IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
12 FEB
Ketika saya menghantar emel followup untuk program taklimat e-relawan di Masjid Ridhuaniah, 15 Febr selepas Isya ada yang membalas dengan amat bererti buat saya. Dia bukan sahaja memberi komitmen akan datang bahkan dia dengan nada serius mengatakan bahawa dia telah membuat pasport untuk ke Gaza sejak Gaza diserang. "Saya mahu syahid..". Tak sedar air mata saya menitis di depan laptop. Masih ramai rupanya yang siap syahid ketika panggilan syahid dikemundangkan di tengah umat ini.
Maka menjadi tanggungjawab kami untuk memberi pengarahan yang sejelas mungkin bagaimana niat dan semangat ini diarahkan untuk mencari redha Allah dan syurgaNya.
Kemudian saya terbaca pula di fb dari seorang teman yang rasanya sangat kena dengan apa yang ditulis oleh teman calon relawan tadi..
"Semoga Allah menerima niat sdr"..itulah jawapan singkat yang sangat dalam dari saya buat beliau..Kepada siapa yang bersedia untuk ke GAZA bersama pimpinan PM Turki Erdogan sila hubungi kami!! Kita buktikan bahawa masih ada yang bersedia untuk syahid demi membebaskan sdr-sdr kita di GAZA dan Masjid AL Aqsa!!! Mari kita ikuti Syaikh Ahmad Yasin dan para syuhada yang lain!!
Mari kita renung bersama kenyataan dan pesan dari Syeikh Ahmad Yasin.
SYIEKH AHMAD YASIN BERPESAN...!!!
Demang Axl Sesungguhnya
aku seorang tua yang lemah tidak mampu memegang pena dan menyandang
senjata dengan lenganku yang sudah mati (lumpuh).
Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggemparkan
semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).Aku tidak mampu untuk
ke mana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika ...mereka
menggerakkan-(kerusi roda)-ku.
Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang
diserang berbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam
penderitaan.Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke
atasku turut menimpa umat Islam hingga menjadikan mereka begitu lemah.
Adakah kalian semua begitu, wahai umat Islam, kalian diam membisu dan
lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.Adakah hati kalian tidak
bergelora melihat kekejaman tehadap kami sehingga tiada suatu kaum pun
bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah.
Tiada suatu kaum pun ( diantara kalian) yang bangkit menentang musuh musuh Allah yang telah
mengobarkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukar kami dari pada
golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan pembantai
yang ganas. (Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh musuh )
yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.
Tidak
malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan pada nya ada
kemuliaan.
Tidak malukah negara-negara ummat ini membiarkan penjajah zionis dan
sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu
mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.
Adakah kekuatan-kekuatan ummat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya,
badan-badannya, dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan
kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai ramai sambil
menyerukan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang
di patah-patahkan. Kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas
dan bantulah hamba-hamba Mu yang beriman.”
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti
kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika
itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami
akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakangi
(dalam keadaan melarikan diri) dan akan mati bersama-sama kami..
anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemudi.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakar bagi ummat yang diam
dalam kebodohan. Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau
mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap
akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati
dalam kemuliaan sebagai mujahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas
membela kami terpikul di bahu kalian.
Kalian juga sepatutnya
menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesunguhnya Allah
akan menghukum siapa saja yang lalai menunaikan kewajiban yang
diamanahkan. Dan kami berharap pada kalian supaya jangan menjadi musuh
yang menambah penderitaan kami. Demi Allah jangan menjadi musuh kepada
kami wahai pemimpin-pemimpin ummat ini.. wahai bangsa ummat ini.
» Teks Ucapan Syeikh Ahmad Ismail Yassin ( 1938 - 2004 ) .. gugur
syahid pada subuh Isnin 23 Mac 2004 akibat dibedil dengan 3 roket yg
dilancarkan dari helikopter Apache . Rahmat Allah ke atas beliau .
Friday, February 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!