. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Kemungkaran di Perak terlalu berat untuk dipikul oleh kita jika kita tidak mahu bersama menamatkan kemungkaran dengan cara yang termampu dan terbaik berdasarkan apa ruang yang ada. Kepada para blogger sila bantu panjangkan informasi ini ke seluruh pelusuk bumi agar kita semua terlepas dari azab Allah setelah kita sampaikan sesuatu yang hak kepada manusia khasnya kepada pemimpin zalim. Setelah kita melangkah kita akan tetap terus melangkah ke depan. Inilah keyakinan yang telah diajar oleh guru kita yang agung iaitu Muhammad saw. Semoga Allah memberi bantuan dan kemenangan kepada perjuangan mereka yang dizalimi!!!
Per. Jemputan untuk menyertai usaha mengumpul pendapat rakyat tentang Krisis Politik Negeri Perak dan Sidang Akhbar Gabungan NGO-NGO Perak.
Gabungan NGO-NGO Perak merupakan sebuah gabungan yang telah berjaya mengumpulkan hampir 50 NGO di negeri Perak yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan jenis aktivisme. Antara tujuan utma gabungan ini ialah untuk mengadakan aktiviti yang boleh memberi kebaikan bersama kepada semua rakyat Perak.
Aktiviti pertama yang sedang dijalankan ialah untuk mengumpul pendapat dan pandangan rakyat Perak dari kalangan mereka yang menjadi ahli mana-mana NGO tentang krisis Politik Negeri Perak. Kami ingin mengetahui bagaimana pandangan ahli NGO dari pelbagai latarbelakang dan aktivisme iaitu samada DUN Perak mesti dibubarkan ataupun tidak bagi mengatasi krisis politik Perak yang telah banyak menimbulkan ketidakpuasan hati dan masalah yang lain di kalangan rakyat. Pandangan ini amat mustahak untuk di ketahui oleh rakyat terutama sekali semua pemimpin-pemimpin politik.
Oleh itu kami ingin menjemput NGO Tuan untuk menyertai usaha ini. Kami juga ingin menjemput wakil dari NGO Tuan untuk menghadiri satu sidang akhbar bagi memberitahu media tentang usaha ini seperti berikut:
Tarikh : Ahad, 9 Ogos Masa : 10.30am Tempat : Bangunan YMCA, Ipoh ( bersebelahan Tamana DR)
Tanda kebencian kita terhadap Israel ialah dengan turut serta dalam konvoi ini, sila kibarkan bendera Malaysia dan Palestin di sepanjang lebuh raya utara selatan dan timur barat pada 8 May 2010. Yang berminat sila hubungi kordinator wilayah dan daftar grup anda!!:
Pesan dari Rabitah Ulama Palestin.."Membebaskan masjid al aqsa adalah fadhu ain kepada seluruh umat Islam sedunia!!!"
Ikuti info jaringan Pembebasan Palestin dari seluruh dunia!!
Tanda kebencian kita terhadap Israeil ialah dengan turut serta dalam konvoi ini, sila kibarkan bendera Malaysia dan Palestin di sepanjang lebuh raya utara selatan dan timur barat pada 8 Mei 2010. Yang berminat sila hubungi koordinator wilayah dan daftar group anda!!:
Pesan dari Rabitah Ulama Palestin.."Membebaskan masjid al-Aqsa adalah Fadhu Ain kepada seluruh umat Islam sedunia!!!"
