foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, October 11, 2009

PASAMAN PADANG, DAERAH GEMPA YANG DILUPAKAN...

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

"Bertemu dengan relawan dari seluruh dunia di bumi Padang membawa erti baru dalam hidup ini..mereka tidak sanggup berbicara soal perang dan pergaduhan kerana seluruh kekuatan tertumpu untuk selamatkan jiwa dan nyawa manusia..saya tertanya apakah ada ...hati dalam diri kita? melihat sdr kita menangis masih ada yg ketawa?"



12 OKT

Gempa yang terjadi di daerah ini amat serius sehingga hampir 95% rumahnya hancur. Tapi media kurang meliput daerah ini kerana terlalu jauh ke dalam dari Bukit Tinggi. Awalnya saya mahu masuk ke dalam kurang lebih 2 jam dari Bukit Tinggi tapi oleh kerana cuaca kurang baik maka Ust. Muslim mencuba dari sumber lain untuk mendapatkan data dan foto kerana sebelum ini foto dan data sudah beliau dapat dari kantor pemerintah. Esuk data dalam bentuk softcopy diusahakan. Kami tiba dan balik dari Bukita Tinggi hampir sama macetnya. Lebih parah lagi ketika balik kerana ramainya wisatawan lokal yang berkunjung ke Padang untuk membantu dan bertemu dengan kaum keluarga mereka.

Semasa pergi tadi pagi ada yang naik lori, pickup, motor dan kereta sendiri dengan membawa apa yang mereka boleh bawa untuk membantu sdr mereka. Pemandangan ini amat menarik untuk diperhatikan dan dianalisa.

1. Semangat setiakawan dan kekeluargaan antara penduduk di sini amat kuat sekali. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan sdr mereka yang menderita dapat dibantu. Ketika saya ketemu dengan beberapa orang relawan semalam dan hari ini saya dapati karektor yang sama diperlihatkan. Apakah ini boleh terjadi di Malaysia? Ada relawan yang sudah membuat komitmen untuk tinggal selama 3 bulan sehingga kesan bencana selesai. Anak muda sekitar 20 tahun dengan berambut panjang dan bercelana jeans begitu yakin yang beliau amat serius membantu tanpa rasa ragu-ragu. Apakah karektor ini bisa kita peroleh di Malaysia jika anak mudanya yang berwatak seperti ini?

2. Beberapa relawan dari Jawa Barat dan bergabung dengan relawan dari Padangyang membuka posko HPA sejak semalam telah bertungkus lumus menyiapkan khemah tempat terapi mangsa bencana dan hari ini sahaja lebih 100 orang telah berjaya mendapat perkhidmatan mereka. Sambutan yang diluar jangkaan ini membuat mereka begitu puas dan lega kerana apa yang mereka hajatkan telah tercapai. Mereka tidak berharapkan bayaran dan apa-apa. Jadi dengan kekuatan empat kerat mereka pergunakan sepenuhnya untuk membantu sdr mereka. Pak Dadang, Pak Imam, Pak Riyan,Mandala, Isa, Rahmat, Arifah, Ani dan beberapa teman lain begitu komited menjalankan terapi herbalis dan bekam kepada siapa sahaja yang datang di Kampung Pautan Kabau, Nagari Sunur, Pariman. Saya sempat menyaksikan betapa orang kampung memberi sambutan hangat kepada mereka semua dan semuanya mahu mengajak mereka makan ke rumah mereka..(sekalioun mereka sudah tidak punya rumah..). Inilah adat orang Padang kampung yang sukar ditemukan lagi di kota dan rasanya jika di Malaysia jauh sekali. Kita sudah hilang adat dan hilang budaya.

