foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, August 31, 2008

PEMIMPIN BN MAKIN KALUT...BAJET DAN MERDEKA YANG MAKIN SAMAR...BN SUDAH SENGET..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

My Photo


30/31 OGOS


Beberapa hari selepas pulang dari Permatang Pauh, memang terasa penat dan terpaksalah memberi hak kepada tubuh badan agar dapat istirehat . Hari ini , alhamdulillah terasa segar semula.

Dari media semua membahas soal Bajet. Bagi saya simple aje..ini bajet bukan untuk rakyat tapi bajet untuk selamatkan diri pemimpin BN dari desakan rakyat. Ada baiknya buat rakyat tapi tak cukup sekadar itu sahaja kerana banyak lagi yang belum diambil kira soal kebajikan rakyat. Mereka pemimpin BN sebenarnya sudah dapat info tentang penghijrahan YB BN ke PR tapi masih sorokkan berita ini kerana tak boleh tahan lagi. Najib dan Pak lah dan kebanyakan pimpinan BN balik ke kawasan masing-masing untuk meredakan keadaan dan terus meyakinkan rakyat kampung yang kononya Bn masih kukuh. Aduahi Bn...masa kamu sudah sampai di penghujung..lebih baik bersiap sedia untuk memberi laluan kepada kerajaan PR. Tidak keterlaluan saya muatkan kenyataan DSAI di bawah sekalipun disanggah oleh pimpinan Bn khasnya Pak Lah...

DSAI masuk Parlimen Malaysia by Anwar Ibrahim.

Belanjawan 2009 Ibarat Gula-Gula Getah

Belanjawan yang dibentangkan 29 Ogos lepas nyata belanjawan ‘menawan semula hati rakyat’ pasca 8 Mac dan 26 Ogos 2008. Justeru mudah saya simpulkan, ia belanjawan yang ‘dijangka tetapi mengecewakan’.

Malaysia mencatat rekod sebagai satu-satunya negara pengeluar minyak yang berterusan mencatatkan belanjawan defisit selama 10 tahun berterusan.

Ia memberi gambaran ekonomi negara berada di tahap yang tidak stabil. Apatah lagi kali ini ia terus mencatatkan belanjawan tertinggi yakni RM209.7 billion.

Apa yang menjadi kebimbangan adakah kerajaan benar-benar berupaya mengawal perbelanjaannya. Tahun lepas kerajaan juga mencatatkan belanjawan yang besar iaitu RM 176.9 billion, akan tetapi berdasarkan jumlah terkini, belanjawan yang lepas sudahpun melebihi sebanyak RM 20.3 billion, menjadikan jumlahnya yang sebenar RM197.2 billion.

Selain itu kita melihat perbelanjaan pengurusan meningkat sekitar 20%, peningkatan dari RM 128.8 billion kepada RM154.2 billion.

Ini bercanggah dengan komitmen kerajaan untuk megurangkan defisit fiskal.

Sangat mengecewakan tidak ada sebarang usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang digariskan di dalam belanjawan kali ini.

Sebaliknya hanya imbuhan buat rakyat terbanyak ibarat ‘gula-gula getah’, manisnya sekadar bersifat sementara. Tidak ada penyelesaian komprehensif untuk mewujudkan mekanisme kawalan jangka panjang ke atas masalah-masalah pokok seperti pembasmian rasuah serta penyelewengan wang rakyat atas nama ‘pembangunan’.

Pencegahan jenayah yang kian membungkam seolah-olah tidak menjadi fokus kerajaan umno-bn berbanding meraih populariti yang kian hilang.

RM35 bilion yang diperuntukkan untuk peningkatan kecekapan pengangkutan awam sebermula tahun 2009 hingga 2014 juga mendatangkan persoalan. Andai peruntukan sebanyak RM4.4 billion di bawah Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam yang diumum hasil kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen pada April 2006 masih tidak menampakkan apa-apa impak positif, ke mana pula bakal ‘perginya’ RM35billion itu?

