foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, February 9, 2010

FATWA APAKAH YANG MEREKA PAKAI?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.



9 Febr

Hari yang kelam buat rakyat negeri Perak. Benarlah telahan rakyat kecil yang berasal dari negeri Perak di seluruh dunia.."Keadlian sudah hilang dari negeri kami, para tirani merampas dan merompak tanpa rasa malu dan lebih malang lagi mereka gunakan atas nama Allah mereka merompak.."..Kita patut ungkapkan innalillahi ...wainna ilaihirojiun..WAJIB TUMBANGKAN MEREKA DI PRU 13!!

10 FEBR

Pagi yang panas sepanas berita di semua media utama negara. Tersengeh aje MB hasil rompakan negeri Perak di muka depan..terus terang saya kesian melihatnya. Ya Allah kau berikanlah petunjuk kpd mereka ini!! Merompak negeri atas nama Mu yang agung..AKU BERLEPAS DIRI YA ALLAH DARI PERBUATAN MEREKA INI!!! JAUHILAH AZAB MU ATAS KEMUNGKARAN INI!!!

Hairan bercampur sedih melihat umat ini semakin jauh dari kebenaran. Semakin dekat kepada bencana dan azab Allah. Pemimpin Islam dalam BN dan UMNO, seperti membutakan matahatinya untuk memilih yang mana benar dan yang mana salah. Yang penting mereka masih berkuasa dan boleh mengelakkan diri dari penglihatan mata manusia.

Ada beberapa fakta yang mungkin boleh menjadi renungan kita bersama.
1. Saya bukan berhujah untuk dapatkan habuan dari mana-mana pihak dan pandangan ini adalah dari pemahaman saya sendiri. Sebagai umat Islam kes rampasan kuasa ini wajib dilihat semurni mungkin dari matakaca syara'. Apalah ertinya jika kuasa didapat tapi tidak syar'i dan bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan? Saya hairan seorang pemimpin Melayu yang siang malam solat boleh menerimapakai kaedah sebegini hina? Yang amat jauh dari nilai akhlak Islam dan peradaban kemanusiaan.

2. Apa implikasinya kepada rezqi yang diperolehi dari sumber dan perbuatan yang haram?.Merampas hak rakyat samalah seperti seseorang yang mencuri harta dan hak orang lain. Selagi belum dikembalikan dan diminta izin halalnya ianya tetap dalam keadaan haram. Berdosa sepanjang waktu selagi belum selesai. Apa nasib mereka yang turut serta dalam menerima dan memakan hasil rezqi ini? Banyak hadis membicarakan soal ini dan begitu juga penjelasan dari ulama' mu'tabar. Tidak ada keraguan kagi dalam hal ini. Tetapi pemimpin Melayu Islam, masih gemuk dengan hasil ini.

3. Saya yakin seyakin yakinnya, bahawa dalam hati mereka masih terasa bersalah atas perbuatan mereka selama ini. Mereka tidak akan mampu menipu hal ini. Namun apakan daya mereka terpaksa menurut kehendak bos mereka dan melanggar ketentuan dari Allah. Di sinilah kita lihat betapa hipokritnya pemimpin Melayu, di satu segi mereka mendaulatkan nama Allah dan di waktu yang sama mereka tidak pedulikan arahan Allah. Lebih zalim lagi ialah para ustaz dan ustazah yang faham makna syara' dan kaedah Islam.

4. Akhirnya, saya berlepas diri dari kejahatan ini dan secara terbuka saya telah paparkan di ruangan ini dengan harapan mereka mahu berfikir tentang halal dan haram. Perbuatan durjana seperti ini bukan baru bahkan sejak di zaman para tirani firaun, Abrahah dan beberapa pemerintah zalim dahulu telah mengamalkannya. Cuma bezanya mereka belum Islam dan sekarang dilakukan oleh pemimpin Melayu islam..Di mana salahnya? Saya serahkan ke hadrat Allah.."Al haqqu mirrabbik fala taku nan naminal mumtarin.."

Merenung kembali ayat 10 surah Al buruj bagaikan pementasa audio visual dari Allah buat kita semua..

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!