foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, September 12, 2009

KENAPA DENGAN YB ZULKIFLI NOORDIN?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
Salam 2 all.

Surah yang pertama selepas Ummul Kitab Al Fatihah dikenali sebagai Surah Al Baqarah-iaitu Surah Lembu. Diceritakan bagaimana sepeninggalan Nabi Musa as menerima wahyu di Bukit Tursina, pengikutnya Bani Israel telah menjadikan anak lembu sebagai bahan sembahan setelah diperdaya oleh Samiri. ALLAH melaknat Bani Israel dan memerintahkan mereka supaya menyembelih seekor lembu, sebagai bukti keikhlasan mereka bertaubat nasuha dan meninggalkan sembahan tersebut. Bani Israel akhirnya menyembelih seekor lembu sebagaimana yang diperintahkan ALLAH.
Surah Al Baqarah adalah surah yang membahagikn kategori manusia kepada 3 golongan. Pertama golongan beriman, yang menjadikan Al Quran sebagai petunjuk jalan kehidupan, yang meyakini perkara yang ghaib, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat.

Golongan kedua adalah golongan kafir-mereka yang secara terang menolak ketuhanan ALLAH dan mempertuhankan berhala, yang menjadikan manusia sebagai anak tuhan, yang menjadikan batu, kayu, lembu dan pelbagai haiwan dan lain-lain sebagai bahan sembahan.
Golongan ketiga dikenali sebagai golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam. Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, mereka berhujjah menggunakan Al Quran. Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah!
Hari ini, 12 orang Muslim diheret ke Mahkamah Shah Alam, atas tuduhan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan atas tuduhan alternatif di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana "menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan sengaja melukakan perasaan penganut Hindu". Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu.

Selepas itu, mereka bersama enam yang lain dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis. Mereka ialah Jainudin Md Yusuff, Mohd Jurit Ramli, Mohammad Nordin Zakaria, Jamil Mohamad Isa, Rahimuddin Md Harun and Azhari Shaari. Kes mereka semua akan disebut semula 21.10.2009 depan. Ternyata mereka datang daripada kesemua parti politik orang Melayu-PAS, PKR dan UMNO. Ternyata mereka bersatu dalam aqidah walau berbeza dari segi wadah.

Episod kepala lembu ini menunjukkan betapa bangsa Melayu hari ini begitu mudah diperlembukan. Baik yang berkopiah, mahupun yang bersongkok. Samada yang berserban, mahupun yang bersampin. Demi kerana sebiji kepala lembu, bangsa Melayu memekik takbir mempertahankan hak lembu sehingga ketitisan darah lembu yang terakhir, mempertahankannya daripada ancaman keris-keris durjana.
Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan melampau para demonstran yang membawa kepala lembu dan memijaknya kerana membantah tindakan kerajaan Selangor mengarahkan pembinaan kuil besar di Seksyen 23 Shah Alam. Itu tindakan yang tidak dihalalkan, malahan ditegah oleh Al Quran. Walaupun ada yang menyatakan tujuan membawa kepala lembu itu adalah untuk menunjukkan betapa bodoh MB dan beberapa pemimpin Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor, yang bertindak saperti lembu yang diperbodohkan, namun persepsi yang timbul jelas membawa kepada kemelut penghinaan kepada penganut agama Hindu yang mempertuhankan dan mempersucikan haiwan lambu ini.
Ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kita. Mengapa tidak diambil jalan lain, contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor tersebut. Ada ramai peguam yang saya kira bersedia memberi khidmat untuk tujuan tersebut. Namun apa yang lebih penting, episod lembu ini telah diputarbelitkan dan digembar-gemburkan oleh banyak pihak termasuk dikalangan Pak Janggut dan Pak Keris sehingga isu sebenar pencerobohan tanah di Seksyen 23 untuk tujuan menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.