MRR2 terus retak, komuter dan LRT terus semak, jalanraya terus sesak, Kontrak-kontrak bertambah banyak, kroni terus membiak, masalah tidak luak, rakyat semakin jelak!

Apa lagi yang boleh kita harapkan hasil gula-gula sementara ini?

ANWAR IBRAHIM



Memberi laluan secara terhormat adalah lebih petriotik dan memberi kesan positif kepada rakyat berbanding jika kamu dipaksakan. Realitinya mereka tak boleh terima hakikat ini,,mereka masih berusaha untuk sangkutkan DSAI dengan kes liwat dan yang terbaru kes rasuah RM 60 juta pula. Mereka seperti tak tak pernah serik dan terus berusaha. Fitnah ditolak rakyat dan sekarang buat kes lain pula dan tak mustahil dalam tempuh beberapa minggu ini akan bermunculan kes rekaanbaru. Inilah politik kampungan dan fahaman petriotik yang kabur. Sambut merdeka tapi hati dan fikiran masih terjajah dengan nafsu, hasad dengki, tamak haloba dan kejahatan. Pemimpin BN masih belum merdeka dan tidak mampu memerdekakan diri mereka. Maka sewajarnya rakyat bangun memerdekakan diri dari BN-UMNO. Kejayaan DSAI di Permatang pauh adalah isyarat amat jelas yang rakyat mahu menikmati kemerdekaan. Berundurlah BN, berilah laluan kepad pemimpin yang disayangi dan dipercayai rakyat. !! Jika tidak mahu juga..maka bersiap sedialah dengan risiko!!!

Masalah dalaman UMNO-BN makin meruncing dan menunggu saat untuk pecah seperti kejadian di Permatang Pauh sendiri. Kubu UMNO mula dirosakkan oleh ahli mereka dan dari sini juga BN hanya mendapat 9 undi.....Good bye UMNO...!!

Apabila jentera Pemuda Umno mengamuk...
Mohd Sabri Said
Sun | Aug 31, 08 | 6:59:37 am MYT

PERMATANG PAUH, 31 Ogos (Hrkh) - Walaupun Pilihan raya Kecil Permatang Pauh sudah enam hari berlalu namun bendera Umno dan Barisan Nasional (BN) masih banyak lagi tidak dibuang.


Senario itu dapat dilihat di merata tempat terutamanya di mana sahaja bekas bilik gerakan parti itu dan di hadapan Pejabat Umno Bahagian di Sungai Semambu, Bukit Mertajam.

Banyak bendera yang digantung merentasi jalan masih berkibar seperti biasa manakala yang jatuh meleret di bawah dan ada yang diterbangkan angin ke dalam longkang di tepi jalan.

ImageHarakahdaily dimaklumkan, semua kejadian itu dikatakan berpunca dari rasa tidak puas hati jentera pemuda Umno kerana tidak memdapat 'habuan' pilihan raya sedangkan peruntukan terlalu banyak dilonggokkan di parlimen itu dulu.

Akibat tidak mendapat habuan tersebut, sekumpulan jentera pemuda Umno mengambil keputusan membaling batu ke arah Pejabat Umno Bahagian Permatang Pauh sehari selepas mengalami kekalahan yang mengaibkan pada 26 Ogos lalu.

Perbuatan itu sekaligus mengakibatkan beberapa keping cermin pejabat berkenaan pecah.

Seorang penduduk, Samad Chik dari Penanti ketika ditemui menyifatkan, tindakan itu membuktikan jentera Umno bagaikan 'hantu raya' yang memakan tuanya sendiri sebab tidak cukup makan.

Bagi Salmah Din pula, mungkin Umno rasa malu setelah bertungkus lumus akhirnya terpaksa akur dengan kematangan penduduk Permatang Pauh.

Zulhasnan Hanafi, 25, mengatakan, sebenarnya jentera pemuda Umno telah hilang sabar kerana di permainkan oleh orang atasan yang mengambil kesempatan menyorok peruntukan untuk kepentingan peribadi.

