foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, September 16, 2009

Rasul Melayu...ditangkap?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

15 Sept

HR9808: AMat memalukan umat Melayu kerana yang lemah lembut ada juga yang berani menggelarkan dirinya sebagai Rasul Melayu. Tinggal di rumah sewa besar macam ada orang yang sponsor pula?? Sama juga seperti ayah PIN yang masih bebas.Kenapa boleh bebas ?? Mari kita bahas bersama. Apakah perlukan hadiah melebihi Rasul Melayu baru dapat tangkap? Tolong berikan idea apakah yang patut kita lakukan terhadap golongan ini!!

Rasul Melayu’ akhirnya diberkas JAIS
Oleh NOR SEDEK ISMAILpengarang@utusan.com.my
Abd. Kahar Ahmad (tengah) yang mendakwa dirinya sebagai rasul berjaya ditahan di Sungai Long, Kajang pagi semalam oleh anggota penguat kuasa JAIS selepas membuat intipan.
SHAH ALAM 16 Sept. – Lelaki yang mengakui dirinya ‘rasul Melayu’, Abd. Kahar Ahmad yang menyembunyikan diri daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak lebih dua tahun lalu, akhirnya berjaya ditangkap di rumah sewanya di Sungai Long, Kajang pagi ini.
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, ketika serbuan dilakukan pada pukul 9.45 pagi, bekas pekerja am di Zoo Negara berusia 59 tahun itu sedang makan sambil menonton televisyen di ruang tamu rumah tersebut.


Abd. Kahar Ahmad (tengah) yang mendakwa dirinya sebagai rasul berjaya ditahan di Sungai Long, Kajang pagi semalam oleh anggota penguat kuasa JAIS selepas membuat intipan.

MENINGGALKAN BUMI PARA ANBIA' DAN JUGA FIRAUN ..

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


15 SEPT

Ketika berjalan menuju ke tempat check in sambil melambaikan tangan kepada para pelajar yang menghantar kami di luar kawasan check in terasa dua perasaan.

Pertama terasa bumi yang bakal ditinggalkan ini memang selayaknya menjadi tapak mengerakkan semula kerja para rasul dan nabi. Asyahid Hasan AL Banna bukan sahaja meninggalkan sejarah kebangkitan semula Islam selepas kejatuhan Khilafah di sini tetapi ianya juga dengan izin Allah telah menelurkan benih baru yang mampu untuk memikul beban tugas para anbia' merebak sehingga ke seluruh dunia. Jika hanya melihat dan menilai dari kuburnya di kawasan biasa dan tanpa tanda yang istimewa terasa hiba juga namun dari sudut yang lain itu sebenarnya tidak penting. Yang lebih penting seperti mana kata beliau ialah "dia mahu mencetak manusia misali". Ini fokus beliau dan alhamdulillah Allah memberkati niat dan amal beliau sehingga seluruh dunia terkesan dengan mesej ini. Manusia yang bakal merubah dunia dengan hidayah Allah dan risalah Islam. Inilah tugas utama para anbia' dan pewarisnya.

