foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, October 11, 2009

SEBELUM BALIK KE BANDUNG..KOTA PADANG JADI KENANGAN..


IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.



IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


12 OKT.

Setelah ngobrol bersama Pak Dadang, Pak Imam, Pak Iyan dan Ust. Muslim setelah subuh soal e-sukarelawan yang bakal dilancarkan dalam bulan ini mendapat respons positif dari teman-teman relawan senior ini. Mereka siap menjadi tenaga utama untuk melatih para relawan di Indonesia dan Malaysia. Saya amat bersyukur atas komitmen mereka yang sangat berpengalaman dalam bidang ini. Selepas menjelaskan konsepnya dan setuju menjadikan Bandung sebagai HQ di Indonesia maka kami akan segera menindaklanjutinya setelah pulang dari Padang.

Alhamdulillah. Saya mengajak Pak Iyan untuk seklai lagi meninjau ulang kesan runtuhan di sekitar kota Padang sebelum balik petang ini. dengan menaiki motor saya rasa lebih mudah dan cepat bergerak. Ada beberapa hal yang patut menjadi pemikiran kita bersama:

1. Suasana sekolah samada rendah atau menengah menjadi pemerhatian semua pihak. Anak-anak masih trauma untuk ke sekolah dan ada juga yang hanya duduk-duduk di luar banguna sekolah. Para gurunya bersama menyanyikan lagu-lagu semangat agar anak-anak ini dapat semula kembali tenang dan rasa takut hilang. Memang susah tapi inilah realitinya. Melihat keadaan ini hati saya terasa sayu kerana terkenangkan betapa berbezanya anak-anak kita di Malaysia. sebuah ngo Turki mendirikan sebuah khemah besar bagi mengadakan sesi kaunseling semangat kepada para pelajar dan begitu juga dengan bantuan langsung.

2. Suasana di kawasan orang China (Pondok) yang banyak sekali terkena bencana memberi pandangan berbeza. Mereka tidak sama sekali merasakan bahawa mereka terpisah dari masyarakat peribumi. Mereka turut sama membantu untuk semua. Begitu juga dengan dengan orang-orang Padang yang turut sama membantu mereka tanpa rasa memilih. Ini suatu fenomena yang seharusnya menjadi iktibar buat kita di Malaysia. Jaangan kerana berbeza bangsa dan warna kulit kita menzalimi antara satu dengan yang lain. Jangan hanya demi sebuah kekauasaan kita sanggup melupakan semangat kemanusiaan antara kita.

3. Beberapa sepanduk dari pimpinan politik nasional memberi kata-kata semangat memberi erti buat penduduk di sini. Walaupun ada di antaranya agak berlebihan sehingga menjurus kepada bermatlamat promosi peribadi. Begitu juga ada ngo yang hanya bermain dimedia dan melebaih-lebihkan berita sebenar. Yang bekerja tanpa kenal penat lelah dan tidak mempunyai media sebenarnya masih banyak. Contoh seperti relawan HPA yang bergerak dalam bidang alternatif, Posko mereka di Priaman mendapat sambutan dari penduduk setempat dan perlaksanaan kerja bantuannya secara real. Ramai yang terbantu dengan konsep perubatan ini terutama trapi stress.

4. Masih banyak bangunan yang belum dibuka dan ternyata ada juga beberapa bngunan yang di luarnya seperti masih bagus tapi sebenarnya sudah tidak sesuai lagi untuk ditempati. Tapi pengangkutan umum sudah berjalan seperti biasa.

2 comments:

  1. Imbasan dari FB..
    sebelum
    menutup mata sila ke blog..ada ditemukan kaki manusia dari timbunan
    taanah dan bangunan..saya bertanya sekiranya itu adalah kaki kita..?
    Tapi yg menjumpainya bukan sdr kita tapi hanya seorang relawan..dan dia
    juga menguburkan kita..apakah mas...i...h ada sombong di hati kita? yg ikhlas dlm hidup ini pasti tdk menyombongkan dirinya semasa hidup..!!

    ReplyDelete
  2. El Husayn Ilyaz ✩ and Puan Sri HaniNasution like this.

    Mustapa Mansor
    foto masih banyak tapi akan didokumentasikan bagi tujuan memudahkan pihak donator/penerma memberi sumbangan dlm bidang apa..
    11 hours ago · Delete

    Syed Nazmi Al-buhkhary
    al-fatihah diucapkan...slmt mnjlnkn tugas sedara Mustapa...
    11 hours ago · Delete

    Sutaryo Aja
    ngeri...
    10 hours ago · Delete

    Ayu Darlu
    Subhanallah.
    9 hours ago · Delete

    Norhayati Bidin
    Berminat juga... untuk turut serta... TAPI..... Semuga semua sukarelawan di ber KEKUATAN dan sentiasa dalam keadaan SABAR... AMIN
    7 hours ago · Delete

    Arijan Osman
    Semalam saya menghabiskan masa mengamati Maps Google mencari kawasan bencana dari imej imej tambahan, rata rata maklumat yang saya dapat adalah kawasan diantara Padang dan bukit tinggi, Dari demografi penduduknya kawasan ini juga kebanyakkan Kristian, Adakah seumpama satu mesej yang jelas, mengingatkan Umat Islam, kerana program kristianisasi di ... Read MoreIndonesia bergerak. dan Dikawasan bukit bukit juga selalu dihuni motel motel atau hotel murah khas untuk kegiatan maksiat. Seumpama perjalanan antara Brastagi ke Medan. Sekadar mengahalusi mesej dari Allah.
    7 hours ago · Delete

    Amran Mohd Harith
    moga insan2 kerdil seperti kita lebih memahami maksud dan petunjuk dari ilahi agar tidak lupa akan tujuan Allah jadi kn kita d muka bumi ini...trlalu byk nikmat yg alllah beri tapi trlalu sedikit kita mehargai nya...renungan ini utk diri aku sendiri dan pada yg sudi menghayati nya...
    about an hour ago · Delete

    Bonnati Luciano
    sesama kita menghayatinya Amran...
    57 minutes ago · Delete

    Mustapa Mansor
    Semua itu adalah untuk kita semua merenung bahawa kiamat itu benar dan tidak ada siapa yg dapat lari dari bencana itu, Yang baik atau yang jahat semua kena..inilah peranan kita agar dakwah kita laksanakan dgn ikhlas mengajak manusia kembali kpd Allah dan melaksanakan Islam dalam hidup ini...
    2 minutes ago · Delete

    ReplyDelete

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!