foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, October 18, 2009

SERANGAN HACKER DI BLOG INI..?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


19 OKT

Saya menyedari pada malam ini bahawa blog ini sedang diserang oleh pihak yang tertentu. Ya..silakan saja dan saya memahami ini hukum perang universal termasuk perang cyber. Namun kepada para kuli orang atau pihak tertentu sila makan upah tersebut dan buncitlah kamu dengan upah tersebut. Jika itu penghasilan anda maka saya ingin mengingatkan bahawa perbuatan anda tidak merugikan sesiapa melainkan diri anda sendiri. Maruah anda dan kredibiliti anda hanya dinilai dengan RM atau USD bukan kehebatan fikiran anda. Teruskanlah usaha anda selagi anda mampu.

Kepada beberapa teman yang terus setia menjadi pengunjung di blog ini, saya memohon maaf kerana daftar kunjungan anda tidak dapat dimunculkan lagi atas alasan kehormatan dan kredibiliti. Semoga sdr semua tidak jemu untuk memberi sokongan kepada kami.!! Kepada Allah kita semua mengharapkan keredhaan NYA. AMin..!!

Apa yang ada dalam jiwa kami adalah "ruh yang baru" yang membawa obor "ummatuna.. masuliatuna". Kami tidak makan gaji dengan sesiapa dan kami hanya mengharapkan balasan dari Allah swt...Dengarkanlah nasyid ini!!!