"Saya tahu wang memang berlonggok diagihkan kepada semua bilik gerakan tapi sayang mereka yang bekerja bermatian-matian tidak mendapat habuan yang mencukupi, " jelasnya yang pernah menjadi jentera Umno dalam pilhan raya umum 2004 lalu. - mks. _

Habuan jugalah yang menjadi tarikan kepada ramai macai UMNO dan termasuk beberapa kerat bekas pimpinan keadilan...Soalnya apakah mereka mendapat atau tidak tak pasti yang pasti..rakyat makin menolak UMNO-BN sekalipun datang berlori macam pimpinan Ezam...Mungkin selepas ini 6 kotak kosong akan berisi dengan sumpah seranah, maki hamun, ludah dan dahak pimpinan dan penyokong UMNO-BN yang dipikul Ezam dan jamaahnya ke hulu dan ke hilir...Alangkah hinanya..Ya Allah jauhkan kami dari kehinaan begini..!!


Saya dapat berita tentang Ezam jatuh di bilik air tapi apakah ianya benar atau hanya gimik...?? Saya tak pasti..tapi setiap kali kawan bertanya saya hanya menjawab..semoga Allah terima taubatnya jika dia bertaubat..! semoga Allah terima taubatnya! semoga Allah terima taubatnya!..dengan makhluk Ezam wajib minta maaf..terutama dengan DSAI, keluarganya, pendokong reformasi dan pimpinan PKR..!!

Marilah kita hayati Ramadhan kali ini dengan lebih bererti...

ImagePerutusan khas sempena Ramadan al-mubarak
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Aug 31, 08 | 6:55:49 am MYT

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.


Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.

Presiden PAS_

Thursday, August 28, 2008

KEMBALI SETELAH MENANG..DARI PERMATANG PAUH..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

25,26, 27..OGOS

Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dapat bersama Pusat Khidmat Keruhanian di surau Pauh Indah menjalankan beberapa aktiviti kempen sepanjang kempen dari 16 Ogos sehingga 26 Ogos. Kepada sahabat yang bersama selama 10 hari di sini, kita berjaya melakar sejarah bersama di bumi Permatang Pauh dan semoga ianya menjadi titik bermula y\sebuah Harapan Baru di bumi Malaysia.
Kepada seluruh pejuang Reformasi sila perhatikan ruhani kita kerana semangat semata-mata tidak akan menjamin apa-apa tanpa kita isi dengan kekuatan ruhani. Sila hadir ke program
yang telah kami aturkan buat semua..Ambillah peluang ini selagi kita masih hidup dan sihat..!! Lupakanlah perbezaan dan marilah kita berebut untuk melakukan kebaikan dan kebajikan tanpa mengira kita dari grup atau kumpulan mana..Kita hanya dinilai Allah dari aspek ketaqwaan kita bukan dari grup kita!! ayuh kita keluar bersama membina kekuatan sehingga Allah memanggil kita pulang ke hadratnya..Politik adalah sebahagian tuntutan dakwah dan pendekatan dakwah bagi setiap diri kita..

Pelancaran blog Ruhani sebagai..lanjutan dari Malam Munajat Ummat di Permatang Pauh...

Ahlan wasahlan kepada semua...sambil berkempen kami sempat merancang untuk program kelanjutan Program Peningkatan Keruhanian Ummah di 5 buah negeri....


IMG_ 243 by Anwar Ibrahim.

Ust. Ramlang mengaku dipaksa oleh pihak tertentu menjadi saksi Saiful. Bergemalah takbir malam itu dari puluhan ribu rakyat sehingga bergegar bangunan Masjid Bandar Perda dan begitu juga dengan hati mereka yang sesat, yang merancang konspirasi, yang khianat kepada perjuangan, yang jauh dari Islam, yang menipu rakyat. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakabar walillahilhamd. Kepada Mu segala kuasa dan kekuatan tidak ada yang lain yang lebih kuat dan agung. Allah telah membuktikan siapa yang benar dan salah.

Kepada golongan yang sesat, kembalilah ke pangkal jalan dan bertaubatlah sesungguhnya Allah maha pengampun.