Perasaan kedua ialah terasa bumi yang terbina pyramid ini masih menelurkan pemimpin berwatak firaun. Watak ganas, kejam, tidak berhati perut dan terus menerus menindas rakyat bagaikan ikon kepada seluruh negara umat Islam mencontohinya. Termasuk Malaysia pernah mendapatkan ilmu bagaimana untuk menzalimi rakyatnya dengan kaedah dari para penindas ini. Sampai sekarang ada seorang tokoh nasional kita menjadi penasihat Mesir adalah tanda betapa dekatnya pemimpin UBN ini dengan Mesir. Produk ISA merupakan salah satu dari produk yang akan terus dikekalkan di Malaysia selagi ilmu penindasan ala firaun masih bertakhta di jiwa pemimpin kita. Rakyat secara umum mungkin beranggapan bahawa ISA mungkin ada baiknya adalah petanda bius dari firaun telah terkena kepada mereka. Sehingga hukum kuno firaun ini yang jelas bercanggah dengan Islam, quran dan hadis dan iman akan ada sahaja yang mempertahankannya. Yang paling sedih dan malang ialah dari mereka yang bergelar mufti.
Ya Allah..hati mereka sudah jauh dari Mu...dan mereka menjadi penyesat umat ini!!! Mereka menyebarkan ajaran yang tidak pernah diajar oleh rasul MU..mereka berpelukan dengan musuh-musuh Mu dan mereka tertawa bila melihat rakyat kecil ditindas!! Ya Allah..kau maha tahu dan maha melihat kelakuan mereka...amat hina sekali dan Kau campakkanlah rasa kehinaan kepada kami bila melihat perbuatan mereka ini!!

Kami tinggalkan keduanya dengan harapan agar pertamanya Allah memilih kami untuk bersama dalam barisan para anbia' untuk terus berjuang mempertahankan Islam dan menjauhkan kami dari golongan yang kedua. Ya Allah pilihlah kami untuk bersama dengan para mujahid MU untuk menentang musuh MU!!!

Ketika tiba di ruang pemeriksaan barang, salah seorang pegawai menghampiri saya sambil meminta baksis (upah), saya tidak marah tetapi saya keluarkan semua wang genih (wang Mesir) yang ada dalam kantong/kocek di depan matanya. Silakanlah ambil semua!! sambil saya memandang matanya dengan rasa kasihan. Silakan!! ambil..!! saya tak faham kenapa dia menolak..La..la..la.. Dia bagi tahu keteman yang lain ..syeikh...jangan ambil katanya. Saya pun berlalu sambil melambai tangan kepadanya. Dalam hati saya, syeikh apa yang dia lihat?..Mungkin di lihat di belakang jaket Jama'iy ada tulisan "UMMATUNA MASULIAYATUNA"..maksudnya "umat kami.. tanggungajawab kami". Mesej yang lain tak ada apa-apa pun.

Akhirnya setelah makan sahur di ruang menunggu kami menuju ke pesawat. Mata sudah bersiap sedia untuk lena dan terasa badan amat letih sekali. Dah rasa tak lalu nak bawa badan lagi. Alhamdulillah setelah duduk di kerusi, sedar-sedar sudah tiba di Bombay India. Hikmah dapat tidur ini amat penting buat tubuh dan fikiran. Alhamdulillah..separuh perjalanan sudah selesai dan dapatlah kami berbincang ringan sebentaar. Topik yang kami bincangkan berkisar apa yang kami dapat rumuskan dari jaulah ini. Beberapa poin yang sewajarnya diangkat oleh Jama'iy terutama dari sudut kemanusiaan dan keperihatinan umat Malaysia terhadap umat di GAZA. Isu ini wajib dilaungkan sehingga ke Parlimen terutama dari aspek penahanan Mesir terhadap bantuan antarabangsa di sempadan Rafah dan GAZA. Begitu juga dengan plan desakan NGO terhadap Mesir di kedutaannya di Kuala Lumpur.

Sekitar jam 10.30 malam pesawat mendarat dengan selamat di KLIA. Sambil membetulkan kaki yang pegal kami berjalan menuju ke tempat pemeriksaan imgrasi. Kenangan di bumi anbia' terutama di masjid yang dihadiri oleh puluhan ribu umat bagikan magnet untuk kami merancang datang lagi pada tahun depan di 10 hari terakhir ramadhan. Mungkin dengan begini baru para imam, AJK Masjid dan pegawai masjid faham bahawa masjid di bulan ramadhan harus dihidupkan. Selagi belum hidup seperti di Mesir, rasanya dakwah kita di Malaysia masih jauh lagi jaraknya...Semoga ALlah memudahkan perancangan dakwah ini di Malaysia khasnya..!!!