Dimana suara-suara Pak Janggut dan Pak Keris ini apabila Jeff Ooi melabel mereka yang bercita-cita untuk melaksanakan Islam sepenuhnya sebagai ekstremis. Sehingga hari ini Jeff Ooi terus dengan sifat bongkak dan angkuhnya enggan menuntut maaf atas kebiadapannya. Sehingga ke hari ini Jeff Ooi masih bebas, tiada sebarang tindakan pendakwaan diambil terhadap keceluparan beliau. Mengapa Peguam Negara tidak bertindak tegas terhadap Jeff Ooi. Mengapa Jeff Ooi tidak dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan, mahupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan?

Mana dia suara para pejuang serban melilit dan Pak Janggut & Pak Keris, apabila dalam kes hukuman rotan terhadap Kartika Sri Dewi Syukarno, Majlis Peguam dengan angkuh memperlekeh hukum sebat bagi peminum arak beragama Islam. Kenyataan biadap Majlis Peguam, menghina hukum syara' dengan menyatakan hukuman sebat ini sebagai tidak berpeikemanusiaan dan zalim. Undang-undang Islam disamakan dengan hukuman barbarik. Tetapi Pak Serban dan Pak Janggut diam seribu bahasa.

Yang dihingar-bingarkan sikap kasar umat Islam semada dialog dengan MB Selangor pada Sabtu 15 Ramadhan 1430/ 05 Sept 2009. Yang diperbesarkan kata-kata kesat dan biadap orang Melayu dalam dialog itu. Tetapi kenyataan wakil Hindu semasa dialog tersebut menghina azan dengan biadap menyatakan azan lima kali sehari adalah satu gangguan langsung tidak dipedulikan, malah tiada tindakan pun dikenakan. Mana pergi suara Pak Janggut dalam hal ini saya pun tak tahu! Apa tindakan Peguam Negara langsung tidak kedengaran!

Yang paling jelik, ada dikalangan Pak Janggut sanggup memutarbelit ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil. Malah umat Islam Seksyen 23 dipersalahkan kerana tidak bersikap "adil" dalam membantah pembinaan kuil dikawasan kediaman mereka. Umat Islam dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dikawasan kediaman mereka, dan perintah itu dikatakan dibenarkan oleh Al Quran. Malahan umat Islam dikatakan berdosa kerana tidak mengikut Al Quran untuk membenarkan pembinaan kuil. Si Pak Janggut lupa awal-awal surah Al Quran ALLAH menceritakan tentang penyembelihan terhadap lembu yang menjadi sembahan manusia kufur.

Memang kita umat Islam disuruh berlaku 'adil, termasuk terhadap kafir dhimmi yang duduk tunduk dibawah pemerintahan Islam. Tetapi kita disuruh hanya berlaku 'adil dalam hal menjaga kebajikan mereka. Dalam soal ketuhanan, tidak timbul soal ke'adilan. Ini soal aqidah, bukan lagi soal wadah. Kita memelihara tempat 'ibadah mereka, bukan mengujudkan yang baru dicelah kediaman kita. Sultan Salahuddin Al Ayubi memelihara kesucian synagogue dan gereja yang sedia ada semasa membuka Kota Baitul Maqdis, bukan dengan membina kuil, tokong, gereja atau synagogue yang baru bersebelahan Masjidil Aqsa!

Apa yang menghairankan, ,mengapa pulak umat Islam yang disuruh bertolak ansur. Mengapa langsung tiada suara dari Pak Janggut menasihatkan kaum Hindu supaya bertolak ansur. Seksyen 23 ada 337 keluarga, tidak sampai 40 beragama Hindu. Mengapa mereka tidak boleh bertolak ansur. Bukan kita menghalang mereka ber'ibadat. Masih banyak lagi kuil dan tempat 'ibadat yang mereka punyai.
Mengikut statistik, dalam negeri Selangor ada 4.3 juta penduduk. Daripada jumlah itu, majoritinya umat Islam sebanyak 2.5 juta dengan masjid hanya sebanyak 259 buah. Sebalik nya masyarakat Budha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong. Kaum Hindu pulak, yang berjumlah 647,000 mempunyai 810 kuil berdaftar (ini tidak termasuk kuil yang haram dan tidak berdaftar!). Dan bagi 50,000 penganut Kristian di Selangor, cuba kira berapa jumlah gereja mereka! Malahan tuhan patung hindu yang terbesar didunia juga dok tersergam berdiri dalam negeri Selangor Darul Takbeer! Itu pun umat Islam dikatakan masih tidak 'adil, masih tidak bertolak ansur!?