Pada malam terakhir 26 Ogos..kami telah mengadakan Qiamullail di 4 buah masjid dari jam 4 pagi..Masyaallah para mujahid tersungkur sujud dengan menangis memohon ampun, munajat zikir dan meyerahkan segala usaha ke hadrat Allah. Hampir 500 orang yang bangun/qiam di setiap masjid. Masjid Taman Guar Perahu - dipimpin oleh Ust. Hazwan dan Yb Mohd Kasim, Masjid Kubang Semang - dipimpin oleh Ust. Ismail Wan Teh, Masjid Batu - dipimpin oleh Ust. Ansari dan Masjid Bandar Perda - dipimpin oleh Ust. Dr. Badrul Amin.

Alhamdulillah akhirnya Allah memberi kemenangan kepada DSAI setelah sepuluh tahun tidak berada di Parlimen.

Sebagai mensyukuri kemenangan kami telah mengadakan majlis Malam Kemenangan di Annahdhah Inn dan dihadiri oleh seluruh pimpinan Parti, Ngo dan para petugas dari PR. Tuan Guru Annahdhah telah menyampaikan beberapa amanat agar kita terus komit dengan Islam. Dan beliau menyeru agar semua yang hadir agar bersujud syukur selepas program tersebut.

DSAI yang kelihatan agak letih tetap memberi ucapan yang amat mengharukan hadirin dan setelah ucapan beliau sebahagian besar masuk ke dalam masjid untuk bersujud syukur. Allahuakbar...Semoga Allah mempermudah segalanya...Aminn!!

Jam 1.30 pagi kami berangkat ke KL meninggalkan surau Pauh Indah dengan seribu kenangan manis berada di surau sepanjang kempen. Semoga Allah menerima amal kami dan amal semua para pejuang yang turut serta dalam menjayakan kemenangan di Permatang Pauh..Ruhani kita amat perlu diberi makanan dan inilah salah satu cara kita menghidupkan ruhani kita iaitu mendekatkan diri kita kepada Allah sepanjang masa apatah lagi di saat bertempur dengan kebatilan tajaan BN-UMNO. Kepada para pejuang, ingatlah akan kahidupan akhirat dan balasan di akhirat melebihi dari habuan dunia yang kita harapkan. Semoga pengorbanan kita hari ini dapat ditiru oleh anak-anak cucu kita di kemudian hari. Usaha murni ini wajib kita teruskan dan seperti yang telah kita bincangkan pada 25 Ogos seperti di bawah:

Jadual program Ruhani pada bulan Ramadhan (boleh berubah mengikut keadaan): Program di bawah sila rujuk ke Ust. Dr. Badrul Amin.


31 Ogos (malam) – Selangor - Masjid Jamek Pekan Sabak Bernam

13 Sept (malam) - Pulau Pinang – Masjid Batu, Permatang Pauh.

14 Sept (malam ) - Selangor/WP – Masjid Subang Airport

19 Sept (malam) - Selangor – Masjid KLIA

23 Sept (malam) - Kelantan –

25 Sept (malam) - Selangor – Masjid Samudera

26 Sept (malam) - Perak – Masjid Alam Shah

27 sept (malam) -


Penjelasan lengkap atau ada pihak yang berminat untuk turut serta menganjurkan program ini sila hubungi:


Selangor /WP – Yahya Sahri. Hp - 012 2839957

Penang – Syed Mikhail/Cikgu Zaki Hp- 0174991700

Perak – Ust. Zulkifli Ibrahim Hp- 0175554828

Kelantan – Ust. Zainuddin

Kedah – Ust. Ismail Wan Teh Hp- 012 4277504


Sekretariat:

Mustapa Mansor

Hp: 0123333825

Emel: ruhanisukses@gmail.com

Bagi memperkukuhkan lagi keimanan, kefahaman, komitmen dan akhlak kami sarankan program di bawah untuk diadakan di seluruh Malaysia khasnya di negeri Pakatan Rakyat. Penglibatan dari para YB, kakitangan, pimpinan parti PR dan rakyat setempat.


Aturcara TAQWA ( Tamrin + Qiamullail + Wacana) Acara ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian setempat.

