foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, April 30, 2008

TAKAFUL BUAT REFORMIS.........

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)



1 May.

Hari Buruh disambut begitu meriah di seluruh dunia oleh warga buruh kecuali di Malaysia. Yang berminat menyambutnya hanya dari PR kerana menyedari betapa pentingnya buruh bagi sebuah negara. Semoga para buruh akan terus menilai kebaikan dari PR dan membalasnya pada PR-13 nanti.

3 ptg bertemu dengan wakil pemandu teksi di KL dan jam 5 ke Kg. Baru untuk melihat hasil rakaman penuh dialog YB dan reformis 19 Apr lalu. Kata penerbit mungkin siap dalam minggu depan..Terus ke kedai Ali dekat masjid KG. Baru. Pada tahun 1998 hampir setiap minggu reformis dari daerah berdekatan berkumpul solat maghrib di sini dan selepas itu bergerak menuju ke tempat yang diarahkan. Ribuan manusia entah dari mana bertemu dan berkumpul dan pernah juga pada suatu malam hampir terjadi kematian jika sb polis tersilap tembak dan diserbu oleh para reformis pada malam itu. Kejadian berlaku berdekatan dengan simpang empat dekat Masjid dan sekarang ada sebuah kedai jual frame gambar. Sejarah di Masjid ini terlalu banyak untuk diingatkan tapi cukuplah sekadar mengenangkan betapa rakyat berbilang kaum boleh berkumpul untuk menyatakan pendirian mereka tentang kezaliman Mahathir terhadap Anwar. Masjid boleh menjadi titik bertemu semua kaum tanpa prejudis. INilah kekuatan rakyat dan kekuatan inilah yang menakutkan Mahathir masa itu.

Sambil minum air asam jawa dan makan mee bandung fikiran melayang jauh ke tahun1998 di lorong-lorong Kg. Baru yang memang strategik untuk melarikan diri bila dikejar oleh SB dan FRU. Pak Din kene hentak kepalanya di tiang lektrik juga tak jauh dari Masjid. Dan ramai lagi yang dipukul dan diheret oleh SB dan FRU masa itu tapi pada minggu seterusnya tetap ada seperti kecanduan demo bahkan jika tidak demo minggu itu terasa kosong. Yang pasti ialah rasa kebencian kepada Mahathir masa itu makin memuncak kerana dia memang suka buat rakyat benci dia masa itu. Tapi kebanyakan pemimpin UMNO-BN membisu macam tak ada otak dan rasa. Rupa-rupanya sampai sekarang juga sama. Dah 10 tahun berlalu tapi mentaliti pemimpin UMNO-BN masih sama bahkan makin teruk.

Sekarang Kg. Baru makin berubah dan lebih rapi terutama di jalan utama. Cuma agak panas kerana banyak pokok besar telah ditebang dan pokok pengganti masih kecil. Semoga bumi Kg. Baru menjadi saksi bahawa perjuangan reformasi pernah berlaku di situ dan berkat usaha rakyat masa itu sekarang satu persatu negeri jatuh ke tangan rakyat...

5.30 ptg kami bertemu ajk IT untuk serahkan beberapa dokumen bagi upload ke blog rasmi IKRAR..Sebenarnya blog hr9808 adalah blog lebih memfokus kandungannya kepada sdr Muslim kita di seluruh dunia tapi www.ikrar2u.wordpress.com lebih kepada blog rasmi yang sesuai untuk semua kaum dan agama. INi bukan bermakna ada pemisahan bahan tapi lebih kepada penyesuaian kandungan agar tidak timbul salah faham terhadap agama masing-masing. Kepada para ajk sila hubungi biro IT untuk bantu terjemahkan bahan dalam beberapa bahasa agar informasi kandungan IKRAR lebih meluas dan sampai ke semua pihak tanpa menimbulkan masalah dari segi kekeliruan terjemahan kandungan. Kami jangkakan dalam bulan Jun sekurang-kurangnya 5 bahasa utama akan dipaparkan di www.ikrar2u.wordpress.com

6.30 ptg balik ke Masjid India. Selepas solat Maghrib bertemu dengan
abang Mazlan Bidin dari JB di Faeza maju. Sempat berbincang tentang program di Johor dan dialog asas tentang IKRAR. Alhamdulillah beberapa idea baru dan matang dapat dipetik dari pertemuan tadi. Antaranya;

a- Visi dan misi IKRAR fokus untuk nasib, hak dan kebajikan rakyat tanpa kompromi.
b. Nasionalisma dan beberapa isme yang ada di dunia (perlu masa lebih..nanti).
c. Salah satu cara untuk membantu nasib reformis dan rakyat ialah melalui takaful maka setiap kali pertemuan ajk dan program IKRAR, borang takaful akan diedarkan supaya jika terjadi apa-apa takaful akan bantu cover. Salah seorang reformis baru-baru ini meninggal dunia tapi pembelaan terhadap keluarganya amat terbatas sekali. Lalu kami lancarkan takaful untuk kepentingan reformis dan rakyat. Ahli IKRAR akan mendapat beberapa keistimewaan dari skim yang dilancarkan tidak lama lagi. Pada hari ISnin 5 May, 5 ptg taklimat takaful akan diadakan bersama dengan konsultannya.
Konsultan di bidang ini sila hubungi:Syed 017 3491980
d. Program dialog di JB dalam bulan Julai.
Minta bantuan abang Mazlan untuk urusan di JB. ..
Jam 10 balik ...

PERSEDIAAN UNTUK PROGRAM 5 DAN 11 MAY

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

30 APR

Awal pagi Syakirin reformis sejak 1986 di ITM, menjemput minum pagi bersama di Taqwa Sri Gombak, satu-satunya restoran yang pasang kaset Alquran dari pagi ke pagi non stop. Semua kalangan minum di sini terutama para pendokong PR dan MLM. Sambil minum, ada yang memanggil nama saya dan apabila menolah ke belakang ternyata reformis dari Taman Pelangi Sentul. Tahun 1999 di padang Taman Pelangilah pernah terjadi perhimpunan bersejarah ADIL yang pertama sebelum PKN melebihi 25,000 orang datang bersama.....bila terkenangkan di Taman ada beberapa pakcik-pakcik UMNO yang terkejut macamana boleh datang begitu ramai orang??....semuga mereka yang masih hidup sekarang dapat memahaminya..gelombang masa itu sebenarnya telah memberi tanda-tanda akan berlaku tsunami pada tahun 2008. Ya...semoga mereka juga telah kembali bersama rakyat mahukan kebenaran dan keadilan..

Tengahari...kami selesaikan banting dan banner untuk program forum..

Selepas Maghrib sempat bertemu dengan Syafiq dan Zairi...Sempat juga bertanya khabar Pathiban dan Haidir melalui hp. Pasthiban bersama group di Lembah Pantai berjaya mendesak sehingga 100 orang mendapat rumah...ini semua sudah pasti berkat kerjasama semua terutama perhatian dari YB muda PR..Nurul Izzah..( tahniah Parthiban dan YB Nurul...)
Dapat berita dari Haidir ,,,suasana politik Kedah...Kami doakan semua pihak diberkati Allah dan bersabarlah ketika datang ujian kenikmatan hidup dan kejayaan. Ingat 5 tahun adalah ujian untuk rakyat melihat hasil bukan mendengar khabar angin panas (pinjam istilah Jerman) atau angin sorga (orang Ind) Yang terpenting dari semua pihak mahu bekerjasama dan saling memahami dan bertolak ansur...Reformis tulin adalah pejuang tulin dan ianya mampu meletakkan kebajikan rakyat didepan dari segalanya. Tanpa rakyat..siapalah kita..kami sarankan segera perbanyakkan dialog dengan rakyat supaya mereka dapat memahami kerja PR...Sorry terlebih masuk ke parti pula..ahlan wasahlan..kepada semua yang bersedia untuk dialog...

Zairi..bagus juga pandangan beliau tentang gerakerja IKRAR..sekarang kita pastikan setiap bulan ada paling minima sekali program yang berkaitan dengan kebajikan rakyat..Alhamdulillah kita sudah memulakan sesuatu dan diharap sehingga akhr tahun ada terus program sekadar kemampuan IKRAR...Ya...teringin juga jika dah tua nanti sebuah perkampungan reformis...buat rumah sendiri, anak-anak dapat belajar agama dan ibu bapa juga dapat terus konsisten ke masjid mencari ilmu...Ianya mungkin sebuah harapan tapi..jika kita semua mahu bersatu..setiap hari ada tabungan tertentu untuk masa depan maka...bukan sahaja tanah..apa sahaja boleh dibeli. Jadi..bekerja dan bersabarlah..!! Kita fokus kepada keahlian dulu sehingga satu jumlah yang mencukupi maka kita akan isytiharkan projek masa tua kita....Ianya bukan mustahil...dan juga boleh jadi angan-angan jika hanya berharp tanpa usaha....atau jika usaha sendiri-sendiri juga tidak akan kemana, maka perlu cairkan visi misi kita dulu menjadi satu.... dan ini lah pengorbanan yang sangat besar sebelum pengorbanan yang lain...

