foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, October 8, 2009

MULAKAN TUGAS DI PADANG ...

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


Peta SumateraBarat
Merujuk peta: Wilayah Kerja

Wilayah kerja Perwakilan BPKP Provinsi Sumatera Barat meliputi seluruh wilayah Provinsi Sumatera Barat yang terbagi kedalam dua belas kabupaten dan tujuh kota.

  1. Kabupaten Padang Pariaman

  2. Kabupaten Kepulauan Mentawai

  3. Kabupaten Tanah Datar

  4. Kabupaten Limapuluh Kota

  5. Kabupaten Agam

  6. Kabupaten Pasaman

  7. Kabupaten Pasaman Barat

  8. Kabupaten Dhamasraya

  9. Kabupaten Solok

  10. Kabupaten Solok Selatan

  11. Kabupaten Sawahlunto Sijunjung

  12. Kabupaten Pesisir Selatan

  13. Kota Padang

  14. Kota Pariaman

  15. Kota Padang Panjang

  16. Kota Bukittinggi

  17. Kota Sawahlunto

  18. Kota Solok

  19. Kota Payakumbuh


10 OKT
Berangkat dari Jakarta jam 5 subuh terus ke Bandara Domestik Jakarta. Berangkat jam 7.45 pg dengan pesawat Lion Air. Tiba di padang sekitar jam 9.25 pg. Sebelum mendarat sempat ambil foto dari atas tapi masih belum jelas bencananya. Cuma dari teman sebelah dia menginformasikan bahawa yang parah itu di kotanya. Saya tidak terlalu banyak bicara kerana memang amat letih dan ambil kesempatan untuk istirehat dulu supaya bila tiba di Padang badan sudah lebih siap.

Alhamdulillah, setiba di Bandara Padang, supir dan wakil Ust Muslim telah siap menunggu lalu terus menuju ke rumah Ust Muslim di kota Padang. Ust Muslim adalah merupakan wakil rakyat di Padang dan setiba di rumah beliau kelihatan jelas bahawa rumah seorang wakil rakyat yang memberi khidmat kepada rakyat. Rumah lapang dan menjadi tempat tumpuan rakyat mengadu dan juga untuk para relawan berkumpul. Beliau memberi sambutan hangat dan memberi penjelasan awal tentang bencana. Saya bersyukur sekali kerana dapat penjelasan tersebut dan segal keperluan data, dokumen dll bagi tujuan dokumentasi sudah cukup.

Saya bercadang tinggal selama 4 hari dan berharap dapat juga membuat tinjauan langsung ke daerah bencana. Semoga Allah mempermudahkan urusan ini dan segala yg rencanakan bagi emmbantu saudara kita di sini tercapai. Setelah soalt Jumaat saya akan dibawa ke daerah bencana kurang lebih setengah jam dari kota Padang. Nanti malam saya akan upload beberapa foto dan sokongan dari semua saya amat hargai..

Saya dibawa solat Jumaat di sebuah majid yang tidak jauh dari rumah Ust. Muslim dan kebetulan Ust. Muslim juga memberi khutbah. Semasa dalam perjalanan saya dimaklumkan bahawa selepas gempa minggu lalu gempa-gempa kecil tetap terus berlaku sudah melebihi 600 kali. Oleh itu ketika saya menyatakan bahawa saya boleh nginap di hotel tak masalah, beliau mencadangkan sebaliknya. Kerana bila-bila masa gempa akan berlaku dan ada info yang mengatakan bahawa mungkin lebih besar. Oleh itu saya menurut sahaja dan lebih yakin dengan saranan Ust. Di samping itu, masjid juga lebih afdhal dalm waktu sekarang.

Sedikit dari bahan khutbah tadi ust. Muslim menyentuh ayat quran dari surah alhajj ayat 1 hingga 2. Nanti kita sambung lagi kerana ada taklimat di posko PKS..
Intisari dari khutbah:
Terjemahan:
ayat 1: Wahai manusia, bertakwalah kepadaTumhanmu, sungguh, goncangan (hari) kiamat itu adalah suatu(kejadian) yang sangat besar.
ayat2: Ingatlah pada hari ketika yang melihatnya (goncangan itu), semua perempuan yang menyusui anaknya akan lalai terhadap anak yang disusuinya, dan setiap perempuan yang hamil akan keguguran kandungannya, dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk, pada hal mereka sebenarnya tidak mabuk tetapi azab Allah itu sangat keras.