Berbuka Puasa

Solat Maghrib

Wirid Zikir

Makan malam

Solat Isya’

Tarawikh

Wacana Ilmu

Istirehat sehingga jam 3.30 pg.

Qiamullail.

Sahur

Solat subuh

Tazkirah ringkas

Solat Sunat Isyrak

Solat Dhuha

Bersurai : Sekitar jam 9 pagi

Dari beberapa hari di Permatang Pauh, saya mohon maaf kerana tak sempat update blog..Dan hari ini adalah hari paling membahagiakan kerana berita dari Parlimen memberi kesan kepada detik perjuangan Reformasi dan Islah di Malaysia. Semoga ianya diberkati Allah..Saya bersetuju dengan tulisan sdr Rashidi...

Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September
Mohd Rashidi Hassan
Thu | Aug 28, 08 | 9:43:10 am MYT

Hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim akan hadir kali kedua ke Bangunan Parlimen, selepas 10 tahun untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sekaligus menjadi Ketua Pembangkang yang baru.


Anwar dipaksa meninggalkan Parlimen secara paksa 10 tahun lalu ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, dalam kerajaan Barisan Nasional.

Bezanya, kemasukkan beliau ke Parlimen kali ini bukan setakat hendak menjadi Ketua Pembangkang atau TPM sahaja.

Beliau mempunyai matlamat yang besar dan jelas, iaitu mahu menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan baru yang dinamakan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh semalam mencetuskan implikasi politik yang besar kepada negara.

Kemenangan besar Anwar bukan sahaja membuktikan bahawa Permatang Pauh merupakan 'safe heaven' baginya, malah ianya merupakan titik tolak yang besar kepada perubahan politik negara.

Hakikat yang tidak dapat sanggah iaitu, memenangi pilihan raya kecil dengan majoriti yang lebih besar bagi calon parti pembangkang, merupakan sesuatu yang amat sukar dalam sejarah politik negara.

Anwar dan gerombolannya daripada Pakatan Rakyat sudah menghampiri tarikh 16 September yang sering dicongak oleh kawan dan lawan.

Rakyat Permatang Pauh mewakili seluruh rakyat Malaysia, memberikan 'signal' yang paling jelas kepada Barisan Nasional bahawa era pemerintahannya selama 50 tahun bakal berakhir tidak lama lagi.

Liku perjuangan politik Anwar

Anwar melalui perjalanan politik yang penuh berliku. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa setakat ini tiada ada seorang pun ahli politik di Malaysia yang mengharungi liku kerjaya politik seteruk Anwar Ibrahim.

Semua tuduhan dilemparkan terhadap Anwar. Kaki liwat! Agen Amerika! Kaki kelentong! Perasuah! Agen bangsa asing! Perosak bangsa Melayu! Pengancam agama Islam! Pemusnah negara! Dahsyat...amat dahsyat sekali kecaman dan tuduhan BN terhadap Anwar.

Bukan bermakna penulis atau mana-mana penyokong Pakatan Rakyat terlalu taksub kepada Anwar. Tetapi tuduhan BN ini amat dahsyat dan melampau. Semua tuduhan ini menyebabkan rakyat muak dengan BN. Tuduhan-tuduhan melampau inilah yang sebenarnya menyebabkan BN 'over kill'!

Dalam politik..biasalah hentam menghentam, kritik mengkritik dan sebagainya. Tetapi berpada-padalah sedikit. Janganlah melampau sangat.

Ini tidak. Jelas dilihat walaupun rakyat Permatang Pauh yang menghadapi PRK, namun kempen dan serangan media yang menjadi 'barua' BN seolah-olahnya berpesta dengan pelbagai tuduhan terhadap Anwar dan Pakatan rakyat.

Kempen BN dan media pengampu terpaksa menghadapi PRK Permatang Pauh, sama seperti mereka menghadapi Pilihan Raya Umum!

Pelbagai tuduhan, fitnah dan kecaman dilemparkan BN terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat, sama ada menerusi televisyen, akhbar, radio, internet dan apa juga saluran yang mereka boleh usahakan.

