Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
16 febr
Sambil minum petang di pesisir sungai belakang Masjid India bersama teman lama dari Ipoh yang kebetulan kaum kerabat Diraja Perak yang dipinggirkan dari Raja Dihilir. Menarik juga hujah-hujah beliau tentang kemelut di Perak dan pembicaraannya juga terkait dengan isu Sultan Perak. Termenung juga mikionye..Di balik mahligai indah kediaman para raja dan sultan Melayu terpalit berbagai cerita aneh. BUkan tahyul tapi konyol....Dari beberapa poin yang menarik ialah tentang kesahihan jalur alur kerabat Sultan Azlan sekarang.... Jika mahukan lebih jelas sila hubungi YM Raja Dihilir. (Nak komen lebih tak syok bunyinye nanti..)
Setelah jam 3 saya berpindah pula ke Restoran berdekatan Masjid Jamek bertemu beberapa personal taifah pejuang sambil kena teh tarik. Memang dah lama kami tak bersua kerana saya sering berada di Bandung berbanding di KL jadi panjanglah ceritanya.. Yang paling manarik dari semuanya ialah isu krisis Perak lagi dan ada juga Sultan terkait. Alamak macam ada talian maya pula kerana di mana sahaja ekornya ke situ juga. Tapi tak pe kita cuba tenguk satu persatu:
1. Dalam bulan pertama sebelum perlantikan MB, beberapa kuncu UMNO menghubungi saya dan menjanjikan sesuatu yang amat memberangsangkan asalkan jangan NIZAR jadi MB. Nak berapa puluh juta dan di mana sahaja asal jangan NIZAR jadi MB. Saya akui saya bukan dekat dengan NIZAR dan pimpinan Perak kerana saya membekukan diri dari politik selama beberapa tahun sejak tahun 2000 di Indonesia. Jadi saya tak teringin dan tak minat untuk menjadi barwa UMNO apatah lagi nak meruntuhkan sebuah kerajaan yang dinanti-nantikan sejak puluhan tahun lalu. Lalu ianya berlalu begitu sahaja. Ada dua tawaran masa itu agar saya jadi mediator. Alhamdulillah terlepas dan kerajaan PR berjaya.
2. Dalam bulan Mac juga macai UMNO tak duduk diam termasuk taifah kecewa dari PKR yang bergabung dengan UMNO memainkan peranan intensif bagi menjatuh dan menghancurkan kerajaan PR. Saya sebenarnya amat bimbang masa itu dan cuba meminta pandangan dari beberapa ajk dan kami sempat ke Perak untuk bertemu dengan pihak pimpinan di sana. Sayang hasrat kami tergendala kerana mungkin faktur masa dll. Peluang untuk bersemuka ditangguhkan. Apa yang saya ingin nyatakan pada masa itu ialah tolong tingkatkan pemerhatian kepada para YB PR di negeri Perak khasnya kerana jarum syaitan sudah mula masuk. Soal rasuah dan lain-lain makin memuncak ketika kempen pihanraya di Permatang Pauh. Telahan saya betul-betul terjadi dan perancangan jahat para pengkhianat menjadi kenyataan.
Di sini saya belajar bahawa perasaan kita jangan diabaikan terutama yang berkaitan dengan telahan-telahan yang berasaskan fakta serta ilmu. Saya yakin pimpinan PR juga tentu merasainya tapi tak ambil serius. Namun sempat saya suarakan dengan teman-teman ketika kempen di Permatang Pauh terutama yang iktikaf bersama agar program sepertinya iaitu iktikaf wajib diadakan di setiap bulan bagi setiap negeri PR. Perlu ada peningkatan iman khusus kepada para YB PR dan yang bukan Islam dengan cara mereka sendiri. Kekuatan aqal dan ilmu semata-mata tidak akan mampu untuk menangkis serangan wang, wanita, lelaki, pangkat dll. Sayang selepas kempen di sana iktikaf kembali dilupakan dan kita hanyut dengan kehebatan retorika kita. Saya bukakan ini semua untuk muhasabah terutama kepada diri saya sendiri, barisan pimpinan PR dan barisan YB PR. Muhasabah..kita mulakan lagi misalnya di Wilayah Persekutuan bersama Ust. Badrulamin di Masjid Ehsan Kepong setiap Khamis akhir bulan. Apa salahnya jika program begini kita adakan di setiap Masjid di seluruh DUN dan Parlimen PR. Ajak rakyat kembali ke Allah dan rumah Allah iaitu masjid. Dari menghabiskan waktu kita kepada hal lain sudah tentu ianya amat bermanfaat. Kuliah kita minta para YB sendiri yang berbicara dari hati mereka bukan otak sahaja. Mungkin DSAI boleh menggilirkan kuliah serius kepada para YB PR ini disebuah tempat yang terkondisi amat syahdu iaitu masjid. Contoh semasa kempen di Permatang Pauh DSAI telah lakukan di beberapa masjid dan sangat berhasil.
Ketika mendengar para atlit pengkhianat melompat, jauh di hati saya ialah rasa hiba kerana mereka tidak dapat merasakan nikmat Iman dan Islam dalam jiwa mereka. JIka nikmat Iman dan Islam telah dirasakan bagi YB muslim pasti kakinya tidak akan mampu melompat bahkan akan terus sujud ke hadrat Allah yang telah memilih mereka sebagai YB di kawasan tersebut. HIba dirasakan kerana tak sempat program pembinaan ruh dilaksanakan kepada para YB-YB PR ini. Hiba dirasakan kerana tak sempat dengan serius mendesak barisan pimpinan PR untuk peduli soal spiritual YB PR. HIba kerana waktu yang singkat dan kerja yang terlalu banyak sehingga terlupa mengingatkan para YB PR hal ini melalui media blog dll. Hiba kerana para pendurjana akan sekali lagi berkuasa. Begitulah seterusnya dan sekarang mereka terus menyerang terutama di Selangor..
..Soal foto.... YB Elizabeth bukan isu perdana tapi rempah ratus dari sekian banyak perancangan mereka. Benar kata pujangga “Untuk mengetahui keburukan bertanyalah pada musuh kamu” dan “Untuk mencari kebaikan bertanyalah pada sahabat kamu” Jadi musuh adalah musuh selagi belum bersahabat dengan kita dan pasti dengan apa cara sekalipun ianya akan berusaha meruntuhkan diri kita.
3.Penglibatan Najib dalam merasuah pihak istana dan para YB PR sekalipun dinafikan amat menarik jika ditinjau dengan penuh teliti kerana ianya melibatkan wang rakyat yang amat besar. Projek Gamuda yang terhalang di Butterworth yang sememangnya syarikat ini ada kaitan langsung dengan keluarga Sultan Perak menambahkan lagi rasa syak yang mendalam terhadap penglibatan serius dari Sultan Perak. Sehingga seperti penerjun payung terjun yang terjun tanpa cukup pertimbangan. Seperti tindakan seorang yang amat tertekan dan terdesak. Najib datang bertemu Sultan dan terus selesai pada hari itu juga seperti ada jampi Doremon aje...??. Soal Pak Lah terlibat atau tidak, tidak dapat dipastikan kerana tindakan Najib adalah jerat yang amat bagus kepada nama baik Pak Lah di kalangan rakyat. Najib terus melompat menerajui UMNO Perak bagaikan superman bersayap bocor dan Najib memang betul-betul terperangkap sekarang apabila ada pihak yang mahu membawa isu rasuah YB ke pihak pencegah rasuah. Tak cukup dengan kes Altantunnya yang diminta peguam untuk dibicarakan lagi sehingga semua akan dipanggil termasuk Razak Baginda. Apakah ianya terjadi tanpa kawalan atau remote control atau ianya sememangnya dirancang rapi bagi menghadapi Perhimpunan UMNO bulan depan? Masing-masing berstrategi dan masing-masing merancang untuk masa depan kroni dan anak cucu masing-masing. Rakyat bukan prioriti agenda mereka. Wallahuaklam..
HR9808: Kita amat berbangga dengan kejayaan anak Melayu dari siapa sahaja tapi rakyat amat berduka cita jika khazanah bumi Malaysia hanya dikaut oleh golongan tertentu yang punya kaitan dengan istana melalui jalan yang tidak manusiawi. Dalam kes di Perak patut diambilkira juga aspek ini.. Mungkin Gamuda kurang dapat layanan dari Kerajaan PR seperti mana di zaman BN???
Y A M Raja Dato' Seri Eleena Azlan Shah Y A M Raja Dato' Seri Eleena Azlan Shah is a Barrister-at-Law from Lincoln's Inn, London, UK. She was called to the English Bar in 1985. | |
Upon returning to Malaysia, she joined Messrs Skrine & Co and was called to the Malaysian Bar in 1986. She set-up her own legal practice Messrs Raja Eleena, Siew Ang & Associates in 1987 of which she is presently a senior partner. Y A M Raja Dato' Seri Eleena Azlan Shah was appointed to the Board of Gamuda on 1 June 1992. She is the niece of Y Bhg Dato' Ir Kamarul Zaman bin Mohd Ali. She is a Director and major shareholder of Generasi Setia (M) Sdn Bhd, which is a major shareholder of Gamuda. Her directorships in other public companies are with KAF-Seagroatt & Campbell Holdings Berhad and Danau Permai Resort Berhad. HR9808: Duit rasuah berpuluh juta dari mana Najib dapat? Tak mustahil dari gudang duitlah...jika di Indonesia dari Tommy anaknya Suharto kalau di Malaysia...Sendiri mahu ingatlah...!!! Rakyat tak benci kepada kekayaan tapi biole betui yop...!! Jangan dah kaya lupe diri dan semua boleh disuap..sampai Kerajaan Perak dirompak dll..... Non-Independent Executive Director/Group Chief Executive Dato' Sri Nazir Razak, a Malaysian, aged 41, was appointed a Non-Independent Non-Executive Director on 27 January 2006. He is presently the Group Managing Director/Chief Executive Officer of BCHB and CIMB Group and is also a Director and Deputy Chairman of CIMB Investment Bank, CIMB Bank and CIMB Islamic. Dato' Sri Nazir Razak graduated from University of Bristol with a Bachelor of Science (Hons) degree and obtained a Master of Philosophy from the University of Cambridge. He joined Commerce International Merchant Bankers Berhad’s (“Commerce International“) (now known as CIMB Investment Bank) corporate advisory department in 1989 and managed various fund raising, privatisation, listing and corporate restructuring exercises. In 1993 he transferred to CIMB Securities Sdn Bhd (now known as CIMBS Sdn Bhd) where he rose to Executive