IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
8 May Jam 8 malam
Terima kasih kepada wakil GMI (Norlaila) yang telepon dan akan memberi sokongan dalam kempen ini namun semalam mereka tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat lain diwaktu yang sama.
Begitu juga dengan Jaya (Kordinator Hindraf) yang kebetulan ada kerja di luar KL dan beberapa AJk yang memberi informasi tentang ketidakhadiran mereka. IKRAR mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen semua.
Selepas maghrib AJK program KAI berkumpul di Faezamaju, sebelah Masjid Jamek (merupakan salah satu office transit IKRAR). Sambil menunggu sdr-sdr dari beberapa daerah di KL, beberapa SB juga berdatangan dan mengambil posisi dari kanan, kiri dan depan tempat kami duduk. Wajah mereka dah biasa dan kami tahu mereka buat kerja untuk pemerintah sekarang. Tapi jauh di sudut hati kami kesian melihat mereka yang membuat kerja untuk si durjana yang memerintah secara zalim menggunakan ISA sebagai alat mendera fikiran dan jiwa rakyat. Sebenarnya jika pemerintah hari ini memberi kebebasan kepada rakyat bersuara tak perlu hantar sebegitu ramai anggota SB sehingga kami terasa malam semalam seperti meeting vvip. Terfikir juga dari sudut budget makan minum mereka di tempat begitu ditanggung sebenarnya oleh rakyat dan kosnya bukan kecil apatah lagi di hotel berbintang lima. Minta ahli YB PR, bawa isu budget polis dan keselamatan yang sebenarnya tak perlu tapi diperlukan oleh pemerintah yang ada dikaji semula. Alangkah baik dari menghabiskan wang rakyat untuk hanya sekadar mengintip, mendengar mesyuarat (KAI), ngo berhaluan menentang BN-UMNO dan mesyuarat PR yang lain ditukar ke peningkatan kualitas hidup anggota polis. Buatkan rumah yang lebih besar dan selesa, naikkan gaji ke paras yang terbaik , meningkatkan kualitas hidup anak dan isteri mereka dari segi pendidikan dan banyak lagi sebenarnya. Jadi kami menyeru kepada pihak polis untuk membuat desakan kepada pemerintah agar pertimbangkan semula nasib anda dan keluarga.
Secara jelas tanpa selindung, apa yang kami lakukan sebenarnya adalah kempen untuk mencelikkan rakyat tentang kezaliman ISA, nasib anak dan isteri ISA dan semuanya berkaitan dengan akibat ISA. Tak mustahil kesedaran ini juga memberi impak jangkapanjang kepada polis dan keluarganya. Semua kita sebenarnya boleh menjadi mangsa kepada ISA demi menjaga beberapa pemimpin pemerintah yang ada sekarang. IKRAR tidak akan berlembut dengan soal nasib rakyat terutama terhadap mereka yang dengan sedar menggunakan ISA untuk kepuasan politik mereka. Hamid Albar, KJ, Mukhriz , Mahathir, PM, TPM dan siapa sahaja yang bersetuju dengan ISA, maka ingatlah kamu semua adalah pengkhianat kepada KEMANUSIAAN, NEGARA DAN AGAMA. Kamu hanya kosmetikkan saja di mata rakyat agar nampak ISA adalah solusi terbaik untuk rakyat. Kamu akan menderita dengan kekejaman yang selama ini kamu lakukan. IKRAR akan terus berusaha, berkempen ke seluruh pelusuk negara terutama di kampung-kampung bersama dokongan PR, GMI dan mana-mana NGO yang perihatin dengan isu ini. Kami tidak akan diam untuk mengungkap kebencian terhadap ISA sehingga samada kami runtuhkan bangunan Tahanan ISA atau kami bersama rakyat menghalau seluruh pemimpin aUMNO-BN dari terus berkuasa di Malaysia. Kami sedar kamu semua adalah golongan berdarah beku, berhati plastik, bertelinga getah, bertangan besi yang tidak akan terkesan dengan laungan ini tapi ingat jika ianya dari kekuatan seluruh rakyat...kamu akan menyesal suatu hari nanti..!!!
Meeting semalam selesai sekitar jam 10 sebab memang restoran ini tutup jam 10 malam. Sebelum kami bersurai SB terlebih dahulu bersurai. Semoga mereka akan mendapat mimpi TENTANG NASIB ANAK DAN ISTERI MEREKA jika mereka dikenakn ISA.!!
Forum dan kempen tetap akan diadakan...!!! Kepada anak-anak mangsa ISA ada sebuah lagu yang kami harapkan dapat memberi semangat kepada mereka dan keluarga serta menyedarkan rakyat yang terlena dipangkuan BN-UMNO..