Kempen besar-besaran BN untuk menyekat Anwar dilakukan bukan setakat untuk menghalangnya masuk ke Parlimen sahaja, bahkan mereka tahu bahawa Anwar boleh menjadi penyebab utama tumbangnya keangkuhan BN selama 50 tahun.

Hakikat sebenarnya pemimpin BN tidak pernah sedar bahawa mereka bukan berhadapan dengan Anwar seorang diri. BN sebenarnya berhadapan dengan 'force' besar iaitu kuasa rakyat.

Rakyat yang mahukan perubahan. Rakyat yang menolak segala bentuk tohmahan dan serangan politik yang melampau oleh media pengampu BN.

Rakyat sebenarnya mengubah paradigma dan persepsi bahawa BN sahaja yang boleh memerintah.

Lihatlah dengan jelas, apa sahaja tohmahan, adu domba, kecaman dan usaha-usaha jahat BN serta media 'barua' untuk mengugat lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat, semuanya gagal.

Kuasa rakyat, kehendak rakyat dan sokongan rakyat sememangnya mahukan negara berubah ke arah pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan.

Hasil kemenangan Anwar

Sekarang ini Barisan Nasional menghadapi masalah paling besar. Hasrat Umno untuk kekal berkuasa dengan mengekslpoitasikan isu Melayu dan agama diketepikan rakyat.

Gerakan sepatutnya berfikir semula untuk meneruskan hasrat keluar BN. MCA yang terbahagi kepada dua pendapat, semakin cenderung meninggalkan BN

Kedudukan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terumbang ambing, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hampir pasti tidak berpeluang menjadi PM. Parti Umno yang sedang menghadapi mesyuarat bahagian dan pemilihan Majlis Tertinggi sekarang semakin hampir terkubur.

Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memikirkan secara serius untuk berhijrah keluar negara, manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Mohamed Ezam Md Nor dan para kroni mereka harus bersedia menelan segala muntah dan sumpah seranah yang dihamburkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ada seorang lagi pembelit besar yang tiba-tiba menyerang Anwar tanpa memikir risiko yang bakal menimpanya. Dato' S. Nallakaruppan. Adeii Nalla..yenge poringge..? (Mana lu mau pergi). Mana lu mau taruk lu punya muka sekarang!

Hari ini pemimpin-pemimpin utama Umno/ BN terpaksa berhadapan secara 'live' dengan Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sejak dari PRU 8 Mac lepas, laluan mereka di Parlimen tidak lagi mudah. Mereka semakin sukar sekarang ini.

Mulai hari ini, usaha membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat semakin hampir. Itulah kehendak rakyat sebenarnya. Insya-Allah, Anwar mampu melakukan! - mks. _

Lucu juga bila membaca Utusan,,komen Pak Lah (Imam lena) dan Najib (Bekas Mufti Permatang Pauh) ..

PM marah insiden ganas Permatang Pauh

JOHOR BAHRU 27 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melahirkan perasaan marah terhadap insiden-insiden ganas yang dilakukan oleh penyokong parti pembangkang sepanjang tempoh berkempen dan pengundian pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam.

Malah, beliau turut menyifat insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku itu sebagai 'pencemaran' terhadap amalan demokrasi negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Ada beberapa insiden yang pada saya tidak menyenangkan dan saya rasa marah jugalah dengan insiden tertentu ini kerana sepatutnya ia tidak berlaku langsung," katanya pada sidang akhbar selepas mengucapkan selamat jalan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Lapangan Terbang Senai dekat sini hari ini.

HR9808- Tuduhan ini tidak berasas bahkan yang provokasi adalah dari grup UMNO berkarat dah.....Pak Lah jangan percaya cakap sb yang tidur tapi bertanyalah dengan petugas yang jaga.. Saya menjadi saksi pada malam 22 Ogos..di depan markas UMNO Tanah Liat, gengster UMNO provok anak-anak muda keadilan bergaduh tapi alhamdulillah kejadian tersebut dapat dileraikan dengan baik dan kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan..Strategi UMNO..memang bodoh dan desperado..selepas Datok Hashim Yahya memberi penjelasan dan cdnya diedarkan di kawasan kubu UMNO di kawasan Masjid Tuan Adbullah..BN hanya dapat 9 undi sahaja..

