foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, February 16, 2009

PERANG BOGEL TELAH BERMULA.....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

18 FEBR
Hampir seluruh media harian memaparkan berita foto bogel YB. Tak jauh beda macam pernah terjadi di Taiwan seorang YB perempuan cantik disebarkan vedio intimnya. Cuma di Malaysia yang dihebuhkan adalah berita YB dari Selangor. Kenapa Selangor? Bagi saya ada beberapa poin yang mungkin boleh disyer:

1. Anggap saja betul foto YB (tapi saya belum lihat lagi) diambil oleh seseorang . Yang saya tanyakan kenapa sekarang baru disebarkan? Kenapa tidak dari awal sebelum beliau dilantik menjadi Exco? Bagi saya amat jelas motif utama bukan fotonya tapi nilai politik yang diheret bersama fotonya. Semua manusia ada mungkin foto seperti itu jika seseorang ambil dan simpan. Ambil kerana suka atau saja-saja atau koleksi. Tapi jika disimpan kukuh dalam album peribadi rasanya ia tidak bernilai politik langsung. Tetapi setelah beliau ada peranan dan konsistan dengan peranan beliau sebagai YB PR sehingga beberapa pihak YB BN rasa terancam maka bermulalah babak ini. Musuh akan mencari segalanya demi sebuah kemenangan yang amat memalukan. Demokratik ala tempe bermula sekalipun ianya hanyor kate orang Perak. Dalang dan macai UMNO konsumsi dulu foto-foto ini dan diusunglah ke sana dan ke sini mencari siapa yang sanggup menawarkan yang tertinggi. Maka hero porno pun sanggup memberi seberapa juga asalkan foto yang boleh melesapkan kredibiliti musuh politiknya terjadi. Belum sempat apa-apa si hero nilah yang paling awal suruh letak jawatan. Maka foto ini betul-betul bernilai politik. Hebatke hero begini? Al ghuyuble jika dia jadi pemimpin kita.....habis foto kita disebarkan ke khalayak jika menentang dia..Zaman batu dulu manusia ugut guna batu, zaman sekarang cara ugutnya guna body manusia.....(mengerikan ...Jadi lebih sopan orang zaman batu ye.)

2. Foto dan beritanya bagaikan babak terpenting dari beberapa babak-babak sebelum ini di Selangor dan harapan BN agar terjadilah gerakgempa seperti di Perak. Hebatke style begini? Alamak style lama dah..basi. Saya yakin YB PR jauh lebih sedia dari YB BN dalam menyatakan prinsip dan komitmen kepada prinsip moral. Jika salah sudah tentu pimpinan PR akan memberi sangsi sewajarnya atas hal tersebut ke pihak YB yang terlibat. INilah komitmen kepada amalan demokrasi baru. Khir Toyo tak perlu terlebih desak kerana ianya tak mustahil akan terjadi pula kepada anda. Cot: Maaf YB, foto dalam toilet tanpa sedar apakah tidak mungkin diambil oleh seseorang? Begitulah juga dengan kaum keluarga kita semua. Kita tak bersetuju dengan cara begini bukan sahaja dari aspek moral bahkan dari sudut undang-undang dan kemanusiaan. Jadi semua pihak wajib hentikan perbuatan hina ini!!.













| 21 Safar 1430 Hijrah
Elizabeth tawar letak jawatan, KeADILan akan bermesyuarat!
Harakahdaily
Tue | Feb 17, 09 | 2:47:41 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Parti KeADILan akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat untuk membincangkan pendirian Elizabeth Wong yang memutuskan untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

"Beliau hanya menawarkan untuk melepaskan kedua-dua jawatan, bukan meletakkan jawatan.

"Beliau baru sahaja membuat pengumuman dan beliau juga sudah memaklumkan kepada kami malam tadi, kami sudah mendapat penjelasan penuh mengenai isu ini dan kami akan membuat keputusan dalam waktu terdekat," kata Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dalam satu kenyataannya kepada akhbar online hari ini.

Terdahulu pada pukul 11.40 pagi tadi, selepas dua dua hari didedahkan penyebaran gambar dan video separuh bogel, Elizabeth mengumumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Keputusan itu dijangka membuka laluan kepada pilihan raya kecil ketiga tahun ini selepas Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.

Beliau mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media pukul 11.40 pagi tadi di Ibu Pejabat KeADILan di sini.

"Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pemilih kawasan saya, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, sahabat dan masyarakat umum.

"Bagaimanapun, demi kepentingan parti, saya telah memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan," katanya dengan nada sebak manakala penyokong-penyokongnya pula mendesak beliau menarik balik keputusannya.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar untuk mengaturkan penyerahaan tanggungjawab saya dengan baik.

"Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan di Malaysia," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.

Khalid yang juga Pengerusi KeADILan Selangor dijadual membuat kenyataan rasmi mengenainya tidak lama lagi. - mks._


"Kerja jahat,celaka dan hina..."
Mohd Khalil Abdullah
Tue | Feb 17, 09 | 6:37:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - "Ini satu mainan politik yang sangat buruk yang berlaku dan kita lihat ada satu paten yang menyerang wakil-wakil rakyat kita, dulu di Perak, Kedah dan kini Selangor."

Demikian tegas Ketua Umum KeADILan pada sidang media di lobi Parlimen hari ini sambil menambah, "Cara ini merupakan kerja yang celaka dan jahat. Kerja menghina dan mengaibkan orang. Kalau ada bukti, silakan."

"Saya beritahu pada Eli, kita akan ikhtiar untuk pertahankan nama beliau kerana seperti anda semua maklum, Eli adalah tokoh penting di Selangor dan rekod kerjanya sangat baik sebagai wakil rakyat dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,"jelasnya mengenai isu terkini yang melibatkan Adun Bukit Lanjan,Elizabeth Wong.

Beliau turut mengecam laman web Agenda Daily yang dikatakan cuba menghina Wong dengar memaparkan gambar yang kurang sopan wakil rakyat itu dan Khalid.

"Cara ini merupakan kerja yang celaka dan jahat. Kerja menghina dan mengaibkan orang. Kalau ada bukti, silakan.

"Saya mahu tanya pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk bercakap soal moral dan diketengahkan. Jika mereka konsisten, saya minta Timbalan Perdana Menteri bangun dahulu untuk menjelaskan bahawa beliau ada cukup kekuatan moral untuk menjaga moral rakyat.

"Jangan paksa kita main isu ini kerana kita tidak fikir masuk gelanggang politik untuk mengaibkan orang terutama dalam kamar sendiri," katanya yang mendakwa insiden yang menimpa Wong didalangi oleh Umno dan disokong oleh parti-parti komponen BN.

Ditanya bagaimana beliau pasti bahawa insiden itu didalangi Umno, Anwar berkata: "Buktinya Agenda Daily yang mainkan gambar Eli duduk bersendeng-sendeng dengan MB."

"Anda fikir itu bermoral? Itu jawapan saya,"tegasnya.

Sementara itu,Anwar menasihatkan Elizabeth supaya bercuti bagi menenangkan fikiran berikutan insiden gambar bogelnya yang kini tersebar.

Anwar berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah memaklumkan kepada beliau bahawa Elizabeth telah diminta bercuti berikutan tekanan yang diterima oleh exco Selangor itu terutama daripada beberapa laman web berhubung insiden tersebut.

"Menteri Besar telah mengesahkan bahawa beliau telah menerima surat mengenai kedudukan Eli (Elizabeth) dan ini saya serahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar.

"Saya faham yang Eli membuat keputusan setelah mempertimbangkan semua opsyen terutama bagi mempertahankan imej dan kredibiliti parti.

"Bagaimanapun, opsyen terbaik sekarang adalah beliau bercuti dan memikirkan semula semua opsyen yang ada dan kemudian datang balik dan berbincang dengan kita,"jelasnya.

Anwar berkata, Elizabeth telah menemuinya dan juga Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah dan beberapa pemimpin parti malam tadi di rumahnya bagi menjelaskan perkara itu.

"Kita dengar penjelasan beliau dan berasa simpati terhadap apa yang beliau tanggung berhubung usaha untuk menyerang peribadinya yang sangat jahat,"luah Anwar. - mks. _


3. Ok jika begitu sekarang kita buka gelanggang tinju foto bogel dari para YB UMNO pula macamana? Dengan harapan semua pihak akan siap bertinju, berlaga dan sampai ke peringkat perang foto bogel. Jika ada yang punya foto atau sebarang rakaman dari YB BN dan UMNO mohon diemel ke pihak saya dengan segera!!! Semua pihak yang berani ke depan membawa sebarang foto atau vedio akan dirahsiakan identitinya asalkan ianya asli bukan rompakan dan tiruan. Jika anda semua bersetuju kita minta izin dari TPM agar dengan penuh semangat beliau melancarkan tinju foto bogel ini di seluruh jaringan media alternatif.