Semasa saudara kita umat Islam membeli rumah di Seksyen 23, langsung tiada dalam pelan akan dibina kuil Hindu yang besar disitu. Saya cukup yakin kalau umat Islam tahu akan dibina sebuah kuil Hindu dalam kawasan perumahan mereka, sudah pasti ianya akan mempengaruhi keuputusan mereka untuk melabur ratusan ribu membeli rumah disitu. Tidak ada umat Islam, jika diberi pilihan, mahu tinggal dikawasan yang ada kuil Hindu, tokong, gereja atau lain-lain, apatah lagi yang mega dan yang besar. Saya cukup yakin umat Islam Seksyen 23 memilih melabur ratusan ribu membeli rumah disitu kerana tiadanya kuil, tokong atau gereja besar disitu. Kalaulah mereka tahu akan dibina kuil hindu besar disitu, sudah tentu mereka tidak akan melabur ratusan ribu membeli rumah di Seksyen 23!
Tetap hari ini kelihatan seolah-olah umat Islam di Seksyen 23 tiada hak langsung untuk bersuara, untuk hidup dalam keadaan aman harmoni, berdasarkan status quo mereka. Seolah-olah umat Islam yang bersalah kerana tidak berlaku 'adil, tidak mahu bertolak ansur untuk sebuah kuil besar dibina dikawasan kediaman mereka walaupun dalam pelan asal tidak ada pun ujud cadangan tapak pembinaan kuil. Malahan bantahan umat Islam diperlekehkan, dituduh tidak beradab, dihina sebagai golongan pelampau. Yang diperagungkan ialah kepala lembu!
Apabila melihat gambar lembu diatas, saya dapat bayangkan betapa lembu tersebut berasa aman damai kerana walaupun seekor, tetapi keselamatannya dijamin oleh anggota keselamatan yang lengkap bersenjata. Renungan tajam dan syahdu sang lembu jelas menujukkan keyakinan akan masa depannya di dalam negeri Selangor Darul Ehsan ini. Betapa dalam negeri Selangor ini, bukan sahaja keselamatannya terjamin, dia boleh pergi kedai runcit untuk order arak satu tong, dan pasti akan ada ahli mesyuarat kerajaan negeri yang akan mempertahankannya. Malahan akan ada Pak Janggut yang akan membaca ayat Quran untuk menjamin keselamatannya!

Tapi bila melihat gambar dibawah, sedih kita melihat umat Islam digiring (entah ke digari) saperti lembu masuk ke kandang OKT! Itulah nasib umat Islam dalam negerinya sendiri. Lembu yang mereka maksudkan sebagai lambang kebodohan dan kelembuan seorang pemimpin, kini diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain. Dan akhirnya, mereka disumbat kekandang dan diperlembukan!

Mungkin satu hari nanti tak lama lagi akan ada Pak Janggut memetik Quran dan hadis supaya umat Islam berlaku 'adil dan menasihatkan umat Islam supaya jangan baca lagi Surah Al Baqarah, demi menjaga hati pengikut tuhan lembu ini. Mungkin Peguam Negara akan mengenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan atau Seksyen 298A Kanun Kesiksaan kepada mereka yang membaca Surah Lembu ini!!

Apalah nasib umat Islam, diperlembukan oleh kaum sendiri! Pak Janggut memaki Pak Keris, Pak Keris menempelak Pak Janggut, tapi yang akhirnya menjadi mangsa ialah umat Islam yang kerdil di Seksyen 23, yang hanya mampu melihat Pak Janggut dan Pak Keris bertelagah dan bertikam sesama sendiri. Gajah sama gajah bertandukan, lembu jugak yang menang!
Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu 19 Ramadhan 1430 / 09 Sept 2009

Sebahagian dari komentar:

