foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, September 30, 2008

RAMADHAN YA RAMADHAN..KAU PERGI TINGGALKAN KAMI DAN SYAWAL PULA DATANG MENGGANTI..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

28,29,30, 1 Okt

Dalam kesibukan membuat persediaan menyambut aidilfitri dan melaksanakan qiam di hujung akhir 10 Ramadhan, kita perlu memberi sedikit ruang kepada waktu agar makna perjuangan kita selama ini dapat bernafas sear kembali setelah melalui latihan bersama Ramadhan.
Ramadhan yang pergi telah mengingatkan kita kepada beberapa hal:

1. Latihan kekuatan jasmani -Walaupun tidak makan kita wajib terus berfikir dan berusaha dengan kadar kemampuan yang ada. Tanpa berkeluh kesah kita lakukan setiap hari demi meraih cinta dari Allah. Kita redha dengan kelaparan demi mendapatkan takwa di sisi Allah. Termasuk dalam sifat seorang yang bertakwa ialah dia redha dengan segala suruhan dan Allah dan meninggalkan segala tegahan Allah dalam seluruh kegiatan hidupnya . Dalam mencari rezqi buat anak isteri, belajar, berfikir dan apa sahaja niatnya tetap sama iaitu mencari redha Allah. Inilah makna sebuah latihan puasa sehingga jasmani yang lemah dengan bermacam penyakit hilang dalam tempuh pembersihan Ramadhan.

2. Latihan ruhani- merasai kelaparan orang miskin mustahil akan dapat kita rasai kecuali dengan kita turut sama merasakannya. Rakyat menderita akan mudah difahami bagi seorang pemimpin jika dia sering berpuasa. Dia tidak akan sangup melahap makanan yang di sana masih ramai yang tidak cukup makan. pemimpin yan baik tetap akan mementingkan rakyatnya dari dirinya sendiri. Jadi pemimpin yan sanggup melahap rezqi dari rasuah, merompak kepentingan rakyat adalah pemimpin yang bakal di makan perutnya oleh api neraka. Mereka tidak akan faham makna susah bagi rakyat dan pemimpin seperi inilah yan sedang memerintah kita di Malaysia. Dengan ruhani yang tinggi hasil tarbiyah Ramadhan, maka mari kita doakan agar segala bentuk penindasan dari pemimpin zalim ini akan dicabut oleh Allah dengan segera. Saya yakin selama beberapa minggu qiam dan tarawikh doa ini telah pun kita lakukan..

Sekarang saya berada di Bandung dan dapat melihat sendiri suasana masyarakat muslim Indonesia merayakannya. Banyak yang berbeza terutama selepas maghrib malam pertama raya..seluruh masjid melaungkan takbir sehingga ke subuh dan di beberapa kota besar anak muda berkumpul dan berarak keliling sambil memukul beduk. Ini pesta rakyat yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. tidak timbul soal azan dan takbir kerana masyarakat di sini sudah faham makna persamaan dan persaudaraan. Semua kaum bagaikan adik beradik saling mengucapkan selamat hari raya tanpa berpura-pura. Saya yakin..jika semangat ini disuburkan oleh para pemimpin Indonesia dalam tempoh 20 tahun akan datang Indonesia bukan sahaja akan menjadi gergasi politik di ASEAN bahkan mampu memberi model baru yang jumlah penduduk Islam terbesar di dunia serta sangat teguh berprinsip dengan ajaran Islam itu sendiri tanpa merosakkan rasa hormat kepada agama lain. Inilah yang sepatutnya pimpinan Melayu Malaysia lakukan bukan hanya pandai bakar semangat permusuhan antara kaum yang akhirnya memusnahkan seluruh kekuatan bangsa dan negara Malaysia.

Sekali lagi kepada sdr/sdri yan sering berkunjung ke blog ini..saya dan keluaraga memohon ampun dan maaf atas seala kelemahan dan kesalahan selama ini!!!

Sempatkanlah membaca beberapa ucapan dari pimpinan PR agar kita senaniasa merasakan hubungan antara pejuang dan pimpinannya. Semoa Allah menerima amal dan perjuangan kita dan memberi kemenangan kepada kita semua.!!!amin..

Ekonomi didorong nafsu tamak tidak akan berjaya - Anwar
Abdul Aziz Mustafa
Wed | Oct 01, 08 | 12:59:27 am MYT

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak yang bukan kepalang, tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Perutusan Eidulfitrinya.


"Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dan dimaknai dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh berlegar di kalangan segelintir sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman.

"Inilah yang kita tegaskan sebagai ekonomi yang manusiawi. Ekonomi yang dibangun di atas prinsip insan sebagai makhluk bermoral dan berakhlak, bukannya semata-mata homo economicus; yang hanya memburu kepentingan diri sendiri," jelas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menyentuh perubahan yang diusahakan pihaknya, Anwar berkata, perubahan yang ingin dilaksanakan bertapak di atas bongkah-bongkah yang kukuh, jauh sekali dari retorik kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan.

"Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya ekabudaya. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api asabiyyah dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah �siapa yang menyemai angin akan menuai badai,� katanya.

Ramadhan, katanya, pastinya mengingatkan kepada kisah Pembukaan Kota Mekah (Fath Mekah).

"Kejayaan Rasulullah s.a.w. yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah s.a.w. dengan wakil kaum Quraisy," katanya.

Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut,kata Anwar lagi, namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah s.a.w. di dalam menerima perjanjian tersebut.

"Rupa-rupanya �jalan kemenangan sudah jelas nyata.� Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah s.w.t. yang berbunyi: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.

"Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan islah terlaksana," katanya lagi.

Dengan memulakan ucapan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya mewakili keluarganya dan segenap lapisan kepimpinan serta akar umbi PKR, Anwar mengakhiri perutusannya dengan berkata "Insya Allah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran,�ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit (Ayat 24, Surah Ibrahim)�_

Semua manusia adik-beradik - Mursyidul Am

Abdul Aziz Mustafa
Wed | Oct 01, 08 | 11:03:20 am MYT

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Semua manusia seluruh dunia adalah "adik-beradik sebenarnya" tidak kira bangsa sama ada Arab, Melayu, Cina, India, Amerika atau Orang Asli kerana semua mereka adalah adalah anak cucu Adam a.s dan Hawa, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perutusannya sempena Eidulfitri.


"Tidak ada lebihnya bangsa Arab berketurunan Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Orang Asli kecuali hanya dengan taqwa kepada Allah, sujud kepada Allah Tuhan yang Maha Meliputi sekelian alam.

"Sumber hidup keseluruhan ini adalah anugerah Allah s.w.t. Ia tidak dapat dijual dan tidak dapat dibeli," kata Menteri Besar Kelantan itu.

Begitu juga, kata beliau, dengan pelbagai bulan di dalam taqwim di mana dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup manusia sarat dengan perhambaan kepada Allah s.w.t.

"Sebenarnya, baik dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup kita ini sarat dengan pelbagai aktiviti perhambaan. Kita mengabdikan diri kepada Allah dalam segenap keadaan.

"Menyambut Hari Raya pun adalah merupakan ajaran agama. Makan minum, berpakaian cantik, suka-ria di hari raya sama ada Eidulfitri atau Eiduladha; semuanya itu adalah ajaran agama.

"Teriak tangis di waktu dinihari, sedu-sedan sebelum subuh meminta diampunkan segala dosa, diselamatkan dari godaan nafsu dan sabar menghadapi segala karenah manusia baik mukmin, fasik, kufur dan lebih-lebih lagilah yang munafik; pun adalah ajaran agama," kata Tuan Guru.

Begitu juga, katanya, dengan kesedaran terhadap lafaz berbunyi: "Ya Allah mujurnya ada ajaran-Mu dan puasnya hatiku mendengar nasihat Nabi-Mu yakni Muhammad s.a.w.�

"Semuanya ini berupa pengabdian," katanya lagi.

Beliau mengucapkan kesyukurannya kepada Allah yang telah mendatangkan lagi Ramadhan "untuk kita menghirup udara kerahmatan, keampunan dan maghfirah yang sangat mulia".

Lebih penting dari itu, katanya, adalah kesedaran untuk mengambil kesempatan keatas janji-janji gandaan pahala yang ditawarkan oleh-Nya.

"Dengan segala kesedaran dan isi kandungan kesyukuran seperti yang kita sebutkan ini, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf jua seadanya," kata Tuan Guru. _

Adab berjemaah perlu dipelihara - Presiden PAS
Abdul Aziz Mustafa
Wed | Oct 01, 08 | 8:57:19 am MYT

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Akhlak dan adab berjemaah perlulah sentiasa dipelihara sama seperti memelihara prinsip perjuangan sehingga tidak berpaling atau hanyut dengan yang selain darinya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang dalam perutusan Eidulfitrinya.


"Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembnimbing kita pada setiap ketika," katanya lagi.