Utara Ustaz. Zulkifli : 017-5554828 (Jama'iy Perak) Perlis GNP: Ust Khairul:019-4753969 Kedah Wehdah: Ust Tarmizi:017-5606131 Perak Jama'iy: Hj Zamanhuri: 0194220560
Timur Kelantan GNK: Abu Usamah Sekretariat Cakna Palestin:019-9692228 Pahang Barokah: Hilmi e-relawan Pahang: 016- 2327061 Abg Man e-relawan Kuantan : 014-5078850
Selatan Saari: 013-7237786 (Teras Johor dan Sekretariat Silat Kalimah Antarabangsa 07-2348786) Johor PUM : Awaluddin : 016-7036246 Melaka Silat Kalimah: Syed Ahmad: 019-7679700 NS :Musa Kazim 017-2783206
Selangor Selangor: Zainol Arif e-relawan Selangor : 016-3426567 Shah Alam: Kuala Selangor: Nordin e-relawan:016-6547958 Hulu Selangor: Adnan e-relawan: 013-33384456 Sg Buluh: Susi Muadz production: 016-2085994 Kelang:
WP Kuala Lumpur KLr: Mustapa Mansor e-relawan WP: 012-3333825 Kl Bandar: Wangsa Maju: Syed Sentul: Kamil e-relawan: 019-7764010 Cheras: Khairul Bandar Tun Razak: Titiwangsa:
IPTA dan IPTS: Runner IPTA/IPTS Ismaruzaini Ibrahim: 017-9829790 Director Muin Ahmad Shukri: 017-4824585
Kordinator UITM: Puncak Alam: Muhammad Sufri Bin Mohd Zin: 019-4439452 Hidayatul Nawarah: 019-6278313
GMI: Mohd Syahzada Bin Ashaary :013-3539950
UM: Husnatul Laily Mohd Halimi : 019-3712748
UIA:
BMI:
UNIKOP
KUIS:
KUIM:
MSU:
UTM: Muhammad Yusof Hadhari: 013-6717378
IPG: IPG kampus Ilmu Khas: Mohammad erfan Abd manaf: 013-4618301
Academic Arch Inst:
UKM:
Polytech Mara:
Politeknik: Shah Alam:
Maktab Perguruan Melaka:
Penglibatan NGO:
TERAS
HALUAN PALESTIN
JAMA'IY
WEHDAH
FORUM
GNK
BAROKAH
MAMPAT
SILAT KALIMAH
PUM
KLAB MOTOR BESAR
KLAB SEKUTER
MARESS
MUSLIM CARE
DPIM
ABIM
JIM
IKRAR
CAKNA PALESTIN
SALIMAH
MUADZ PRODUCTION
NASYID.COM
E-RELAWAN
PENGGIAT SENI
SMS MEDIA.COM
COLLIASI MAHASISWA - IIC - Unisel - UiTM Puncak Alam - UM - Unikop - GMI
Saujana
UNIQUE
HIJJAZ
Remaja Masjid
Daie
Sinar Harian
Majalah Asuh
Iluvislam.com
Majalah Mastika
Aqsa syarif
Palestinikini.com
Artis Malaysia
Pelakon Malaysia
Pengarah Filem Malaysia
DLL
PROGRAM KESEDARAN BEBASKAN GAZA, SELAMATKAN AL AQSA SEBELUM KONVOI..
Sebuah penghargaan kepada beberapa NGO yang ikhlas berjuang sejak beberapa tahun lalu:
Antaranya- Haluan Palestin, Jama'iy, Muslim Care, Aman Palestin, Pace, Viva Palestina, Wehdah, Forum, Barokah, GNK, Mampat, Iman, PUM, Teras, Cakna Palestin, Jim, Abim, Muadz dan beberapa kumpulan nasyid lain.
Semoga Allah menerima amal mereka semua kerana telah melaksanakan kempen kesedaran tentang Palestin dan Gaza tanpa berhenti.
Lanjutan di program Viva Gaza kali ini:
28 Mac - Masjid Kg. Bendahara Johor Bahru. Anjuran PUM dan TERAS 1 Apr - Taklimat Khas di Masjid Wilayah, KL 11 Apr pagi- Taklimat khas dengan IPT dan IPTS di Gombak. 11 Apr malam - Muadz show di Politeknik Sabak Bernam. 12 Apr malam - pertemuan khas Jamaiy tentang KONVOI GAZA di Ipoh. 14 Apr - Petang:Pelancaran Viva Gaza di Ipoh Perak. - Malam: ceramah Viva Gaza di Bota Perak. 15 Apr - Konsert dan Isu APCO di Kedah 16 Apr - Followup IPT dan IPTS untuk GAZA. 16/17 Apr -Muadz show di Singapura 17 Apr - Pulau Pinang anjuran Forum 23 Apr - Langkawi bersama Tuan Guru Dr. Harun Din 25 Apr - Jakarta Indonesia anjuran UI 2 Mei - Kempen Viva GAZA di Times Scuare dan beberapa lokasi utama di KL..
Perlis - Wehdah Kedah Forum Penang Jama'iy Perak 12 - 24 Apr e-relawan Selangor - Ceramah di masjid dan surau. 17 Apr e-relawan KL dan Muslim Care di masjid KLCC. Awal Mac - Sekretariat Cakna Palestin Kelantan Mampat Terengganu Awal Mac - Setiap Jumaat di masjid sekitar Kuantan dan Pahang. Barokah Pahang Belia Negeri Sembilan Silat Kalimah Melaka Teras Johor Bahru Salimah Selangor/KL Syura Selangor