Balik jam 9 malam....terasa letih sekali..semoga Allah berikan kebaikan atas keletihan ini....

Tuesday, April 29, 2008

PROGRAM KESEDARAN DAN PEMBINAAN IKRAR sepanjang tahun 2008

hR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

29 May 2008

Tengahari tadi kami sempat bersilaturrahim ke gerai makan sdr Zaidi (Capt Zaidi) di food court, bangunan KUB, Jalan Yap Kwan Seng, KL. Yang ada Kak Ton dan pekrja sahaja kerana menurut Kak Ton, Capt amat sibuk sekarang dengan training. Alhamdulillah sdr kita berjaya meneruskan khidmat beliau membina rakyat melalui training sama seperti di tahun 1998. Capt banyak membantu program pembinaan insan (PKN masa tu) khasnya di Batu dan amnya untuk Wilayah Persekutuan. Semoga beliau berjaya dan di waktu yang sama IKRAR amat berharap agar beliau sudi membina IKRAR juga. Kami makan dengan selera sekali kerana ciri khas gerai ini ialah sambal tempoyak. Orang Perak kene tempoyak bapak mertua jalan di depan pun tak nampak..Udah lah sedap free pula. Kata Kak Ton, " Jangan bayar, bukan selalu..." malu pun ada syukur pun ada tapi inilah satu petanda ikatan reformasi 1998 masih kuat. Bahkan kata Kak Ton, "ramai kawan dulu telepon nak jumpa semula....!!" Kamipun balik setelah mengucapkan ribuan terima kasih...

Kami juga berharap kepada semua yang sudi bersama IKRAR, ahlan wasahlan...kami amat menghargainya..Tak kira dari tahun mana asal kita masih terbuka dan berprinsip yang jelas.

3.30 ptg.
Bertemu dengan
salah seorang bodyguard ....."Datuk yang ???." Kami bertanya kenapa Datuk kita sanggup malukan diri hanya .............dengan waitress? Dia dah "tension"....mungkin juga terlampau banyak hisap cerut yang sebatang lebih RM 500 hingga jadi "high"....dia ingat bucu meja rupenye yang lain...ate melompatle kawan" kata bodyguard...Teman juga malu nak jage dia ni...duit memang banyak..masa pilihanraya Mac baru ni di Pahang memang menang dan kenyang. Dalam bonet kereta duit tak kurang RM 100,000 ke RM 200,000 setiap kali keluar...duit dari mana tak tahule..? Harapkan janggut juga tak boleh rupenye....janggut bukan sebarang janggut, ini janggut cari mangsa..maaf ye bukan semua berjanggut perangai macam dia ni... Kalau di luar negara, MP atau DUN macam ni dah undur diri dulu sebab tak layak jadi pemimpin...Dia ni..lari ke Indon pula?? Pelik depa ni...Rakyat desak aje...supaya dia letak jawatan dan PR dapat tambah lagi kerusi...ini hukum alam...yang sakit pasti jatuh...jika PR buka semua kes rasuah dan moral UMNO-BN ...30 kerusi amat mudah untuk dicari bahkan mungkin lebih..Tapi muka tak memalu..duk situlah...walaupun rakyat dah meluat tenguk muka depa ni...
5.00 - Bodyguard..minta diri..kami saja usik tak usah lagi bersubahat dengan orang macam Datuk tu...lebih baik jadi bodyguard orang lain aje.. ..

Mengemaskini beberapa program yang telah difikirkan sesuai untuk semua dalam bulan May. Kami berharap kepada semua khasnya reformis agar dapat turut serta dalam program yang sedang kami adakan. Antaranya:


A. Program Taklimat peluang pinjaman tanpa cagaran dan bayaran pinjaman dibayar sepenuhnya oleh syarikat:

Tarikh:
5 May jam 5 petang.(5/5 jam 5ptg ISNIN)
Tempat: Restoran Bilal - (tak jauh dari Stesyen LRT Masjid Jamek)
Penceramah: Diundang dari company yang menguruskannya langsung.
Info sila hubungi:
Mak Su: 019-3311430 atau Syed 019-6342029 atau Sykirin 019 2851396

Tempat selesa dan berhawa dingin.
Untuk minum dan bahan: RM 5.00/orang
Tempat terhad dan paling lambat untuk booking sebelum 4 May.


B. Program kesedaran untuk umum....


Sdr dan sdri yang terhormat,

Undangan ke Program Kesedaran Remaja “Dari gelap kepada cahaya kebenaran di Masjid”

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menarik seramai mungkin para remaja, belia kota yang terbiar sekitar Masjid India dan dari beberapa kawasan yang terdekat kembali ke masjid. Program yang dicadangkan seperti di bawah:

Jam : 2.00 – 2.30 petang – Kehadiran peserta

: 2.30 - 2.45 petang - Kata-kata aluan dari Pengarah Program

: 3.00 - Forum dan dialog Menjana kesedaran generasi muda di era baru

Pengerusi forum: Ajk program.

Ahli panel 1: Dr. Badrul Amin - pendakwah bebas

Ahli panel 2: Ust. Termizi - Imam Masjid Jamek

Ahli panel 3: Dr. Azizan - Setiausaha HALUAN

Ahli panel 4: Mustapa Mansor - Pengerusi IKRAR

: 4.00 - Dialog dengan para hadhirin

: 4.30 - Solat Asar

: 5.00 - Jamuan ringan

Bersurai: Sebelum maghrib

Tarikh: 11 hb May 2008 (hari Ahad).


C. Program kesedaran tentang perjuangan dan kehidupan.."Belajar dari mereka yang sukses"

Tubagus...Seorang biasa yang telah berjaya keluar dari lingkaran kemiskinan dan boleh mendapat pendapatan melebihi RM 70,000/sebulan dan terus meningkat dari masa ke semasa. Apakah rahsianya???

Dengarkan tips berharga dari beliau. "Seorang reformis tulin akan terus berusaha dan tidak akan mengalah dengan apa juga cobaan. Jauh sekali mahu merintih dan merayu kepada musuh untuk belas kasihan". INi bukan mimpi atau rekaan tapi realiti...jangan lepaskan peluang ini untuk merubah nasib dan masa depan anda!!...

Orang baik harus kaya dari usaha tangannya sendiri dan fitnah tidak akan mudah hinggap ke dirinya sampai bila-bila....

Minum dan bahan : RM 5/orang

...................................................................................................................

Beberapa program yang sedang disusun (perincian akan menyusul):

D. Dialog bersama YB PR dengan pemandu Teksi...bulan Jun 2008

E. Dialog Pemimpin bersama rakyat....(kami bercadang untuk mengundang YB BN bersama)....bulan Jun 2008

F. Dialog Rakyat "Ketuanan dan perpaduan Melayu..pasca PR-12"....Jun 2008

G. Dialog Aktivis "Gerakan Islam meminggir atau pemandu Ummat di era baru?" ....Julai 2008

H. Dialog Perdana "Anwar sebelum bersama UMNO, dipenjara, bebas dan selepas PR-12"

...Julai 2008

I. Dialog "Dari Hati ke hati bersama DSAI"...Ogos 2008

j. Bedah buku berkaitan dengan nasib, hak dan kebajikan Rakyat....Ogos 2008

l. Perkhemahan ibadah, rakyat bersama pemimpin PR di Masjid (10 akhir Ramadhan)....Sept 2008

m. Roadshow pemimpin bersama rakyat ke 5 negeri PR...Okt 2008

n. Lawatan IKRAR ke beberapa pemimpin reformis di Indonesia....Nov 2008

o. Sambutan tahun baru 2009 bersama rakyat ....Dis 2008

Hubungi AJK..IKRAR bagi info selanjutnya terutama kepada reformis yang berminat untuk turut serta menjayakan program tersebut. Kami amat mengalu-alukan saran, nasihat dan teguran..!!

Sunday, April 27, 2008

MENGENAL DAN MENGINSAFI DIRI SENDIRI.....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

27 Apr.

Sekitar jam 11 pagi, kami berbincang beberapa hal dengan Syed, Abang Ahmad Bungsu , Abang Jalil, Zairi dan Syafiq. Abang Mad Bungsu juga adalah sebagai ketua bahagian Perniagaan. Perdagangan dan Keusahawanan IKRAR banyak memberi nasihat kepada kami. Antara poin yang menarik untuk difikirkan:

1. Melalui pengalaman beliau berkecimpung dalam persatuan perniagaan China dan Melayu ada sesuatu yang amat ketara dari segi kesungguhan dan komitmen antara ahli dalam persatuan. Yang Melayu belum kerja dah nak duit dan semua projek ada % komisyen. Tak jauh beza dengan kultur di Indonesia. Berbeza dengan orang China, berniaga dulu sehingga sukses dan nanti pasti dia akan bagi peluang cukup besar kepada sesiapa yang pernah tolong dia satu hari dulu.

