foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, August 14, 2008

MERDEKA - TEMA PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

15 OGOS
Selepas subuh berangkat ke Masjid Wilayah untuk menghadiri seminar sehari bersama pemandu teksi anjuran KOPTEAM dan Masjid Wilayah. Sekitar jam 8.30 majlis bermula dengan ucapa YB DR Zahid Hamidi. Inti ucapan beliau ialah tentang betapa pentingnya melatakkan Islam di tempatnya. Ucapan beliau singkat kerana ada program lain yang beliau harus hadir. Apa yang saya cuba fahami dari ucapan tersebut ialah UMNO sudah tidak punya poin lagi selain kembali mengambil isu agama dan perkauman bagi memperkuatkan kembali perjuangan mereka. Jika ikhlas untuk kembali melihat Islam ini langkah yang baik tapi jika sekadar show off....ianya akan gagal lagi. Tidak dinafikan bahawa ada sebahagian pemimpin UMNO yang sudah insaf tapi mereka masih terpaut dengan bermacam hal yang membuatkan mereka tidak sanggup untuk melompat sekarang. Suasana akan berbeza jika DSAI sudah mula berada di parlimen dan mereka bertemu DSAI tanpa menimbulkan syak wasangka di kalangan MP BN maka warna politik akan berubah. Jadi Permatang Pauh amat penting bagi kepentingan PR ke Putrajaya...

Dari seminar tadi apa yang lebih menyentuh ialah bagaimana seorang anak kecil Malaysia yang cerdik telah membuktikan kemampuan beliau menyampaikan pesan dan mengingati angka dengan tepat. Ini betul-betul anugerah dari Allah. Adik Adi Putera berumur 9 tahun membuat peserta seminar terpegun dan kagum.

Sampai saat saya menulis ini saya masih terbayangkan wajah anak kecil yang comel dan mampu selesaikan matematik standard A level. Semoga Allah panjangkan umur beliau dan apa yang beliau cita-citakan mendapat perkenan dari Allah.

Berbalik soal politik tanahair. Saya mengucapkan tahniah kepad pimpinan dan ahli PAS atas kejayaan Muktamar PAS di negeri Perak. Semoga muktamar akan membuahkan hasil terbaik bagi semua. Apa yang diharapkan oleh rakyat ialah KEKENTALAN KOMITMEN PARTI DALAM PR. Rakyat rindukan MALAYSIA BARU yang merdeka dari penindasan regim UMNO-BN. Berikanlah prioriti kepada maslahah rakyat bukan golongan tertentu atau mana-mana parti atau mana-mana individu.

Berita jam 8 malam di TV3 sibuk melaporkan berita demonstrasi UMNO dan NGO UMNO (GPMS). INilah gambaran sebenar hipokrit BN-UMNO yang sebelum ini tak pernah menhagatakan baik jika berdemonstrasi. Sekarang sudah tukar dan seperti menggalakkan pula demo. Soal betul atau tidak sesuatu isu tidak penting asal demo dari UMNO_BN adalah betul dan baik?.. Ya inilah yang diharapka oleh UMNO sebenarnya sejak dulu iaitu negara ini kucar kacir apabila ada pihak lain yang memerintah. Tak mustahil jika PR memerintah, maka TV dan media yang ada sekarang akan menjadi saluran berita demo. Maka pemimpin UMNO dari semua golongan akan menjadi pendemo andalan. Teringin juga hendak melihat macamana Pak Lah, Najib, KHairi dan kabinet BN kena sembur pula. Tapi jika PR memerintah rakyat bebas bersuara maka sudah tentu demo aman akan dibenarkan. Biar sampai terkoyak tekak mereka pula.!!

Alahai..nasib. Bila menonton berita TV3, rasa nak tergelak sebab caranya masih lapok dan terus memaksa rakyat angguk kepala. Angguk di Parlimen, di Dewan Negara dan di Dewan Undangan Negeri sehingga semua menjadi pak angguk terhandal. Apa nak jadi dengan UMNO..???

TV3 juga cuba memanaskan berita dari muktamar PAS dengan memuatkan berita yang masih dalam perbincangan bukan keputusan sehingga kelihatan seperti PR bakal hancur esuk pagi (ya kata Ezam macam tulah). Propaganda murahan ini adalah untuk mendapatkan sedikit undi sokongan di Permatang Pauh. Sudah pasti hal ini di pantau terus oleh para pejuang PR di Permatang Pauh dan rakyat di sana. Pejuang PR harus dengan segera mematahkan hujah karut BN-UMNO ini secara profesional. Jelas sekali UMNO terdesak dan mereka akan lakukan bermacam cara samada betul atau tidak. Ikut undang-undang atau langgar undang-undang seperti cara yang terdahulu..

Berbeza sekali dengan berita dari Harakah...

Image
Pemuda PAS tetap bantu jentera kempen KeADILan
Mohd Nor Yahya
Thu | Aug 14, 08 | 8:02:18 pm MYT

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Jentera Pemuda PAS negeri-negeri diarahkan bersedia untuk membantu KeADILan di Permatang Pauh bagi memastikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, walau pun terdapat ketidakpuasan hati di kalangan perwakilan termasuk dari Selangor dan Pulau Pinang, namun hubungan Pakatan Rakyat tidak terjejas.

"Biasalah dalam rumah tangga ada sedikit sebanyak silap faham dan rasa tidak puas hati, jadi ia perlu dipandang dengan sikap terbuka oleh pemimpin Pakatan Rakyat," ujar beliau ketika ditemui selepas Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat berakhir petang ini.

Mengenai suasana di Permatang Pauh, beliau yakin apa yang berlaku di muktamar hari ini tidak mematahkan semangat Pakatan Rakyat bagi membantu kempen Anwar.

Beliau juga menjangka senario politik di Malaysia akan berubah selepas pilihan raya kecil tersebut pada 26 Ogos ini

Beliau juga berharap pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu memperbesarkan isu siapa yang akan menerajui Pakatan Rakyat.

"Siapa sahaja boleh dicadangkan menjadi Perdana Menteri tetapi hakikatnya sekarang KeADILan mendahului jumlah wakil rakyat di Dewan Rakyat," katanya