Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)??
10 JUN
Heran betul dengan keadaan di selatan Thailand dan Mindanao..Masih ada tembakan dan bom yang dilakukan kuncu-kuncu pemerintah di sana. Kemarin Najib masih tersenyum ria dengan PM Thai..Sdr kita kene lanyakpun Najib boleh tersenyum lagi..!!! pelik tapi tapi benar..Nak harap apa ?
Saya hanya mampu berharap dan berdoa. Di facebook saya telah lancarkan..
"NASIB SDR KITA .. ramai sdr Islam di Masjid Narathiwat DAN di Mindanao..ditembak mati dan di bom maka..kami berharap agar umat Islam di seluruh dunia khasnya di Malaysia, Singaapura, Brunei, Thailand dan Indonesia agar mengadakan solat ghaib untuk sdr kita. Jika ada yang berkesempatan sila buatkan tulisan pada vanila kad.."HENTIKAN PERANG".."YA ALLAH SELAMATKAN SDR KAMI YANG TERTINDAS!!".."KAMI BERSAMA KAMU SDR KU"
KITA SERIUS SOAL nasib sdr kita ini dan jangan ada pihak terutama di Malaysia yang mempersendakannya. Talian darah kita dengan sdr kita adalah talian aqidah yang dapat meruntuh segala tembuk dan merentas lautan yang ada. jadi tolong sebarkan kepada teman-teman yang lain. Kita bermula dengan solat ghaib atau hajat atau apa sahaja agar sdr kita selamat. Dan selepas ini jika tidak ada perubahan maka langkah seterusnya harus kita lakukan.Jangan duduk diam atau mimpi sahaja sdr.!!! Bangun.bangun dan bergeraklah..!!!
Bentrokan Bersenjata di Thailand Selatan Kembali Terjadi
Selasa, 31/03/2009 14:24 WIB
Pasukan tentara Thailand telah menewaskan empat orang yang diduga merupakan pejuang Islam sewaktu terjadi bentrokan bersenjata pada Senin siang kemarin, ditengah meningkatnya kekerasan yang dilakukan oleh tentara Thailand dan perlawanan yang dilakukan pejuang Thailand Selatan.
Menurut laporan polisi, pejuang Islam Thailand Selatan yang memulai menembaki tentara Thailand.
Dua orang syahid dalam dua serangan di propinsi Thailand Selatan. Dalam akhir pekan, empat orang syahid dan tiga orang luka-luka dalam sebuah serangan militer di Pattani dan propinsi tetangganya Yala yang mayoritas umat Islam, dimana serangan granat dari pejuang Islam telah melukai sembilan orang tentara Thailand.
Sedikitnya 3200 orang sudah meninggal dalam konflik antara umat islam di propinsi Thailand Selatan yang mayoritas Muslim dan beretnis melayu, dan konflik tersebut semakin meningkat pada tahun 2007.
Para pengamat Thailand mengatakan bahwa wilayah yang terdapat sekolah-sekolah Islam atau mereka menyebutnya 'Pondok' merupakan basis tempat pejuang Islam. (fq/aki)
Hr9808: Info tentang keganasan ini telah saya dapat secara langsung sebelum ini ketika pertemuan dengan salah seorang Tok Ayah dari Petani. Sekarang ianya berulang lagi..jadi seharusnya umat Islam seluruh dunia tidak harus diamkan hal ini!!!
Ditembak dalam masjid
Oleh AZRAN FITRI RAHIMazran.rahim@utusan.com.my
KEJAM...Waris dan penduduk kampung melihat jenazah ahli keluarga yang ditembak mati ketika berjemaah solat isyak di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan di selatan Thailand, kelmarin. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI
SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.
Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.
Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.
Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.
Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.
‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.
‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.
‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.
Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.
Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.
‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.
‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.
‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.
Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.
Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.
Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.
Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.