foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, May 2, 2010

IKRAR MENGECAM KOMENTAR AWANG SELAMAT..."lagi Kisah Anwar"

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

IKRAR mengecam komentar awang selamat di ruang Mingguan Malaysia 2 Mei 2010 berdasarkan beberapa asas:

1. Komentar Awang lebih bersifat kecaman personal yang boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakyat ke atas seorang tokoh yang dihormati oleh rakyat. Adalah sangat naif jika Awang cuba mewarnakan seluruh peribadi Anwar sebagai warna kerendahan yang sesuai dengan kehendak kepimpinan UMNO BN. Apakah sebagai seorang yang dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya yang sah dari sistem demokrasi yang dianut oleh negara Malaysia, Anwar tidak berhak mendapat penghargaan sedikitpun oleh rakyat? Sebagai seorang Ketua Pembangkang di Malaysia sepertinya seperti seorang ketua komunis. Segalanya dianggap salah, hina dan negatif.

2. Hujah Awang yang terlalu mengereng dan liar terhadap Anwar memberi gambaran akan kerendahan dirinya sendiri dan pimpinan UMNO BN. Anwar dianggap seperti seorang rakyat yang dipinggirkan oleh rakyat di seluruh Malaysia. Apakah kewajaran hujah seperti ini? Dan apakah 100% rakyat boleh menerimanya sama seperti pemimpin UMNO BN dan penyokongnya? Saya kira hujah begini adalah hujah lebihan lendir dari pembuangan para tirani di negara ini. Awang sebagai penjilat yang taat setia meneruskan kariernya tanpa rasa malu dan bermarwah.Saya rasa malu dengan perbuatan seorang yang berbangsa Melayu, Muslim dan penulis terkenal di ruang akhbar Media Perdana sanggup menjadi penjilat tegar kepada pimpinan UMNO BN. Melayu yang sopan bertukar menjadi Melayu yang rendah akhlak. Muslim yang mulia bertukar kepada manusia yang hina. Penulis yang hebat beralih kepada penulis dari bahan-bahan sisa luahan tirani.

3. IKRAR mendesak agar Awang menarik semula kenyataan beliau di bawah atau segera memohon maaf kepada Anwar Ibrahim,keluarganya, kepada Ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Ketua Pembangkang dan juga kepada pengundi-pengundi beliau. Saya yakin dan sewajarnya jika Awang tidak mengambil inisiatif proaktif ke arah positif, Anwar Ibrahim patut memberi pelajaran kepada seorang Awang yang sudah berulang kali melakukan kebiadapan terhadap seorang Wakil Rakyat. Jangan biarkan rakyat dan penyokong Anwar marah dan mengambil tindakan sendiri sepertimana yang sedang terjadi kepada seorang yang mengugut bunuh terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Pihak yang mengapi-apikan kemarahan ini wajar dihukum sehingga merasa bersalah dan tidak mengulanginya lagi.

4. Alasan kononnya saya hanya sebagai seorang hamba menulis apa sahaja kehendak bos atau tuan saya sudah tidak relevan lagi di zaman serba canggih ini. Rakyat bukan sahaja mampu menilai bahkan rakyat juga sudah melepasi kadar arif menilai. Kenyataan konyol seperti yang cuba Awang paparkan sebenarnya sudah tidak layak lagi untuk dihidangkan ke khalayak kecuali inilah kadar dalaman yang ada pada diri seorang Awang. Kembalilah ke pangkal jalan atau ada yang menarik telinga anda untuk kembali. Ini adalah pilihan anda dan kebebasan anda. Namun rakyat yang arif, tidak akan berdiam diri dan akan berbuat apa sahaja bagi memertabatkan kemuliaan diri insan dan marwahnya.

Mustapa Mansor Jamalullail
Pengerusi IKRAR,
3 Mei 2010



Lagi kisah Anwar


Kebetulan atau dirancang? Pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim yang sudah menjangkakan kekalahan PKR di Hulu Selangor terus menghilangkan diri ke Oslo, Norway. Kerap terjadi apabila ada peristiwa yang tidak menguntungkan PKR, Anwar terbang ke luar.

Beliau dilaporkan menghadiri Forum Kebebasan Oslo yang menghimpunkan aktivis yang dianggap memperjuangkan demokrasi, kebebasan dan hak asasi di negara masing-masing. Awang tidak pasti apakah sumbangan Anwar dalam konteks Malaysia.

Menurut laman web forum berkenaan, sumbangan Anwar paling menonjol adalah dalam memperjuangkan penggunaan kalimah Allah untuk agama Kristian di Malaysia.

'Perjuangan' Anwar itu mendapat liputan meluas media antarabangsa. Sememangnya Anwar sejak sedekad lalu bekerja keras untuk menonjolkan imej sebagai ikon antarabangsa dan disayangi media asing, lebih-lebih lagi sejak kes liwat pertamanya.

Kini Anwar yang menghadapi satu lagi dakwaan kes liwat dan perkembangan politik yang tidak memihak kepada beliau, memperhebatkan lagi penampilannya di arena antarabangsa.

Di luar negara, beliau menggambarkan imejnya bersih bersih moral dan berintegriti. Seperti biasa juga, beliau meraih simpati dunia bagi menyelamatkannya yang berdepan dengan kemungkinan dipenjarakan atas kesalahan meliwat.

Turut menarik perhatian Awang, beberapa aktivis yang mencetuskan kontroversi di negara masing-masing termasuk yang menentang pemerintahan Islam menjadi ahli panel forum. Awang boleh baca agenda yang tersirat di sebalik forum seperti itu.

Sebagai maklumat latar, Forum Kebebasan Oslo tanpa dicanangkan, juga memperjuangkan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Tetapi Awang tidak teruja hal tersebut. Yang menjadi persoalan mengapa Anwar ghairah menjual imejnya di luar negara selain memburukkan Malaysia. Apakah beliau sedang melakukan persiapan tertentu?

Awang tidak fikir Anwar akan mengikut jejak langkah sahabatnya, Raja Petra Kamaruddin lari meninggalkan negara kerana ia akan menjatuhkan lagi reputasi beliau. Namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. Selain mempercaturkan campur tangan asing membantunya, Anwar memerlukan platform baru di luar negara jika keadaan mendesak. Beliau mampu berbuat apa sahaja sebagaimana pendedahan puluhan pemimpin PKR yang telah meninggalkannya.