2. Penyakit dalam persatuan Melayu ialah hasad dengki dan tamak kuasa. Kalau tahu buat kerja tak masalah tapi udahlah nak jawatan yang tinggi dan ditambah pula dengan masalah malas serta sikap bertangguh-tangguh sesuatu urusan sehingga akhirnya gagal. Walaupun nampak macam masalah kecil tapi jika telah berpuluh tahun akhirnya jadi barah. INilah yang terjadi hampir seluruh persatuan Melayu.

3. Jika mahu sukses tolong fokus kepada hal yang termampu buat masa sekarang. Contoh, IKRAR mengadakan kerjasama dengan pihak yang sudah stabil dari segi struktural dan organisasi di mana sahaja.

Banyak poin lain tapi dengan 3 ini cukup untuk membuat kita merenung kenapa selalu gagal??
Terima kasih abang Mad kerana idea yang bernas dan ikhlas untuk IKRAR.

3.30 Petang

Bertemu dengan reformis asal dari Masjid Jamek, iaitu Sdr. Dolah Parit. Biasanya jika orang Perak bertemu kami akan berbicara menggunakan telo Perak. Yop, kome, mike dll. Sambil minum teh, kopi dan milo di Cafe Kak Long, ada topik yang sangat menarik untuk diulas lebih lanjut. Misalnya soal PR-12, soal pandangan berbeza tentang 30 melompat ke PR, berbondong-bondong rakyat ke PAS, PKR dan DAP, pentingnya sistem duplikasi kepimpinan dalam melahirkan generasi penerus perjuangan, pentingnya prinsip dalam perjuangan, kenangan sumpah pemuda di Kg. Medan dll.

Yop Dolah ni hebat berhujah tapi dia tak pernah menonjolkan diri samada di parti atau di mana-mana. Alhamdulillah beliau mendokong IKRAR kerana ini memang sealiran dengan prinsip perjuangan beliau. Beliau juga menyeru jika ada yang mengenali beliau sila hubungi supaya dapat bertemu semula. Bukan sahaja menjadi ahli bahkan beliau sanggup untuk menjadi AJk IKRAR. Suara beliau yang parau ketika menjerit dari kawasan masjid Jamek ke bangunan mahkamah cukup memberi semangat kepada DSAI ketika lalu di situ dan juga reformis yang berpengkalan di masjid. Yang menariknya ialah mereka (Yop, Nasir Isa, Syed Gombak, Pak Din dll) sanggup berhenti kerja semata-mata mahu pastikan DSAI mendapat layanan yang sewajarnya di mahkamah dan di penjara masa itu. Ini suatu hal yang sangat ajaib ..dan patut menjadi contoh kepada generasi penerus.

Nak ulas satu persatu bahan yang dibincangkan petang tadi perlukan sedikit waktu tapi asasnya jelas iaitu ...IKRAR wajib diteruskan dengan apa cara sekalipun dan diteruskan sehingga musuh rakyat tunduk kepada rakyat......bersambung.....

28 Apr

Dari perbincangan petang semalam, ada 2 perkara yang sangat penting:
1.
IKRAR betul-betul memilih AJK yang berpegang kepada prinsip dan menghormati prinsip walaupun di mana sahaja. Jangan ulang kesalahan lalu, kita hanya bersemangat mendokong mereka yang berani menghentam berlebihan tanpa fakta yang jelas. Kata Yop ini pemimpin makan diri. Hampir 90% dari pasukan ini sudah tenggelam punca dalam debu, ke kiri tidak ke kanan juga tak pasti. Jika ingatkan bicaranya dulu, langitpun runtuh. Inilah pelajaran yang sangat bernilai buat kita semua. Kenalkan dulu kepada semua AJK tentang prinsip dan tolong hormati prinsip ini. Prinsip utama IKRAR "Menuntut keadilan dan menentang kezaliman" 10 tahun lalu sampai sekarang ianya tidak akan berubah cuma mungkin strategi dan teknik disesuaikan dengan PR -12. Pejuang yang fatin (bijaksana) adalah pejuang yang tidak kaku dalam memenangkan suatu keyakinan dalam apa cuaca dan iklim. Strategi Sun Tzu patut ditelaah lagi berkali-kali di samping kitab-kitab strategi yang lain.

2. IKRAR harus meletakkan posisi yang tepat dalam kondisi sekarang bagi memastikan proses pemantapan perjuangan terus berjalan tanpa henti. Yang mampu berpolitik silakan dan jangan ada rasa hasad bagi mereka yang tidak berkemampuan di arena politik. Begitu juga yang mahir di bidang yang lain maka ini juga adalah dalam kerangka sebuah perjuangan. Ianya tetap mulia dan agung dengan syarat kita lakukan dengan ikhlas, penuh sedar serta konsisten. Jangan rosakkan amal kita dengan niat kita sendiri sehingga kita tergolong dalam golongan yang merugi di dunia dan di akhirat.

28 Apr.

Jam 9 pagi minum bersama pengusaha pasar malam di Greenwood. Apa yang menarik ialah, hasil dari usaha beliau sudah berjaya memiliki rumah tanpa berhutang lagi. " Tapi sekarang berniaga di pasar malam tidak seuntung dulu jadi sekadar cukup makan aje" keluh beliau. Soal politik beliau berharap agar PR mampu buktikan yang terbaik untuk rakyat. Jika khidmat PR terbaik untuk rakyat maka selamat tinggallah UMNO-BN buat selamanya kecuali mereka berubah arah. Tak jauh beza dengan pandangan dari seorang penyelia Kemas dari Ipoh ketika ketemu beliau di KL semalam. "Pening sekarang Kemas, orang kampung dah mula kata, memang PR lebih mesra rakyat dan prihatin kepada rakyat, alamat bungkus le UMNO-BN untuk PR-13 nanti" Ini pandangan mereka yang sudah bertahun-tahun dalam arena politik masyarakat kampung. Saya juga memberi saran agar adakan dialog supaya kekeliruan pegawai Kemas yang kononnya pegawai UMNO-BN dapat diperbetulkan. Dah berpuluh tahun sebuah jabatan yang sepenunhnya ditanggung oleh kerajaan membuat kerja-kerja parti pemerintah secara tidak adil. Ini amalan sesat sebenarnya dalam konteks sebuah negara demokrasi. INilah level pemimpin UMNO-BN yang amat ketinggalan dalam memahami erti sebuah negara demokrasi. Jadi tak salah sebenarnya kalau rakyat merasa meluat dengan UMNO-BN bila fikiran mereka lebih terbuka dan dapat membuat perbandingan antara BN dan PR.

Jam 12 bertemu dengan Persatuan Usaha-usaha Penjaja (Foto: Mustapa, Ramlan dan Pak Mad) dan beberapa kesepakatan berhasil diwujudkan terutama yang berkaitan dengan kebajikan penjaja di kawasan Masjid India. Kesepakatan ditandatangani bersama dan kedua pihak berharap ada ikatan kesefahaman yang berterusan.




















Jam 2.30 petang

Ketemu dengan salah seorang pengusaha dan pemandu teksi dari KLIA yang sudah lebih 7 tahun berulang alik dari KLIA ke seluruh Malaysia. Penderitaan pemandu teksi semua orang tahu tapi tidak ada satu solusi yang jelas. Jadi kami sarankan agar beliau mewujudkan sebuah pertemuan dan dialog dengan IKRAR dalam masa terdekat agar hak pemandu dapat diperjuangkan bersama. Jangan biarkan hanya segelintir saja dari kaum kerabat UMNO-BN yang menghisap darah rakyat terus leka dan gembira dengan pemilikan permit sampai beratus bahkan jika dikumpulkan semua mungkin sampai beribu permit. Di depan rakyat mereka ni berlagak macam prihatin sangat kepada rakyat tapi sebenarnya merekalah ular sawa yang menelan semua permit teksi ini sejak dulu. Inilah perbuatan kejam yang terus menerus dilakukan oleh mereka bahkan sudah diwariskan ke anak cucu mereka. IKRAR menyeru kepada semua pemandu teksi agar mahu bergabung sama dalam menuntut hak ini dan kita wajib hentikan kezaliman ini dengan cara terbaik. Kepada seluruh pemandu teksi sila hubungi AJK yang ada di blog ini untuk dapatkan info seterusnya terutama tentang majlis dialog "Nasib dan kebajikan Pemandu teksi, siapa yang tentukan? "

Jam 6 ptg..selesai..

