foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, April 21, 2009

BAGAIMANA FIKIRAN ORANG KAMPUNG TERBENTUK..?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

22 aPR

Saya mohon maaf kepada pengunjung setia blog ini kerana beberapa hari saya dengan sengaja tidak update bagi mendapatkan sedikit pengalaman bersama dengan masyarakat kampung. Tapi ini hanya sebahagian sahaja bukan sepenuhnya buat sementara waktu... Tujuannya ialah:

1. Saya ingin mendapat kepastian dan pemahaman bagaimana fikiran orang kampung boleh terbentuk terutama di kawasan kubu penyokong UMNO.
2. Saya ingin mendengar sendiri luahan rasa orang kampung soal politik Perak dan Najib sebagai PM.
3. Apa sikap sebenar orang kampung terhadap Mahathir dalam kancah politik Najib.

Saya bentangkan satu persatu sekadar yang termampu:

a. Fikiran orang kampung memang terbentuk dari seorang ketua kampung atau imam kampung yang mungkin terdiri dari AJk pimpinan UMNO setempat. Secara sistem informasi berstruktur sebenarnya tidaklah terlalu kemas tetapi biasanya pimpinan kampung akan mengulas semula apa yang dia perolehi dari media BN UMNO samada dari TV atau surat khabar dalam pertemuan resmi atau tidak. Jika kebetulan dia seorang imam kampung maka corak berfikir akan tertuang di ruang masjid atau kenduri kendara. Jika ketua kampung kaki lepak di kedai kopi maka itulah ruang mereka menterjemahkan tafsiran dari media utama. Sebab itu media BN UMNO sangat dipertahankan dan amat berkesan bagi membentuk idea dan pemikiran penyokongnya. Tidak mustahil media PR akan terus diganggu dan dilenyapkan..walaupun ianya mustahil tapi mereka bekerja ke arah itu dengan cara yang paling smart..

HR9808: Bagi menangani pembentukan pemikiran ini yang telah terbina lebih 50 tahun maka pejuang kebenaran dari NGO, PR dan siapa sahaja harus bekerja kuat membuat analisa real bagi menangani isu ini. Jangan ambil mudah kerana PRU 13 masih jauh dan jika beberapa isu sekarang terpadam maka PR akan sulit untuk menarik hati rakyat. Slogan "satu Malaysia" sebenarnya adalah rebrand yang dilakukan oleh Najib atas nasihat Mahathir dan beberapa kuncunya. Soal ianya berulang atau tidak bagi rakyat kampung tidak penting yang penting idea itu dilihat seperti baru. Najib juga bercakap macam PR sekarang jelas menunjukkan dia menyedari bahawa rakyat adalah kuasa mutlak dalam mengejar kuasa di bumi Malaysia. Sekalipun ianya retorik kosong dan berniat busuk tetapi rakyat kampung sudah mula termakan idea tersebut.

b. Najib sebagai PM tidak terlalu dibahas berbanding politik Perak oleh orang kampung kerana rata-rata mereka lebih yakin Najib terlibat dalam percaturan politik perak dan Rosmah pula secara peribadi terlibat dalam kes Altantunnya. Pelik juga dengan kes begini media BN UMNO gagal untuk menyakinkan orang kampung? Sekalipun berita sambutan rakyat di Pahang begitu dibesarkan oleh media BN UMNO tetapi tetap ianya tidak terusik terutama di Perak. Apakah ini alamat yang Najib akan tumbang lebih cepat dari yang disangka? Rasanya jika kes ini diperbesarkan lagi sehingga media alternatif mampu mendatangkan bukti-bukti kukuh maka Najib dan Rosmah akan menghadapi masalah besar. Ada yang secara terbuka mengatakan betapa bencinya mereka kepada Rosmah berbanding Najib. Jadi Najib adalah boneka Rosmah ? Inilah sebahagian dari pemahaman orang kampung di Perak.

HR9808: Bagi saya Najib sudah gagal dan semakin hari semakin tidak layak apatah lagi bila dengan jelas media TV3 terlalu memberi ruang kepada anak Mahathir tampil. Seolah-olah Najib hanya merupakan boneka Mahathir dan sisa-sisa regim Mahathir yang masih tertinggal di UMNO.

c. Orang kampung ada yang terlalu yakin kepada Mahathir dan seperti penyelamat politik Malaysia. Pelik juga kefahaman begini boleh wujud sehingga ada yang amat kesal kenapa Mahathir serahkan Malaysia kepada Pak Lah sebelum ini..