Ridzal Ibnu Raman
Ridzal Ibnu Raman
satu jari telunjuk ke arah saya , empat lagi menunjuk kearah siapa? ..silakan bongkar , telanjangkan dan fitnah apa sahaja.Sesungguhnya Allah maha adil & maha mengetahui.Lagi banyak memfitnah , lagi mebuak2 kebencian rakyat pada UMNO . maka ia adalah strategi terbaik menghadapi election , terbukti PR 7 BN 1, if main bola dan tentu pasukan yg kalah tu dibubarkan dan dipilih pemain yang berkelayakan saje.
Thu at 2:48pm
Kamaruddin Kasim
Kamaruddin Kasim
yang jelas PR pertahankan kerusi..Umno kalah diterengganu saja..dan UMNO dapat 4 lagi wakil rakyat free..lompat parti...maknanya UMNO dah lima dah...PR masih pertahankan kerusi sedia ada...bagus...lagi kutuk melayu lagi baik sebab melayu ni ada semangat lain.....
Thu at 2:51pm
Hadzrul Hamid
Hadzrul Hamid
jika kita pihak yang benar kita diam jerk , kita buat keje kita buat ape yang belom selesai . dia orang kita biarkan jadi huru hara biar rakyat malaysia tengok sape sebenar dia orang ni.....
ni lah dia manusia yang bertopeng, macam2 lah topeng yang dia orang ni sarong..halal, haram, semua ada.
kita lihat ,berdoa agar kita benar2 duduk ditempat yang benar. dia ni semua memberontak jerk atas sebab tidak puas hati ngan kerajaan sebab dia orang xdapat cuba kalau dapat senyap x semua?.......
Thu at 2:51pm
Keras Dan Berkhasiat
Keras Dan Berkhasiat
apa bro-bro...tadi bunyi melayu sangat, cuba senaraikan apa yg PR buat tak betul..dan lepas tu listkan BN buat yg tak betul selama nie...sebelum kalah ler...lepas kalah tu memang dah tak betul dah
Thu at 2:55pm
Keras Dan Berkhasiat
Keras Dan Berkhasiat
nie satu lagi...nie masa kerjakan...awak tu bekerja kerajaan...kena amanah..ke kerajaan bayar awak untuk berpolitik masa kerja. aku nie tak pa la sebab tak kerja kerajaan dan swasta. AMANAH.
Thu at 3:00pm
Ridzal Ibnu Raman
Ridzal Ibnu Raman
Melayu tidak membawa apa2 makna pun , sy benci dilahirkan sebagi orang melayu tetapi bersyukur dilahirkan sebagai orang islam...
Thu at 3:59pm
Keras Dan Berkhasiat
Keras Dan Berkhasiat
tak payah benci.....syukur lah..satu nikmat tuhan pun...yg buat masalahnya benda lain...
Thu at 7:02pm
Kamaruddin Kasim
Kamaruddin Kasim
subhanallah...tak bersyukur nama tu rizal...fikir balik ya...
Thu at 10:04pm
Kamaruddin Kasim
Kamaruddin Kasim
abg keras boleh tengok sendiri macam mana kecelaruan terjadi keatas ridzal yang sanggup kata benci dikahirkan sebagai Melayu.....so siapa mesti dipersalahkan...apabila semua org cakap benci melayu..anak sendiri tak nak ngaku di tu bangsa melayu...sama2 kita pikirrrr.
Thu at 10:30pm
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
saya kira..komen dari Yb Zul tidak berwajah PR tetapi..sebagai seorang peguam..Saya tidak berminat untuk berdebat soal fiqh aulawiat...Ya silakan saja berpandangan tapi jangan pula perlekehkan pihak kwn yg bersama berjuang. Seharusnya YB Zul merenung ke dlm dirinya sendiri dan dikawasannya dulu!! detail akan diulas di blog..hr9808.blogspot.com...

13 Sept;

Sebelum ini saya tidak terlalu hiraukan soal sikap YB Zul (yang juga YB PR) yang sering bercanggah pandangan dengan pimpinan PR. Tapi setelah saya baca kenyataan tersebut dengan lengkap dan cuba memahaminya maka saya ingin sarankan beberapa perkara.