Saturday, April 26, 2008

AL FATIHAH...BUAT SDR NAZMAN...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

27 Apr 2008

SDR NAZMAN - seorang reformis dari Taman Melati telah kembali ke rahmatullah tengah malam tadi. Kepada semua yang mendapat info ini sila hubungi setiausaha untuk info seterusnya dan jika tidak dapat hadhir UNTUK pengkebumian allayarham kami mohon bacakan ALFATIHAH!!.

IKRAR: Kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah ke atas keluarga beliau dan mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Amin. Perjuangan dan komitmen beliau kepada pergerakan reformasi selama ini amat dihargai dan sukar dicari ganti oleh semua terutama teman dekat di kawasan Taman Melati dan teman reformis dari seluruh Malaysia. Jasa allayarham tetap dikenang sampai bila-bila terutama dalam sejarah menegakkan keadilan dan memastikan Malaysia bebas dari kezaliman. Inilah sumbangan yang sangat bererti buat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan keturunan.
Sekiranya mana-mana reformis yang mengenali beliau dari seluruh Malaysia, yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga allayarham sila hubungi setausaha atau mana-mana AJK IKRAR yang tertera di blog. IKRAR akan terus memberi tumpuan kepada membela nasib rakyat terutama para reformis dan keluarga mereka samada yang hidup atau yang telah pergi.

Friday, April 25, 2008

KONVOI KE KEMUNTING TAIPING.....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

26 APR.

KAMI BERHARAP SELURUH RAKYAT MALAYSIA KHASNYA DI PERAK agar dapat turut serta dalam konvoi damai ke Kemunting. Semoga dengan sokongan sdr/sdri, nasib anak dan keluarga para tahanan dapat dibela dan ......MAri kita putihkan highway dari KL sampai ke Kemunting dengan laungan mansuhkan ISA,,,,,,Info terkini sila dapatkan dari AJK atau teman anda di mana sahaja tentang program 27 Apr ni. Sebarkan tentang konvoi ini. Jika ada yang mahu join sila datang ke Kemunting sebelum jam 11 pagi.


IKRAR:
NASIB RAKYAT YANG TERANIAYA DI TEMBUK KEMUNTING WAJIB DIBELA DENGAN APA CARA SEKALIPUN KERANA MEMBIARKAN MEREKA LEBIH LAMA DIKURUNG TANPA BICARA ADALAH KEZALIMAN YANG AKAN MEMUSNAHKAN BUKAN HANYA YANG DITAHAN TAPI SELURUH RAKYAT MALAYSIA DIMASA AKAN DATANG. KAMI MENUNTUT AGAR BEBASKAN MEREKA DENGAN SEGERA ATAU KAMI AKAN KUMPULKAN LEBIH RAMAI LAGI DAN LEBIH RAMAI LAGI RAKYAT SELURUH MALAYSIA DARI MASA KE SEMASA SEHINGGA KAMI RUNTUHKAN TEMBUK ITU. KAMI TIDAK ADA PILIHAN LAIN MELAINKAN TERUS MELAUNGKAN "BEBASKAN SAUDARA KAMI YANG TIDAK BERDOSA DAN MANSUHKAN ISA" KAMI TIDAK MAHU MERAYU LAGI KERANA RAYUAN KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM TIDAK BERERTI APA-APA DAN RAYUAN RAKYAT KECIL SERING DIPERMAINKAN.
AYUH SAUDARA KU, KITA BERKUMPUL DAN TUNJUKKAN SOKONGAN KITA KEPADA SAUDARA DAN ANAK-ANAK TAHANAN ISA YANG TIDAK BERDOSA!!!!!!!

ANTARA PERJUANGAN, STRATEGI dan KEMENANGAN...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat).

26 Apr.

Antara 3 hal yang kadangkala membuat kita keliru dan hilang punca.

1. Perjuangan dan bagaimana kita berdepan dengan cabarannya.

2. Strategi serta tektik.

3. Kemenangan dan kesabaran dengan ujiannya.

Perjuangan tidak akan berhenti selagi apa yang diperjuangkan tidak tercapai. Namun seringkali dalam sejarah, wujudnya para pejuang yang hanya tahu menggunakan senjata tanpa strategi. Akibatnya yang terkorban lebih ramai dari yang selamat kerana kebodohan panglimanya.

Di sinilah perlunya strategi yang dikupas sematang mungkin demi matlamat kejayaan sebuah perjuangan. Tapi secara detail, strategi perlukan tektik untuk memastikan apa yang dirancang dapat terlaksana dengan jaya.

Maka muncullah kemenangan hasil gabungan ketiga unsur tadi. Tapi cabarannya juga banyak,,, maka para pemimpin harus memahami karektor manusia yang sangat berbeza ini jika mahu menang lebih lama.

1. Pendokong biasa - mereka ramai tapi tidak mahu ke depan dan jika risiko yang besar biasanya mereka akan mundur.
2. Pendokong luar biasa - mereka mempunyai keberanian dan sanggup maju ke depan. Tapi mereka perlukan arahan yang jelas.
3. Pendokong yang sudah berikrar untuk taat setia - inilah inti dari sebuah perjuangan. Pendokong yang sudah meletakkan keutamaan perjuangan melebihi dari diri dan keluarganya. Tanpa golongan ini perjuangan apa pun tidak akan menjadi.

Berkaitan dengan hasrat 30 MP BN menukar arah perjuangan ke PR mungkin boleh kita kategorikan seperti di atas. Jika mereka berani membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat maka ini merupakan suatu perkara yang luar biasa. DSAI dan PR telah jelas memberi syarat iaitu perpindahan tanpa syarat. Nak berjuang untuk rakyat silakan!!! Namun ada beberapa pandangan berbeza dari beberapa teman itu hal biasa dan tidak perlu terlalu dirisaukan.

IKRAR: Kami berharap kepada pihak yang berbeza pandangan tolong selesaikan dalam satu forum tertutup bersama DSAI dan pimpinan PR. Jangan kelirukan rakyat dan tolong fokus kepada sesuatu iaitu " tumbangkan dulu BN-UMNO" kerana sudah jelas mereka adalah musuh rakyat. Penjelasan inilah yang harus dilakukan oleh semua elemen yang menyokong PR. JIka antara kita berpecah, jangan mimpi untuk berjaya. Kami menyeru seluruh rakyat yang menyokong PR agar bekerja dan berbuat sesuatu sehingga kekeliruan ini terpadam dan PR berjaya memerintah Malaysia.

IKRAR: Kepada pendokong yang telah berikrar sila fikirkan dan merancang bagaimana agar rakyat sedar akan nasib, hak dan kebajikan mereka yang selama ini diabaikan oleh UMNO-BN. Gunakanlah apa sahaja cara yang diizinkan oleh undang-undang untuk meruntuhkan kezaliman UMNO-BN ini. Misalnya isu ISA dan beberapa isu rasuah yang dilakukan oleh beberapa orang pemimpin UMNO - BN. Kita mesti hentikan dan minta mereka kembalikan hak rakyat ini kepada rakyat. Jelas sekali mereka amat angkuh sekalipun sudah kalah secara moral di persada politik negara dan di luar negara tapi isu ISA dan babi masih dipersendakan oleh mereka. INi menunjukkan bahawa mereka tidak pernah memikirkan nasib dan hak rakyat sama sekali. Kita nak harapkan apa lagi dari mereka.? Jadi mari kita bekerja untuk menyedarkan rakyat melalui berbagai bentuk program kesedaran rakyat. Ajaklah saudara mara kita keluar mendengarkan penjelasan dari PR dan apa sahaja penjelasan yang boleh menghilangkan kekeliruan ini.

Sun Tzu pernah membuktikan di zaman Dinasti Ming, kerajaan makin meluas hanya dengan pendekatan strategi yang tepat. Sampaikan teori beliau diguna pakai hampir dalam seluruh tradisi ilmu yang berkaitan dengan strategi perang, ekonomi, politik dll di seluruh dunia. Soal melompat adalah rasuah rasanya tidak tepat kerana tidak ada apa yang dirasuahkan. Hanya minta mereka betulkan niat untuk kebaikan rakyat. Tanpa peralihan kuasa ini kepada PR, kita tidak akan dpat membuka file rasuah yang nilainya berbilion RM dari Mahathir sampai sekarang. APakah kita sanggup melihat sandiwara lagi dan mereka tetap menipu rakyat. Ayuh saudara, bangun dan sedarkan saudara mara kita tentang nasib kita dan masa depan anak cucu kita yang hak mereka selama ini telah dirampas oleh pemimpin UMNO-BN . Kita berdoa agar secepatnya ada perubahan atau jika tidak kita tunggu pilihanraya akan datang.

