foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, August 15, 2009

FAHAMAN ISLAM LIBERAL BERSARANG DALAM UMNO..?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)


Saya tetap berpandangan bahawa UMNO adalah sarang segala fahaman sesat dan liberal di Malaysia. Jadi Jamil Khir patut memberi fokus memeriksa ke dalam bukan keluar. Bukti Islam liberal dalam UMNO amat jelas dan banyak. Untuk selamatkan negara ini dari fahaman sesat maka bersihkan dulu pimpinan UMNO!! Jika benar-benar UMNO mahukan Islam maka merekalah yang patut tunjukkan bukti terlebih dahulu!! Antara yang patut kita tanyakan seperti tindakan di bawah:

Tarmizi Mohd Jam
kenapa rakan FB dari umno tak layan isu ini> Wanita dibolehkan melacur jika terdesak. Itu kesimpulan Dato' Dr Mashitah Ibrahim, seorang agamawanita Umno. Ia jadi isu kontroversi.
Mashitah melalui kolumnya di Harian Metro 21 Jun 2005 memberikan respons kepada satu soalan mengenai ...wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Dan itu jawapannya!

2.

Najib..di depan tugu..




3.
Tindakan Rosmah..apakah ini bukan fahaman liberal..






4.



5.


Jadi kenyataan di bawah patut ditujukan kepada pimpinan UMNO..!!

Fahaman Islam liberal dipantau

BANGI 15 Ogos - Kerajaan sedang memantau penyusupan fahaman liberalisme untuk mewujudkan golongan Islam liberal yang mungkin akan merosakkan umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom memberitahu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga sedang memantau gerakan yang berfahaman bahawa semua agama di negara ini adalah sama.

''Sekiranya penyusupan fahaman liberalisme yang ingin mewujudkan Islam liberal dan gerakan untuk menyamaratakan semua agama di negara ini tidak dipantau, ia akan menyebabkan generasi muda umat Islam terjebak dan sekali gus akan lari daripada ajaran Islam yang sebenar,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Dunia Islam Kontemporari anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. (Ilsas) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PUM, Datuk Abdul Halim Abd. Kadir; Naib Presiden Kanan Tenaga Nasional Berhad, Datuk Abd. Razak Abdul Hamid dan Pengarah Urusan Ilsas, Khalidah Haron.

Jamil Khir memberitahu, Jakim sedang berusaha memastikan fahaman itu tidak menular di Malaysia dan amat memerlukan kerjasama PUM untuk menangani perkara tersebut.

Sementara itu katanya, golongan ulama semakin berkurangan di negara ini kerana tidak ramai lagi ustaz di sesebuah kampung ataupun daerah untuk memberi pengajaran dan petunjuk kepada umat Islam.

Jelasnya, pada masa ini untuk mencari seseorang yang mempunyai diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah adalah mudah tetapi untuk mencari seorang ustaz amat sukar sekali.

''Sekiranya usaha untuk mewujudkan lebih ramai ustaz gagal maka golongan remaja di negara ini tidak akan dapat diberikan pedoman dan tunjuk ajar bagi menghayati agama Islam sebenar.

''Sehubungan itu adalah menjadi tugas PUM bagi membangkitkan syiar Islam di negara ini bagi memastikan golongan remaja mendapat petunjuk dan hala tuju sebenar mengenai Islam pada masa depan,'' katanya.

Jamil Khir memberitahu, PUM juga perlu menerajui usaha untuk memperkukuhkan kembali keilmuan dan memperkasakan jaringan media Islam.

Katanya, jika ulama yang memulakan usaha untuk memperkukuhkan keilmuan dan memperkasakan jaringan media Islam, ia akan lebih cepat tercapai kerana berkat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

''Di tangan ulama terletaknya acuan ummah dan menyelamatkan mereka daripada terkapai-kapai dalam kelemasan arus banjir kerosakan,'' katanya.

Beliau memberitahu, institusi ulama perlu dimaksimumkan untuk meningkatkan syiar Islam dan kerjasama ulama dengan pemimpin akan memastikan umat Islam berjaya dalam dunia kontemporari.

HR9808: Ayuh sdr semua mari kita kembali melihat Islam sebenarnya dan kita menerima dan mendakwahkannya kepada siapa sahaja termasuk pemimpim UMNO yang sesat. Jamil Khir renungkanlah sedalam-dalamnya pesanan ini!!

MERENUNG DIRI SEBELUM RAMADHAN..?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)