Walaupun Ramadan berlalu pergi, beliau mengingatkan semua ahli di pelbagai peringkat supaya terus-menerus mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah, bermunajat untuk kekuatan jemaah, meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS.

"Kepimpinan parti pula hendaklah bersedia untuk merangka program tarbiyah kepada ahli-ahli baru nanti selain memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada," katanya.

Tuan Guru menyeru supaya ziarah-menziarahi pada Syawal ini dijadikan medium untuk meningkat hubungan baik dengan masyarakat.

"Pimpinlah masyarakat supaya sama-sama menghayati perjuangan Islam ini," katanya.

Beliau berharap kurniaan taqwa akan "mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.

"Islam perlu mendominasi seluruh suasana supaya manusia kelak dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam sehingga rela berada di bawah naungannya," kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Hari Terbuka PAS sempena Eidulfitri 1429 akan diadakan pada 12 Syawal atau 12 Oktober ini dari pukul dua petang hingga pukul enam petang di Stadium Malawati, Shah Alam.

Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Ahli Majlis Syura, Jawatankuasa PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan menjemput rakyat melapangkan masa menghadiri rumah terbuka itu.

Selepas cuti Hari Raya ini, untuk pertanyaan mengenai hari terbuka itu, sila hubungi 03-26925000 atau 03-26927400. _

Sedutan artikel dari seberang...

Bersalaman

By Drs. Fauzul Iman, M.A.
Selasa, 30 September 2008 pukul 05:27:00
Bersalaman

Bagi masyarakat yang telah mengenal tradisi bersalaman, biasanya mereka melakukannya dengan maksud atau beberapa motivasi. Pertama, bersalaman untuk meminta maaf atas kesalahannya. Kedua, bersalaman untuk tanda persahabatan. Ketiga, bersalaman karena kedua belah pihak telah lama tak berjumpa. Keempat, bersalaman karena untuk mempererat tali silaturrahmi. Sejalan dengan motivasi di atas, dalam praktik keseharian, tradisi bersalaman demikian mengakar kuat dilakukan oleh anak kepada orang tua, murid kepada guru, bawahan kepada atasan, dan oleh masing-masing sahabat terdekat.

Tradisi bersalaman dalam kondisi demikian sangat dianjurkan oleh agama. Bahkan ada satu hadis yang menjelaskan tentang terampuninya dosa seseorang yang senantiasa memelihara tradisi bersalaman. ''Bila dua orang muslim saling berjumpa, lalu keduanya bersalaman, kata Nabi SAW, maka kedua orang itu akan diampuni dosanya sebelum keduanya berpisah.'' Dari hadis ini dapat dipahami bahwa bersalaman dalam ajaran agama tak hanya menjadi tradisi. Lebih dari itu, ia telah dilegitimasi oleh nilai nilai agama yang syarat dengan muatan-muatan sakral (ibadah). Bagi yang melakukan kegiatan bersalaman, yang bersangkutan tidak hanya meraih rasa syahdu atau keasyikan yang diluapi kegembiraan, tetapi ia akan memperoleh pahala sekaligus terhapus dosanya.

Di Lebaran Idul Fitri ini, kita merasakan betapa semaraknya kegiatan bersalaman di tengah masyarakat. Di antara mereka memang ada yang dengan tulus dan ikhlas melakukan tradisi bersalaman ini. Mereka tanpa pandang bulu berbaur bersalaman baik dengan anak-anak, tua jompo, miskin dan kaya, dengan harapan dapat saling memaafkan, memperkuat dan membangun kembali tali ukhuwah dan persahabatan.

Di sela-sela kegembiraan dan keikhlasan umat Islam menjalankan tradisi bersalaman, ternyata masih banyak di antara kita yang menyalahgunakan tradisi tersebut. Bersalaman yang semula bernilai sakral diubah bentuk sehingga kehilangan maknanya. Ia tidak lagi menjadi media ibadah yang dapat mempercepat tali silaturrahmi, tapi menjadi alat kepentingan kelompok terentu untuk mengembangkan relasi yang menarik margin keuntungan. Tak pelak lagi, tradisi bersalaman menjadi sarat dengan muatan materi secara pandang bulu dan menjadi elit. Tradisi bersalaman dilakukan oleh kelompok ini dengan cara membawa parsel atau bingkisan yang berharga mahal, yang diberikan kepada orang yang sebenarnya tidak layak disantuni. Tradisi bersalaman yang demikian, jelas bertentangan dengan misi silaturahmi dan merusak sendi-sendi kebersamaan, karena sikap ini

cenderung berpihak kepada kelompok kuat, sementara kaum lemah dilecehkan. Dalam negara kita yang masih terdapat umat yang mendambakan bantuan sosial dan sentuhan kasih, hendaknya tradisi bersalaman tidak berjalan memihak yang menyebabkan kaum kuat semakin besar kharismanya, sementara kaum kecil semakin terkucil. (ah)

Contoh dari amalan ummat Islam di kota London...membantu siapa sahaja....

Ramadan Memberi Makan Gelandangan London

By Republika Contributor
Selasa, 23 September 2008 pukul 16:23:00
Ramadan Memberi Makan Gelandangan London

Spirit Ramadan membuat pemuda Muslim Inggris berbagi kenikmatan Ramadan kepada para pengemis dan gelandangan London dengan memberi makanan berbuka (iftar) gratis.

"Selama Ramadan, kami para Muslim ikut merasakan sesaat bagaimana rasanya lapar," ujar Miqdad Asaria, pemilik ide iftar untuk para gelandangan, seperti yang dikutip oleh The Guardian.
"Saya kira, Kapan waktu yang lebih baik lagi untuk berbagi dengan mereka yang selalu kelaparan sepanjang tahun?"

Setiap hari Selasa, Asaria dan pemuda Muslim datang ke Lapangan Lincoln di London di mana banyak gelandangan pria dan wanita mendunggu pengunjung dermawan mereka. Begitu mereka tiba, para pemuda itu menyebar ke penjuru taman dengan berbagai macam minuman dan makanan untuk dibagi dengan mereka yang kurang beruntung.

Kemudian mereka melakukan sholat Maghrib di salah satu sudut taman, sementara kelompok yang lain menawarkan makanan hangat untuk para gelandangan non Muslim yang kelaparan.

Asaria, pemuda berusia 27 tahun, sekaligus ahli komputer itu percaya jika inisiatif tersebut membawa keuntungan ganda, membantu pemuda Muslim menjalin hubungan dengan komunitas lokal dan menciptakan kesadaran lebih besar.

"Saya ingin menyatakan jika Muslim tidak seharusnya hanya melihat keluar jika mereka berpikir tentang masalah--banyak masalah pula di dalam negara ini," papar Asaria. "Para Muslim yang berharap tidak mengenal satu sama lain, sehingga ini adalah media bersosialisasi pula bagi kita," imbuhnya.

Begitu Asaria mengadakan iftar gratis dua minggu lalu, ia pun membuat halaman di Facebook khusus untuk kegiatan inisiatif tersebut. Hanya dalam waktu seminggu, seratus pemuda Muslim bertanya bagaimana cara ikut berperan. Minggu berikut, pengunjung halaman Facebook telah mencapai lebih dari 150 Muslim.

Sebuah film dokumenter pendek juga dipasang pada YouTube dengan tujuan menyebarkan pesan itu. Ide tersebut menarik perhatian komunitas lain dengan restoran India. Mereka menanyakan kelompok Muslim itu kemungkinan membawa ide iftar lebih jauh

Asaria masih teringat pertama kali ia bersama tim mendatangi taman dengan makanan. "Para gelandangan itu lumayan terkejut. Mereka biasa mendapat makanan yang dilempar dari belakang van," tutur Asaria. "Tapi kami berniat berbagi, maka kami menjalin komunikasi dengan mereka yang makan bersama kami," kata Asaria menekankan.

"Ini adalah contoh yang menginspirasi dari nilai-nilai yang kami pegang dan menggunakan itu untuk menerima komunitas lebih luas," ujar Asaria lagi.

Inggris saat ini adalah rumah bagi sejumlah multi etnis Muslim sekitar 2 juta orang, terutama dari latar belakang Pakistan, Bengali, dan India./it

Saturday, September 27, 2008

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA...DARI TEMAN-TEMAN dan jangan lupa buat tahanan ISA!!!!...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

28 SEPT.

Salam dan ucapan hari raya pula berdatangan melalui sms...akan saya copy ke blog kerana ucapannya berbagai macam sesuai dengan era Malaysia Baru yang maju....