IKRAR: Kami berharap kepada seluruh rakyat dan khasnya para pendokong PR agar membulatkan tekad menyokong PR sehingga PR berjaya mencapai majoriti di Malaysia. Barulah kita semua terbela dan nasib kita akan berubah kerana dari wang rasuah sahaja sudah boleh membina beberapa projek mega rakyat di seluruh Malaysia. Tanpa kuasa kita akan hanya mampu menjerit dan meminta tolong dari mereka yang tak pernah memkirkan nasib kita.
'BERJUANGLAH DAN BERJUANGLAH, PASTI AKAN ADA HASILNYA, TIDAK HARI INI ESUK, TIDAK MINGGU INI MINGGU DEPAN, TIDAK BULAN INI BULAN DEPAN, TIDAK TAHUN INI TAHUN DEPAN'......

Thursday, April 24, 2008

RAKYAT DERITA SIAPA YANG PEDULI?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

25 Apr.

Di pagi Jumaat ini amat bererti bila kita sedar bahawa inilah "saiyidul ayyam" ketua bagi hari-hari yang lain.Semoga JUmaat ini makin mendekatkan kita kepada pencipta hari ini. Maaf semalam tak sempat update kerana keletihan. Tapi ada sedikit yang menarik, ketika saya naik sebuah teksi yang pemandunya seorang perempuan sekitar 45 tahun yang masih bergaya dengan topi dan kacamata hitamnya. Saya bertanya, "Kak dah berapa lama bawa teksi?" Dia balas, "Abang, saya bawa teksi dah 16 tahun". ...".lama tu"..balas saya. "Ya, tapi sampai sekarang masih menyewa teksinya..cukup untuk makan je"..." Saya cuba banyak kali dan setiap kali interview, pegawai tu tanya ...ada kenal Datok mana?..." .."ye..banyak lah...tapi dia orang tak kenal kita"...tak sempat nak sambung cerita dah sampai di stesyen Putra dan sempat dia bagi kad nama dan saya pesan ke beliau " Sabar kak, nanti pasti saya call kakak lagi,...saya turut simpati..." Terima kasih..

Di sepanjang jalan ke Masjid India, fikiran melayang ke ucapan kakak tadi ..."Datuk"...Maknanya Datuk = password lah untuk semua teksi ni. Patutlah perut depa ni buncit macam orang mengandung tak mahu beranak. Rupenye penuh dnegan ulat rasuah...ini memang fasad dan ini memang kezaliman yang telah puluhan tahun berlaku kepada rakyat kecil seperti kakak tadi. Nak harap apa dari pemimpin Melayu macam ni? Ya kalau kata Melayulah..sebab itu mereka ni hanya guna saja nama Melayu kononnya bela nasib bangsa..PORAHlah...perut depa aje yang depa fikirkan. Depa tak takut kerana pemimpin atas mereka yang ajar makan duit rakyat halal menurut fatwa HAdhari kot?...INilah kesesatan dan inilah juga akan membawa mereka ke neraka jahannam. Depan rakyat belakon macam baik sangat, pijak semut tak mati tapi amalan hidup makan duit rakyat setiap hari tak mengaku.

Dosa depa ni hanya dapat selesai dengan rakyat jika bagi balik duit yang depa kebas sebelum ni kepada rakyat. Sekadar minta maaf tak cukup. Jika PAkatan Rakyat dapt memerintah tolong pastikan dulu hal ini sebelum yang lain. Hak rakyat yang dirampas, dicuri, dirompak dll minta depa kembalikan jangan bagi peluang lagi!!!

IKRAR; Inilah peranan kami untuk memastikan nasib rakyat terbela oleh pemimpin yang berkuasa. Jika tidak mahu ambil peduli nasib rakyat maka tunggulah masanya penguasa yang gila kuasa ini menerima nasib pula. INi baru permit teksi, macamana dengan permit dan projek yang lain? Takkkan habis-habis selagi belum wujud sebuah kerajaan yang dikuasai oleh pemimpin rakyat. Kami berharap pada Pakatan Rakyat agar impian ini menjadi rialiti.

Tiba di Masjid Jamek, serahkan surat kepada imam untuk mengadakan forum pada 10 May 2008. Alhamdulillah imam respons cukup bagus dan akan segera info kembali. Kami berharap pada hari Isnin depan sudah ada kejelasannya. Kita perlu ajak anak-anak dan keluarga bersama untuk mengikuti forum ini kerana berkaitan dengan remaja dan keluarga.

Selepas Asar berbincang tentang beberapa hal untuk meeting hari ini dan selepas Isya balik. Sorry kepada beberapa teman yang call ke hp saya tak dapat kerana masih dibaiki semalam. Tapi hari ini dah ok...

Wednesday, April 23, 2008

NASIB ANAK TAHANAN ISA....

HR9808 @IKRAR adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

24 Apr

Sebelum tidur sempat membaca kisah malang anak-anak tahanan ISA yang sangat meresap ke jiwa.....sedikit sedutan dari harakahdaily...

ImageAduhai hati, siapalah yang tahu penderitaan dan kesayuan yang dirasai Suhaib ini. Bagi kita yang dewasa, jika kehilangan orang tersayang pun sudah cukup meruntun hati. Apatah lagi bagi Suhaib, yang menyaksikan sendiri bapanya dibawa pergi, di tengah malam, enam tahun lalu.

Bermula saat itu, hidupnya tidak seindah kanak-kanak lain. Hatinya tersentuh setiap kali melihat kemesraan kanak-kanak lain bersama ibu bapa mereka. Hati kecilnya sering tertanya-tanya, bilakah abah yang dikasihinya akan menghirup udara kebebasan dan berpeluang kembali mencantum kebahagiaan mereka sekeluarga.

Seringkali Suhaib mendengus dan merungut, seolah-olah menyesali dengan apa yang terjadi. Apalah anak sekecil itu, yang sememangnya memerlukan kasih sayang seorang bapa mampu menghadapi dugaan maha perit ini?

Namun, dalam rontaan hatinya yang membenci tindakan ISA itu, dia tetap seorang anak yang kuat dan tabah. Walapun sesekali dirinya tewas dengan ketabahan yang dipupuk uminya sejak abahnya diheret pergi. Dia tetap seorang anak yang cekal, biarpun di hatinya hanya Allah yang mengetahui bebanan perasaan yang ditanggungnya.

'Kehilangan' abahnya cukup membuatkan perkembangannya tergugat. Anak yang kini sedang dalam proses membesar ke alam remaja sudah tentu memerlukan seorang bapa bagi membantunya menempuh alam baru.

ImageJika bapanya memang sudah tiada di dunia, mudahlah hati anak kecil itu dipujuk dan dikhabarkan berita itu. Malah, jika bapanya di penjara dalam tempoh yang diketahui akan berakhir sekalipun, pasti mudah dia menerimanya.

Namun, apa yang dilakukan ISA ini, benar-benar tidak berperikemanusiaan. Sudahlah terkepung tanpa bicara yang boleh membuktikan bapanya bersalah, pembebasan bapanya juga menjadi tanda-tanya dan mengikut sesuka rasa pihak pemerintah.

Baik lagikah ISA ini dalam masyarakat? Apakah ketenteraman negara ini akan terjejas sekiranya akta ini dimansuhkan seperti yang dituntut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini?

IKRAR: Perbuatan zalim dan tidak manusiawi ini adalah tanda dungu dan rendah moral yang sangat menakutkan di kalangan pemimpin Malaysia UMNO-BN. Dungu 40 x lipat ni terbukti bila dah kalah 5 negeri masih nak teruskan tahanan ISA lagi...??? Hamid algebar.. hang ni betui tarak otaklah..Dolah altiduri ni kita bagi tilam ajelah.. ... Najib almonggoli memang tak habis-habis geli ni....satu albakui depa ni....Kebejatan ini di waktu yang sama juga adalah akibat sudah hilangnya hati nurani (fithrah insaniah) terlanjur makan rasuah puluhan tahun, berbuat dosa menipu rakyat setiap saat walaupun solat 10 x sehari tak guna hoi..solat hangpa tu kosong ..kerana dosa zalimi orang bukan main-main...lalu hasilnya hati jadi gelap gulita. Rasa (sense) nya sudah hilang...dan hati yang sama jugalah yang akan membawa mereka ke neraka....

Duhai...anak-anak, para isteri dan para ibu bapa dan saudara mara tahanan ISA, kami menyeru agar terus bersabar, berdoa dan ungkapkan apa sahaja keluhan anda kepada siapa sahaja. Jangan disimpan dalam hati dan fikiran, luahkan biar luahan ini menjadi sebuah gelombang besar yang boleh meruntuhkan tembuk (Kemunting )pemisah orang-orang yang anda cintai...