Kita tunggu respons dari pemimpin BN dan UMNO. Apakah mereka siap atau dengan segera tarik semua foto YB PR dari dari media? Stok lama dah banyak tapi kita mahu yang baru.!!!

Kenyataan dari media BN....

Khir gesa Elizabeth letak jawatan

SHAH ALAM 16 Feb. - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menggesa Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong supaya meletakkan jawatan serta-merta jika benar wujudnya penyebaran gambar bogelnya melalui Internet.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu perlu berbuat demikian kerana penyebaran gambar berkenaan berkait rapat dengan soal moral seorang pemimpin.

Mohamad Khir yang belum melihat gambar itu berkata, jika benar ia adalah sesuatu yang serius.

"Kalau ada pihak menyatakan gambar berkenaan adalah privasi ADUN terbabit, ia bukan soalnya kerana perkara ini melibatkan masalah moral.

"Malah, tindakan itu (bergambar bogel) adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh semua masyarakat di negara ini, apatah lagi ia melibatkan individu yang bergelar wakil rakyat.

"Saya fikir lebih baik beliau (Elizabeth) melepaskan semua jawatannya termasuk ADUN secepat mungkin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

HR9808: Khir Toyo desak sampai ke ADUN ni ngarut le...Dan ini betui-betui strategi politik tempe..Belum apa-apa dah hukum lebih dahsyat dari HUDUD lah beb...Alahai..."harapkan hujan sampai ke petang rupenye berhenti di tengah jalan...harapkan jadi MB sampai ke sudah rupenye MB dah berubah" .

Tapi YB PR telah terlebih dahulu sedia melepaskan semua jawatannya dan terserahlah kepada parti...Kenyataan media beliau diatas ..patut diberi tahniah atas kesediaan dan komitmen ini. Bersalah bukan selamanya dan lebih mulia mengakuinya dari menafikannya. Cuma cara UMNO yang kampungan bukan sahaja dinilai oleh rakyat sebagai strategi terdesak dan makan diri. Semoga ada jalan yang terbaik untuk YB dan PR....

Elizabeth telah membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, kira-kira pukul 11 malam tadi berhubung penyebaran gambar berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad Khir memberitahu, perkara yang sama turut berlaku kepada Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu melepaskan jawatannya ekoran kes tersebut yang turut dijadikan modal politik pakatan pembangkang.

Malah, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas ketika itu turut mendesak supaya Soi Lek meletakkan semua jawatannya termasuklah dalam Kabinet.

"Saya harap pembangkang sedar tentang perkara ini dan meminta supaya ADUN itu mengosongkan kerusinya termasuklah sebagai Exco kerajaan negeri.

"Dulu mereka lantang bersuara mendesak Soi Lek letak jawatan, tetapi beliau berbuat demikian. Sekarang giliran mereka, janganlah berdolak-dalik pula," ujarnya.

HR9808: Tak ada siapa yang berdolak dalik...sendiri mahu ingat jika kita mulakan sesi perang membogelkan YB BN siapakah yang paling banyak berbogel. Seluruh data dari hotel, rumah tumpangan, gundik pro dari kalangan artis dan vip bersama hero-hero tua bangka UMNO dan sebagainya kita buka. Jika setuju kita akan dedahkan!!

Tak payah nak ugut la Tengku..dengan hang sekali nanti hanyut bersama foto bogel sensasinya.....

Jangan kaitkan BN.......(HR9808:Kena kaitkan BN sebab yang suka bogel dan membogel ni kerja hangpa...Melauun politik).

Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Mansor beri amaran kepada pembangkang jangan cuba tuduh BN terlibat dengan isu gambar bogel ADUN PKR Elizabeth Wong. Beliau yang ditemui Agendadaily di Parlimen pagi Selasa sejurus Wong umum nak letak jawatan menegaskan Insiden yang berlaku adalah masalah dalaman PKR dan ADUN itu sendiri." Tidak ada kena mengena dengan orang lain",katanya - -17/2/2009




No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!