foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, January 9, 2009

ISRAEL DAN USA DILUDAH DAN DIPIJAK DI SELURUH DUNIA...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

9 JAN

DI TV one pagi tadi Pak Rendra penyair senior Indonesia dan Pak Hj Roma Irama Raja Dangdut Indonesia diwawancara selama hampir satu jam dan mereka memberi hujah-hujah kukuh kenapa kita perlu berjuang bersama bagi menghadapi kejahatan Israel. Saya amat kagum dan turut merasakan kepedihan ketika melihat Pak Haji Roma menangis teresak-esak ketika menyanyikan sebuah lagu berkaitan penderitaan rakyat Palestin. Bagi saya apabila melihat para budayawan sanggup ke depan mempertahankan kebenaran dan sanggup berdepan dengan wakil PBB dan beberapa kedutaan asing di Indonesia, amat mengharukan dan terasa begitu jauh para artis kita dengan artis Indonesia. Ayuh sdr artis di tanah air ku..keluarlah dan tampilkanlah rasa perihatinmu kepada umat ini...Saya yakin mereka sudah berada di dalam ribuan umat tadi petang di depan Kedutaan USA. Saya mohon maaf beribu kali maaf kerana tak sempat bersama dengan sdr semua kerana masih berada di Bandung. Insyaallah minggu depan jika masih ada saya pasti bersama sdr semua.

Saya amat kagum dengan ketegasan dan pendirian Tuan Guru Nik Abd Aziz yang turut sama memijak foto dan bendera Israel dan Usa. Ayuh para pemimpin Islam yang lain sila lakukan dan tunjukkan sikap sdr semua tentang Israel. Rakyat ingin melihat ini semua di depan mata tanpa ada terkait dengan kepentingan politik semata-mata.

Kepada sdr/sdri yang bukan Islam yang turut sama dalam demonstrasi tadi petang ..saya mengucapkan syabas kerana anda telah berani membuktikan bahawa sdr cintakan perdamaian dan membenci kezaliman..!! Ayuh kita datang lagi jika ada lagi demo ok!!..



Bantah Israel: Nik Aziz bakar patung Bush, Shimon Peres
Lanjusoh I Foto Rizal Tahir
Fri | Jan 09, 09 | 1:05:42 pm MYT

KOTA BHARU, 9 Jan (Hrkh) - Ribuan umat Islam di sini mengadakan demonstrasi secara aman membantah kekejaman rejim haram Yahudi terhadap penduduk Islam di Palestin.

Demonstrasi itu diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut sama disertai timbalannya, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud; Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan anggota Exco, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.

Menteri Besar turut membakar replika patung George W Bush dan Presiden Israel, Shimon Peres serta bendera Amerika Syarikat dan Israel.

Sebelum itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan orang ramai memijak gambar kedua-dua pemimpin yang diletak di atas jalan.

Demonstrasi itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri diadakan sebaik sahaja selesai kuliah mingguan Menteri Besar di Medan Ilmu.Image

Ribuan penduduk tempatan yang mengikuti kuliah sejak jam 8.30 pagi turut sama berdemonstrasi dengan melaungkan 'Allahuakbar, Hidup-Hidup Islam, Jahanam Israel dan Hancur Amerika.'

Demonstrasi itu merupakan kali kedua diadakan di Kelantan, minggu lepas pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Akademi Islam Universiti Malaya berhimpun di perkarangan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri.

Sebaik sahaja tamat kuliah pagi Jumaat, teriak Hidup Islam, jahanam Israel dan hancur Amerika mulai kedengaran. Orang ramai kecil, besar, tua dan muda bersemangat meneriakkan perkataan tersebut.

Kebencian orang ramai begitu membuak terhadap kekejaman Yahudi yang merantah tubuh-tubuh tidak berdosa di Palestin melalui serangan tidak berperikemannusiaan, dilancarkan tentera Israel sejak akhir Disember lalu.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat mempelawa rakyat negeri ini mendaftar diri untuk pergi ke Palestin bagi membantu rakyat negara tersebut.

Image Katanya, beliau dan Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad sudah mendaftar menyertai misi bantuan ke Palestin.

Mohd Zaki yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan berkata, semua umat Islam tidak kira di mana mereka berada perlu menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Yahudi.