Dari saya: (buat semua...terutama para pembaca blog hr9808 yang setia)

Ramadhan akan pergi,
Syawal datang mengganti,
teringinnak hulurkan tangan apakan daya tak sampai,
teringat nak melaung apakan daya jauh beno,
maka terimalah sms ini pengganti diri,
dari hati yang dalam mohon ampun dan maaf dari segala kesilapan dan kekurangan!!
Tq. mustm (hr9808.blogspot.com)

Balasan:
1.Awang Muslim Sarawak
Terima kasih dan salam Aidilfitri to u sekeluarga.
Awang Muslim n family.aazpp.blogspot.com

2. 0132514528...
Kalau dilipek sebosar kuku,
kalau dibontang sebosar alam,
Kok hilang dicari,
kok hanyut dipinteh,
kok tonggolam di solam,
Datnagbiarlah nampak muko,
kok poei biarlah nampak belakang,
Jauh diimbau,
dokek digamit,
Seuntaisalam,
sojambak kato,
Doghup bicaro,
menghisik raso
Salam Aidil fitri Maaf Zahir Batin buek ekau soisi kuargo.
Ikhlas dari esey. (WIRA Damai 0173812004)

3. Cikgu Zainal
Slm. Slmt eidul fitri.
Salam berngkt ke bdg.

Dalam kesibukan menyambut raya memang patut kita merenung nasib para tahanan ISA samada yang Muslim atau tidak, para isteri, anak-anak dan kaum keluarga mereka yang sebenarnya amat mengharapkan kehadiran mereka di sisi. Sayup di hujung malam, mereka merenung dinding dan siling, meninjau dan menunggu di celah tingkap apakah ada pesan raya buat mereka.
Inilah pesanan buat sdr semua...

Aduhai sdr!..kami mohon maaf atas kelemahan kami yang masih belum mampu untuk melepaskan sdr semua!! Cara lain belum ada kecuali BN ditukarkan ke PR. Tapi sebenarnya jauh di dalam hati kami..sdr semua adalah contoh hidup buat kami semua dan bukti kesabaran buat kami ikuti. Sabarlah sdr ku..masanya akan tiba, ianya sudah hampir tiba...semuga doa dari sdr yang teraniaya akan diterima Allah!!! Kami yang berada di luar akan melakukan sesuatu buat sdr semua..!!!


  • Anti-ISA vigil turns into peace march
    Andrew Ong and Rahmah Ghazali | Sep 27, 08 8:08pm
  • breaking news updated 11.15pm A candlelight vigil and a Chinese lantern procession turned into a 1km march through downtown Kuala Lumpur, which strangely went undisturbed by the police.
Cops foil anti-ISA leafleting bid
Andrew Ong | Sep 26, 08 2:02pm
gmi masjid jamek 260908 crowdAttempts by anti-ISA activists to distribute leaflets about the detention-without-trial law were hampered by an even larger group of police officers.



Polis halang perhimpunan tuntutan hari raya GMI
Irwan Muhammad Zain | Foto Nasir Sudin
Fri | Sep 26, 08 | 5:47:58 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - Pihak polis menghalang satu perhimpunan aman tengah hari tadi, yang menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sambil menggesa agar semua tahanan ISA dibebaskan menjelang hari raya.


Perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) diadakan berdekatan stesen LRT Masjid Jamek, dekat sini.

Mereka turut mengedarkan risalah kepada orang ramai yang melalui kawasan tersebut bertujuan untuk menyedarkan orang awam tentang akta zalim dan ketinggalan zaman ini.

Belum sempat aktivis GMI yang diketuai oleh Syed Ibrahim Syed Noh berkumpul, ASP Sydney Clyde Jeremiah yang mengetuai pasukan polis telah memberi amaran kepada koordinator GMI, E Nalini agar tidak menggunakan pembesar suara dan plakad.

ImageBagaimanapun, aktivis GMI tetap berhimpun dan merentangkan banner di seberang jalan Masjid Jamek. Ia hanya mampu bertahan selama kurang dari lima minit sebelum polis merampas banner dan plakad.

Selepas banner dan plakad dirampas, Presiden GMI, Syed Ibrahim telah membacakan kenyataan media yang mengutuk kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu tanpa bicara.

Syed Ibrahim berkata, tuntutan Hari Raya GMI adalah untuk membebaskan kesemua 66 tahanan ISA dengan segera.

"Selama enam atau tujuh tahun, keluarga mereka menyambut Ramadan dan Syawal tanpa kehadiran suami, bapa atau anak," kata beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa ahli keluarga tahanan ISA ini telah kehilangan tempat bergantung dalam keadaan kos hidup yang semakin melangit.

Image"Mereka ini juga terpaksa membayar tiket bas dengan harga yang mahal untuk ke Kamunting yang memakan masa lebih dari tiga jam tetapi mereka cuma dibenarkan bertemu disebalik cermin dalam tempoh 45 minit sahaja," kata Syed Ibrahim.

Syed Ibrahim membaca kenyataan media itu selama lima minit dan menyudahkannya setelah polis mengeluarkan amaran terakhir. Tiada sebarang tangkapan dilakukan biarpun terdapat beberapa seorang anggota polis wanita berkelakuan lelaki cuba melakukan provokasi terhadap aktivis GMI.

Demonstrasi kecil ini berjaya menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut untuk mendapatkan maklumat dan memberikan sokongan.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh yang turut hadir menyatakan sokongan terhadap demonstasi aman GMI itu melahirkan rasa sedih beliau terhadap nasib malang yang menimpa keluarga tahanan ISA.

ImageBeliau juga melahirkan rasa kesal kerana demonstrasi aman GMI itu telah dihalang oleh polis.

"Bila kita tanya kenapa kita disekat, dia kata itu kena tanya Perdana Menteri tapi masalahnya dah banyak kali jumpa PM tapi tidak ada hasil pun," kata beliau.

Ustazah Nuridah berkata demonstasi adalah merupakan satu cara untuk menyampaikan bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan.

Seterusnya beliau mencabar ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang beragama Islam agar keluar dari parti tersebut jika benar-benar mereka seorang Muslim sejati kerana BN telah menggunakan akta zalim dalam pemerintahannya.

Image"Saya cabar mereka ini menyertai Pakatan Rakyat kerana hanya Pakatan Rakyat yang berjuang untuk membebaskan tahanan ISA seterusnya menghapuskan terus akta lapuk ini," kata beliau.

Beliau turut menyeru agar seluruh rakyat Malaysia terus berdoa agar akta ISA yang zalim ini akan segera dihapuskan. _



HR9808: DERITA ANAK DAN ISTERI TAHANAN ISA...AMAT MENYAYAT HATI..TOK HAMID, PAK LAH, NAJIB DAN SIAPA SAHAJA YANG BERSAMA DENGAN KAMU..DAN REDHA DENGAN ISA..MAKA MARI KITA DOAKAN AGAR KEMUSNAHAN ATAS PAKATAN JAHAT MEREKA, AMIN!!!

Angkara ISA buat anak isteri tahanan hidup melarat

Anis Nazri || anisnazri@harakah.net.my | Foto Wan Zahari
Fri | Sep 26, 08 | 12:22:08 pm MYT

SANDAKAN, 26 Sept (Hrkh) - Tiada yang begitu menyayatkan hati apabila menyaksikan pengorbanan yang dilalui Nasimah Jamal, 16, apabila terpaksa membanting tulang empat kerat untuk meneruskan kelangsungan hidupnya sekeluarga.


Di saat remaja seusianya sibuk menimba ilmu di sekolah, Nasimah hanya menghabiskan masanya di kedai menjual telur, selain membantu ibunya, Norhatta Paraji di kedai runcit kecil milik mereka.

Tidak bersekolah

Keciciran tersebut tidak lain dan tidak bukan angkara ISA yang menyelubungi kehidupan mereka sejak empat tahun lalu, di saat ayah kesayangannya ditahan akta rimba itu.

Kesukaran Norhatta menjaga tujuh orang anak sekaligus, menimbulkan rasa trauma kepadanya untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Dengan kesempitan hidup yang dialaminya, kekangan kewangan serta masa yang perlu diluangkan bersama anak-anak menjadikan hasrat melihat anak-anak menimba ilmu terpendam begitu sahaja.

Image"Sejak suami ditahan, saya mengambilalih tugas suami sebagai bapa kepada mereka, selain meneruskan peranan saya sebagai ibu. Bagaimana dalam satu masa, saya terpaksa mencari nafkah, menghantar dan mengambil anak bersekolah, sekaligus menjaga anak kecil saya?" soal beliau ketika krew Harakah menemui beliau di kediamannya di Batu 19, Sandakan, 23 Sept lalu.

Norhatta, memiliki tujuh orang anak, masing-masing berusia lingkungan 16 tahun sehingga lima tahun, yang hanya menghabiskan masa-masa bersama di rumah usang milik mereka.

Menyaksikan episod masa depan mereka yang gelap ini, jelas membuktikan betapa ISA itu bukan saja menafikan hak bapa mereka menjalankan tanggungjawabnya, malah menafikan hak anak-anak untuk mendapat pendidikan sewajarnya.

Malah, Nasimah terpaksa bekerja membantu ibunya dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka sekeluarga tanpa belaian kasih sayang seorang ayah.

Biarpun memiliki kedai, berapa sangatlah keuntungan yang diperoleh beliau. Malah, setelah hampir dua jam Harakah mengunjunginya, bilangan pelanggan yang memasuki kedainya tidak sampai tiga orang.