Hr9808: Saya sejak dari dulu bermula pada tahun 1998 setelah kebejatan Mahathir dibongkar oleh Anwar, saya tidak pernah memberi sedikit ruang untuk mempercayainya lagi. Bukan soal kecewa tetapi saya dapat info lebih teruk dari beberapa orang penting di Malaysia tentang Mahathir rasanaya cukup-cukup. Jika kita bongkarkan suatu hari nanti pasti rakyat Malaysia akan menyesal untuk mengkagumi beliau. Bagaimana dengan keturunan dan kroninya yang bakal menjadi pewaris Malaysia di masa kan datang? Saya lihat Mahathir walaupun sudah hampir nyanyuk tetapi kenakalan politiknya masih kelihatan dengan jelas. Jadi untuk berdepan kenakalan politik Mahathir kita perlukan ilmu seperti bahan-bahan di bawah contohnya dalam isu Perak:

Zambry perolehi perintah yang tidak laku
Mohamed Hanipa Maidin
Mon | Apr 20, 09 | 10:36:22 pm MYT

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.

Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.

a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).

Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:

"A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority."

(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.)

b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court).

Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut:

Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.

Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah.

Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut?

Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.

JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.

Selagi tidak ada perintah 'certiorari' dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.

c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.

d. Tanpa perintah 'certiorari' dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: "So what!"

Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah 'certiorari' dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.

Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian.

Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah 'certiorari' dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).

Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.

Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak.

Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah 'certiorari' dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat.

Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna.

Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.

Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan:

"The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts."

(Keputusan Mahkamah tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.)

Mengapa? Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.

Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa?

Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak.

Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.

Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut:

a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan.

b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.

c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa�apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.

d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009.

Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.

Nota: Hanipa Maidin ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat dan ahli panel penasihat undang-undang, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.- tajdid_


Hr9808: Kenyataan begini amat penting bagi kita semua..

Dewan tidak boleh bubar sendiri - Dr Aziz Bari PDF Print E-mail
Posted by admin
Saturday, 18 April 2009 18:39

(Hrkh) - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan terbubar dengan sendirinya jika ia tidak bersidang dalam masa enam bulan, demikian dijelaskan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Beliau diminta mengulas mengenai tindakan terburu-buru setengah pihak untuk mengadakan sidang DUN Perak.

Katanya, peruntukan yang berkenaan ialah 36 Perlembagaan Negeri Perak. Peruntukan yang sama ada di dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan.

Aziz berkata peruntukan yang sama juga ada di semua negeri yang lain.

"Apa yang penting di bawah peruntukan ini ialah bahawa menjadi tanggung jawab Agong atau Sultan atau Yang diPertua Negeri untuk memanggil sidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan," jelasnya. Peruntukan ini tidak menyatakan dewan terbubar jika ia tidak bersidang langsung selama enam bulan.

Aziz berpendapat dengan adanya peruntukan itu kerajaan yang memerintah tidak boleh lari atau mengelak dari ditanya mengenai dasar-dasar dan tindakannya oleh ahli-ahli dewan.

"Ia berkait rapat dengan kerajaan yang bertanggung jawab kepada dewan yang menjadi asas kepada undi tidak percaya itu," tambahnya.

Pakar perlembagaan itu berkata Dewan Negeri dan Dewan Rakyat hanya bubar secara automatik lima tahun selepas ia bersidang buat kali pertama selepas pilihan raya umum.

"Ini disebut oleh Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 36(3) Perlembagaan Negeri Perak,' jelas beliau.

Apa yang menarik ialah ada di kalangan peguam sendiri yang menganggap dewan terbubar secara automatik jika tidak bersidang langsung dalam tempoh enam bulan.

Aziz berkata pandangan itu mungkin menjadi sebab mengapa kebelakangan ini timbul banyak keputusan yang ganjil dan tidak selaras dengan perlembagaan.

"Semacam ada usaha halus untuk mengelakkan berlakunya pilihan raya.

Ini tidak logik dan tidak masuk akal kerana macam-macam boleh berlaku. Siapa yang boleh menyekat kematian atau orang disabitkan di mahkamah?" ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak 17 April lalu, menyatakan bahawa pilihan raya kecil Dun Penanti ekoran perletakan jawatan bekas Timbalan Menteri Pulau Pinang tidak perlu kerana ia membuang masa dan wang negara.

Sebelum itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pada mulanya begitu laju menyiasat dan dikatakan akan mendakwa bekas timbalan itu tiba-tiba mengambil sikap melambat-lambatkan keputusan siasatan.