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam turut melahirkan perasaan kesal dengan kejadian yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti itu kerana ia boleh menyebabkan pengundi takut untuk keluar mengundi.

"Sepatutnya pilihan raya itu bebas insiden, tetapi daripada apa yang kita tahu ada juga tindakan-tindakan yang dilakukan oleh penyokong pembangkang merupakan pencemaran kepada amalan demokrasi semasa pilihan raya diadakan," katanya.

HR9808- Memang Najib kena sorak apabila melalui kawasan tersebut dan ada rakyat yang tidak dikenali membaling botol air mineral ke Najib..kemudiaan terjadilah sedikit pertengkaran...ya..terimalah nasib..bila rakyat dah meluat dengan hang..hang nak tunjuk apa lagi..? Gensgter hang rakyat tak takut lagi...Hang patut bayangkan macamana jika hang turun dari kapalterbang di lapangan terbang Monggolia..botol atau apa yang datang menyambut hang???


HR9808:Dah kalah ..diam sajalah..lebih baik bersiap sedia jika nak selamat..Tapi undang-undang takkan sebelah sesiapa lagi melainkan hang kena hadapi apa sahaja...Mahathir dah nak lari,,KJ nak berhenti..Pak Lah dan Najib masih berangan-angan lagi?? Bangunlah dari mimpi...!!!

BN tidak terjejas – PM

JOHOR BAHRU 27 Ogos - Kekuatan Barisan Nasional (BN) di semua peringkat tidak sekali-kali terjejas ekoran kemenangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ini adalah satu pilihan raya kecil yang tidak boleh diterjemahkan sebagai sesuatu yang akan berlaku di kawasan Parlimen lain.

“Sekarang BN ada 140 kerusi Parlimen dan ini adalah kerusi yang kita menang pada pilihan raya umum lalu. Maka, saya percaya kita masih boleh mempertahankan parti kita dan meneruskan kerajaan.

“Kemenangan (pembangkang) atas satu kerusi itu tidak memberi kesan, kerana BN hanya kekurangan lapan kerusi untuk mendapat dua pertiga majoriti di Parlimen,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengucapkan selamat jalan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Lapangan Terbang Senai dekat sini hari ini.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kemenangan itu, Perdana Menteri berkata, BN tetap berupaya membentuk kerajaan yang kuat untuk terus bekerja keras memikul mandat rakyat yang diperoleh pada pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, BN sentiasa menyedari dan menghargai mandat tersebut untuk melaksanakan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan demi kepentingan rakyat.

Kita sedar terhadap beberapa masalah yang wujud seperti kenaikan harga minyak, harga makanan dan isu lain seperti inflasi yang hendak kita atasi,” katanya.

Mengenai kekalahan Arif Shah, Abdullah berkata, ia bukan kekalahan teruk kerana sasaran Anwar adalah untuk menghilangkan wang deposit calon BN dan perkara itu tidak berlaku.

Abdullah berkata, BN telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk melakukan analisis serta mengenal pasti punca kekalahan BN termasuk melihat kecenderungan pengundi-pengundi Melayu, Cina dan India atau golongan muda dan dewasa di Permatang Pauh.

“Selepas dianalisis dengan sebaik-baiknya, maka mudahlah kita perhalusi apakah yang telah timbul dan apakah yang berlaku dan apakah tindakan yang diambil pada masa depan kerana tindakan-tindakan itu bergantung kepada analisis terhadap kecenderungan pengundi di kawasan itu,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, sebarang hasil kajian jawatankuasa itu nanti hanya untuk makluman dalaman parti kerana apa yang berlaku di Permatang Pauh bukan suatu perkara yang terlalu besar sehingga boleh mengubah situasi yang telah pun berlaku dalam pilihan raya umum lalu.

Ditanya kemungkinan ahli BN atau UMNO yang tidak mengundi atau memberi undi kepada pembangkang, Abdullah berkata, mereka mungkin mempunyai sebab masing-masing sama ada protes atau timbul kecenderungan untuk mengundi parti pembangkang.