ANAK TAHANAN ISA (Anti)
(rentaknya seperti lagu P Ramli.."Tolong kami..bantu kami..anak-anak yatim piatu..")
Tolong kami
bantu kami
anak-anak mangsa ISA...2 x
Ayah kami
dibawa pergi oleh ISA
tinggallah kami
bersama ibu
tanpa ayah....2x
Tolong kami
bantu kami
anak-anak mangsa ISA..2x
Sdr dan sdri
dengarlah rintihan kami
kami perlu
ayah disisi
menemani hidup kami ...2x
Tolong kami
bantu kami
anak-anak mangsa ISA...2x
ISA ZALIM
ISA ZALIM
ISA ZALIM ..ISA ZALIM
HAPUSKAN ISA
LEPASKAN TAHANAN
HENTIKAN KEZALIMAN...2X
Tolong kami
bantu kami
anak-anak mangsa ISA..2x
Kami merayu
kami menyeru
lepaskan ayah kami!!
bicarakan dia
di mahkamah
dengan saksama..2x
Tolong kami
bantu kami
anak-anak mangsa ISA...2x
Wahai rakyat
dan wakil rakyat
kasihanilah kami!!
Nasib kami
tidak menentu
fikiran kami buntu...2x
Tolong kami
bantu kami
anak-anak mangsa ISA..2x
( Abu Miqdad)
jam 9 pg
Gombak.
Sila cetak sebanyak mungkin dan sebarkan di mana sahaja dan setiap kali Kempen Anti ISA (KAI) lagu (Anti- Anak Tahanan ISA) ini akan diulang berkali-kali sehingga masuk dalam telinga dan jiwa semua. Kepada anak-anak ISA, sila nyanyikan lagu ini di sekolah depan kawan, guru dan siapa sahaja. Begitu juga ketika melawat ayah di Kemunting, rakamkan lagu ini dan hadiahkan kepada jiran tetangga dan siapa sahaja. Insyaallah kita akan buatkan cd, kaset, video dll untuk kita hadiahkan kepada Agung, Sultan dan pemimpin Melayu sedikit masa lagi.
Kepada para isteri mangsa ISA, Jangan malu ajarkan anak-anak dengan lagu ini..!! Jika ada penyanyi yang mahu sumbangkan suara mereka dan para produser yang ada kelebihan rezeqi sila hubungi kami supaya mesej ini meresap masuk ke pelusuk daerah. Inilah salah satu usaha IKRAR agar hati keras membatu akan mencair menjadi sebuah tekad untuk meruntuhkan tembuk ISA.
Semoga M. Manoharan..dibebaskan demi keluarga dan rakyat...
Tahanan ISA angkat sumpah ADUN Kota Alam Shah
TAIPING 8 Mei - Penasihat undang-undang pertubuhan haram Hindraf, M. Manoharan yang kini di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah di Pusat Tahanan Perlindungan Taiping di sini hari ini.
Majlis angkat sumpah itu dikendalikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim dan disaksikan oleh Penasihat Undang-Undang Selangor, Datin Paduka Zauyah Loth Khan serta ahli keluarga terdekat Manoharan.
Chang Khim yang ditemui pemberita di luar pusat tahanan itu berkata, majlis yang bermula pukul 9 pagi itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
"Beliau (Manoharan) sekarang secara rasminya menjadi ADUN Kota Alam Shah, bagaimanapun beliau masih tidak boleh masuk ke Dewan sebelum dibebaskan.
"Beliau sudah boleh kemukakan soalan untuk dijawab oleh kerajaan negeri walaupun tidak boleh hadir untuk sidang DUN pada Julai dan Disember ini," katanya di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum lalu, Manoharan yang bertanding atas tiket DAP, mencatat kemenangan mengejut apabila memperoleh 12,699 undi sekali gus merampas kerusi DUN Kota Alam Shah daripada penyandangnya, calon Barisan Nasional (BN), Ching Su Chen yang hanya meraih 5,515 undi.
Chang Kim berkata, Manoharan telah dipilih oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti besar yang secara tidak langsung membuktikan bahawa beliau tidak menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Menurut Chang Khim, majlis angkat sumpah seperti itu adalah yang pertama dalam sejarah negeri Selangor tetapi bukan pertama kali berlaku di negara ini.
"Pada 1978, dua calon DAP yang memenangi kerusi pilihan raya iaitu Chian Heng Kai (Parlimen Batu Gajah) dan Chan Kok Kit (Parlimen Sungai Besi), mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika itu, Tan Sri Dr. Syed Nasir Ismail juga di sini,'' jelas beliau.
Sementara itu, Manoharan dalam kenyataan akhbar yang dibacakan oleh isterinya, M. Pushpaneela berkata, hari ini merupakan hari bertuah buat semua masyarakat Hindu.