1, Manusia pada ketika datangnya qiamat seperti yang digambarkan oleh ALlah didalam ayat di atas jelas betapa kerdil dan lemaharnya disisi Allah. Mereka tidak dapat lagi menguasai apa sahaja yang ada samada pada diri mereka atau apa yang ada di sekeliling mereka. Inilah gambaran kiamat dan apa yang terjadi di kota Padang adalah miniator qiamat. Gegaran 7.6 atau yang lebih dari itu sebenarnya adalah contoh bagaimana suasana kiamat. Mereka lari ke sana dan ke sini, naik motor dan berjalan kaki semuanya jatuh, menjerit, pengsan, menangis, meminta tolong, sambil menyebut nama-nama Allah, subhanallah, berdoa, memeluk anak dan memanggil nama mereka yang disayangi dan sememangnya suasanna ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Itu baru tidak sampai 2 minit dan kemusnahannya luar biasa. Apakah kita masih tidak belajar dari peristiwa ini.

2. Inilah gambaran azab dari Allah. Jika gempa lebih kuat dari itu seperti yang sedang digambarkan oleh sms dan media antara 10 ke 11, bermakna kita semua akan mati tenggelam ke bumi Allah ini. Kita semua syahid dan masuk syurga. Apakah ada kekuatan selain Allah dalam hidup kita? Maka inilah yang perlu kita persoalkan ke dalam diri kita. Yang Allah minta dari kita hanya taqwa,( agar kita bertaqwa kepada NYA) dalam apa juga keadaan. Taqwa sahaja yang dapat menyelamatkan kita semua dari azab Allah di dunia dan juga diakhirat. Kita seharusnya memohon agar semua azab ini tidak ditimpakan ke atas kita dan keluarga kita di dunia ini dan syaratnya hanya satu iaitu TAQWA. Kita dan keluarga kita harus bertaqwa kepada Allah. Dengan Taqwa, Allah pasti menjauhkan kita dari azabNya!!

3. Realiti yang kita lihat di sekitar kita setelah gempa, masih ramai saudara-saudara kita yang masih tidak ambil pelajaran dari bencana ini. Mereka masih menari dan berhibur dengan organ tunggal di majlis-majlis yang melalaikan dan seperti mereka sudah melupakan segalanya. Bala' datang tidak kenal siapa kita samada baik atau jahat. Maka menjadi tanggungjawab kita semua agar saling mengingatkan dan berdakwah ke jalan benar. Inilah yang diajarkan oleh Rasul kita sepanjang hidup beliau.Ingat!! RUMAH DAN BANGUNAN BOLEH RUNTUH TETAPI JANGAN AQIDAH DAN IMAN JUGA RUNTUH!! Saya terbuka kepada sdr semua dari informasi lapangan bahawa memang ada gerakerja dari beberapa lsm yang datang membantu mangsa mereka juga membawa misi tersendiri lalu kepada sdr semua amanah untuk menjaga ini semua. Kepada para pemuda, bapa dan para ibu berhati-hati atas informasi ini supaya kita semua tidak terjerumus ke lembah yang lebih hina iaitu hilangnya iman dan aqidah akibat kelalaian kita semua..

4. Marilah kita menadah tangan ke langit memohon keampunan dari Allah yang memiliki segalanya dan menjauhkan kita dari azab Allah. Mari kita membaiki diri, keluarga dan masyarakat kita dengan kembali kepada ajaran Islam sebenar dan meninggalkan segala laranganNya. Mula saat ini kita wajib berazam agar meninggalkan segala perbuatan keji yang selama ini kita amalkan. Ya Allah, ampunilah kami dan kasihanilah kami semua, ya ALlah, jauhkanlah azab Mu dari kami kerana kami tidak mampu untuk memikulnya ya Allah, kami adalah hamba Mu yang kerdil dan lemah ya Allah, kasahanilah kami!!

Hr9808: Khutbah yang diringi esak tangis ini sebahagian dari para jemaah memberi kesan mendalam kepada diri saya. Saya terasa kedatangan saya ke sini seperti kedatangan untuk melihat sebuah gambaran fenomena mini qiamat yang selama ini saya imani. Sejak kecil saya dengar kalimat gambaran ini dari nenek moyang saya tetapi baru saat ini saya faham dan sedar betapa qiamat ini adalah sesuatu yang sangat dahsyat. Saya sedar, betapa perlunya kita semua menerima hakikat ini dan betapa perlunya dakwah dilaksanakan secara konsistan terutama di Malaysia. Ya Allah, terimalah kami sebagai hamba Mu yang lemah yang patut Kau kasihani!! Jauhkanlah azab Mu dari kami dan saudara-saudara kami ya Allah!!!

Petangnya, saya dibawa untuk melihat kesan bencana di beberapa tempat di sekitar kota Padang, Aduh,,saya tidak mampu untuk menggambarkannya kerana amat dahsyat. Gedung yang megah hebat sebelum ini hancur berkecai menjadi serpihan batu seperti bangunan selepas dibom. Mungkin melalui foto-foto saya kira lebih memberi erti seribu makna...(akan di upl oad..sekarang agak perlahan sekali internetnya..maaf)
Pagi ini saya akan bergerak ke kawasan pendalaman Pariaman 2 jam dari Kota Padang, yang 95% rumahnya hancur..