Tidak pernah melawat ayah

Tidak cukup dengan derita yang terpaksa ditanggung, keluarga ini tidak pernah berpeluang melawat ayah mereka yang ditahan di Kemta kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang membolehkan mereka tiba di Semenanjung bertemu bapa mereka.

ImageSetelah hampir empat tahun dipisahkan dari bapa, mereka tidak berpeluang melawat bapa yang dirindui. Lebih malang lagi, pihak polis (SB) bertindak merampas sijil kelahiran anak-anak ini, yang berasal dari Filipina.

Hanya surat dari Kemta saban minggu yang menjalinkan ikatan hati dan kasih sayang antara suami dan isteri, bapa dan anak-anak. Dengan surat-surat itulah kerinduan yang tersarat di dada dapat dilepaskan. Namun, ianya sudah pasti tidak terubat begitu sahaja.

Luah rasa rindu

Beberapa hari lalu, anak sulungnya, Nasimah, melahirkan rasa rindu terhadap ayahnya. Nasimah menghantar sistem pesanan ringkas kepada aktivis GMI, Norlaila Othman, menyatakan rasa rindu serta memohon pertolongan agar dapat bertemu ayah tersayang.

Hati siapa yang tidak tersentuh melihat anak-anak kecil ini terbiar tanpa kasih sayang seorang bapa. Walaupun ibunya masih ada, namun kasih sayang ibu tidak mampu menyamai kasih sayang seorang bapa.

Apatah lagi, kekejaman ISA itu bukan hanya memisahkan kasih sayang antara suami-isteri dan bapa-anak, tetapi turut menghimpit kehidupan mereka, serta menafikan hak pendidikan anak-anak.

Menginsafi nasib mereka, khususnya menjelang Syawal yang sewajarnya disambut dengan gembira bersama keluarga, Harakah menunaikan rasa tanggungjawab sosial dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Sumbangan hasil derma pembaca Harakah yang budiman, disampaikan sendiri Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman kepada Norhatta bagi meringankan bebanan hidup dan perasaan mereka sekeluarga menjelang Syawal ini. - mr_


PAK LAH SUDAH MASUK PERANGKAP...?? Bom .. di rumah Teresa...??

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

27 sept.
Pak Lah, tanpa sedar atau sengaja buat tak sedar telah pun berada dalam sangakar bikinan Najib dan kuncunya. Tersengeh-sengehlah Pak Lah di depan media tapi anak menantu dan kroninya, tepuk dahi dan terus berfikir bagaimana agar desakan dalaman UMNO ini dapat diredakan. Apakah senjata akhr yang wajar digunakan? KJ pasti akan terus bermesyuarat dan memanggil suku sakatnya bagaimana mahu menyekat kafilah Najib..Alahai UMNO..keris semata-mata sebenarnya tak cukup untuk mempertahankan jawatan.

Bagi rakyat biasa..rata-rata mereka sudah tak peduli lagi akan perubahan ini kerana Najib bagi mereka lebih parah dari Pak Lah dari banyak sudut. Bapak Najib..Bapak Pembangunan yang amat disayangi oleh rakyat tapi sayang seorang anak negarawan terpaksa berdepan dengan gugatan pembunuhan Altantunya..jika masih ada Tun Razak..bagaimana agaknya perasaan beliau..? Jadi peduli apa dengan Najib kata rakyat...dia pasti gagal untuk mentadbir Malaysia kerana nak tadbir perasaan dan jiwa sudah gagal..Ini persoalan besar sebenarnya. Bukan kita mahu ghibah dengan Najib tapi kita mahu minta beliau merenung dan bertaubat!!! Akuilah kelemahan kamu dan berilah jawatan kepada yang mampu dan layak!! permintaan ini bukan ugutan tapi realiti!! Jika berdegil juga alamat hancurlah Malaysia dengan tangan kamu sendiri..!!!

Berita tentang Teresa tak habis-habis sampai sekarang. Saya sebelum ini tak pernah bagi komentar tentang isu Teresa bukan bererti saya bersetuju dengan tindakan kerajaan kenakan ISA tapi saya ingin dapatkan info yang lebih lanjut. Tapi hari ini terjawablah sudah bahawa yang desperado ialah pemimpin UMNO dan penyangak dalam UMNO. Dua hal yang patut kita tanyakan?

1. Soal azan, Teresa sudah nafikan dan punya saksi yang jelas bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina Islam dan azan. Jika benarlah UMNO ni tahu tentang adab menjaga hati orang bukan Islam..cukuplah dan maafkanlah!! Islam tidak pernah mengajar kita jadi gengster dalam berdakwah dan nabi serta sahabat tidak pernah contohkan hal ini Nabi galakkan dialog dengan hikmah bukan emosi..Ini Islam dari Nabi bukan Islam Hadhari. Jadi kalau hangpa nak tunjuk hebat dengan bangsa dan agama lain ini bukan Islam dan ini hanya Melayu yang sesak nafas serta semput akal budi. Belajarlah Islam dari tok guru yang jelas sdr bukan dari tok guru Ayah Pin!!!

2. Bila pula UMNO mahu jadi hebat nak urus azan tak azan di masjid ni? Selama ni yang porak perandakan masjid siapa? yang kebas duit masjid siapa? yang kontrol masjid sampai Islam jadi celaru siapa? Tolonglah jawab dengan ikhlas!! Hangpalah selama ini yang rosakkan Islam dan membuat fitnah kepada Islam. Inilah jenayah besar yang dilakukan oleh UMNO dan pemimpin Melayu di Malaysia. Masjid jadi lambang yang kosong dan tidak berfungsi jika da pun amatlah terbatas. Di Turki, masjid bukan sahaja jadi tempat solat tapi juga jadi tempat muamalah (sampaikan super market ada di bawah masjid), sama juga di Indonesia, masjid mereka hidup apatah lagi di akhir bulan Ramadhan,masjid menjadi tempat hamba mengadu kepada Allah atas segala kesulitan hidup mereka dan memberi cahaya kepada rakyat Di Malaysia terbalik, masjid gah besar dan tinggi tapi gelap gulita. Apakah ini ruh yang iharapkan oleh nabi dari masjid? Masjid Quba dan beberapa masjid di zaman nabi amat fleksibel sehingga hampir seluruh aktiviti terpancar dari ruh masjid. Inilah makna masjid. Di waktu yang sama rumah ibadat kaum lain dihormati dan mereka seelsa hidup bersama umat Islam. Hoi pemimpin Melayu, hangpa ni dah lah malas belajar Islam dan hangpa nak tunjuk hebat pula dengan kesesatan hangpa? kembalilah kepada Islam yang sebenar dan rujuklah kembali kitab dan guru yang sahih.!! Mohon ampunlah dengan Allah sehingga hidayah datang kembali kepad kita semua!!!

Hari ini keluar berita bom...

Teresa anggap kejadian baling bom petrol untuk menakutkannya

27/09/2008 5:11pm

KUALA LUMPUR 27 Sept. — Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengganggap kejadian membaling bom molotov cocktail di rumah ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini awal pagi tadi bertujuan untuk menakut-nakutkan dirinya dan menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Mungkin tindakan ini berpunca dari perasaan dendam terhadap saya dan keluarga selepas media dan blog tertentu menghina dan menggambarkan saya sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan bersifat perkauman, dengan mereka-reka cerita yang palsu, sebelum dan selepas saya ditahan di bawah akta ISA,” katanya.

Teresa ditahan di bawah ISA pada pada 12 September dan dibebaskan selepas seminggu disiasat.

Laporan polis telah dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan, agar mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan, kata Teresa pada sidang media di rumah ibu bapanya di Taman Rainbow.

Sidang media itu turut dihadiri Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan wakil PAS. Teresa berkata, dengan adanya ancaman itu, beliau berharap polis dapat menjamin keselamatan beliau dan juga keluarganya yang kini jelas terancam.

Lim Kit Siang berkata DAP akan berjumpa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Seri Ismail Omar dalam waktu terdekat bagi memastikan keselamatan Teresa sekeluarga selamat dan terjamin.

Bapa Teresa, Kok Kim Tong, 74, berkata kejadian tersebut berlaku pada 3 pagi apabila anak lelakinya yang sedang melayari internet terlihat seorang lelaki menaiki motosikal membaling sesuatu ke rumah mereka.

Setelah diperiksa, terdapat dua molotov cocktail, dan salah satunya pecah. Tapi mujur tak meletup,” katanya yang memberitahu, ketika kejadian terdapat tujuh orang di dalam rumah tersebut.

Kami juga menemui satu nota berunsur ugutan yang dilipat-lipat lalu kami segera membuat laporan polis pada pukul 4 pagi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan yang dihubungi berkata Polis akan segera menyiasat bagi menjejaki individu yang terbabit dalam kejadian yang mengancam nyawa ini.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 502 iaitu ugutan jenayah, katanya.

Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya mengutuk tindakan penjenayah yang melakukan perbuatan itu dan meminta polis dan kerajaan segera menyiasat kes tersebut, agar penjenayah dapat dibawa ke muka pengadilan.

Ini kali kedua perkara sama berlaku kurang dari dua bulan. Sebelum ini, bekas rumah Presiden Majlis Peguam, S. Ambiga juga dibaling molotov cocktail,” katanya.

Katanya, sesiapa yang tidak setuju dengan dengan pendekatan Teresa, mereka harus menyatakan pandangan mereka dan harus berani untuk mengadakan perdebatan secara aman dan sekiranya mereka rasa tindakan beliau adalah salah, biar undang-undang yang menentukannya.

Koh berkata sebarang kekerasan atau perkara yang menyalahi undang-undang akan menyebabkan ekonomi negara semakin merosot.

— BERNAMA


Oh ya..saya menerima peringatan dari Ketua AMK WP..sdr Mad Zaman tentang semua OKT Geramm perlu mengadap Insp Tuwas pada hari Isnin 29 Sept. Alahai..orang sibuk membeli belah kita sibuk pula bertemu polis ..cuma saya tak dapat hadir kerana ada tugas di Indonesia mula dari esuk. Kepada teman-teman yang berada di Kl sila hubungi Mad Zaman!!!

Sempat juga melihat beberapa emel dan salah satu darinya sdr Rozan..Terima kasih atas sajaknya..Semoga anak muda makin kuat selepas Ramadhan!! Ikrar juga akan terus melaksanakan komitmen untuk kebajikan rakyat. Najib kita suruh turun jika tak mahu turunkan minyak oK!!! Kita belarak lagi "peace walk" keliling KLCC macam tawaf...!!!

Sajak beliau..

selepas 16 september
semua turun mendadak
(tiba-tiba ada peruntukan,
walau tiada dalam bajet defisit).
semua diberi bonus dan hulur bantuan
(tiba-tiba prihatin melayan dan baik hati,
walau tak pergi janjitemu UN, arab saudi).
semua ngo, apparatus kerajaan agresif-hero
(tiba-tiba bersemangat berani, tonjol rajin
mahu main keris dengan azan demi keselamatan).
apakah benar wang boleh beli semua?
apakah benar melayu mudah lupa?
rozan azen mat rasip
damansara heights
25 september 2008
sebelum 16 september
semakin ramai saban hari bertanya
khabar realiti kerajaan pakatan rakyat
mencabar gelisah atau mahu harapan baru?
ada apa di taiwan
(pertanian atau lari takut)
ada apa dgn dr. mahathir
(mantan menteri diktator atau mudah lupa)
ada apa pada sabah
(kesetiaan logo bn atau kecoh akujanji)
apakah betul tarikh itu benar-benar
penanda keramat
(bersama LAH tunggu sambil terus berdo'a).
rozan azen mat rasip
tmn koperasi polis 2
9 september 2008



Thursday, September 25, 2008

AKHIR RAMADHAN....SEIRING DENGAN BERAKHIRNYA BN-UMNO....?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

22,23,24,25,26 SEPT

Mohon maaf kerana tak sempat nak update..Antara mengejar waktu akhir Ramadhan dengan kesibukan mencari rezqi sebenarnya amat mencabar..Tapi di Padang Indonesia yang kebanyakan mereka adalah perantau di beberapa bandar besar di Indonesia terutama dalam bidang restoran Nasi Padang majoritinya menutup restoran hanya semata-mata mahu mengambil fadhilah Ramadhan. Sepanjang 11 bulan mereka telah berhempas pulas mencari rezqi maka ketika Ramadhan inilah masa mereka berhenti dan berehat seketika untuk merenung nasib diri di hadapan Allah. Ramai juga yang pergi umrah ke Mekah. Amalan ini masih kuat dan kental sekali. Sayang orang Melayu terutama di Malaysia amat sedikit yang mampu memberi perhatian ke aspek ruhani ini secara optima. Kita lebih asyik berkunjung setiap petang di mall atau bazar Ramadhan. Aduhai sdr...di mana kah kita agaknya di sisi Allah??

Yang Islam Hadhari asyik membuka kitab nak pertahankan hujah-hujahnya dan dan yang tidak hadhari pula ada juga yang habis waktu di pinggiran jalan ngobrol tentang orang. Tanpa sedar sekarang hanya tinggal 4 hari lagi kita berada dalam Ramadhan..Mari kita tanya secara jujur apakah Ramadhan kali ini telah membentuk kita mendekati takwa?...atau pada hari pertama Raya sahaja kita telah tewas dengan nafsu dll..Keletihan makan lemang dan lauk akhirnya sambil menonton TV kita bermimpi bertemu bidadari..Sejak hari ke sepuluh seperti tidak sabar-sabar media radio tv memutarkan lagu raya...kadang kala tarawikh di malam hari hanya tinggal pada bilangan rakaatnya sahaja tanpa berbekas dalam jiwa kita.

Tidak mampu menangis ketika mendengar imam dari Masjidil Haram membacakan ayat-ayat alquran dan doanya yang mendayu-dayu...Kita hanyut dalam kekenyangan nasi beryani dll. Aduhai sdr...marilah kita meningkatkan rasa malu terhadap Allah!!! Kita bukan lupakan politik di bulan Ramadhan tapi kita berhenti sejenak...merenung nasib kita di akhirat nanti...!!!

Sedikit komentar politik: Suasana politik nampaknya pemimpin UMNO makin kalut dan SEMAKIN JELAS ...mereka akan tenggelam tidak lama lagi dan mereka merasakannya. Soal di media kononnya UMNO masih hebat itu hanya tinggal kekuatan kulit sahaja. Isi sudah habis SERTA TIADA MODAL LAGI..(BN BANGKRAP) dan pendekatan menurunkan harga minyak sekadar melepas batuk di tangga.......

Turun RM0.10 sen amat tidak memadai, rakyat kecewa dengan BN
Intan Abdullah | intan@harakah.net.my
Thu | Sep 25, 08 | 12:10:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak meringankan beban rakyat.


Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal.

"Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?" katanya kepada Harakahdaily.

"Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal,"

Beliau yang juga ahli parlimen Kuala Krai melahirkan kekecewaan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan yang baru dilantik, Dato' Seri Najib Razak.

"Menteri baru pun tidak yakin untuk memberikan sesuatu yang lebih kepada rakyat.

"Sudahlah rakyat kini terbeban dengan kadar inflasi tertinggi sebanyak 8.5 sepanjang 26 tahun ini," ujarnya.

Jelasnya, apa yang sedang berlaku sekaligus menggambarkan kegagalan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara.

Bahkan menurutnya, dalam kiraan tertentu mengenai hal ini menunjukkan bahawa rakyat pula yang perlu menanggung subsidi minyak bagi pihak kerajaan.

"Apa pun saya tetap mencadangkan agar kerajaan mengembalikan harga asal minyak,"

Penurunan minyak semalam adalah merupakan kali kedua selepas kali pertama dengan kadar RM0.15 menjadikan jumlah setakat ini adalah RM.25 dengan kadar harga semasa minyak dunia pada tahap USD92 setong.

Sesetengah pihak mengandaikan contoh formula yang kerajaan gunakan untuk menaikan harga minyak semasa harga minyak dunia melambung ke USD 146 setong.

Persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, apakah alasan yang diberikan kerajaan untuk tidak menggunakan formula yang sama apabila minyak kini berharga kurang USD 92.7 setong.

Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter. - mr_


HR9808: Bila dah lemah...beginilah jadinya ambil sape sahaja asalkan orang tu sokong kita..."Penyokong bawa rebah"....

Perlantikan penasihat bukti kelemahan kerajaan
Abdul Aziz Mustafa
Thu | Sep 25, 08 | 10:12:17 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Perlantikan tokoh-tokoh yang dipersoalkan kredibiliti mereka mengukuhkan bukti bahawa kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah kerajaan yang lemah dan suka membazir, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.


Beliau berkata demikian mengulas perlantikan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan perlantikan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman sebagai penasihat kementerian tersebut.

"Rakyat yang tidak berpuas hati telah pun membangkitkan pelbagai kisah ketika Shahidan menerajui pentadbiran Perlis.

"Antaranya, Majlis Perbandaran Kangar pernah disita manakala bekalan elektrik di jalan-jalan di Kangar pula pernah dipotong kerana kegagalan membayar bil," katanya.

Persoalan juga timbul, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, apa yang dilakukan oleh kumpulan pelaksana projek NCER sehingga memerlukan Shahidan dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai projek itu.

"Adakah pegawai-pegawai pelaksana itu tidak tahu bagaimana hendak menasihat, atau tidak ada benda yang hendak dinasihatkan kerana tidak ada apa-apa pun yang dibuat atau memang mereka tak tahu apa-apa?" soal beliau.