3. Melihat komitmen ini, saya rasa begitu terenyuh dan seperti yang saya katakan dari awal bahawa komitmen saya pada waktu sekarang ialah ingin mendapatkan data dan dokumen lengkap untuk saya persembahkan kepada semua sdr-sdr di Malaysia. Agar data-data ini dapat dinilai dan diberi perhatian apakah bidang yang perlu kita fokuskan. Saya semakin yakin bahawa komitmen dari semua akan memberi erti besar buat sdr kita di sini. ada relawan dari bebrapa negara Eropah dan Arab telah kembali ke negara mereka tetapi mereka juga memberikan komitmen yang luar biasa. Semuanya terfokus kepada macamana nak bantu mangsa ini agar mereka dapat keluar secepatnya dari kemelut ini. Inilah bezanya bila manusia berada dalam kesusahan dan berharap kepada siapa lagi kecuali mereka yang mahu membantu. Mereka yang terdekat adalah yang lebih awal membantu sekalipun berbbeza latar belakang agama, bangsa, kedudukan, keturunan dll. Mereka adalah sama sebagai manusia dan hamba kepada Allah.

Esuk saya akan ke Jakarta kerana ada beberapa tugas lain yang mahu saya selesaikan sebelum ke KL pada 15 Okt tetapi jauh di sudut hati saya, saya belum berbuat pa-apa buat sdr di sini berbanding dengan mereka yang 24 jam bersama membantu mangsa. Tetapi relaitinya saya harus pergi membawa data dan dokumen agar data ini dapat mencuit hati sdr-sdr kita di beberapa negar mahu menghulurkan bantuan ke sini. Khemah untuk pelajar dan klinik sementara amat diperlukan sekali. Begitu juga dengan ubat-ubatan tradisional agar para mangsa yang terkejut dan trauma dapat dipulihkan segera.

Kepada semua pihak saya dengan rasa rendah hati merayu agar dapat membantu segera dalam bentuk apa sekalipun kerana sdr kita di sini dalam kesusahan yang amat berat. Hubungilah kami jika sdr/sdri ingin membantu atua jika ingin datang membantu sebagai relawan sila hubungi kami supaya tenaga relawan ini dapat dioptimalkan manfaatnya. Semoga ALlah menerima amal sdr/sdri semua dan membalasnya dengan syurga.Amin...

Indonesia: Sumatra Earthquake - Reference Map - Pasaman Peta Penunjuk Pasaman dengen batas administratif

Date: 09 October 2009

Summary:Map shows administrative boundaries and elevation within Sumatera Barat (West Sumatra) province. Place codes (p-codes) are shown in labels and should be used when referring to districts and sub-districts. Petra Penunjuk Pasaman dengen batas administratif.

Additional Information

Tag Value
sourceorgMapAction
titleIndonesia: Sumatra Earthquake - Reference Map - Pasaman Peta Penunjuk Pasaman dengen batas administratif
refMA100-ref-Pasaman-A3-v01
createdate2009-10-08 00:00:00
createtime12:30
statusNew
xmax100.547
xmin99.5575
ymax0.9766
ymin-0.1997
projGeographic
datumWGS84
jpgfilenameMA100-ref-Pasaman-A3-v01-300dpi.jpg
pdffilenameMA100-ref-Pasaman-A3-v01-300dpi.pdf
qclevelChecked by MapAction
accessPublic
glidenoTS-2009-000211-IDN
summaryMap shows administrative boundaries and elevation within Sumatera Barat (West Sumatra) province. Place codes (p-codes) are shown in labels and should be used when referring to districts and sub-districts. Petra Penunjuk Pasaman dengen batas administratif.
imagerydate0000-00-00 00:00:00
datasourceOCHA, WHO SRTM
scale1:400,000
papersizeA3
jpgfilesize9416576
jpgresolutiondpi300
pdffilesize5175456
pdfresolutiondpi300
mxdfilenameMA100-ref-Pasaman-A3-v01.mxd
paperxmax100.586
paperxmin99.5179
paperymax1.0088
paperymin-0.5019
date2009-10-09 10:15:14
size9416576

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!