foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, February 8, 2010

Kenyataan Media MAPIM

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


Hari yang kelam buat rakyat negeri Perak. Benarlah telahan rakyat kecil yang berasal dari negeri Perak di seluruh dunia.."Keadlian sudah hilang dari negeri kami, para tirani merampas dan merompak tanpa rasa malu dan lebih malang lagi mereka gunakan atas nama Allah mereka merompak.."..Kita patut ungkapkan innalillahi ...wainna ilaihirojiun..WAJIB TUMBANGKAN MEREKA DI PRU 13!!

Kenyataan Media MAPIM

8 hb Februari 2010

MEMBANTAH ETIKA PELAPORAN KES DATUK SERI ANWAR YANG MENGAIBKAN.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membantah cara pelaporan yang kini sedang disiarkan dalam pembicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bukan sahaja ia menyalahi nilai dan prinsip pelaporan Islam malah ia sangat berbaur konspirasi politik yang amat jijik untuk menjatuhkan seseorang musuh politik.
Adalah sangat mengejutkan bagaimana media cetak sekali lagi membiarkan pelaporan yang sangat melampau terhadap pembicaraan kes beliau sepertimana pernah dilakukan pada 1998.
Apakah niat sebenar pelaporan seperti yang disiarkan dalam pembicaraan itu sehingga menjadi sangat menjijik dan memalukan untuk dibaca oleh masyarakat terutama dikalangan generasi muda malah dikalangan kanak-kanak sekalipun.
MAPIM mempersoalkan etika apa yang diguna oleh media cetak dan elektronik ketika melaporkan secara eksplisit segala perlakuan dan percakapan yang didakwa berlaku.
Adalah sangat malang ketika mana media massa mengambil kesempatan sepenuhnya untuk mendedahkan suatu pembicaraan mahkamah secara terperinci yang berkaitan dengan kes seumpama ini.
Hanya kerana ia dikaitkan dengan Ketua Pembangkang , adakah etika kewartawanan dan pelaporan media harus mengenepikan nilai moral yang didakwa cuba dipertahankan.?
MAPIM tidak nampak niat lain selain media ingin menjayakan agenda memburukkan imej Anwar Ibrahim seburuk-buruknya.
MAPIM berpendirian menjatuhkan seseorang musuh politik dengan cara memfitnah dan mengaibkannya melalui media adalah tindakan yang amat buruk dan sangat jahat.
Namun nampaknya media tidak langsung mengambilkira sensitiviti apa yang disiarkan dan kesannya kepada pemikiran dan masyarakat awam terutama pembaca muda.
MAPIM berpendapat adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk media mensensasikan kes ini dalam bentuk berita utama di muka depan walaupun dengan cara yang sangat menjijikkan.
Tidakkah media ada pertimbangan yang lebih bermoral dari hanya mencemar imej seseoang dan sekaligus melariskan akhbar media berkenaan.?
Apa yang lebih malang seolah-olah pihak berkuasa yang bertanggungjawab merestui pelaporan sebegini hanya kerana ia dikaitkan dengan musuh politik pemerintah..
Inikah etika media timur yang kita banggakan setelah kita menyatakan media barat tidak mempunyai nilai moral.
Tajuk berita sahaja sudah cukup menjijikkan..
Amat jelas pihak media dan juga pihak berkuasa yang sepatutnya mengawasi media kini mengulangi kesilapan yang sama melalui media dan TV dalam episod pembicaraan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998-1999 yang telah mencetuskan kemarahan masyarakat awam.
Pihak media seolah turut menyumbang dan sangat ghairah mencemarkan dan merosakkan pemikiran awam.
MAPIM dengan ini menuntut agar pihak kerajaan serta pihak berkuasa agama mengambil langkah tegas untuk memberhentikan pelaporan tidak beretika dan melanggar nilai akhlaq yang dituntut oleh Islam dalam media berkaitan dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mana-mana kes yang dibicara di mahkamah..
MAPIM juga menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengadakan sidang untuk mengeluarkan fatwa mengenai hukum yang berkait dengan pelaporan berita yang mengaibkan seseorang di khalayak ramai.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.(MAPIM).
Sekretariat MAPIM, d/a Akademi Pertubuhan Islam Negeri Perak (APIP),
No 33A, Jln Ampang Baru 6A, off Jln Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh.