foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, August 10, 2008

UMNO GUNAKAN ISU FORUM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT DAN TIDAK ISLAMIK...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

11 Ogos,

Membaca komentar dan berita dari Utusan memang bikin sensasi isu forum dan lebih parah lagi sampai peringkat nak guna ISA pula. Memang pelik tapi inilah yang telah saya nyatakan sebelum ini iaitu PR dan NGO yang menyokong PR wajib lebih berhati-hati kerana UMNO sering gunakan pendekatan "win without war" (Menang tanpa perang dari Sun Tze). Isu mereka angkat di media mereka dan bila rakyat marah lalu mereka gunakan isu ini dengan memperlihatkan kononnya UMNOlah jaguh dalam mempertahankan maruah Islam. Cara begini sudah kerap kali dan terus diulang-ulang sehingga kelihatan Islam sesuatu yang menggugat keharmonian bukan kesejahteraan. Ini adalah sesuatu yang merugikan jika tidak diteliti dengan baik. Ucapan bermaruah adalah kaedah dakwah rasul yang terbaik dan ini sesuatu yang menjadi asas dalam fiqh dakwah. Kita seharusnya lebih bertegas kepada internal Muslim bukan di luarnya kerana kelemahan yang cukup banyak dalam internal kita amat mengkuatirkan. Soal maruah pemimpin Islam yang masih jauh dari Islam dan berfahaman perkauman sempit yang dengan jelas bercanggah dengan kaedah Islam. Siapa yang mampu luruskan hal ini? Tok alim UMNO atau siapa?? Bagi saya ini masalah besar dalam negara kita..." Islam hanya sebagai topeng apakah wajar kita diamkan? Jadi marilah kita merenung jauh....!!!

Saya sarankan:

1. Agar kerajaan dengan segera hentikan soal tekanan dan penindasan dengan menggunakan ISA kerana ianya adalah tidak selaras dengan ajaran Islam dan kemanusiaan sejagat.
2. Hentikan provokasi perkauman di media-media PR kerana kesannya amat merugikan terutama bagi pihak PR yang sedang "leading" menuju ke Putrajaya.
3. NGO, jabatan dan badan tertentu yang punya kaitan dengan persoalan ini dapat mengadakan dialog hati ke hati sehingga persoalan ini selesai dengan baik. Sudah sampai masanya kita bersedia untuk mendengar dan berupaya untuk memcari solusi terbaik buat semua.
4. Isu ini bukan soal siapa yang paling benar dan siapa yang menang tapi ini isu nasional yang wajar difahami oleh semua rakyat tanpa desakan dan tekanan. Sudah tentu pimpinan PR terutama dari PAS mengambil inisiatif proaktif bagi menangani persoalan ini. Jangan biarkan UMNO yang secara umum tak faham Islam menerajui keadaan seperti ini. Tak perlu rasanya nak membawa dalil yang berjela-jela kerana rakyat lebih yakin ulama dalam PAS dan PKR yang selama ini sudah terbukti berkemampuan dan ikhlas.

Jangan biarkan kenyataan UMNO menguasai rakyat di tanah air ...!!!! Kenyataan mereka sangat prejudis, tidak relevan dan bercanggah dengan Islam....

Guna ISA atau Akta Hasutan terhadap Majlis Peguam

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kerajaan diminta bertegas menggunakan sepenuhnya Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Majlis Peguam yang menganjurkan forum bertajuk Memeluk Islam sehingga mencetuskan kekecohan.

Pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dihubungi di sini hari ini bersetuju agar kedua-dua akta itu digunakan kerana sikap berlembut dan toleransi yang diambil kerajaan dalam isu sensitif keagamaan dan perkauman boleh membahayakan perpaduan kaum di negara ini.

Secara umum mereka berpendapat, sikap yang ditunjukkan oleh Majlis Peguam adalah ekstrem kerana badan guaman itu menolak permintaan banyak pihak termasuk daripada kerajaan sendiri agar forum tersebut dibatalkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ISA perlu digunakan sebelum keadaan menjadi terlalu lambat untuk diperbaiki.

"Kalau terjadi apa-apa hal (kekecohan), siapa yang hendak bertanggungjawab,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau mengulas kenyataan Majlis Peguam yang melihat kehadiran lebih 100 orang pada Forum Memeluk Islam di ibu kota semalam sebagai satu kejayaan dan mahu mengadakan lagi forum yang sama pada masa hadapan.

Mohd. Ali menjelaskan, tindakan Majlis Peguam semalam telah mencampur aduk soal berkaitan Perlembagaan dengan ajaran Islam dengan niat untuk memperlihatkan agama itu sebagai agama yang tidak adil.

Tambahnya, sikap Majlis Peguam itu memperlihatkan ciri-ciri anti-Islam.

"Jika tidak dikawal, ia boleh mengundang rasa tidak puas hati dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, saluran perundangan seperti Akta Hasutan boleh digunakan jika Majlis Peguam masih berdegil dan mahu meneruskan forum yang dilihat boleh membangkitkan kemarahan.

"Undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan atau yang berkaitan boleh digunakan,'' katanya.

Beliau bagaimanapun menolak penggunaan ISA bagi menangani sebarang tindakan tidak berhemah seperti yang ditunjukkan oleh Majlis Peguam.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga menyarankan Majlis Peguam agar bertemu dengan Pas jika mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu keislaman.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang berkata, Majlis Peguam masa kini bertindak sebagai satu badan yang degil, angkuh dan penuh ego.

"Ini satu petanda yang tidak baik,'' katanya.

Beliau berkata, tindakan Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga meneruskan forum itu sebenarnya membelakangkan pandangan ahli-ahli Majlis Peguam sendiri yang terdiri daripada 40 peratus peguam Melayu dan Islam.

Menurut Abu Zahar, tindakan tegas perlu diambil untuk memastikan Majlis Peguam tidak lagi memainkan sentimen orang Melayu dan Islam di negara ini.

"Kalau perlu diambil tindakan di bawah Akta Hasutan, teruskan,'' katanya.

"Saya juga seorang ahli Majlis Peguam. Saya mendapat tahu ada juga peguam bukan Islam yang kurang bersetuju dengan tindakan Ambiga itu,'' katanya.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, perpaduan di Malaysia tidak boleh dibiarkan musnah hanya disebabkan wujud satu kumpulan kecil yang merasakan diri mereka jaguh dalam memperjuangkan kebebasan bersuara.

"Kerajaan harus bertindak tegas untuk memastikan kepentingan majoriti penduduk terbela,'' katanya.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Pembelaan Rakyat, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tindakan berlembut terhadap pihak-pihak yang membangkitkan sentimen berbahaya akan hanya merugikan negara.

Kata beliau, undang-undang sedia ada seperti ISA dan Akta Hasutan bertujuan untuk mencegah perkara yang membahayakan masyarakat.

"Justeru, ia hendaklah digunakan tanpa rasa was-was apabila tiba masanya," ujar beliau.

Forum Memeluk Islam yang diadakan di bangunan Majlis Peguam di sini semalam terpaksa dihentikan pada pukul 10 pagi, iaitu tiga jam lebih lebih awal daripada yang dirancang, selepas polis menasihatkan Majlis Peguam agar berbuat demikian atas faktor keselamatan.