Director with responsibility for institutional equities. He moved back to Commerce International as Deputy Chief Executive on 1 June 1996 and became Chief Executive on 1 June 1999. In July 2005 he became Chairman of the EXCO, managing both Commerce International and Bumiputra-Commerce Bank following the announcement of the merger of the two banks. He assumed the position of BCHB Group Managing Director/Chief Executive Officer on 7 November 2006. Dato' Sri Nazir Razak is a member of the Investment Panel of the Employees Provident Fund, the Securities Commission’s Capital Market Advisory Council and the Asia Business Council as well as a director of the Multimedia Development Corporation and the Kuala Lumpur Business Club. He is also a member of the Malaysia International Islamic Financial Centre (“MIFC”) Executive Committee set up by Bank Negara Malaysia. He was Chairman of the Industry Action Committee to set up MESDAQ, the stock exchange for high growth companies and a member of the Advisory Panel for Bank Negara Malaysia’s Financial Services Master Plan. He is also the President of University of Bristol Alumni Association and a trustee of both the Rahah Foundation and the Pride Foundation. Dato' Sri Nazir Razak was the winner of Malaysia’s CEO of the Year Award 2004 organised by Business Times and American Express Global Corporate Services. In 2005, he was named one of the “25 Stars of Asia” by BusinessWeek magazine and one of the World Economic Forum’s Young Global Leaders. In 2006 and 2007, Asiamoney listed him among the top 100 most powerful and influential people in business and finance in the Asia-Pacific region. In 2006, Dato' Sri Nazir Razak was named one of Asia’s 50 most influential figures of the last decade (1996-2006) by Finance Asia magazine. In Asiamoney’s 2006 poll amongst analysts and fund managers, Dato' Sri Nazir Razak was named Malaysia’s best executive. |
Ketika Azan Asar berkumandang, kami pun bersurai. Sambil berjalan ke masjid, saya melihat sekali lagi bentuk Masjid Jamek yang klasik dan teringat peranan Sultan Abd Samad dan Inggeris. Jadi begitu dekatnya institusi Raja dengan masjid cuma sayang para Sultan bukan lagi penghuni masjid dan pencinta Masjid. Lucukan tapi realiti?? Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua..!!!
Mohd Nor Yahya Mon | Feb 16, 09 | 12:06:48 pm MYT | |||||
PENGKALAN CHEPA, 16 Feb (Hrkh) - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut. Ini kerana PAS melihat Dato' Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdullah usah mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu. "Kejadian penculikan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut melibatkan Najib. Ini kerana setelah menghilang diri beberapa hari mereka muncul bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya. "Bagi saya sahlah Najib punca kekalutan politik di Perak. Menculik wakil rakyat adalah salah dalam Islam. Malangnya perkara itu berlaku ketika Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri tidak lama lagi," katanya. Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur petang semalam. Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong menghilangkan diri dan hanya muncul bersama Najib di Putrajaya bagi mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat. Ekoran tindakan itu Najib mengadap Sultan Perak bagi membolehkan Menteri Besar BN dilantik. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cara yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri tidak kena adat orang timur dengan merampas kuasa melalui penculikan wakil rakyat. "Saya tak dapat terima cara Najib memancing tiga Adun terbabit yang menghilangkan diri dan kemudian muncul di televisyen. "Kalau di Kelantan perkara seperti itu kita katakan pekerjaan hantu raya yang menyembunyikan orang," katanya. Oleh itu beliau berkata, Abdullah perlu mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi mengekalkan kestabilan negara. Menurutnya tidak sepatutnya beliau melepaskan jawatan disebabkan faktor kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya perlu terus memikul tanggungjawab tanpa mudah menyerah kalah. "Kalau Dato' Seri Abdullah rasa tak bersalah dalam hal ini, mengapa harus ambil tindakan untuk berundur. Saya tak faham politik Umno sekarang," ujar beliau. Katanya tidak menjadi halangan beliau terus kekal sebagai ketua kerajaan di Malaysia biar pun bukan lagi mengetuai Umno. Ditanya mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengah-lengahkan tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sehingga mengambil tempoh 58 hari dianggap sebagai satu permainan politik. "Saya tahu SPR boleh bertindak atas kuasa mereka tetapi apa yang berlaku sekarang tarikh penamaan calon dan pilihan raya ada kaitan dengan perhimpunan agung Umno Mac depan," katanya. - mj/mks. _ HR9808:Jangan terkejut..berbagai bentuk serangan yang sangat tidak demokratik akan berlaku kepada para YB PR sepanjang tahun ini. Jadi bersiap sedialah...!!!
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!