IKRAR sedia bekerjasama dengan GMI untuk teruskan kempen yang sedang berjalan dan melakukan desakan yang lebih bermakna buat tahanan, para isteri dan anak-anak tahanan ISA semua.." Ya Allah, Kau Maha Tahu akan betapa peritnya saudara kami berpisah dengan anak-anak dan isteri selama beberapa tahun, Ya Allah, kami sangat kasihan melihat penderitaan mereka dan kami juga tidak ada kemampuan untuk membebaskan mereka dari tembuk itu, Kasihanilah mereka ya Allah, kasihanilah mereka ya Allah, kasihanilah mereka ya Allah!!! SI durjana yang mengurung mereka, Kau hancur musnahkan kekuatan mereka dan Kau campakkan dalam hati pemimpin zalim ini rasa belas kasihan kepada saudara kami dan rasa takut amat sangat di hati mereka sehingga mereka membebaskan saudar-saudara kami. Ya Allah, jika mahu turutkan hati kami, kami mahu para penzalim ini dihina di dunia lagi dengan apa sahaja...tapi kami tidak mahu rosakkan niat dan amal saudara-saudara kami dengan hanya menurut hati kami sahaja..Oleh itu ya Allah, Kaulah yang Maha Tahu, Kaulah yang Maha Berkuasa atas segala yang berkuasa maka kami dengan serba dhoif ini pasrah pada MU!!!


Pakatan Rakyat akan terus bangkitkan isu ISA di Parlimen
Salman Hussin
Fri | Apr 25, 08 | 12:05:40 pm MYT

JOHOR BAHRU, 25 April (Hrkh) - Dengan jumlah anggota Parlimen yang lebih ramai pada penggal kali ini, Pakatan Rakyat akan terus membangkitkan isu tahanan ISA dalam setiap sesi persidangan Parlimen yang akan diadakan kelak.

"Usaha untuk menentang akta yang zalim ini akan kita teruskan tanpa henti sehinggalah semua tahanan ini diberi hak untuk membela diri di Mahkamah atau akta ini dimansuhkan sama sekali," kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, di sini.

"Kezaliman akta ini bukan sahaja menafikan hak individu yang dituduh bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya, malah, ia turut melibatkan ahli keluarga mangsa terbabit," katanya, semasa menziarahi keluarga mangsa ISA, di Gelang Patah, dekat sini, baru-baru ini.

Dr Abdullah Daud, 54, bekas Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, yang dituduh terbabit dengan Jemaah Islamiah (JI), telah ditahan di bawah ISA sejak enam tahun lalu dan beliau sepatutnya dibebaskan pada 28 Februari 2008, bagaimanapun penahanan beliau dilanjutkan selama dua tahun lagi.

Menurut isteri Dr Abdullah, Zakiah Mat, yang ditemui memberitahu, maklumat berhubung lanjutan penahanan suaminya itu diberitahu melalui telefon oleh suaminya sendiri.

"Saya merasa sungguh terkejut apabila suami saya memberitahu dia akan ditahan lagi selama dua tahun, kami sekeluarga tidak menyangka perkara ini boleh berlaku sebab beliau sepatutnya dibebaskan awal Februari lalu, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

"Sudah enam tahun kami dipisahkan, ia suatu tempoh masa yang sangat lama, kami sekeluarga sangat menderita sekarang ini," katanya.

Beliau yang tidak bekerja sebelum ini terpaksa menyara 10 anaknya dengan berniaga secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan keluarga sejak penahanan suaminya enam tahun lalu.

Empat daripada anaknya sedang menuntut di IPTA, tiga di sekolah menengah (tingkatan satu, tiga dan lima), manakala tiga lagi di sekolah rendah (darjah dua, empat dan enam), hanya seorang anak beliau sudah bekerja.

Ustaz Nasharuddin yang begitu terharu dengan nasib keluarga mangsa ISA ini menyeru semua pihak supaya perihatin dengan nasib mereka, "saya menyeru semua pihak sama ada individu, pertubuhan atau badan korporat, bermurah hati menghulurkan sumbangan kewangan bagi meringankan bebanan keluarga mangsa ISA ini.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi keluarga berkenaan di talian 07-5272911 (Puan Zakiah). - mns

IKRAR: Kami turut simpati atas kesengsaraan ini dan kami akan berusaha dalam kempen kami di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa tempat untuk membantu semua keluarga tahanan ISA dengan kadar kemampuan kami.

ALLAHYARHAM RUSTAM SANI TETAP DIKENANG!!

HR9808 atau IKRAR adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

23 Apr,Image


Kami mengucapkan takziah atas kepulangan seorang pejuang reformasi, penganalisis dan penulis politik unggul yang konsisten dengan pandangan pembela kepada rakyat tanpa henti. Inilah contoh dan bukti nyata betapa tingginya komitmen serta keyakinan beliau kepada ketuanan dan kedaulatan rakyat. Semoga Allah menerima amalnya dan ruhnya ditempatkan bersama para pejuang kebenaran sepanjang zaman.


Image



Image











Hari ini ada sedihnya...teman kami telah pergi dulu... dan ada juga gembiranya bila bertemu teman lama..buat kami......

Kami amat bersyukur kerana menerima beberapa pandangan dari beberapa teman seperjuangan sejak pagi sehingga petang. Antara pandangan baik untuk IKRAR :

1. Teman dari aktivis bekas mahasiswa ITM Shah Alam 1983: IKRAR harus punya prinsip yang jelas dan konsisten dengan prinsip tersebut. Jangan jadi sebahagian NGO yang hanya berjuang kerana sesuatu yang sangat rapuh sehingga hanya dengan RM, perjuangan melayang.

IKRAR: Kami akan pastikan semua AJK khasnya mengisi borang "IKRAR" YANG TIDAK AKAN BERKOMPROMI kepada penyelewengan visi dan misi IKRAR.

2. Teman mahasiswa UM yang sedang siapkan Phd: IKRAR wajib belajar dari gerakan reformasi di Indonesia yang telah punya sistem delegasi rapi tanpa perlu diminta lagi. Isu berat bagi kepentingan rakyat apa juga bentuknya akan terus direspons oleh anak mahasiswa sehingga memenuhi ruang jalan di bulatan HI atau di depan Istana Presiden atau di depan kedutaan yang terlibat.
IKRAR: Setuju.. Memang hidup gerakan itu sehingga sekarang tanpa menimbulkan apa-apa masalah..polis relax jaga keselamatan mereka supaya demonstrasi tidak jadi anarkis. Di Malaysia jauh kebelakang 50 tahun kerana cara BN memerintah tak berubah macam komunis dan penjajah dulu. Walaupun dah hilang 2/3 tapi masih tak berubah...black 14 sebagai saksi...nak kata bodoh bersekolah, nak kata bingung boleh berkata-kata, nak kata apa lagi...tak tahulah..tapi cara polis selesaikan malam itu sangat konyol basib baik penyokong DSAI dan PR tidak panik. Dan biasanya style macam tu adalah salah satu pendekatan provok supaya ada yang buat hal atau kecoh maka ada alasan nak tangkap DSAI atau pemimpin tertentu...inilah rekayasa jijik mereka yang tidak ada kesudahan...jangan lupa ..tahun 1998...Mahathir buat macam-macam...(sorry bila sebut Mahathir ada rasa loya ditekak...ya Mahathir dah tua..tapi masih loaya..tak boleh lupa...) mungkin lebih goblok tu pemimpinnya samalah macam dulu yang arah Mahathir bukan KPN...mantan KPN masa tu memang bengap ....yang sekarang Tok Hamid juga sama macam Mahathir ke?? ni pun bengap juga atau jemaah depa ni..Pak Lah, Najib dan Hamid. Ini 3 algojol yang bendol (maaf tak jumpa ungkapan yang lebih tepat) Bush yang macam tu pun orang bantai macamnapun dia..relax aje..bagi bercakap tapi depa ni..betui-betui lebih teruk dari BUSH lah.......harapkan dahi aje licin, tapi otak??..