"Kita tidak boleh mengharapkan orang lain bagi membantu umat Islam di Palestin. Kita juga tidak boleh harapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Persidangan Negara Islam yang tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

"Oleh itu umat Islam wajib membantu dengan sekadar yang mampu melalui sumbangan yang dihulurkan kepada tabung yang dilancarkan pada majlis ini," katanya.

Beliau juga mengajak orang ramai mulai sekarang memboikot produk keluaran Amerika Syarikat dan negara-negara yang bersekongkol dengan Yahudi Israel.

Pada himpunan itu dibaca qunut nazilah yang diketuai Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu, Ustaz Mohd Baharuddin Mohd Noor.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, salah satu cara bagi mengajar Israel dan Amerika Syarikat jangan membeli produk keluaran negara terbabit.Image

"Kita usah lagi membeli pisang kaki yang ditanam orang Yahudi di bumi Palestin yang dirampas mereka. Produk itu ada dijual di Singapura dan negara ini. Kita juga jangan lagi menggunakan Dollar Amerika dan beralih kepada matawang Euro atau Yen, Jepun.

"Coca Cola jangan lagi kita minum, umat Islam di Selatan Thailand sudah lama memulau minuman keluaran Amerika itu," katanya.

Sementara itu, ribuan umat Islam mengerjakan solat hajat di Masjid Muhammadi selepas menunaikan solat Jumaat memohon keselamatan kepada umat Islam di Palestin.

Selepas itu mereka memijak gambar Bush dan Shimon beramai-ramai, yang diletak di pintu masjid masjid. - mj/mks. _


Lebih 5,000 banjiri kedutaan Amerika, kasut jadi simbol
Irwan Muhammad Zain
Fri | Jan 09, 09 | 2:47:00 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Kebencian penuh kesumat dan amarah yang masih membara di hati terhadap kebinatangan rejim Zionis Israel tidak dapat dibendung lagi apabila sejumlah 5,000 umat Islam dan rakyat Malaysia berhimpun menyatakan bantahan terhadap pembunuhan zalim sejumlah lebih 700 penduduk Palsetin di Gaza sejak 27 Disember lalu.

Kedutaan Amerika menjadi sasaran utama demonstrasi besar-besaran itu anjuran PAS dan pelbagai NGO yang dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Turut serta Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Dato' Husam Musa dan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud.

Mereka diiringi juga oleh pemimpin parti Sosialis Dr Nasir, Arutchelvan dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Selangor Khairul Anwar.

Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya "Boikot Produk Amerika" "Stop Holocaust in Palestine" dan "Support Palestin" di samping laungan kemarahan orang ramai seperti "Jahanam Israel!" "Hancur Yahudi!" berkumandang di pekarangan kedutaan tersebut yang turut menarik perhatian dan menjadikan Jalan Tun Razak Kuala Lumpur sesak oleh kenderaan-kenderaan yang terpaksa berhenti memberi laluan kepada perhimpunan tersebut.

Perhimpunan dimulakan di pekarangan kompleks Tabung Haji dengan ucapan membakar semangat antaranya oleh Dr Hatta Ramli dan wakil-wakil NGO Islam yang lain yang mengecam dan mengutuk tindakan jahat Zionis itu.

Dalam keadaan displin orang ramai kemudiannya berarak menuju ke kedutaan Amerika sambil mengangkat sepanduk dan gambar - gambar menyayat hati mangsa pembunuhan di Gaza Palestin sambil melaungkan kalimah "Lailahaillah". Pimpinan PAS dan NGO lain sambil berpegang tangan berucap mengutuk Amerika yang menjadi dalang keganasan Israel dan menyampaikan memo bantahan.

Seorang wakil kedutaan Amerika secara angkuh mengambil memo di pintu pagar lalu terus memasuki semula kedutaan.

Menarik perhatian ramai, sekumpulan peserta mengangkat dua replika mayat kanak-kanak yang siap dikafankan seperti jenazah dan berlumuran darah yang dibawa ke hadapan kedutaan sebagai ingatan kepada kebiadapan Amerika membantu Israel membunuh kanak-kanak tidak berdosa.