1. Jelas sekali YB Zul tidak mahu komit dengan disiplin dan aspirasi PR. Apa salahnya jika beliau berbincang dengan baik dan jelas di kalangan pimpinan PR? Saya tidak berminat untuk masuk ke kelambu PR tapi saya kira YB Zul gagal untuk menghormati semangat setiakawan dari PR yang sebelum ini telah bertungkus lumus memenangkan beliau di Kulim.

2. Saya juga tidak mahu untuk berdebat soal fiqh aulawiat kerana bagi saya fakta yang cuba dibentangkan bukan lagi ke arah keikhlasan tetapi seperti ada dendam kesumat. Untuk menghjilangkan perasaan itu yang paling tepat ialah YB Zul sendiri yang mahu menyelesaikannya secara jujur.

3. Saya kenal beliau ketika awal reformasi di KL cuma beliau di barisan peguam dan kami di barisan jalanan. Saya tidak cemburu soal itu semua dan penghargaan kepada beliau patut diberikan dengan apa cara sekalipun. Namun dalam barisan perjuangan kolektif beliau masih belum dapat menyesuaikannya sehingga saya kira PR terpaksa memikul sesuatu yang seharusnya tidak perlu. Kerusi MP di sini amat bererti buat PR tapi ti jika tidak mahu akur dengan ketetapan strategi PR rasanya beliau jika benar-benar terhormat lakukanlah seperti YB Fairus di Penang. Berat memang tetapi inilah realiti dan risiko.

4. Fahaman kuil atau tokong bukan Islam di negeri jajahan Islam bukan suatu yang baru bahkan sampai sekarang bukti peninggalannya masih wujud. Jadi kenapa hal ini menjadi isu besar atau diperbesarkan oleh beliau? Saya tidak nampak poin yang menguntungkan dari segi strategi berdakwah dan berhujah terutama dengan yang bukan Islam. Hujah yang amat rapuh ini bukan sahaja dimanfaatkan oleh pihak lawan politik bahkan membingungkan umat lain. Saya bukan menolak semua hujah dari YB Zul tetapi secara keseluruhannya ada yang tak kena terutama dari sudut fiqh aulawiat. Buku-buku tentang ini boleh dirujuk dari Dr Abd KArim Zaidan (Uslubuddakwah) dan Qardhawi (Fiqh Daulah).<br

.5. Sebagai teman, saya ingin menasihatkan agar beliau merenung lebih jauh dan koreksi diri terlebih dahulu.!! Semoga Allah membuka segalanya agar kita dapat mengeluarkan kita dari sesuatu dengan cara yang betul dan tepat. Ambillah hikmah Ramadhan dan semangatnya yang mampu merubah hidup kita menjadi lebih baik.

HR9808: Saya imbas sedutan kenyataan dan sedikit komentar dari FB bagi membuat renungan...<br /><br /></font>

HUBUNGAN MALAYSIA - INDONESIA MEMANAS?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


HR9808: Tun Mahathir juga ada memberi pandangan tapi yang diam membisu Najib. Kenapa terus berdiam diri? Apakah ada yang terhutang dari Indonesia ke? Atau memang tidak mahu ambil peduli nasib rakyat bawahan yang berada di Jakarta khasnya. Seharusnya wakil Najib atau Menteri Luar dengan segera selesaikan bukan hanya menjadi penonton dan nak berlagak dengan cara Melayu? Nak tunjuk sombong dengan rakyat kecil tapi menikus dengan pihak lain. Bertanggungjawablah dan segera selesaikan!!

Saya melihat insiden begini secara mendalam seperti ada perancangan jahat dari pemimpin UBN yang dengan sengaja membuat rakyat Malaysia gelisah dan tertekan. Bila rakyat gelisah maka mereka senang tahan pukat menarik kepada fahaman politik sempit dan perkauman hina. Panaskan rakyat Indonesia dan panaskan rakyat Malaysia yang akhirnya akan berlaku pergaduhan kaum. Yang untung siapa? Ya..pemimpin UBN yang sudah bernyawa ikan. Mereka berharap dengan insiden begini rakyat akan kembali kepada mereka?

Rasanya rakyat sudah faham dan pasti mereka mengerti kelibat pemimpin UBN yang sudah tidak keruan...