“Ini memang berlaku di Pulau Pinang sejak dahulu lagi dan kawasan Permatang Pauh sejak dulu pun adalah kawasan Anwar.

“Dua penggal kawasan itu diwakili isterinya dan sekarang ini kawasan itu balik kepada beliau (Anwar) dan ini pun sudah menjadi suatu perkara yang dijangkakan berlaku oleh ramai orang,” katanya.

Abdullah bagaimanapun menolak tanggapan yang mengatakan bahawa pengundi memberi undi kepada pembangkang kerana propaganda bahawa Anwar hendak menjadi Perdana Menteri sebagai berjaya.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata: “Saya ingat bukan itu yang mendorong pengundi kerana ada perkara lain seperti memberi janji hendak turun harga minyak atau sama ada yang berkaitan dengan isu-isu kaum di negara kita yang pada saya menarik perhatian golongan-golongan tertentu mengenainya.”

Ditanya mengenai masalah dalaman BN, Abdullah berkata, beliau sentiasa memahami apa yang berlaku terhadap parti-parti komponen BN sejak pilihan raya umum lalu dan jika timbul trend pada pilihan raya kecil ia hanya trend yang sama sebagaimana bermula pada pilihan raya umum lalu.

Mengenai kemungkinan Ahli Parlimen BN melakukan tindakan melompat parti seperti yang dicanang-canangkan oleh Anwar sebelum ini, Abdullah berkata: “Tidak, tidak mungkin anggota BN tinggalkan BN begitu sahaja.”

Perdana Menteri berkata, kesemua pemimpin BN menerima keputusan rakyat pada pilihan raya kecil itu yang menunjukkan demokrasi di negara ini berjalan dengan baik kerana memberi kesempatan kepada rakyat untuk membuang undi dengan lancar.

HR9808:Pak Lah..mimpi lagi....tak habis-habis...dan kenyataan Pak Lah disanggah oleh salah seorang menteri beliau...

‘Jangan pandang ringan’

SINGAPURA 27 Ogos – Barisan Nasional (BN) tidak harus memandang ringan kemenangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam, kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Walaupun ia kawasan pilihan raya kecil, ia mungkin menjadi satu trend di mana pengundi sudah buat pemikiran hendak perubahan walaupun mereka tidak tahu apa perubahan itu dan tidak menerima pimpinan BN,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kepada wartawan Malaysia di luar Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN di sini malam tadi.

Menurut beliau, ini memerlukan pendekatan yang perlu dilakukan oleh UMNO dan BN dan menilai semula sama ada cara ia berkempen “sudah basi dan tidak diterima rakyat” lagi.

Ini jelas bahawa kita perlu buat satu perubahan cepat, corak, daya dan perubahan organisasi kita dan cara kita,” kata beliau.

Selain itu, kata Muhyiddin, keputusan itu juga menunjukkan bahawa cara berfikir pengundi sudah berubah di mana mereka mahu “satu yang lebih adil, yang tidak berasaskan perkauman, yang berdasarkan profil rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama...UMNO perlu bersedia buat perubahan.”

Bagaimanapun, beliau berkata, kemenangan Anwar itu adalah sesuatu yang dijangkakan dan harus diterima kerana ia adalah merupakan suara rakyat.

Katanya, kemenangan itu bermakna pengundi di Permatang Pauh sudah membuat keputusan di bawah sistem demokrasi yang perlu dihormati semua pihak.

Mungkin apa pun yang dikatakan tentang Anwar, orang tak percaya dan pengundi tak percaya. Penjelasan yang dibawa oleh pemimpin kita tak diterima, seolah-olah keputusan yang dibuat awal- awal yang mengatakan BN tak akan menang dan PKR akan tahan (mempertahankan) kawasan itu,” katanya.

– Bernama

HR9808_ YB jangan peningkan kepala dengan karenah UMNO tu...pindah aje la....!!! Jika tak pindah YB lain akan pindah juga...jadi ..apa nak tunggu lagi..??