Begitu juga dengan perlantikan Zainal Abidin yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

Tidak tahu buat kerja

"Adakah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang tidak tentu arah dan hari-hari menguap di dalam pejabat kerana tidak tahu buat kerja?

"Kalau benar demikian, mengapa dilantik orang yang junior dan tidak berpengalaman seperti Zainal Abidin yang berada di kementerian berkenaan tidak sampai satu penggal setelah dinaikkan pangkat dari kedudukannya sebelum itu sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar?" Mahfuz mempersoalkan.

Sambil menyifatkan perlantikan-perlantikan itu membuktikan betapa tidak cerdiknya kepimpinan negara hari ini, beliau mengingatkan rakyat tentang bahaya kerajaan yang lemah dan suka membazir.

"Kerajaan yang lemah dan suka membazir melemahkan kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabngsa kepada negara ini yang akhirnya akan mengakibatkan bencana ekonomi," katanya.

Beliau menyatakan kebimbangannya terhadap masa hadapan negara ini kerana kelemahan pentadbiran yang ada sekarang ternyata bermula dari atas.

"Kalau kepimpinan atasan tidak lemah, ia boleh memperbaiki kelemahan di bawah.

"Masalahnya, krisis yang dialami sekarang berpunca dari kelemahan di atas - dari Perdana Menteri, timbalannya, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri sehinggalah penasihat-penasihat yang dilantik tidak tentu fasal.

"Malah, penasihat-penasihat itulah yang paling lemah," kata Mahfuz.

Ganjaran kerja politik

Menurut beliau, rakyat kini mula mendakwa bahawa penasihat-penasihat itu termasuk yang bertaraf menteri itu dilantik memegang pelbagai jawatan bukan untuk melaksanakan tugas berkenaan, tetapi sebenarnya untuk menjalankan kerja-kerja politik bagi kepentingan Perdana Menteri.

"Pengurniaan jawatan-jawatan tersebut hanyalah untuk membolehkan mereka menikmati ganjaran lumayan setiap bulan sebagai membalas jasa mereka menjalankan kerja-kerja politik untuk kepentingan Perdana Menteri.

"Jika mereka yang dilantik itu tidak boleh digunakan bagi menjalankan kerja-kerja politik Perdana Menteri, sekurang-kurangnya perlantikan itu akan mengikat mereka untuk menyokong pelan peralihan kuasa yang ditetapkan Abdullah di samping memastikan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan Umno Disember ini," katanya. _


HR9808: nAJIB INFO ESUK MESYUARAT MT...TUNGGU PASTI ADA SESUATU YANG AKAN BERLAKU...!!!

Sunday, September 21, 2008

PEMBUNUHAN ORANG AWAM ADALAH PERBUATAN TERKUTUK...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

21 SEPT

Sdr, perbuatan membunuh orang awam bukan sahaja melanggar hak asasi manusia bahkan ditegah oleh Islam sekalipun atas nama apa sekalipun. Kejadiaan yang berlaku di Pakistan sebenarnya adalah sebahagian dari fenomena negara yang dilanda masalah konflik berpanjangan. Rakyatnya tidak tenteram dan dengan mudah dirasuk oleh musuh-mushuh luar yang sememangnya menanti saat begini untuk memberi kesan kepada dunia luar negara terutama ummat Islam berada dalam kucar kacir. USA dan kuncu-kuncunya adalah perancang disebalik semua ini dan tidak mustahil di Malaysia juga sama.

Inilah yang dilakukan oleh pemerintah yang sudah tidak bermaya dan mereka sering bekerjasama dengan pihak luar sehingga akhirnya rakyat menjadi korban. Mereka menuding pihak tertentu tapi sebenarnya di belakang merekalah yang mengatur segalanya. Sungguh hina perbuatan mereka dan kita wajib mengutuk sekeras-kerasnya apa juga bentuk kekerasan terhadap manusia. Begitu juga di Malaysia, kita mengingatkan kepada pihak berwajib jangan sekali-kali terfikir untuk mengambil jalan pintas sehingga sanggup melakukan perkara yang sama. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum bukan bodoh seperti hangpa pemimpin zalim (BN) yang tak tahu menjaga kebajikan dan aspirasi rakyat. Hangpa adalah golongan sesat yang hanya menggunakan Islam dan demokrasi bagi tujuan kepentingan diri,keluarga dan kroni. Cukuplah dan hentikanlah sikap pura-pura yang selama ini hangpa amalkan..!!! Dulu kita tak sangka ada rakyat Malaysia boleh bom orang, tapi ianya terjadi dengan C4 dan tidak mustahil ianya berulang lagi...?

Islam tidak pernah mengizinkan perbuatan terkutuk ini dan secara jujur dari lembaran sejarah tidak pernah kita temui perbuatan terkutuk ini diamalkan oleh para Nabi, sahabat dan tabiiin. Kepada golongan yang mempunyai fahaman keras yang sering dimanfaatkan oleh pemerintah sekular atau pengaruh asing, bertenanglah dan kembalilah merujuk kepada Al quran dan hadis secara benar.!!! Jangan jadikan alasan akal semata-mata sebagai dalil untuk bertindak. Dr. Yusuf Qardhawi dengan tegas memberi fatwa dalam hal ini adalah HARAM. Janganlah kita menjadi alat kepada sesiapa sahaja yang boleh merosakkan manusia dan dunia ini.!!!

Pakistan Hotel Bombing Is A Brutal Terrorist Attack




Saturday, September 20, 2008

AGUNG MOHON BERTINDAK SELAMATKAN RAKYAT!!!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

20/21 Sept

Mendengar berita dari media BN memang sakit hati terutama berkaitan dengan perlihan kuasa kuasa BN ke PR. Hampir sama sahaja kenyataan mereka dan memang dalam keadaan tertekan. Pandangan Dr. Abdul Aziz Bari patut diperhatikan oleh pihak Agung dan Majlis Raja-raja Melayu
.....
Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak - Aziz Bari
Profesor Dr. Abdul Aziz Bari
Sun | Sep 21, 08 | 11:16:57 am MYT

Cara Dato' Seri Abdullah Badawi menjawab soalan-soalan pemberita mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukan bahawa beliau memandang serius cabaran Ketua Pembangkang itu.


Sebelum ini Abdullah biasanya berkata bahawa Anwar hanya bergimik apabila mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, lantas membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Tetapi mutakhir ini Abdullah telah bertukar nada. Anwar telah dituduh sebagai pengancam keselematan dan ekonomi negara. Tuduhan ini membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin akan digunapakai.

Jelas sekali kerajaan kini merasa tergugat. Selain cabaran daripada Anwar, parti pemerintah juga digugat oleh perebutan kuasa dalaman. Jika kita lihat reaksi beberapa menteri terhadap penggunaan ISA baru-baru ini, tidak mustahil jika kita katakan bahawa Abdullah tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya kabinet beliau.

Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis. Dalam waktu sebegini, kita memerlukan sesuatu yang mungkin kelihatan sedikit 'di luar perlembagaan' (extra-constitutional) untuk menangani keadaan.

Cara-cara biasa mungkin tidak berkesan, terutama kerana kerajaan seolah-olah telah panik dan kelihatan tidak lagi berkebolehan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan mengendalikan tugas-tugas biasa dalam pentadbiran.

Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan.

Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.

Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu.

Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda.

Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet.

Ini boleh berlaku selepas pilihan raya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri.

Peletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya peletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003.

Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977.

Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu peletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu peletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan.

Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh Umno dan Barisan Nasional. Speaker Dewan Rakyat seolah-olah berusaha keras untuk menafikan usaha Pakatan Rakyat membawa usul tidak percaya di parlimen.

Apa peranan Yang di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa.

Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.

Mungkin jika kita mengikut protokol dengan ketat maka Anwar tidak boleh ke Istana Negara sekarang. Dengan itu, Yang di-Pertuan Agong sewajarnya menjemput Ketua Pembangkang tersebut untuk mengadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa akan menyokong beliau dalam kerajaan baru.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk mendengar secara terus daripada ahli-ahli parlimen tersebut, sama seperti mana Sultan Selangor dan Raja Perlis telah memanggil mengadap ahli-ahli dewan undangan negeri mereka selepas pilihan raya Mac lalu.

Sekiranya Yang di-Pertuan Agong mendapati dakwaan Anwar adalah benar dan Anwar memang mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli parlimen, maka Baginda boleh menitahkan agar Abdullah meletak jawatan.

Bukan sahaja Abdullah boleh dititahkan untuk meletak jawatan, bahkan dalam situasi sedemikian, berdasarkan undang-undang, peletakan jawatan menjadi tanggungjawab Abdullah dan kabinetnya.

Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri dalam situasi sedemikian.

Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri.

Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihan raya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.

Jika kita teliti semula situasi sekarang, maka bagi saya tidak ada keperluan bagi Yang di-Pertuan Agong membubarkan parlimen walaupun diminta. Kita baru sahaja menjalankan pilihan raya umum pada Mac 2008 dan kita boleh membentuk kerajaan tanpa perlu satu lagi pilihan raya.

(Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ialah Profesor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa) - (www.WauBebas.org)._

HR9808:..Amatlah tak adil...Anwar jadi sasaran lagi..sebagai seorang manusia bagilah beliau rehat dari sebarang tuduhan di bulan mulia ini!!!. Hakikatnya memang kita faham bahawa BN takkan berundur selagi belum ke tahap yang lebih serius lagi...Pak Mad Taib juga sibuk buat kenyataan...Apa sudah jadi da...??? Kami menolak tuduhan ini dan mensifatkannya sebagai tindakan budak politik nakal yang hilang tempat bergantung...mereka yang amat bahaya bahkan seratus kali lebih bahaya DARI DSAI..?? Macam hero tapi merekalah pelesap wang rakyat, gadai tanah rakyat, biarkan orang Melayu dalam kehinaan dan bodoh, merekalah pengkhianat bangsa dan negara ini. Sekarang tuduh orang pula..hangpa ni betui-betui benak la...bertaubat dan basuhlah hati hangpa tu..!!! Ramadhan ni bulan rahmat ambillah kesempatan untuk dekatkan diri dengan Allah..bukan tuduh orang itu ini...Depa ni memang tak serik selagi masih duk di atas..Ayuh sdr kita teruskan berdoa agar Allah porak perandakan kesepakatan sesat mereka!!!

Politik Anwar bahaya

Oleh Norfatimah Ahmad dan Sazarina Shahrim




Sentimen Cina, India cetus keresahan kaum

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memainkan sentimen amat berbahaya dengan menimbulkan pelbagai isu berbentuk spekulasi seolah-olah melakukan 'tawar-menawar' dengan masyarakat Cina dan India untuk meraih simpati bagi mencapai impiannya untuk berkuasa.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan lepas satu isu satu isu lain, macam dalam drama, plot demi plot, sedangkan semua itu hanya spekulasi politik.

"Anwar meraih simpati undi Cina dan India untuk berkuasa. Ini mengakibatkan wujud salah interpretasi mengenai hak kaum. Semua kaum seharusnya mematuhi hak mereka dalam Perlembagaan Persekutuan kerana perkara itu sudah dipersetujui ketika kemerdekaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak terpengaruh dengan slogan politik Anwar yang memainkan sentimen orang Cina dan India supaya meruntuhkan keharmonian serta kemakmuran yang dibina kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Rakyat perlu kembali kepada semangat kerjasama kaum ketika Perlembagaan Persekutuan digubal. Kita tidak boleh pinda Perlembagaan ikut alunan macam turun naik ombak kerana yang akan jadi mangsa adalah rakyat dan kestabilan negara," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian selepas menyampaikan cek berjumlah RM18.25 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk elaun 2,300 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Bangi, Selangor.

Katanya, berikutan sentimen yang dimainkan Anwar itu, wujud persepsi rakyat bahawa kerajaan BN lemah, sedangkan BN sudah mentadbir dengan baik.

"Kalau BN benar-benar lemah, keadaan kewangan tidak stabil dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak cekap mentadbir negara, bagaimana kerajaan boleh mengumumkan bajet yang begitu pemurah dan menyenangkan tahun demi tahun sejak 2004?" katanya.

Muhammad juga menafikan wujud tekanan daripada Ahli Majlis Tertinggi (MT) supaya Abdullah melepaskan jawatan Presiden Umno lebih awal.

"Tidak ada apa-apa tekanan kepada Pak Lah, tiada perkara seperti itu dalam mesyuarat MT. Seperti mesyuarat MT lalu, mereka memberikan pelbagai cadangan supaya Abdullah perbetulkan satu atau dua perkara berkaitan perjalanan parti untuk memperkasakan lagi parti.

"Perdana Menteri dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak akan mematuhi pelan peralihan kepemimpinan parti yang dipersetujui pada 2010," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata ada pihak tertentu yang baling batu, sembunyi tangan dengan cuba menggunakan blog, internet dan media bagi mempengaruhi pandangan umum bagaimana pelan peralihan kepemimpinan itu patut dilakukan, sedangkan kaedah pelaksanaannya sudah dipersetujui bersama antara kedua-dua pemimpin itu pada 2010.

"Mereka nak guna blog dan internet untuk ajar kita mengenai peralihan kepemimpinan dan kuasa. Sangat malang kerana kebanyakan rakyat terlalu mempercayai kandungan bahan dalam blog sedangkan di Amerika Syarikat, rakyat negara itu menyiasat dulu butiran dalam blog dan tidak mempercayai bulat-bulat apa yang ditulis dalam blog," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden MIC, Datuk S Veerasingam, berkata Anwar jelas bermain sandiwara selama ini yang bukan saja menggugat hubungan kaum, malah menjejaskan ekonomi negara.

"Permainan politik Anwar sangat bahaya dan tidak bertanggungjawab. Saya minta orang ramai terutama masyarakat India tidak terpengaruh dengan pembohongan beliau," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin sokongan masyarakat India terhadap BN akan terus kukuh dan segala tembelang Anwar akan terbongkar.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai, berkata cara politik yang berbaur perkauman sangat berbahaya terutama di Malaysia yang memiliki rakyat majmuk.

"Anwar terus menerus menggugat keamanan negara dan bermain dengan emosi rakyat.

Beliau terus menerus mengeruhkan suasana politik. Pembangkang yang diketuai Anwar akan mempolitikkan apa saja isu yang ada demi kepentingan agenda politik mereka," katanya ketika dihubungi semala

HR9808: Dari pemerhatian saya, tak mustahil DSAI sekali lagi akan dikenakan ISA jika PR lambat membentuk Kerajaan dan BN akan mencari seribu macam alasan agar DSAI ditangkap..INilah standard budak kampung berpolitik...dah nak kalah dia mula mencari alsan itu ini dan diucapkan dengan nada sinis ...Kenapa tak boleh terima yang BN dah ditolak rakyat????

Friday, September 19, 2008

PR WAJAR MENDESAK KERAJAAN BN BERUNDUR..DEMI RAKYAT...!!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

18/19 SEPT

Sudah sampai masanya PR mempergunakan kaedah mendesak secara terbuka kepada Pimpinan BN yang dengan jelas cuba mempermainkan keinginan rakyat terbanyak. Pak Lah, Najib dan kunucu-kuncu BN bukan sahaja dilihat sebagai jamaah diktator bahkan kedungunan mereka makin terserlah. Rakyat semakin muak dengan info media dan berita ala komunis di TV pemerintah tidak mustahil akan memunculkan rasa benci yang mencuat kepada tekad menumbangkan kerajaan BN seperti yang telah terjadi di Thailand. Apakah ini yang diinginkan oleh pemimpin Melayu UMNO dan BN sehingga sanggup mengurbankan beberapa jiwa terlebih dahulu demi mempertahankan kuasa??
Rakyat tahu, Pak Lah sebenarnya sudah tidak berdaya lagi tapi anak menantu dan kroni kata jangan berhenti kerana projek baru sain aje, begitu juga dengan Najib dll. Semuanya sudah tidak dapat tidur dan sudah gila...
Rakyat pasti mendokong apa sahaja yang dilakukan oleh PR ...teruskan..!!



Usul undi tidak percaya kepada PM
Dato' Seri Anwar Ibrahim Fri Sep 19, 08 11:00:37 am MYT
Hari ini (18 September) pemimpin Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri meminta beliau untuk mengadakan satu persidangan khas Parlimen Malaysia bagi membincangkan usul "Bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau" dan persidangan tersebut perlu dilaksanakan tidak lewat dari hari Selasa 23hb September 2008.

Gesaan untuk mengadakan persidangan tersebut selari dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ianya menuntut satu jawapan segera dari YAB Perdana Menteri disebabkan kedudukan genting politik semasa.
Sebarang kelengahan dari pihak YAB Perdana Menteri, akan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mensabotaj proses demokrasi dan dianggap sebagai satu penyalahgunaan Kuasa Eksekutif.
Tindakan YAB Perdana Menteri untuk bermain-main dengan istilah serta bahasa yang terkandung di dalam surat kami yang pertama, hanya memperlihatkan kepada rakyat jawapan yang tidak matang.
Hasrat pertemuan yang dinyatakan di dalam surat tersebut sangat jelas, iaitu untuk membincangkan hala tuju kepimpinan negara- dengan mengambil kira kedudukan dan posisi beliau, kami telah mengambil satu jalan yang berhemah.
Saya mendapati komen Perdana Menteri terhadap saya sewaktu sidang media semalam sebagai tidak bertanggungjawab dan cuai terutamanya selepas penangkapan beberapa individu di bawah ISA pada hari Jumaat lepas.
Beliau telah mencampur-adukkan isu yang sebenar, iaitu isu demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang dengan isu keselamatan negara.
Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengganggu serta menahan ahli politik yang berseberangan dengan parti pemerintah merupakan satu pelanggaran undang-undang yang nyata.
Penggunaannya yang berterusan pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan memburukkan lagi suasana politik semasa.
Perdana Menteri ternyata mengabaikan kedaulatan undang-undang dan sanggup untuk melanggar batas-batas Kuasa Eksekutif yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini sangat menampakkan sikap seorang diktator yang degil untuk terus berkuasa dan menghampakan harapan rakyat.
Sebagai seorang Perdana Menteri yang masih berada di tampuk kekuasaan dan sebagai bekas Menteri Kewangan, kami akan memastikan beliau bertanggungjawab terhadap situasi politik semasa dan salah urus ekonomi negara.
Tuduhan beliau bahawa saya yang menyebabkan kedudukan ekonomi negara tergugat sangat tidak berasas.
Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara.
Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008.

ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. - mr_

Pakatan Rakyat desak adakan sidang tergempar parlimen
Irwan Muhammad Zain Foto Nasir Sudin Thu Sep 18, 08 4:04:33 pm MYT
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang tergempar parlimen untuk membahaskan usul undi tidak percaya terhadap pentadbiran beliau.
Image
Sidang tergempar itu perlu diadakan selewat-lewatnya pada Selasa depan (23 September 2008).
Desakan tersebut dibuat bersesuaian dengan Peraturan 11(3) Parlimen yang membolehkan sidang tergempar itu diadakan berdasarkan keadaan politik semasa.
Surat tersebut ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Perihal mengutuskan surat kepada Perdana Menteri itu disampaikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang diadakan dua hari selepas tarikh yang diuar-uarkan oleh beliau untuk mengambil alih kerajaan pusat.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Naib Presiden KeADILan Azmin Ali, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan beberapa pemimpin lain. - mns_


Thursday, September 18, 2008

TINDAKAN PEMIMPIN BN-UMNO MAKIN KATUN...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

17/18 SEPT.

Selepas tarikh 16 Sept, pemimpin BN-UMNO dan juak-juak kedua parti ini makin kelam kabut. Ramadhan seharusnya menjadi gelanggang mempersiap jiwa agar lebih patuh dan tunduk kepada Allah, tapi sayang Ramadhan kali ini jatuh di musim runtuhnya Kerajaan BN maka semuanya mencari jalan untuk berpaut. Pak Lah nak paut dengan siap lagi sebab anak menantu pun dah tak boleh nak buat apa lagi.

Najib dan pendokongnya juluk dari bawah agar Pak Lah segera jatuh tapi Najib juga dilanda arus rakyat yang amat kuat sehingga akhirnya kedua mereka sudah hilang upaya untuk bertahan. Ubah polio macam ubah pinggan atas meja makan yang diperhatikan oleh para menteri tanpa berdetik komplen apa-apa kerana jika komplen kena jauh atau dihalau dari meja itu. Inilah fenomena baru..yang dulu semua meanfikan betapa kuatnya pengaruh rakyat dalam emnentuklan pemerintahan negara tapi sekarang mahu tidak mahu..harus terima hakikat yang mereka terpaksa bersiap sedia untuk turun.

Depan media masih boleh acilut tapi dari riak muka dah nampak..keduanya pucat lesi..tak cukup tidur. Aduhai pemimpin Melayu..apa yang hangpa cari sebenarnya? Yang hangpa benak sangat kenapa? Dengarlah rintihan rakyat dan hadapilah dengan semangat petriotik untuk rakyat dan negara!!!.

Yang hangpa boleh buat hanya tangkap siapa yang tidak sehaluan dengan hangpa..Inikah wajah sebenar pemimpin rakyat???.. Kepada saudara syeikh..bersabarlah dan kami doakan sdr akan dibebaskan segera!!!

Blogger Kickdefella ditahan polis

Irwan Muhammad Zain
Thu Sep 18, 08 8:38:48 am MYT
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Hrkh) - Penulis Blog terkenal dengan nama Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz atau Sheih ditahan polis di rumahnya di Kota Bharu semalam.

Menurut isteri beliau, Bariah Ishak yang dihubungi petang semalam, Sheih ditahan dibawah Akta Hasutan.

"Polis yang datang ke rumah pukul lima petang dan tahan Azidi untuk dibawa ke Kuala Lumpur," kata Bariah.

Tambah Bariah, tiga orang polis berpakaian preman itu datang menaiki sebuah pajero berwarna putih dan bercermin gelap menahan suaminya tanpa sebarang waran.

Sheih yang menulis diblog beliau kickdefella.wordpress.com, baru-baru ini menimbulkan kontroversi bila mencadangkan agar bendera Malaysia dikibarkan terbalik sempena sambutan kemerdekaan.

Beliau membuat kempen tersebut kerana kecewa dengan nasib malang yang menimpa rakyat Malaysia akibat daripada kelemahan pentadbiran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'.

ImageSheih (gambar)bagaimanapun mempertahankan tindakan beliau itu dan menafikan bahawa beliau seorang yang tidak patriotik.- mr_

Tuesday, September 16, 2008

MALAM YANG AMAT BERERTI BUAT SEMUA..." MALAYSIA BARU.."

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

15/16 SEPT

Berada di tengah ribuan manusia dengan kibaran bendera kecil Malaysia memberi ransangan luar biasa kepada semangat cintakan negara. Berbagai bangsa berkumpul ada yang berdiri dan juga yang duduk tetap segar bersemangat menunggu detik pengisytiharan dari DSAI tentang tanggal keramat 16 Sept. Suasana selepas solat tarawikh makin hangat apabila para pemimpin PR seorang demi seorang memberi ucapan. Yang paling menarik ialah ucapan dari Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dengan telo China Melayu Malaysia beliau mengungkap kalimat dengan penuh semangat ...termasuk semangat ketakwaan juga..Semoga Allah memberi petunjuk kepada semua..!!!

Apa pun yang digambarkan oleh BN dan medianya...sambutan rakyat tetap ada..


Majoriti cukup untuk tubuh kerajaan - Anwar

Harakahdaily Foto Nasir Sudin Tue Sep 16, 08 8:30:26 am MYT
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Hrkh) -Pakatan Rakyat memiliki jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.

Image
Menurut Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, majoriti yang ada ketika ini sudah dapat menubuhkan kerajaan baru.
Tambahnya, semalam pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 15,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini semalam, tidak memberitahu nama-nama mereka yang terlibat.
Menurut Bernama, Anwar mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.
Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.
Image
"Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamaruddin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali. - mks.

Zaid kekal letak jawatan

16/09/2008 3:16pm

Reaksi... Menteri DiJabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, pada sidang media mengumumkan perletakan jawatannya bermula hari ini dipejabatnya, diPutrajaya
PUTRAJAYA 16 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim menegaskan keputusan meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kekal walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad ada meminta beliau supaya memikir semula keputusan itu.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat demi kebaikan semua pihak termasuk kerajaan, UMNO dan Perdana Menteri.
``Walaupun Perdana Menteri cadang saya cuti, saya ucap terima kasih. Saya tidak letih. Saya hanya kecewa,'' katanya pada sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di sini hari

hr9808- pELIK TAPI BENAR..INILAH KALI PERTAMA uTUSAN MEMBERI LIPUTAN AGAK FAIR KEPADA APA YANG DIUCAPKAN ANWAR...eluklah tu...beralih kapal pula...!!!

Anwar mahu berunding

PETALING JAYA 15 Sept. - Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan, rundingan itu bagi memastikan peralihan kerajaan berlaku secara aman.
Beliau berkata, pembangkang sudah mempunyai Ahli Parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.
Malah, katanya, beliau serta pemimpin Pas dan DAP menghantar surat kepada Abdullah hari ini meminta diadakan satu pertemuan segera mengenai isu itu.
''Saya memberi masa dua minggu kepada Abdullah untuk membuat keputusan sama ada menerima tawaran ini atau tidak.
''Kita ingin adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bertujuan berbincang untuk peralihan kuasa secara aman dan tenteram selain membebaskan tahanan politik
,'' katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia Ke-45 anjuran pakatan pembangkang yang dihadiri kira-kira 10,000 orang, di sini malam ini.

Program di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya bermula pada pukul 7 malam dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan tarawih.
Anwar berkata, beliau tidak bercadang mengheret ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ingin berpaling tadah ke pejabatnya esok semata-mata bagi membolehkan beliau menubuhkan kerajaan seperti dijanjikan pada 16 September.
Beliau juga berkata, sejuta Jalur Gemilang akan dikibarkan dari Sabah sehingga ke Perlis mulai esok sebagai tanda rakyat inginkan perubahan.

Dalam pada itu, Anwar turut berjanji akan mengumumkan berita baik dalam beberapa hari lagi untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai menghargai beliau yang telah meletak jawatan disebabkan tidak berpuas hati dengan penangkapan ketiga-tiga individu terbabit.
Pada Jumaat lalu, kerajaan menahan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang dipercayai terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.
Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Bagaimanapun, Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang kelmarin.