3. Beberapa jemaah Pak Mat Kelantan, Pak Mat Masjid India, Pak Mad Dato' Senu, Zairi dll sambil minum di gerai kak Long merangkap office sementara IKRAR, mencadangkan agar IKRAR buat bantahan atas penerimaan MB Selangor terhadap Khir Toyo di Selangor.. Panas suasana pagi tadi mengingatkan kembali tahun 1998, suasana riuh rendah reformis berkumpul di kedai sepanjang jalan Masjid India dan kedai makan Benggali di situ..
IKRAR: Kita kena relax dan merenung atas isu itu jangan terus lompat ke konklusi. So akhirnya yang panas jadi sejuk semula dan tenang. Barulah boleh tulis surat untuk mohon mengadakan program "Dari gelap kepada cahaya kebenaran di masjid" . Beberapa ahli panel sudah ditentukan dan beberapa hal juga sempat dibincangkan. PAk Mat sedia jadi pengarah program, hebat ,,,
IKRAR: Marilah kita ubah sikap banyak bertekak kepada banyak bekerja. Sebab bercakap sahaja tidak akan merubah sesiapa dan suasana. INilah budaya umumnya orang kita...menikmati bercakap melebihi dari memastikan apa yang dicakapkan dapat dilaksanakan. Alangkah baiknya jika bercakap dan melaksanakannya dapat berjalan seiring secara teratur.
4. Selepas Asar, kami menerima kunjungan dari sdr. Sanusi yang pernah aktif total sejak dari tahun 1998..sambil memeluk beliau terasa hangat ucapan beliau setiap kali demo..."UNDUR....UNDUR...MAHATHIR UNDUR...dan banyak lagi..tapi perkataan UNDUR memang dari buah fikiran beliau...kemudian barulah diikuti Gobala....beliau agak kurus sekarang..bila ditanya buat apa sekarang? ringkas aje jawapannya..PETANI dan jaga anak..Kami masih ingat betapa banyaknya pengorbanan beliau kepada gerakan reformasi masa itu...segalanya beliau serahkan dan korbankan...kami hanya berdoa agar Allah menerimanya.. Memang mungkin ramai yang tidak mengenali beliau sekarang tapi jika ditanya era 98...pasti kenal..Pandangan beliau simple..saya tak dapat aktif dengan IKRAR sebab terlalu jauh untuk ulang alik. Tapi sekadar ahli biasa ok..lalu kami berikan sehelai borang IKRAR dengan harapan beliau dapat sertai IKRAR sekalipun hanya dengan doa dan sesekali dapat hadir memberi pandangan kepada AJK IKRAR.
IKRAR: Terima kasih bro,, semoga semangat juang akan terus hidup dan kami tidak akan melupakan jasa sdr. Soal sdr kita yang dah pegang jawatan tinggi di beberapa Negeri, kita doakan aje agar mereka juga merenung nasib saudara-saudara kita ini. Inilah tugas IKRAR dan kami akan terus mencari jalan bagaimana saudara kita ini dapat dibantu kerana air banjir adalah bermula dari air yang menitis dari atas atau mata air. Bukan terus jadi besar tapi berproses maka jangan lupa bro saudara kita ini!!!

Maghrib kami bersurai.
Sepanjang jalan teringat Allahyarham Rustam Sani pernah beberapa kali berceramah dengan beliau di tahun1998 - 1999. Tone ceramahnya senada tapi isinya penuh...ya kita kehilangan seorang yang padat fakta kalau berceramah dan dia betul-betul prepair sebelum berceramah.

Teringat juga Sanusi di tahun 1998...memang patut dibela,,,. Semoga dia bersabar....!!!

Info:
Meeting AJK pada hari Jumaat 25 Apr..tolong dapatkan info dari sekretari ok!!.(kami mohon setiap AJK buka blog setiap hari supaya info terus update dan dapat jimatkan kos..) Tak ada apa yang nak ditutup sebab kita bukan buat benda menyalahi undang-undang dan kita bukan bawah tanah. Tapi kalau nak tangkap juga memang mangkuk.... "kita mahu telus dan mulusssssss"

Tuesday, April 22, 2008

BERTEMU MEDIA RAKYAT, KERJASAMA DENGAN MEDIA INDONESIA.. dan NGO ...

HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

22 Apr.

Seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat AJK setelah IKRAR didaftarkan kami akan berkunjung ke beberapa media rakyat bagi memperjelaskan resolusi, visi dan misi IKRAR. Alhamdulillah kami mendapat layanan yang baik dan semua media bersedia untuk membuat liputan aktiviti IKRAR. Beberapa idea juga dapat kami ambil untuk memantapkan lagi IKRAR terutama dari segi kerjasama dengan media seterusnya.

Kami amat menghargai komitmen dari TVPAS (DIALOG YB DAN REFORMIS), Harakah (menjadi media utama IKRAR), Siasah dan Wasilah (beberapa program FORUM Wasilah dan IKRAR akan bermula bulan May). Semoga kerjasama yang terjalin akan berpanjangan demi meningkatkan nasib, hak dan kebajikan rakyat.

Kami bercadang dalam minggu ini akan berkunjung ke beberapa media rakyat yang lain.

Beberapa NGO yang berminat untuk bekerjasama juga sedang kami atur pertemuannya dan kami berharap lebih ramai lagi akan menerima IKRAR terutama selepas Harakah, Siasah dan Wasilah membuat liputan.

Agenda utama sekarang ialah memberi info sejelas mungkin kepada rakyat dan reformis akan betapa perlunya IKRAR berperanan untuk kebajikan rakyat dan selaras dengan strategi Pakatan Rakyat..Kami juga sudah membuka keahlian free dengan mengisi borang muat turun dari blog dan emelkan kepada kami.

Bulan Mei, IKRAR akan mengadakan kunjungan ke pemimpin Pakatan Rakyat dengan hasrat kami dapat diterima sebagai rakan dan pendokong perjuangan Pakatan Rakyat.



IKRAR: Kami
berharap dalam bulan Jan 2009, beberapa program kerjasama dengan media dari beberapa negara akan dapat kita laksanakan supaya rakyat tidak diperbodohkan lagi.
Sebuah NGO Press Reformasi yang anggotanya melebihi 60 surat khabar, beberapa NGO kebajikan agenda reformasi di Indonesia sedang dalam proses kerjasama dengan IKRAR..Semoga dalam bulan May usaha ini akan menjadi kenyataan...

Monday, April 21, 2008

HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

ALHAMDULILLAH...IKRAR TELAH DIDAFTARKAN & BORANG PENDAFTARAN...

HR9808 @ IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

22 Apr 2008

Saudara dan saudari yang berbahagia,

Bagi mempermudahkan urusan dan birokrasi kami telah mendaftarkan singkatan -KHIDMAT IKRAR no 001759873-A di Kuala Lumpur.
Alamat:No. 59, Bazar DBKL, Jalan Melayu, Masjid India. Kuala Lumpur.

Telah berpindah ke Ipoh Perak. Alamat akan diinformasikan dalam tempoh terdekat.

Sila copy dan paste borang dari blog ini ke emel anda dan emelkan ke sekretariat kami: hr9808@blogspot
.com Bagi mempercepatkan proses pendaftaran sila sms ke sekretari. Anda juga boleh membantu kami dengan memanjangkan lagi emel dan borang pendaftaran tadi ke semua teman anda di seluruh dunia. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.!!









No pendaftaran: 001759873-A .

Permohonan menjadi ahli

Nama:...................................................Lelaki/perempuan

Alamat: ......................................................................................................................
................................................Poskod............................................................
No. K/P:.............................................. Tempat lahir:................................................
Pekerjaan:.......................................... Kerajaan/swasta..........................................
Telefon Pejabat:................................ Telefon bimbit.................................................
emel:................................................... Faksimili.......................................................
Adakah anda ahli dari mana-mana parti: PKR/PAS/DAP/................................atau NGO................................
Dicadangkan oleh:............................. No. Ahli.................................

T.tangan:.....................................

Disokong oleh:................................... No Ahli................................

T.tangan:.....................................

SESUNGGUHNYA SAYA BERIKRAR AKAN MEMATUHI ETIKA, PERATURAN IKRAR DAN DENGAN RELAHATI AKAN TURUT BERJUANG SELARAS TUJUAN SERTA MATLAMAT IKRAR.


Tarikh:...................................Tandatangan:..................................


--------------------------------------------------------------------------
Untuk kegunaan Urusetia

Diterima pada:.................................... oleh:....................................
dan telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa pada ........................dan permohonan ini telah diterima / ditolak.

Disahkan oleh:

Setiausaha:..........................................

Bendahari:..........................................

Pengerusi:...........................................

--------------------------------------------------------------------------
Catatan:
* Sebarang bentuk derma/sumbangan HANYA melalui akaun semasa KHIDMAT IKRAR yang akan kami umumkan nanti atau melalui AJK yang resmi (sebarang bentuk kutipan derma/sumbangan tanpa pengesahan dari pihak AJK adalah tidak dibenarkan sama sekali).
* Setelah diisi sila emel kepada kami: hr9808@gmail.com


--------------------------------------------------------------------------



Friday, April 18, 2008

RESOLUSI DARI PERTEMUAN HR9808 DI KL

R9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.


Bendera Malaysia

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.



Lambang Negara

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.