Turut mencuri tumpuan ialah terdapat para peserta yang mengangkat kasut-kasut memberi isyarat seolah-olah penghinaan terhadap Presiden Amerika George W Bush yang dilempar kasut oleh wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi kerana kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Muntazer seraya menjerit dalam bahasa Arab,"ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!' Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq," jeritnya sambi membaling kasut

Selain itu, terdapat ramai juga masyarakat berbilang bangsa seperti India dan Cina yang turut serta menyertai di samping keberanian yang ditunjukkan oleh puluhan kaum wanita yang tidak melepaskan peluang menyatakan bantahan yang sama.

Terdapat sejumlah 50 anggota polis dan simpanan persekutuan (FRU), kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.

Sementara itu difahamkan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) turut menganjurkan himpunan bantahan di Kedutaan Mesir dekat sini selepas solat Jumaat tadi.

Dalam pada itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke Tabung Palestin di nombor akaun Maybank 564070703248 atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA - azm _


Jumat, 09/01/2009 17:43 WIB
Kecam Agresi Israel

Mahasiswa Samarinda 'Boikot' KFC

Saud Rosadi - detikNews Jakarta - Aksi mengecam Israel yang menyerang Palestina terus bergulir. Di Samarinda, sekitar 200 mahasiswa menyerukan boikot terhadap 175 produk Amerika yang diduga buatan Israel.

Aksi itu digelar di Jalan Dr Sutomo hingga Jalan Letjen S Parman, Jumat (9/1/2009) pukul 16.45 Wita. Selain longmarch, mereka juga menempel poster ukuran besar bertuliskan 'Boikot Produk Israel' di restoran cepat saji KFC di Mal Lembuswana.

"KFC adalah jelas salah satu produk Amerika yang tidak lain juga Israel," kata Dedy Salman, seorang orator usai menempelkan poster tersebut di pintu
masuk KFC.

Sebelumnya sempat terjadi ketegangan antara mahasiswa dan belasan aparat kepolisian dari Satuan Samapta Poltabes Samarinda yang mengelilingi restoran cepat saji tersebut. Ketegangan muncul ketika 100 orang pengunjukrasa di antaranya berupaya masuk ke halaman Mal Lembuswana dan berorasi di depan restoran KFC tersebut.

Namun ketegangan tidak berujung adu fisik menyusul sikap kooperatif aparat
kepolisian terhadap mahasiswa. "Tidak akan ada kekerasan kalau kita berorasi di depan KFC. Saya jamin itu," kata salah satu orator.

Setelah perwakilan pengunjukrasa berhasil menempelkan poster boikot KFC, mereka pun membubarkan diri dengan tertib. Sementara Kasat Samapta Poltabes Samarinda Kompol Jepri Yuniardi SiK mengatakan, pusat-pusat perbelanjaan merupakan salah satu obyek vital yang mendapat pengamanan ekstra, terutama dari aksi-aksi unjuk rasa.

"Karena di dalam mal, banyak masyarakat yang membutuhkan ketenangan dan keamanan. Kita turunkan sekitar 2 pleton (60) orang anggota Samapta untuk menghindari hal-hal yang tidak diinginkan," kata Jepri.(ken/gah)

Para Jenderal Polri Salat Gaib untuk Palestina
Didit Tri Kertapati - detikNews

Jakarta - Dari hari ke hari agresi Israel ke Jalur Gaza semakin menambah korban warga sipil Palestina. Para petinggi jajaran Mabes Polri pun salat gaib untuk Palestina.

Salat gaib itu dilakukan usai mengerjakan salat Jumat berjamaah di Masjid Al-Ikhlas Mabes Polri, Jl Trunojoyo, Jakarta Selatan, Jumat, (9/2/2009).

Tampak di barisan terdepan adalah Wakapolri Komjen Pol Makbul Padmanegara. Di barisan kedua juga tampak Kabareskrim Mabes Polri Komjen Pol Susno Duaji, serta Kadiv Propam Mabes Polri Irjen Pol Alantin Simanjuntak, Kadiv Humas Mabes Polri Irjen Pol Abubakar Nataprawira dan beberapa direktur Bareskrim Mabes Polri.

Salat yang tediri dari empat kali takbir tersebut, diikuti kurang lebih 200 orang. Imam salat setelah mengkahiri salam keempat dilanjutkan dengan do'a bersama-sama.(ddt/nwk)