foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, May 2, 2008

ISA DAN KEMPEN ANTI ISA - BERMULA DARI 11 MAY 2008.!!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

3 May.

Membaca tulisan salah seorang rombongan penyerahan memorandum ke Parlimen membuat hati rasa sedih, marah dan kecewa. Tapi secara sedar ianya tidak akan merubah apa-apa jika melayan perasaan begitu. Apatah nasib anak-anak dan keluarga tahanan ISA, semakin lama bermakna semakin parah dan semakin asyik para sidurjana melihat keperitan ini...Mari kita renungkan tulisan beliau... "Angkuhnya Khairy pertahan ISA"
Norlaila Othman (Keluarga Tahanan ISA 6 tahun)
Fri | May 02, 08 | 12:16:51 pm MYT

Saya keluar dari bangunan Parlimen petang tadi dengan hati yang panas dan menggelegak. Sekiranya saya ada bawa air asid, hendak saja saya simbah ke muka mereka yang begitu 'sayang' dan angkuh kerana mereka dijaga oleh ISA.

Image"I tak boleh pakai 'badge' ni sebab 'I luv ISA'�. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA�, itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.

Sebelum itu saya dan YB Dr Lo� Lo Mohd Ghazali (PAS Titiwangsa) menghulurkan lencana yang sama pada Mukhriz Mahathir (BN Jerlun) dan jawapannya ialah "saya tak boleh ambil badge ni � lagipun, kalau tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?"

Berdesing telinga saya mendengar kata-kata itu. Itulah antara kata-kata sebahagian ahli Parlimen Barisan Nasional yang kami temui di Parlimen petang tadi.

Pada hari ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengadakan satu majlis khas menyerahkan lencana ISA kepada semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Di majlis itu, GMI dengan kerjasama Bar Council menyerahkan satu memo yang diterima oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah dimana dalam memo itu, mendesak supaya semua tahanan di Kem Kamunting (Kemta) segera dibebaskan.

ImageDalam majlis itu, Saudara Amer Hamzah, yang menjadi peguam tahanan, mendesak supaya Dato' Seri Syed Hamid Albar pergi melawat tahanan di Kem Kamunting dan lihat sendiri keadaan mereka.

Syed Hamid dilantik menjadi menteri kerana beliau di pilih oleh rakyat, justeru, dia sepatutnya berusaha untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukan setakat melawat tahanan ISA di Kem, tetapi juga untuk membebaskan mereka dengan segera.

Majlis penyerahan lencana ini adalah salah satu usaha untuk mendidik rakyat yang dipilih menjadi ahli Parlimen supaya mereka mempunyai sedikit rasa simpati terhadap nasib Tahanan ISA yang berada dalam pemerintahan mereka.

Ahli Parlimen adalah orang yang dipilih rakyat untuk membela nasib mereka.

Namun, dari pemerhatian saya, walaupun ramai rakyat tidak suka ISA, namun pemimpin yang mereka pilih ini adalah dari golongan manusia yang hati mereka telah kering kontang dari sifat belas kesihan kepada sesame manusia.

Walaupun rakyat telah memberi gambaran bahawa mereka menolak pemimpin yang ego,bongkak dan tidak berperikemanusiaan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini, namun semua pemimpin yang saya temui tadi seolah-olah tidak ada rasa simpati, jauh dari rasa insaf dengan �hukuman� yang telah dijatuhkan oleh rakyat.

Saya rasa amat malang menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang sengaja jahil dan tidak mahu membuka mata hati mereka terhadap kejahatan serta kezaliman ISA.

Mungkin mereka akan sedar jika Umno sudah dibubarkan dari bumi Malaysia ini.

IKRAR: Kesombongan manusia adalah akibat dari hilangnya rasa kerdil dihadapan Allah (pencipta manusia) dan kehilangan rasa ini juga adalah akibat rosaknya iman pada diri seseorang. Mungkin kepada agama yang lain ada cara mereka sendiri untuk mentafsirkannya. Tapi yang jelas dari tulisan di atas, para pemimpin yang bergelumang hidupnya dengan kemaksiatan (makna yang lebih luas- bukan khalwat saja mencuri wang rakyat juga maksiat) sudah pasti hatinya tiada merasa apa-apa. Tapi hati mereka yang sombong akan merasa sesuatu apabila kesombongannya dicabar. Saya sarankan agar 100,000 orang menyerahkan memorandum ke pihak Agung supaya hati yang sombong dari pemimpin UMNO-BN ini terasa bahawa rakyat membenci mereka atas kesombongan mereka.

