foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, January 7, 2010

MISI KE LANGKAWI SELESAI PADA HARI KHAMIS 7 JAN 2010....

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

7 JAN 2010
Berada di Pulau Langkawi selama 4 hari memberi beberapa indikasi penting buat ummat dan dakwah di Langkawi;
1. Meninjau pembangunan fizikal, sosio ekonomi dan kesejahteraan rakyat secara umum. Alhamdulillah Langkawi punya beberapa potensi alam semula jadi yang hebat untuk dikembangkan secara bertahap. Namun penduduk pribumi Langkawi harus cepat menangkap peluang hasil dari arus pembangunan ini. Jika lambat maka mereka yang hijrah dari luar akan terus menguasai industri alam semula jadi ini.

2. Masih terdapat beberapa projek terbengkalai di tengah kota Langkawi yang memberi imej kurang baik kepada Majlis Daerah Langkawi. Seharusnya projek terbengkalai segera diselesaikan kerana ada pihak khasnya rakyat tetap membayar ansuran hutang kepada pihak bank. Tolong diperhatikan nasib rakyat ini !!

3. Bangunan Pekan Rabu yang indah di tepi pantai masih belum terisi oleh peniaga. Tapi apabila kita bertanya kepada pihak pengurusan katanya sudah penuh. Pelik sekali tapi inilah amalan para kroni berniaga. mereka blok dulu dan siapa yang mahu sewa terpaksa membayar berkali lipat dari harga sebenar. Apakah ini solusi buat rakyat yang mahu berniaga? Saya tidak nampak usaha kerajaan pusat ini serius untuk mengangkat ekonomi rakyat rendah bahkan menyusahkan rakyat. Info yang kita terima bangunan ini adalah dibawah seliaan federal.

4. Keadaan pasar tradisional di Bangunan Mara (Plaza Langkawi) gagal untuk menjadi tarikan
 pelancong dan akhirnya bangunan tersebut hanya menjadi bangunan pameran sahaja. Pedagang kecil akhirnya seorang demi seorang keluar meninggalkan bangunan tersebut kerana tiada bisnes. Hairan hampir di seluruh Malaysia ada bangunan MARA seperti ini dan nasibnya tidak jauh beza. Hilang enjin jet diangkat dan dikambing hitamkan pegawai rendah tetapi bangunan MARA di seluruh Malaysia ada siapa yang hiraukan?..Ratusan juta wang negara terbiar tanpa bermanfaat ..

5. Ada satu hal yang saya kira amat menakutkan iaitu penjualan arak di kedai elektrik. Apakah motif sebenar dan kenapakah ianya boleh terjadi? Bukan soal araknya tetapi undang-undangnya. Apakah wujud undang-undang penjualan arak di kedai elektrik? Atau tidak ada pihak berkuasa yang ambil peduli soal ini? Serba macam persoalan jika kita tinjau di pantai terbuka, cafe, pub, disko dll menjual secara terbuka kepada umat Islam. Arak yang lebih murah dari harga minuman biasa memberi impak kepada pengaruh arak di kalangan anak muda dan remaja di Langkawi dan di beberapa Pulau lain di Malaysia. Jenayah lain akan berkembang dari sini dan terkena akibatnya kepada semua.

6. Badan dakwah harus berperanan untuk mendesak kerajaan negeri dan kerajaan pusat dari segala bentuk kelalaian yang mungkin terlepas pandang. Isu maksiat remaja, muda mudi dan dewasa di tepi pantai perlu ditangani dengan cara terbaik. Berhikmah dan berdailog dengan semua lapisan masyarakat akan memberi impak positif jika dibuat secara tersusun dan teratur. e-relawan telah memberi komitmen untuk bersama dengan semua ngo yang ada di Langkawi dan beberapa pulau lain  bagi menangani isu ini.

Mari kita bermuhasabah atas segala tindakan kita selama ini...!!



<<<>>



Wahai..pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMU

Tuhan... Baru ku sadar
indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMU

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi..
Muhasabah cintaku..

Tuhan..Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengaMU


Dalam mengakui kesalahan kita juga jangan lupa bahawa kita adalah khalifahNya di muka bumi ini..!!