Katanya, beliau tidak akan menghampakan semua pengundi malah sudah menyediakan 10 soalan bagi Sidang DUN Selangor akan datang manakala orang ramai boleh berurusan dengan wakilnya di Kota Alam Shah jika menghadapi sebarang masalah.
"Saya akan terus membangkitkan soalan berkaitan masalah dan keadilan rakyat tanpa rasa takut selain berharap kerajaan tidak melakukan diskriminasi terhadap mana-mana pihak.
"Memang menyedihkan apabila saya terpilih sebagai wakil rakyat walaupun pengundi tahu saya sedang ditahan, jadi kepercayaan dan keyakinan itu dapat mengurangkan penderitaan saya di sini,'' katanya.
Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang turut melawat Manoharan hari ini berkata, Kementerian Dalam Negeri 'memulangkan' semula Manoharan kepada rakyat di Kota Alam Shah.
Katanya, majoriti besar yang diraih Manoharan pada pilihan raya umum lalu adalah mesej jelas bahawa rakyat mahu beliau mewakili penduduk di kawasan tersebut.
"ISA tidak menghalang mana-mana tahanan daripada bertanding pada pilihan raya umum... jadi sesiapa yang bertanding pada pilihan raya dan menang, mesti dibebaskan sebab kena berkhidmat untuk kawasannya, kerajaan mesti matang dalam hal ini,'' jelas beliau.
IKRAR: Berita tentang KARPAL di manipulasi oleh UMNO dan ini merupakan suatu kezaliman terancang dari mereka. Rakyat harus memahami apakah hal sebenar bukan tiupan perasangka semata-mata. Tak mustahil akhirnya akan bertambah lagi penghNuni ISA di Kamunting...INILAH KEZALIMAN...uTUSAN...ANGKAT ISU INI ATAS arahan UMNO yang cuba panaskan keadaan,,,mereka sudah lupa Melayu yang semak buat report ni adalah Pemimpin Melayu yang dah hilang gusi...porahlah hangpa lebih baik bersiap sedia mengahadapi perubahan Kerajaan aje..Perbuatan Pemimpin Melayu ni macam "Kera tangkap belalang"
Buat macam-macam untuk pikat hati orang Melayu...nak pikat hati orang Melayu mudah aje..bagi semula HAK MEREKA, DUIT RASUAH, DUIT ROYALTI, DUIT KERAJAAN NEGERI KELANTAN DLL. kEMBALIKAN KEPADA RAKYAT!!! Kenapa pemikir Melayu yang sijil berjela tak boleh nak buat resolusi ini?? Takut apa dan kenapa takut...?? Karpal hanya sebagai permainan aje untuk buat test org Melayu marah atau tidak...Yang marah ialah pemimpin UMNO, sebab rakyat tak mahu undi mereka lagi...beberapa puak NGO sempit penyokong UMNO sbb budget berkurang...bisnes man yang ikut UMNO..tak dapat projek...rakyat patut menggesa agar hak dan kebajikan rakyat dipertahankan...bukan kepentingan UMNO, RAJA, VIP Melayu...Pelik sungguh cara berfirkir pemimpin UMNO...DUIT RASUAH BERJUTA-JUTA tak sanggup bagi balik kepada rakyat tapi sekarang paksa rakyat untuk benci orang yang tolong mereka..?? Inilah akibat makan belacan busuk terlampau banyak, cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.. ikuti berita utusan..ini bukti desprado..
Panitia Kongres Permuafakatan Melayu, Tan Sri Profesor Emeritus Ismail Hussein berkata, ini kerana tindakan itu jika tidak dibendung akan merebakkan semangat perkauman.
“Semua rakyat harus mengutuk tindakannya kerana ia mengaibkan negara, malah akan membawa porak peranda jika dibiarkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, Ismail yang juga Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena) berkata, Karpal perlu dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan supaya sikapnya tidak menjadi ikutan.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Karpal Singh perlu digantung daripada menghadiri sidang Parlimen untuk beberapa tahun jika enggan memohon maaf kepada Sultan Perak.
‘‘Beliau patut digantung daripada menghadiri perbincangan sesi Parlimen yang berlangsung ketika ini untuk tempoh empat atau lima tahun akan datang jika enggan memohon maaf kepada Sultan Perak di atas kenyataannya yang menghina institusi raja-raja Melayu,” katanya.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Mohd. Shafie Apdal pula menggesa Karpal menghadap dan memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak.
‘‘Saya kesal dengan apa yang dikatakan oleh Karpal dan DAP dalam menyentuh soal hak- hak sultan dan raja-raja Melayu sama ada di Parlimen atau di Perak.