20 Apr 2008

Alhamdulillah, majlis dialog berjalan lancar dan mendapat sambutan dari semua pihak khasnya reformis baru dan lama. Kehadiran hampir 100 orang sebenarnya sudah amat bererti bagi ajk penganjur kerana matlamat untuk membentuk kesefahaman antara Reformis dan YB Pakatan rakyat telah tercapai serta pada masa yang sama telah diwujudkan sebuah jawatankuasa sekretariat HR9808 sementara mendapatkan izin IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat). Hasil dari persefahaman ini maka kami berjaya mencapai RESOLUSI tersebut:

RESOLUSI PERTEMUAN DIALOG REFORMIS (HR9808) DENGAN YB PAKATAN RAKYAT SEPERTI BERIKUT:


1. TERCAPAINYA KESEPAKATAN UNTUK MENERUSKAN KESINAMBUNGAN PERJUANGAN REFORMASI DI MALAYSIA YANG BERSESUAIAN DENGAN PASCA PRU-12.

2. KAMI BERKOMITMEN SEPENUHNYA BAGI MEMPERJUANGKAN HAK, KEADILAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT MALAYSIA

3. SENTIASA MENDOKONG DAN MENJUNJUNG KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

4. KAMI TERUS KONSISTEN MEMPERTAHANKAN HAK ASASI MANUSIA DAN MENENTANG SEGALA BENTUK KEZALIMAN SEJAGAT

5. KAMI MENYOKONG PENUH VISI DAN MISI PAKATAN RAKYAT

6. BAGI MELAKSANAKAN AGENDA DI ATAS KAMI SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN PEMBENTUKAN JAWATANKUASA SEKRETARIAT HR9808 (bagi urusan rasmi bermula dari 22 Apr - IKRAR).

Tarikh: 19 Apr 2008 Bertempat: KL International Hotel KL

JAWATANKUASA SEKRETARIAT

IKRAR (IKATAN KEBAJIKAN RAKYAT)

Pengerusi: Mustapa Mansor

HP: 012 3333825

mustm99@hotmail.com

Jawatankuasa baru akan diinformasikan dalam waktu terdekat.






RESPONS KEPADA KL POS, BLOG NORA dll.....

HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

Benarkah aktivis reformasi mencari arah baru? Cetak E-mail
Oleh Mohamad Mukhreez
Jumaat, 18 April 2008

KL: Selepas akhbar internet Malaysiakini menyiarkan berita kononnya aktivis reformasi sedang mencari arah baru, KLpos.com menerima beberapa panggilan daripada penyokong reformasi yang terkejut dengan kenyataan tersebut.

Malaysiakini melaporkan satu forum dianjurkan oleh aktivis reformasi yang memetik kata 'jurucakap penganjur Mustapa Mansor,' bertujuan membincangkan peranan baru aktivis gerakan itu sebagai kumpulan tanpa parti, termasuk menegur kerajaan-kerajaan negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Menurut seorang pemanggil, beliau terkejut kerana tiba-tiba membaca perkara tersebut sedangkan sebelum ini beliau langsung tidak diberitahu mengenai majlis yang akan diadakan itu.

"Saya tidak kenal siapa yang menjadi penganjur tersebut?" katanya.

Malaysiakini melaporkan seorang yang bernama Mustafa Mansor mendakwa mewakili kumpulan aktivis reformasi akan menganjurkan forum 'Mensyukuri Kemenangan Pilihanraya Umum ke-12: Menganalisis Strategi dan Memperkukuhkan Komitmen'.

Pertemuan di hotel KL International kononnya sebagai mengenang perjuangan selama satu dekad yang digelar 'Himpunan Reformis 1988-2008'.

Sementara itu, aktivis reformasi terkenal, Nasir Isa memberitahu KLpos.com, beliau ada dimaklumkan oleh penganjur mengenai program tersebut.

Ditanya apakah beliau menyokong majlis tersebut, Nasir berbelah bagi, "hendak kata sokong pun tidak, hendak kata tidak sokong pun program tersebut baik," katanya.

Namun Nasir yang pernah dilokap berbelas kali kerana menyertai perhimpunan reformasi berkata, "Lebih elok jika program tersebut tidak menggunakan nama aktivis reformasi"

Ini kerana, kata beliau, aktivis reformasi terlalu ramai dan jika hendak menggunakan nama tersebut, penganjur perlulah melibatkan sebahagian besar mereka.

 Seorang lagi aktivis reformasi, Norazimah Mohd Nor, (gambar) atau lebih dikenali sebagai Nora berkata, Gerakan Reformasi tidak mempunyai pemimpin khusus.

"Program tersebut baik, tetapi saya berharap jangan ada pihak yang menggunakan nama aktivis reformasi untuk menggambil kesempatan terhadap pengorbanan yang pernah dicurahkan oleh golongan reformasi.

Ditanya apakah benar aktivis reformasi kini mencari arah baru selepas Pakaran Rakyat menang besar dalam pilihanraya lalu, kata Nora, itu adalah kemenangan rakyat dan golongan reformasi akan meletakkan kepentingan rakyat sebagai kepentingan utama perjuangan beliau dan rakan-rakan.

"Itulah arah perjuangan kami," katanya.


RESPONS....


AJK HR9808@IKRAR: Terima kasih atas muatan artikel dari Kl pos, BLOG Nora dll.Izinkan kami menjelaskan beberapa kekeliruan dari hal tersebut:

1. Kami mohon pihak yang keliru dengan HR9808@IKRAR sila datang ke majlis (yang terdekat 11 May 2008 jam 2 petang di Masjid Jamek). Pertemuan lalu pada 19 Apr adalah baru peringkat nak berbincang dan bertukar-tukar pandangan demi kemaslahatan rakyat pasca PR -12. Jika mahu info lebih sila baca teks ucapan wakil HR9808@IKRAR dari blog kami. Kami mohon KL pos dapat memuatkan teks ini supaya kekeliruan tidak berpanjangan (MASA ITU KELUAR DI KL POS).

2. Kami tidak menyatakan bahawa kami wakil reformis tapi kami hanya AJK penganjur majlis dialog Reformis bersama Pakatan Rakyat HR9808. Kami sedar akan hal ini dan atas sebab inilah juga sebagai bukti kami amat menghargai perjuangan reformis lalu kami anjurkan program ini dengan harapan reformis dari semua kalangan dapat memahami tujuan serta hasrat kami DAN mari kita bersatu.

3. Mustapa Mansor@ABU Miqdad (penulis buku "Rakyat Menuntut Keadilan tahun 1998-1999"), Bekas Ketua PKN Batu, Bekas Timbalan Ketua Perhubungan WP 1999, selama 10 tahun ulang alik Indonesia-Malaysia cari rezeqi dan belajar, blog beliau-www.aziim2008.blogspot.com- adalah salah seorang AJK Penganjur HR9808 dan jika mahu kenal beliau sila datang bertemu bila-bila masa di Masjid India. Kami tak salahkan sesiapa kerana tidak mengenali beliau tapi setahu kami perhimpunan ADIL yang pertama di KL adalah di rumah beliau dan beliau pengerusi perhimpunan tersebut. Saran kami agar anda dapat membaca teks ucapan beliau di www.hr9808.blogspot.com atau hadir sesi dialog dengan beliau.
4. Kami bersetuju dengan pandangan Nora tentang betapa pentingnya perjuangan yang bertujuan untuk kebajikan, keadilan dan kesejahteraan Rakyat (dan terima kasih sebab bagi peluang kami komen).

5. Kami menyeru kepada semua pihak terutama reformis agar bertenang dan berkepala dingin kerana nasib rakyat bukan ditentukan oleh satu golongan atau nama atau parti atau tokoh atau apa sahaja tapi ianya ditentukan oleh KEDAULATAN RAKYAT. Ayuh mari kita berbincang dengan baik dan lebih bijak kerana sejak dulu kita sudah kenal dengan musuh RAKYAT, kezaliman dan kebejatan mereka maka apakah ada waktu untuk kita berfikir di luar dari kerangka itu? Ahlan wasahlan kepada para penyokong UMNO-BN jika mahu berdialog sama kami siap sedia untuk itu pada bila-bila masa.

6. Soal tegur kerajaan negeri atau tegur sesiapa memang sejak dari dulu komitmen kita untuk menegur jika ada perbuatan yang bercanggah dengan hak dan kebajikan rakyat sekalipun dengn Sultan atau Raja Melayu. Tapi kami lebih memilih untuk beretika dalam menegur kerana ianya lebih mendekati kepada matlamat dan tujuan menegur. Apatah lagi untuk menegur guru-guru dan senior kami.

7. Semoga anda semua sudi menerima segala kekurangan dan kesilapan dan jauh dari sudut hati kami...kami tidak mahu melukakan hati sesiapa terutama warga reformis samada dalam parti atau di luar parti. Kami siap sedia ditegur jika ada yang salah dan inilah tujuan program pada malam itu bukan semata-mata dialog tapi lebih jauh dari itu iaitu untuk memastikan kemenangan di pihak Rakyat di bumi Malaysia.

AJK HR9808@IKRAR
info lengkap:www.HR9808.blogspot.com