Kita bermula dari kempen sebarkan informasi zalimnya ISA dengan kerjasama GMI di sekitar LRT Masjid Jamek dan Masjid India (jam 2 petang, AHAD 11 May 2008) . Kempen akan dilanjutkan lagi di Masjid Negara, di Masjid Kg. Baru dan di seluruh masjid 5 negeri PR....dan dari sini teruskan lagi sehingga ke suatu tempuh yang sesuai kita serahkan memorandum ke pihak Agung...Kami siap berkhidmat untuk rakyat...!!!

KEPADA SELURUH AJK IKRAR DAN REFORMIS YANG MENDAPAT INFO INI SILA DATANG SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEMPEN INI. SEMOGA KJ DAN MUKHRIZ DENGAR SUARA RAKYAT !!!.... JAM 2 PETANG DI LRT MASJID JAMEK....

INFO LANJUT....AJK IKRAR

Dengarkan ...doa anak-anak tahanan ISA...Semoga hati mereka yang keras ..dapat mendengarkan...

Mengenang doa anak kecil agar 'SB kena langgar lori'
Anis Nazri
Fri | May 23, 08 | 9:09:28 pm MYT

"Ummi ... tadi Suhaib dah doa supaya Mahathir dan SB semua kena langgar lori, mata keluar dan mati cepat ...," tiba-tiba Suhaib bersuara dalam kegelapan awal subuh, dalam perjalanan ke Taiping.

Saya yang sedang memandu ketika itu hanya menoleh sekejap ke kiri, sekadar memastikan anak saya itu tidak bercakap seorang diri.

"Kenapa doa macam tu? Ummi tak pernah ajar pun ...?" Sengaja saya meneka, sedangkan dalam hati sama setuju dengan kata-kata Suhaib.

"Ye lah ... polis Mahathir ambik abah malam-malam, dah lama sangat Suhaib tunggu, tak balik-balik. Suhaib susah hati lah tak ada abah ...," kata-kata itu diucapkan beberapa bulan selepas abahnya di bawa ke Kem Tahanan (Kemta)Kamunting, Taipng.

Pada masa itu, umur Suhaib lapan tahun lebih. Siapa kata saya tak sedih dengar kata-kata Suhaib yang masih kecil ketika itu.

Tiba di Kemta, sewaktu berjumpa abahnya, dia sebut lagi tentang doanya itu. Tetapi, terperanjat kami berdua dengan jawapan abah Suhaib.

"Tak payah doa macam itu. Kita doa supaya Allah saja yang balas setiap perbuatan mereka itu. Kita tak boleh fikir, apakah balasan yang Allah nak beri pada mereka tu nanti ..." kata abah Suhaib, yang membuatkan kami terdiam.

Peristiwa di atas adalah pengalaman sebenar Norlaila Othman, isteri kepada Mohd Sah Satray yang telah ditahan tanpa bicara selama hampir enam tahun. Ia masih kekal segar dalam ingatannya. Dan sehingga kini, akta kejam itu masih teruk menghambat kehidupan bahagia miliknya sekeluarga.

Episod kekejaman ISA tidak berakhir lagi walaupun kebobrokannya semakin dilaung-laungkan rakyat selepas kekalahan memalukan BN di lima buah negeri. Sama ada di kalangan anggota Pakatan Rakyat, Majlis Peguam, badan bukan kerajaan - semua melaungkan kezaliman ISA dan minta ianya segera dimansuhkan.

Terbaru, Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon turut mendesak kerajaan supaya mengkaji semula akta itu, walaupun sebelum ini beliau tidak pernah berbuat demikian.

Malah, menteri de facto undang-undang, Dato' Zaid Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan mungkin akan meneliti dan mengkaji semula beberapa seksyen di bawah ISA, sambil mengatakan undang-undang seperti ISA masih diperlukan di negara ini.

Umum pasti tertanya-tanya, seksyen manakah yang akan diteliti Zaid, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, dan juga Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar itu.

Jika Zaid ingin mengotakan kata-katanya bahawa beliau mahu mereformasikan badan kehakiman, adalah lebih baik ia bermula dengan ISA, di mana akta ini harus dimansuhkan - kata seorang aktivis anti-ISA.

Malah, paling tidak katanya bicarakan semua tahanan di mahkamah supaya mereka dapat dibuktikan bersalah. Paling tidak, dengan cara itu ahli keluarga tahanan boleh menerima dan penderitaan yang ditanggung selama ini berakhir begitu kerana keluarga mangsa sudah terlalu lama menderita.

Bagi anda yang prihatin dengan kesengsaraan 70 keluarga mangsa ISA, anda boleh menyertai kempen membebaskan semua tahanan ISA dengan melayari http:www.petitiononline.com/NoISA/petition.html atau www.suaram.net (bahagian events) untuk kempen tandatangan petition dan tandatangan surat marathon bagi membantah kezaliman ISA. Ia juga boleh didapati di bahagian atas laman web Harakahdaily.net.

Manakala, bagi pembaca yang prihatin dengan nasib malang keluarga mangsa ISA ini, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.