foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, June 8, 2008

MENUJU MALAYSIA BARU..MAKIN TERASA begitu DEKAT...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

7/8 jUN

Program malam ini di u 2 berjaya mendapat sambutan rakyat sekitar Gombak, Keramat, Setiawangsa, Ulu Kelang dll. Dari YB Hj. Saari, YB Azmin Tan Sri Khalid Ibrahim dan DSAI semuanya memberi keyakinan bahawa Malaysia akan diperintah oleh PR.

Getarannya makin kuat setelah kesemua YB memberi bukti yang kukuh bahawa memang selayaknya UMNO-BN berundur. Tan Sri memberi contoh simple..betapa banyaknya duit rakyat diselewengkan oleh UMNO-BN yang memerintah Selangor sebelum ini. Wang pasir yang dijual sahaja sebanyak 3 juta tan pertahun hanya mampu dikumpulkan oleh UMNO sebanyak 20 juta..padahal jika dihotung RM 100/tan bermakna RM 300 juta hasil setahun...apalah nasib rakyat dibawah pemimpin Melayu sebelum ini..takkanlah tak sampai 10% yang rakyat dapat?? Jadi sebenarnya wang rakyat amat banyak diselewengkan oleh UMNO-BN sebelum ini.. Air milik rakyat tapi dijual semula kepada rakyat.. UMNO marah..kenapa PR bagi air free...

DSAI juga menegaskan soal subsidi kerajaan kepada syarikat kaum kerabat pemimpin UMNO bernilai lebih dari 6 billion dan untuk rakyat biasa sekitar 2 billion sahaja.Inikah yang dikatakan perihatin terhadap Melayu..? .waktu ini saya mendengar ramai yang menangis dan menitiskan air mata.....dan suasana bertambah bening seketika ketika DSAI menceritakan hasrat hati beliau yang tulus..dan terpanggil dengan pesanan seorang wanita China di P. Pinang...."Tolong jaga anak saya.." ..
Inilah taklif dan inilah amanah yang wajib dijaga oleh seluruh pimpinan PR bahkan DSAI menegaskan jika ada yang terbukti rasuah maka..semua tidak akan siapa yang dapat menolongnya....Ia pasti dihukummm..

Selesai sekitar jam 12 malam dan semua berpuashati..dan bertambah yakin..PR akan mentadbir negara tidak lama lagi....

Semoga Allah memanjangkan umur seluruh pimpinan PR sehingga Malaysia Baru yang diimpikan menjadi kenyataan...sebelum 16 September...sila renungkan kenyataan ini..

Anwar yakin MP BN sertai Pakatan Rakyat 16 September
Harakahdaily
Sun | Jun 08, 08 | 8:08:51 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Hrkh) - Teka-teki penyertaan beberapa ahli Parlimen BN hampir terjawab dalam masa terdekat apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim melaungkan keyakinan rancangannya akan menuju kejayaan.

Kali ini Anwar menyatakan bahawa kemasukan ahli-ahli Parlimen BN itu seperti yang dirancangkan dimana tarikhnya ialah 16 September 2008 seiring dengan tarikh pembentukan Malaysia.

Kini dengan kenyataan Anwar itu, usaha Pakatan Rakyat yang hanya memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat hamoir pasti berjaya.

Namun Anwar enggan menjelaskan serba lanjut berhubung jumlah ahli Parlimen BN terbabit atas alasan keselamatan.

Ujar Anwar, sesetengah daripada mereka (ahli parlimen BN) terpaksa pergi ke negara jiran untuk mengadakan perbincangan dengannya.

Justeru bagi Anwar adalah merbahaya jika beliau mendedahkan sebarang nama ahli Parlimen terbabit dalam masa terdekat ini.

Anwar dengan nada yakin berkata pengumuman mengenai kemasukan ahli Parlimen BN ke dalam kerajaan Pakatan Rakyat akan hanya didedahkan apabila Parlimen bersidang semula.

Namun, keputusan mengenainya perlu dibincangkan secara terperinci dengan barisan pemimpin Pakatan, ujar Anwar dalam sidang medianya di Damansara hari ini.

Anwar turut menjelaskan bahawa beliau tidak memerlukan kebenaran dari Peguam Negara, Tan sri Abdul Gani Patail untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerana sekatan politik yang dikenakan ke atasnya berakhir pada 14 April lalu.

Anwar belum bertanding dalam pilihanraya kecil kerana masih berbincang dengan pemimpin lain parti tersebut dan juga dengan beberapa ahli Parlimen yang bersedia meletak jawatan untuk membolehkan beliau bertanding.

Beliau telah menerima surat dari Pendaftar Pertubuhan yang membenarkan beliau untuk aktif semula dalam politik.

Dalam hal lain, Anwar turut mengulangi pendirian Pakatan untuk menurunkan harga minyak jika mereka memerintah, dan menambah beliau lebih rela kehilangan jawatan daripada membiarkan rakyat merana.

Anwar merupakan calon pilihan Pakatan untuk menjadi Perdana Menteri jika gabungan itu berkuasa.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen bagi Petrol dan RM1 bagi minyak diesel.WANN/wann. _